untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Saturday, December 26, 2009

PERTUDUHAN KES RASUAH 1998

ARKIB : 02/11/1998

Anwar mula dibicara -- Hadapi 4 pertuduhan rasuah bagi melindungi salah laku seks

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Perbicaraan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas empat pertuduhan rasuah bagi melindungi salah laku seksnya akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini esok sehingga 14 November ini.

Dalam kes mahkamah paling sensasi di Malaysia, Anwar didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes Anwar itu menarik minat para wartawan tempatan dan luar negara serta diikuti dengan serius oleh rakan-rakan politiknya di dalam kerajaan, UMNO dan parti-parti pembangkang.

Sekumpulan pemerhati asing termasuk dari Amnesty International dan beberapa negara luar telah pun berada di Kuala Lumpur untuk mengikuti perbicaraan tersebut tetapi mereka tidak disediakan tempat istimewa dalam ruang Mahkamah Tinggi di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini.

Ruang mahkamah itu hanya boleh memuatkan 50 orang termasuk hakim, pendakwa, peguam bela, ahli-ahli keluarga terdekat Anwar dan sekumpulan kecil wartawan tempatan.

Perbicaraan itu diadakan ketika para penyokong Anwar mengancam untuk terus mengadakan demonstrasi haram di ibu kota bagi membela bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Selepas beliau disingkirkan daripada kerajaan, Anwar melaung-laungkan slogan reformasi yang kini disahut oleh sekumpulan kecil anak muda yang mencetuskan rusuhan di Kampung Baru hujung minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, pasukan polis telah menambah anggota-anggota polis yang berkawal di sekitar mahkamah di Bangunan Sultan Abdul Samad dan akan ''memastikan segala-galanya berjalan lancar''.

Perbicaraan empat tuduhan ke atas Anwar esok merupakan bahagian pertama siri perbicaraan ke atas tokoh politik berusia 51 tahun itu yang mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan terhadapnya.

Hakim S. Augustine Paul akan mendengar perbicaraan itu. Tuduhan-tuduhan selebihnya, termasuk lima dakwaan mengadakan hubungan homoseksual berasingan dengan lima lelaki, akan didengar pada tarikh lain yang belum ditentukan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail yang dibantu oleh lima orang pendakwa raya terkenal.

Barisan peguam bela Anwar pula diketuai oleh lapan peguam bela terbaik di Malaysia yang diketuai oleh tokoh perundangan berpengalaman, Raja Aziz Addruse.

Jabatan Peguam Negara mengumumkan semalam bahawa ia akan memanggil 52 orang saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Anwar dilucutkan jawatan dalam kerajaan pada 2 September lalu dan dipecat daripada UMNO keesokan harinya.

Lapan belas hari kemudian pada 20 September beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) kerana para penyokongnya mencetuskan kekacauan di Kuala Lumpur selepas satu perhimpunan haram.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 29 dan 30 September atas lima tuduhan salah guna kuasa dan lima tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii.

Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi manakala Anwar yang tidak dibenarkan diikat jamin ditahan reman di Penjara Sungai Buloh.

Bagaimanapun kes yang akan dibicarakan esok hanya permulaan kepada siri perbicaraan yang dijangka memakan masa berbulan-bulan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah berkata, Anwar akan turut menghadapi beberapa tuduhan baru di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973.

================================================================

Lima Tuduhan Rasuah Bagi Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim

1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan

b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegali Rasuab tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

------------------------------------------------------------------------

Pindaan telah dibuat oleh pihak Pendakwa pada 13 Jan 1999

1. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

2. "Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam "Pengakuan Bersumpahnya" bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

3. "Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;

4. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


HUKUMAN

Mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lima Tuduhan Salah Laku Seks Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim

6. "Bahawa kamu, pada satu malam April 1994 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Hukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Hairany bin Mohd Naffis dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

7. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan Mei 1994 lebih kurang jam 7.45, di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Azizan bin Abu Bakar dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

8. "Bahawa kamu, pada satu malam dalam bulan April 1998, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".

9. "Bahawa kamu, pada satu malam bulan Mac 1993 di No.8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Munawar Ahmad Aness dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan."

10. "Bahawa kamu, pada 3 Disember 1992, antara 4.50 petang dan 5.50 petang, di bilik No. 758 di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya, dalam negeri Selangor Darul Ehsan telah dengan sengaja melakukan persetubuhan dengan bertentangan dengan aturan tabii dengan Mior Abdul Razak bin Yahya dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan".


HUKUMAN

Mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.

================================================================

Pertuduhan-pertuduhan itu, katanya, akan dikemukakan di mahkamah selepas selesai 10 pertuduhan yang dihadapi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekarang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Kamaruddin Ali ketika mengulas mengenai persediaan polis pada hari pertama perbicaraan Anwar esok, berkata, polis telah bersedia untuk memberikan kawalan yang mencukupi bagi memastikan perjalanan perbicaraan tidak terganggu.

''Saya nasihatkan orang ramai janganlah cuba mengganggu perjalanan perbicaraan esok.

''Patuhlah pada undang-undang dan biarkan mahkamah meneruskan perbicaraan dengan lancar,'' katanya di sini hari ini.

------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 02/11/1998

Perbicaraan terhebat abad ini

KES mahkamah yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap perbicaraan paling hebat pada abad ini. Tuduhan-tuduhan salah laku seks di luar tabii terhadapnya begitu berat, sensasi, penuh drama dengan latar belakang pergelutan politik yang intrigue.

Penyiasatan polis berhubung kes ini bermula dengan penerbitan sebuah buku kontroversial 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM pada bulan Jun lalu.

Jabatan Peguam Negara berkata, ia mempunyai kes prima facie untuk mendakwa Anwar. Jabatan itu menawarkan 52 orang saksi manakala Anwar mendapat khidmat barisan peguam bela yang terbaik di Malaysia.

Perbicaraan didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul, seorang lulusan Inner Temple yang telah 27 tahun berkecimpung dalam bidang perundangan.

Anwar dituduh mengadakan hubungan seks di luar tabii dengan lima lelaki dan menghadapi lima lagi tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Kes beliau disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Petaling Jaya pada 29 dan 30 September tetapi dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Oktober.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan terhadapnya. Mahkamah menetapkan untuk membicarakan empat kes rasuah dan salah guna kuasa terlebih dahulu pada 2 hingga 14 November. Perbicaraan enam kes lain akan ditetapkan kemudian.

Dakwaan Anwar bahawa beliau dipukul semasa dalam tahanan pula sedang disiasat dan merupakan satu perkembangan yang menarik untuk diikuti.

Bangunan mahkamah dikawal ketat oleh anggota-anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semasa kes beliau pertama kali disebut, dan ini dijangka berterusan, manakala fokus media massa tempatan dan antarabangsa juga tertumpu kepada drama mahkamah kes ini.

Beberapa aktivis hak asasi manusia dari luar datang ke Kuala Lumpur untuk menjadi pemerhati kes Anwar tetapi tiada tempat khas disediakan untuk mereka di mahkamah.

Sebulan lalu, Anwar ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia tetapi sekarang beliau merupakan tertuduh dalam kes jenayah seks dan rasuah yang boleh dikelaskan sebagai yang paling menarik perhatian.

Atas sebab-sebab keselamatan, perbicaraan kes ini akan diadakan di sebuah Mahkamah Tinggi di Bangunan Sultan Abdul Samad yang mempunyai laluan bawah tanah untuk membawa seseorang tertuduh terus dari lokap ke mahkamah.