untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Monday, May 3, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 04

TRANSKRIP PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 08/02/2010

Dihadapan Yang Arif Mohamad Zabidin Mohd Diah

Pihak-pihak seperti terdahulu dengan kehadiran Abd. Shukor Tokachil dan Khaizan Sharizat bt Abd. Razak (Majlis Peguam) dan Teoh Lib Peng [penterjemah kepada Mr. Mark Trowell] dan ketidakhadiran Wong Chiang Kiat, AY, Raymond Leong dan Jennifer

[10:00 am]

[AI hadir]

JB: Kes dipanggil semula.

MY: Pihak-pihak seperti terdahulu. Kes untuk sambung bicara untuk mulakan soal-balas SP1.

KS: Before we proceed, we have filed an application to disqualified YA from hearing this case.

YA: I’m aware of the application.

KS: Application to disqualified YA to discontinue hearing this case.

MY: My stand is clear, until and unless the application is heard, the proceeding should proceed. We need to reply the affidavit.

YA: I have to hear the application first.

KS: AI should have all the right to filed an application, sama ada “tersurat atau tersirat”.

YA: Are you ready to proceed with the application now?

KS: Yes.

MY: Maybe in this afternoon.

YA: I’ll ask the TP to extract the application to be served to the prosecution. To be heard tomorrow.

MY: This is not an allegation.

KS: This is a very serious matter. Don’t laugh, MY take this matter lightly.

YA: Tomorrow at 9.30 am untuk pendengaran permohonan untuk Hakim tarik diri.

Case will be postponed to tomorrow.
-----------------------------------------------
Lapuran oleh Malaysiakini
Pembelaan cuba lucutkan hakim

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi ditangguhkan ke jam 9.30 pagi esok.

Penangguhan ini bagi mendengar permohonan peguam utama, Karpal Singh yang memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.

Pihak pembelaan dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan hakim Mohamad Zabidin kerana enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Utusan Malaysia pada perbicaraan kes itu.

NONEIa dikatakan berhubung dengan tajuk utama Utusan Malaysia yang menggunakan perkataan 'lagi' dalam laporannya tempoh hari yang menjadi pertikaian oleh pihak pembelaan.

Selain itu, sekeping gambar dengan penerangannya juga dijadikan bahan pertelagahan kedua-dua pihak.

Perbicaraan yang memasuki hari keempat hari ini sepatutnya bermula dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

karpal singhPasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando dan Mohd Razlan Jalaluddin.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, penasi

hat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan itu berlangsung selepas 18 bulan, Anwar pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2008.

------------------------------------------------------------


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 04"