Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.
Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Selain daripada wartawan, mahkamah hari ini juga penuh dengan perwakilan daripada kedutaan-kedutaan asing.9.50am: Perbicaraan bermula.
9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.
10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah.
10.10am: FRU dan kenderaan polis yang dilengkapi meriam air tiba di perkarangan mahkamah bagi menghadapi kemungkinan demonstrasi oleh penyokong Anwar. Mereka dikatakan akan berarak dari Masjid Wilayah selepas solat Jumaat.
10.30am: Pakaian yang digunakan oleh Saiful ketika didakwa diliwat dikemukakan. Ia termasuk seluar hitam yang menurut Saiful dihadiahkan oleh Anwar.
Saiful berkata pakaian berkenaan diserahkan kepada polis dua hari selepas dia diliwat.
10.50am: Menurut Saiful dia memakai seluar dalam berwarna kelabu yang berjenama Levi pada hari kejadian.
Seluar dalam itu juga dikemukakan di mahkamah hari ini.
10.51am: Saiful disoal penguamcara Mohd Yusof Zainal Abiden samada doktor di Pusrawi ada bertanyakan mengenai tahap kesakitan yang dialaminya semasa pemeriksaan.
Saiful berkata "Saya rasa sakit...dan beritahunya (doktor) mengenai apa yang berlaku. Dia kemudiannya membuat calitan".
Saiful kemudian ditanya samada dia membuang air besar sebelum pemeriksaan di Hospital KL dua hari selepas pemeriksaan pertama di Hospital Pusrawi Hospital.
Saiful menjawap dia telah membuang air besar untuk dua hari.
11.05am: Mahkamah ditangguhkan untuk lawatan kedua ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.
Pada lawatan semalam, mereka tidak meninjau pejabat pengurusan kondo itu di mana rakaman CCTV dibuat.
[Berita lanjut menyusul]
------------------------------------Lapuran oleh Bernama
Saiful Tak Buang Air Besar Dua Hari Selepas Didakwa Diliwat
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.
Mohd Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.
Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.
Beliau juga berkata semua pihak akan sekali lagi mengunjungi tempat kejadian liwat itu di Kondominium Desa Damansara hari ini berikutan permohonan daripada pasukan pembelaan Anwar.
Prosiding itu kemudian ditangguhkan pada 11.15 pagi.
Tiga trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua trak penyembur air serta dua trak polis memasuki kawasan perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 10.15 pagi ini kerana terdapat ura-ura satu demonstrasi akan diadakan di situ selepas solat Jumaat.
-- BERNAMA
----------------------------------------------------
Lapuran oleh Berita harian
Saiful tak buang air besar dua hari selepas diliwat
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat.Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwatnya, Mohd Saiful juga berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.
Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan berhubung sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.
-----------------------------------------
TRANSKRIP PERBICARAAN HARI KE TIGA
Pihak-pihak seperti terdahulu dengan kehadiran Mr. Mark Trowell dan ketidakhadiran Marissa, CV, En. Raymond Leong [Bar C] digantikan oleh Cik Syuhaini binti Safwan.
JB: Kes utk sambung bicara
MY: Kes utk sambung bicara dan SP1 utk EIC. [Baca nota prosiding terakhir].
Angkat sumpah dlm BM
MY: YA, saya akan membuka 11 sampul,
Membuka sampul pertama.
[MY tunjukkan ct dgn tandaan B dan No. Repot Travers. Pohon ct lihat seal JK masih intact.]
B3, B4, B5, B6, B7, B8, B9, B10 dan B11 utk ct sahkan seal masih dlm keadaan baik dan blum terbuka.
[Seal sampul juga disemak oleh peguambela]
MY: Buka sampul bertanda B [sampul dibuka]
Rujuk SP1 dengan container dari sampul B.
Q: Adakah container seperti ini yang dikatakan semalam?
A: Ya
Q: Cuba lihat container. Ada tandatangan kamu?
A: Ada, di antara penutup dan dekat seal.
Q: Ingin tunjukkan court, seal dengan nama SP1 dan tertulis “swab from left peritonsiler recess”.
A: Ya, ini yang saya maksudkan.
[peguambela semak container]
Q: Lihat B1 dibuka, container ada tulisan “oral swab below the tongue”.
A: Ya, ini container yang ada tandatangan saya.
[MY beri container untuk YA dan peguambela semak]
Q: Buka sampul B2 ada tulisan “swab from left nipple and alreiler”.
A: Ya, ada tandatangan saya
[MY beri container pada YA dan peguam bela untuk semak]
Q: Buka sampul B3 ada tulisan “swab from right nipple and alreiler”
A: Ya, ada tandatangan saya
[MY beri container pada YA dan peguam bela untuk disemak]
Q: Buka sampul B4 yang tertulis “body swab”
A: Ya, ada tandatangan saya tempat yang sama
Q: Positif ada swab stick?
A: Ya
MY: YA, semua masih berseal
[MY beri container pada YA dan peguam bela untuk semak]
Q: Sampul B5 dengan tulisan “swab from perianal region”
A: Ya, ada tandatangan saya tempat yang sama
[MY beri pada container YA dan peguam bela untuk disemak seal]
Q: Buka sambil B6 dengan tulisan “swab from meatus and coronal sulcus” di sampul dan tulisan “swab from oneatus and coronal sulcus”.
A: Ya, ada tandatangan saya
[MY beri container pada YA dan peguam bela untuk semak seal]
Q: Buka sampul B7 dengan tulisan luar “swab dari high rectal”, perkataan yang sama ditulis di container. Ada tandatangan kamu?
Ya, ada tandatangan di tempat yang sama kecuali besar sedikit
[MY beri container pada YA dan peguam bela untuk semak seal]
[Peguam bela pohon lihat semula B6]
[Peguam bela melihat container B6 dan B7]
Q: Buka container dari B8 dengan tulisan di sampul dan container “high rectal swab”
A: Ya, tandatangan di tempat yang sama
[MY beri container pd YA dan peguam bela untuk semak seal]
Q: Buka sampul B9 yang ada tulisan “low rectal swab” di sampul dan container
A: Ya, ini tandatangan saya tempat yang sama
[MY beri container pd YA dan peguam bela untuk semak seal]
MY: Ada 10 containers di sini. Ada dua lagi sampul tetapi saya tak pasti samada ianya container atau tidak.
Q: Selain sample di badan, adakah darah kamu tersebut?
A: Ada
Q: Nampak di mana darah diambil dan diletakkan?
A: Darah diambil di tangan tetapi tidak pasti kiri atau kanan tetapi diletak di dalam tabung uji.
Q: Ada tandatangan di tabung uji seperti container?
A: Tidak pasti
Q: Saya akan buka B10 dengan tulisan blood (FTA) for DNA profiling
Cuba lihat adakah di sampul ada tandatangan kamu?
A: Ada tandatangan saya pada permukaan di muka surat hadapan
[SP1 buka dan tunjuk pada Mahkamah doc tersebut]
[YA semak dan peguam bela semak sampul]
MY: Buka sampul B11 dengan satu plastik beg Jab. Kimia, ada sampul di dalam lagi dengan B11 tulisan blood for alcohol and drugs [toxicology].
[Rujuk SP1 dengan sampul dan minta SP1 buka sendiri selepas digunting oleh MY]
[SP1 keluarkan tabung uji darah]
Q: Ada tandatangan kamu?
A: Ada
Q: Apa label?
A: Blood for alcohol and toxicology
[MY beri tiub darah pd YA dan peguam bela]
MY: Saya mohon pada peringkat ini semua container itu dari B – B11 ditandakan sebagai “ID6A-L”
Court: Benarkan
ID6(F) – Container “swab from perianal region” dari sampul B5
ID6(G) – Container “swab from meatus and coronal sulcus” dari sampul B6
ID6(H) – Container “high rectal swab” dari sampul B7
ID6(I) – Container “high rectal swab” dari sampul B8
ID6(J) – Container “low rectal swab” dari sampul B9
ID6(K) – Container “blood (FTA)” dari sampul B10
ID6(L) – Container “blood for alcohol and drugs (toxicology)” dari sampul B11
MY: Selain ambil swab, ketika pemeriksaan diambil, adakah gambar-gambar diambil?
A: Ya, ada.
Q: Gambar yang diambil itu gambar apa?
A: Gambar seluruh badan dari muka, badan, dubur dan kemaluan.
Q: Selepas pemeriksaan dibuat adakah kamu dibenarkan balik?
A: Tidak, saya dimasukkan ke dalam wad
Q: Selain dari barang-barang ini, yang telah camkan tandatangan ada barang-barang lain yang diambil?
A: Ada, keesokkan harinya iaitu 29.Jun
Q: Apa dia?
A: Pakaian dan baju semasa kejadian iaitu baju biru muda serta serahkan KY jelly. Semasa malam pemeriksaan saya ada serah KY Jelly dan 29 Jun baru serah baju pada pegawai penyiasat.
Q: Adakah KY Jelly itu P4?
A: Ya
Q: 29hb serah baju?
A: Ya
Q: Berapa helai baju diserah ?
A: Saya ingat di hospital serahkan satu
Q: Ada borang yang kamu tandatangan tanda penyerahan?
A: Ada, difahamkan borang serah-menyerah
Q: Rujuk SP1 salinan borang. Di bawah belah kiri borang, baca nama dan perakuan penyerah?
A: Nama Mohd Saiful Bukhari bin Azlan (saya) bertarikh 29 Jun
Q: Yang ditunjukkan pada catatan bil 1?
A: Satu helai baju lengan panjang Ralph Lauren (RL) oleh Saiful Bukhari di wad HKL
MY: Pohon tandakan P7 – borang
P7 – Borang Serah-menyerah perkara “Baju kemeja lengan panjang Ralph Lauren kepunyaan Mohd Saiful Bukhari” bertarikh 29 Jun
Q: Lain-lain pakaian?
A: Baju warna hijau, seluar semasa hari kejadian slack hitam dan 2 helai seluar dalam, satu warna dark blue ‘Levis” dan kedua warna kelabu jenama sama.
Q: Ada buat borang serah-menyerah?
A: Ada
[SP1 dirujuk dengan borang serah-menyerah]
Q: Sahkan ini borang yang ditandatangani pada 29 Jun?
A: Ya
Q: Penyerahan di mana?
A: Rumah saya di bilik tidur.
Q: Baca perkara?
A: 1 helai seluar panjang slack hitam/biru-tiada jenama, kemeja lengan panjang warna hijau G2000, 1 helai seluar dalam warna kelabu/hitam jenama Levis.
[Pohon tandakan dengan P8]
P8 – Borang serah-menyerah perkara “1. Satu helai seluar panjang slack hitam/biru-tiada jenama, 2. Kemeja lengan panjang warna hijau G2000 3. Satu helai seluar dalam warna kelabu/hitam jenama Levis bertarikh 29.6.2008.”
Q: Cuba lihat dokumen ini..
A: Satu helai seluar dalam jenama Levis warna hitam/biru bertarikh 29.06.2008. Ini borang yang saya tandatangan.
Q: Di mana penyerahan dibuat?
A: Di mesin basuh di dapur di rumah tunang saya ketika itu.
[Pohon tandakan dengan P9]
P9 – Borang Serah-menyerah perkara “Satu helai seluar dalam jenama Levis warna hitam/biru bertarikh 29.06.2008.”
Q: Penyerahan KY Jelly ada dokumen?
A: Ada
Q: Rujuk SP1 dengan borang, adakah ini borang serah-menyerah KY Jelly?
A: Ya
Q: Masa penyerahan ada dicatit?
A: Ya
[Pohon borang ditanda P10]
P10 – Borang serah-menyerah perkara “KY Jelly” bertarikh 29 Jun
Q: Telah beri di wad hospital baju RL?
A: Ya
MY: Pohon buka smpul A4 juga ada seal JK dengan Repot polis dan nama pegawai penyiasat
[YA dan peguam bela semak seal]
SN: May we ask to see the KY Jelly?
Court: Granted
[Peguam bela lihat P4 - KY Jelly]
MY: [Buka smpul] Cuba lihat baju ini?
A: Ya, ini bajunya
Q: Jenama RL yang diserah pada hari itu?
A: Ya
Q: Ini pakaian masa bila?
A: Masa kejadian
Tandakan sebagai P11 – baju RL
P11 – Baju lengan panjang RL
MY: Buka sampul A3, dengan seal Jab. Kimia, dengan no Repot.
[YA dan peguam bela semak seal]
Q: [Rujuk pada SP1 pada slack hitam] Adakah ini slack yang kamu maksudkan?
A: Ini seluar slack hitam yang saya serahkan yang dihadiahkan oleh AI, dengan satu sut
[Pohon tandakan P12]
P12 – Seluar slack hitam
MY: Mohon buka sampul A4 dengan tanda seal Jab. Kimia dan no repot
[YA dan peguam bela semak seal]
Q: Rujuk dengan SP1 kandungan A4, apa ini?
A: Baju hijau saya – G2000
Q: Pakai masa bila?
A: Masa saya buat laporan polis
[Pohon tandakan baju sbg P13]
P13 – Baju hijau G2000
MY: Buka smpul A6 dengan tulisan seluar dalam warna kelabu dengan seal intact
YA: Ct blh sahkan there is no visible break to the seal, but cannot confirm whether this is the seal by Jab. Kimia
MY: Yes, to confirm no break to the seal
Q: SP1 sila keluarkan items dari A6.
A: Ya, ini seluar dalam kelabu Levis
P14 – seluar dlm kelabu Jenama Levis
MY: Pohon lihat sampul A5 tiada pecahan seal
[YA dan peguambela confirmed]
Q: Rujuk pd SP1 kandungan A5?
A: Seluar dlm Levis warna hitam yang dipakai pada hari kejadian yg diserahkan di rumah tunang saya di ambil di mesin basuh
P15 – seluar dalam warna hitam jenama Levis
Q: P12 dirujuk, slack bila dipakai?
A: Hari kejadian dan masa buat laporan polis.
MY: Im coming to the end of EIC, just to add a few questions.
Q: Masa di PUSRAWI bagitahu Dr. sakit perut dan dubur, ada Dr tnya mengapa sakit di situ?
A: Dr ada tanya kenapa sakit
Q: Apa jawapan kamu?
A: Saya hanya nyatakan saya sakit
Q: Kamu beritahu Dr itu ada periksa kamu, sebelum kamu bagitahu telah diperlakukan oleh AI, adakah Dr. kata apa hasil pemeriksaan?
A: Saya terus berterus-terang telah diliwat
Q: Dr itu ada bgtahu hasil pemeriksaan setakat sebelum diberitahu perkara diliwat?
A: Tidak diberitahu hasil pemeriksaan
Q: Selepas kejadian 11-5-1, sehingga di HKL, ada buang air besar?
A: Dua hari saya tidak ada buang air besar
Q: Adakah Rahimi yg ambil kamu bekerja jd sukarelawan?
A: Pada satu hari, pd awal Mac, Rahimi ada telefon untuk datang ke pejabat beliau yang juga pejabat AI di Sek. 16 PJ. Tujuan untuk berborak kerana lama tidak berjumpa, tetapi sedang berborak, Rahimi tanya pada masa itu saya sudah kerja atau ada apa2 aktiviti. Saya katakan Saya tidak buat apa-apa aktiviti pada masa tersebut. Dia tanya sama ada minat membantu pejabat AI, kerana menurut Rahimi pd ketika itu terdapat kekurangan staff. Kerana staff seperti YB Sim, Nurul Izzah dan Nik Azmi bertanding pilihanraya. Rahimi berseorangan yg memikul beban mereka semua. Selepas berborak, Saya 50-50 agree and not agree, Rahimi jemput ke bilik mesyuarat pejabat di mana beliau kata ada mesyuarat dengan AI mengenai prog ceramah pilihanraya. Jd kami duduk di bilik tersebut kemudian AI masuk bilik, itu adalah kali pertama saya jumpa AI. Jadi Rahimi introduced kan saya kepada AI dan cerita pasal program ceramah p’raya. Saya terkejut kerana sy tidak tahu apa-apa terus mesyuarat, selepas selasai mesyuarat, AI kt “I appreciated ur help for helping us” sebagai isyarat terima saya sebagai sukarelawan.
Q: AI tnya latarbelakang dan kelulusan kamu?
A: Saya terus terang Saya bekas pelajar University dan bekas wakil pelajar.
Q: Kamu minat kerja dgn AI?
A: Saya memang peminat AI, Saya jadikan AI idola
YA: Kamu berminat?
A: Saya berminat
Q: Knp minat?
A: Saya minat sebab AI berkarisma dan idola sy dari kecil.
Q: Ada AI tahu niat kamu letak jawatan?
A: Saya hantar email ke AI pada 27 Jun, Jumaat waktu pagi. Selang beberapa jam kemudian, AI called dengan nada marah dan suruh Saya jumpa AI di pejabat sek 16, PJ.
Q: Ada jumpa AI?
A: Ada, Saya takut tetapi Saya pergi juga jumpa AI
Q: Dalam pertemuan itu apa jd?
A: AI tanya kembali apa Saya nak, Saya nyatakan sebab-sebab seperti dlm email-kurang disiplin, lewat ke pejabat dan AI selalu marah Saya. Kedua-Saya kurang berkelayakan dan takut dipertikaikan kerana saya diberikan keistimewaan dari staff yang berkelayakan. For example, saya ada bilik sendiri di pejabat baru di Tropicana City Square. Hasrat sebenar Saya adalah Saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi seperti dalam pertuduhan.
KS: Obj to the word “lagi”.
MY: I have no objection. Seperti pertuduhan
YA: Perkataan “lagi” merujuk kepada masa seperti pertuduhan, proceed.
Q: Apa reaksi AI?
A: AI agak kesal dan pujuk Saya agar tidak letak jawatan. AI suruh Saya lebih berdisiplin, AI buat counter offer di mana AI ingin sponser pelajaran Saya tidak kira ke mana di samping dapat gaji dan elaun yg penuh
Q: Setuju dgn tawaran?
A: Depan AI Saya takut nk object, tetapi Saya tidak ada interest. Jadi pada masa itu Saya setuju. Setelah selesai, AI ada reply email, AI tulis “terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan” dan beberapa perkara lain yang saya tidak ingat.
MY: Saya dah selasai EIC, pohon mainkan CCTV semalam. Rakaman ketibaan kenderaan SP1 pd 26.6
[CCTV dimainkan]
Q: Pergi ke masa 14:47..
A: Ya, itu Saya sedangg bercakap dengan security guard masa tiba
Q: Ini no. kenderaan kamu?
A: Ya
Q: Teruskan?
A: Masa ini saya bagitahu “Mokhtar”
[11:08]
Q: 16:35 dirujuk..
A: Ya, itu adalah van yang Saya bawa masa pulang
MY: Itu sahaja soalan Saya, SP1 dah lihat CCTV.
KS: We want to see the crime scene
Again regarding “Utusan Malaysia” we would like the ct to caution this people. It’s regarding the picture where it stated “ Saiful menunjukkan katil tempat dia diliwat oleh AI kpd YA ZMD”. How could this infomation be leaked? Likewise in Sinar.
MY: Sy percaya ada sorg jurugmbr masuk. Apa yang dipersetujui apa yang SP1 cakap dan tunjukkan telah tiada bantahan. Refer to S.51 Courts of Judicature Act 1964. SP1 said this is the place.
KS: It said the ‘bed’ not the place. It’s not what in happen in proceeding in camera.
Severe caution should be given to the press.
YA: I do not see any contempt. Evidence regarding the bed has been given in open ct. When are we going to the crime scene again?
MY: We’ll make the arrangement and inform YA accordingly.
Stand down utk ke tmpt kejadian.
[11:15 am]
[12:00 thari]
Bertolak ke tempat kejadian untuk melawati Management Office
[1.00 t/hari]
Tamat melawati tempat kejadian.
--------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan Kes Liwat melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Isnin depan, 8 Februari pukul 9.30 pagi.
Penangguhan itu dibuat setelah pihak mahkamah menjalankan prosiding yang masuk hari ketiga hari ini selepas hakim, pihak pendakwaan, dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim, pihak pendakwa dan pembela kes ini dilihat keluar dari Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada pukul 12.5O tengah hari selepas meluangkan masa lebih 45 minit membuat pemeriksaan kali kedua ke Unit 11-5-1 di kondominium didakwa tempat kejadian berlaku setelah berbuat demikian semalam.
Sementara itu, prosiding ketiga hari ini disambung dengan keterangan Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.
Pada prosiding yang sama, Mohd Saiful turut memberi keterangan terhadapa sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya turut dijadikan bahan bukti.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu juga turut memberitahu mahkamah bahawa seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada bekas majikannya itu.
Mahkamah turut diberitahu oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, bahawa pemeriksaan utama terhadap pengadu sudah selesai.
Mohd Saiful adalah saksi pertama kes yang memberi keterangan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.
Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
======================================
0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 03"
Post a Comment