untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Monday, August 22, 2011

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 53

22 Ogos 2011 - Anwar nafi ada hubungan seks dengan Saiful

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

NONEAnwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

NONEMohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

- Bernama

Anwar beri keterangan dari kandang tertuduh

22 Ogos 2011 - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Anwar mula membela diri dengan menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1998 apabila dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menghadapi perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya.

Katanya, beliau enggan mematuhi arahan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletak jawatan.

Anwar kemudiannya bercakap tentang konspirasi baru, yang menurutnya, dengan plot yang sama, kali ini melibatkan Saiful.

Beliau menafikan tuduhan terhadapnya dan menafikan beliau terbabit dalam sebarang perhubungan seks dengan Saiful, sambil menegaskan bahawa mereka boleh buat apa sahaja yang mereka mahu.

Anwar mendakwa wujudkan pelanggaran undang-undang oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan, dalam perbicaraan kes liwat pertama terhadapnya.

Beliau mendakwa, personaliti yang sama ini juga di sebalik konspirasi (baru) terhadapnya, dan memaksanya untuk memutuskan untuk membela diri dari kandang tertuduh.

Anwar memetik Hamlet dalam Shakespeare dan berkata beliau telah dinafikan padang permainan yang sama rata.

Beliau juga mendakwa terdapat tangan ghaib yang terbabit. Beliau juga menyentuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keengganannya untuk menyerahkan sampel DNA.

Anwar kemudiannya beralih kepada kenyataan Saiful di TV3 minggu lepas dan mendakwa ia satu lagi percubaan secara terang-terangan untuk menyerang karakternya. Menurutnya, karakter Saiful yang sepatutnya dipersoalkan.

Saiful, katanya, mempunyai skandal dengan seorang anggota pasukan DPP dan dengan seorang lelaki lain."

Anwar juga menyentuh tentang intimidasi terhadap saksi-saksi dalam perbicaraan tersebut.

Sunday, August 21, 2011

Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina

Ogos 22, 2011 - Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

azlanSebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

azlanPada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.