untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Monday, June 9, 2008

PEMBELAAN - 4

ARKIB : 19/09/1999

Anwar enggan beri kerjasama kepada penyiasat - Kes Arsenik

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Kelewatan pasukan penyiasat mengenal pasti punca keracunan arsenik yang didakwa dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca daripada keengganan bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberikan kerjasama kepada pasukan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, berdasarkan laporan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Norian Mai, pasukan penyiasat yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamed Nor Rahim, sukar mendapatkan kerjasama daripada Anwar.

Katanya, dua hari lalu (Khamis), Norian telah melaporkan bahawa Anwar enggan membenarkan pasukan penyiasat mengambil contoh kuku dan rambutnya untuk ujian.

Anwar juga, kata beliau, enggan memberi keterangan kepada pasukan tersebut apabila diminta berbuat demikian.

''Dua hari lalu KPN ada beritahu saya bahawa Anwar enggan beri kerjasama apabila diminta untuk dapatkan kenyataannya dan enggan memberi contoh kuku dan rambutnya untuk ujian.

''Kita pun hairan juga. Kalau sudah sakit apa salahnya kalau orang hendak bantu untuk pastikan apa sebenar berlaku dan siapa yang bertanggungjawab. Tetapi inilah masalah yang dihadapi oleh pihak yang membuat siasatan,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas rungutan pihak-pihak tertentu bahawa siasatan tersebut mengambil masa yang lama.

Pada 10 September lalu, Anwar dimasukkan ke hospital selepas peguam belanya, Karpal Singh, membangkitkan bahawa dia disyaki mengalami keracunan arsenik selepas hasil ujian patologi mengesahkan kandungan arsenik dalam contoh air kencing Anwar lebih tinggi daripada kadar biasa dalam tubuh seseorang.

Karpal turut mendakwa bahawa ia merupakan cubaan pihak tertinggi untuk meracun Anwar.

Sehubungan itu, Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan penubuhan sebuah pasukan bagi menyiasat tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan berhubung dakwaan Anwar diracuni.

Mengenai desakan pihak-pihak tertentu supaya kerajaan memberitahu orang ramai hasil siasatan tersebut, Abdullah menegaskan, kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berkaitan kes itu daripada pengetahuan rakyat.

Malah beliau memberi jaminan semua hasil siasatan akan diumumkan.

''Kalau hendak buat siasatan biar sempurna dan lengkap. Saya akan arahkan mereka (pasukan penyiasat) umumkan hasil siasatan apabila lengkap, biar orang tahu,'' tegasnya.

Bagaimanapun kata Abdullah, pada masa ini tiada apa yang hendak diberitahu kepada orang ramai kerana siasatan itu masih belum selesai.

----------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 23/09/1999

Keracunan: Pengarah HUKM beri penjelasan

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) hari ini mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan laporan muka depan Utusan Malaysia dan Berita Harian berhubung ujian keracunan arsenik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah dan profesor perubatan hospital itu, Profesor Datuk Dr. Khalid Abd. Kadir membuat kenyataan tersebut bagi merujuk tajuk berita Anwar tidak keracunan yang disiarkan oleh kedua-dua akhbar tersebut.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau:

Di sini saya ingin merujuk kepada artikel muka depan di dalam Berita Harian bertarikh 22 September, '99 bertajuk Anwar tidak keracunan dan muka depan Utusan Malaysia yang bertajuk Anwar tidak keracunan arsenik pada tarikh yang sama. Untuk makluman semua, saya tidak pernah menyatakan dan menerima mana-mana keputusan ujian yang mengatakan bahawa ANWAR TIDAK KERACUNAN ARSENIK seperti yang telah menjadi tajuk utama kedua-dua akhbar tersebut. Saya dapat mengesahkan bahawa setakat ini, belum ada lagi mana-mana bukti berdasarkan keputusan ujian makmal yang boleh menyatakan dengan jelas dan sahih bahawa ANWAR TIDAK KERACUNAN ARSENIK.

Apa yang telah saya nyatakan setakat ini ialah pihak kami masih belum lagi mengetahui akan semua keputusan ujian dan masih lagi menunggu semua keputusan ujian makmal yang lengkap sebelum membuat ataupun mengeluarkan apa-apa laporan ataupun keputusan yang muktamad.

Pihak HUKM juga tidak menafikan telah menerima sesetengah keputusan daripada ujian-ujian makmal tersebut tetapi ini adalah tidak lengkap untuk dijadikan sebagai asas atau bukti yang kukuh untuk membuat sebarang keputusan yang muktamad.

Oleh yang demikian, adalah salah bagi pihak media tersebut untuk membuat kesimpulan bahawa dengan hasil ujian yang awal telah cukup untuk membuktikan bahawa ANWAR TIDAK KERACUNAN. Oleh yang demikian, pihak Utusan Malaysia dan Berita Harian telah mensensasikan tajuk berita yang tidak tepat sama sekali.

Di samping itu, pelbagai tuduhan dan andaian telah dibuat yang mengatakan bahawa pihak HUKM sengaja melengah-lengahkan siasatan dan seterusnya melambatkan tarikh perbicaraan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak HUKM telah bertindak secara profesional dalam usaha untuk mendapatkan bukti yang kukuh sebelum sampai kepada keputusan akhir yang muktamad.

Sekian, terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 23/09/1999

Mahkamah Syariah perintah Azizan, isteri ditahan di lokap

ALOR GAJAH 22 Sept. - Saksi utama perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azizan Abu Bakar dan wanita yang baru dikahwininya, Norhayati Saad, hari ini ditahan di lokap polis setelah Mahkamah Rendah Syariah di sini tidak membenarkan kedua-duanya diikat jamin.

Dalam perbicaraan hari ini, pasangan itu yang mengambil keputusan berkahwin pada Sabtu lalu setelah ditangkap khalwat sehari sebelumnya, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dan cuba melakukan persetubuhan haram.

Azizan, 39, ditahan di lokap Balai Polis Daerah Alor Gajah, manakala, Norhayati, 22, ditahan di lokap Balai Polis Masjid Tanah sehingga tarikh perbicaraan mereka ditetapkan pada 28 September ini.

Hakim Mohammad Adib Husain mengeluarkan arahan tersebut atas alasan untuk menjaga kepentingan awam dan keselamatan tertuduh serta saksi-saksi.

Beliau juga memutuskan supaya perbicaraan itu dipercepatkan dari tarikh asal pada 12 Oktober ini kepada Selasa depan.

Ini merupakan kes pertama seorang tertuduh dalam kes seumpama itu tidak dibenarkan ikat jamin sejak Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) diperkenalkan pada tahun 1991.

Pada 16 September lalu, Azizan dihadapkan ke mahkamah yang sama atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 53 (1) enakmen tersebut.

Di bawah seksyen tersebut, dia didakwa melakukan kesalahan 'berkurung' yang mendatangkan syak dengan seorang wanita, Norhayati, yang bukan isteri atau muhrimnya (ketika kejadian berlaku).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah rumah sewa di Jalan Indah 10, Taman Pengkalan Indah di sini pada pukul 1.30 pagi, 16 September lalu.

Norhayati, pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur dan berasal dari Jalan Mata Ayer, Kangar, Perlis, pula didakwa di bawah Seksyen 53 (2) EKSNM pada masa dan tarikh yang sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh didenda RM2,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Azizan bagaimanapun telah melangsungkan pernikahan dengan Norhayati di Masjid Al-Solihin, Jalan Chuping, Kangar, Perlis, pada malam Sabtu lalu.

Kedua-dua tertuduh juga menghadapi tuduhan baru hari ini iaitu cuba melakukan persetubuhan haram di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi tuduhan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 52 EKSNM yang boleh didenda RM5,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahannya.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Raya Syarie Melaka, Mohd. Sahfri Abdul Aziz dan timbalannya, Eri Nizam Abu Samah serta dibantu Pendakwa Syarie, Zailifah Rusly.

Azizan dan Norhayati pula diwakili oleh peguam Mustafa Cheng Abdullah.

Ketika menolak permohonan peguam bela yang meminta tertuduh diikat jamin, hakim berpendapat kes ini melibatkan seorang yang terkenal (public figure).

''Dia (Azizan) juga orang yang penting dalam negara dan seluruh dunia pada masa kini kerana menjadi saksi kepada satu perbicaraan yang mendapat perhatian umum.''

''Oleh itu, demi kepentingan awam dan keselamatan, kedua-dua tertuduh ditahan sehingga tarikh perbicaraan,'' katanya diikuti oleh tepukan gemuruh hampir 60 orang yang memenuhi tempat duduk awam di dalam mahkamah.

Mohammad Adib kemudiannya bersetuju mempercepatkan tarikh perbicaraan dari 12 Oktober yang ditetapkan sebelum ini kepada 28 September.

Beliau sebelum itu sempat mengucapkan 'selamat pengantin baru' kepada kedua-dua tertuduh dan berharap semoga pernikahan tersebut berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Azizan yang memakai baju lengan panjang berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.40 pagi, sementara, isterinya berbaju kurung hijau serta bertudung tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

Kira-kira 10 minit sebelum prosiding bermula pada 9.40 pagi, kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kelihatan membawa masuk ke dalam mahkamah sebuah tilam, dua biji bantal dan segulung tikar yang dipercayai bahan bukti.

Ketika prosiding bermula, Eri Nizam yang bertindak sebagai salah seorang pendakwa meminta pertuduhan pertama dibacakan semula diikuti tuduhan kedua, iaitu cuba melakukan persetubuhan haram.

Eri Nizam juga membuat bantahan awal supaya Mustafa mengemukakan Sijil Amalan Peguam Syarie sebelum dibenarkan mewakili kedua-dua tertuduh.

Mustafa menjelaskan kepada mahkamah bahawa permohonan pihak pendakwa tersebut adalah suatu yang luar biasa dan ia bukan amalan biasa di mahkamah.

Beliau bagaimanapun meminta maaf kerana tidak membawa sijil itu dan berjanji menyerahkannya selepas prosiding hari ini selesai.

Hakim bagaimanapun membenarkan Mustafa mewakili anak guamnya setelah dia mengaku memiliki sijil tersebut yang akan tamat tempohnya sehingga Disember ini.

Mustafa seterusnya membuat permohonan supaya pengakuan tidak diambil daripada kedua-dua tertuduh pada hari ini untuk membolehkannya mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan kes tersebut.

Beliau juga berhujah bahawa pengakuan tidak perlu dibuat memandangkan anak guamnya perlu mendapatkan nasihat guaman sebelum membuat pengakuan bersalah atau sebaliknya.

Bagaimanapun pihak pendakwa membuat bantahan dan menyifatkan ia adalah sesuatu yang 'luar biasa'.

Menurut Eri Nizam, sekiranya kedua-dua tertuduh mengaku bersalah, mereka tidak perlu mendapatkan nasihat guaman sebaliknya nasihat itu perlu jika kedua-duanya membuat pengakuan tidak bersalah.

Selepas itu hakim menyoal semula kedua-dua tertuduh sama ada mereka mengaku bersalah atau tidak.

Hakim kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan kes itu pada 12 Oktober setelah Azizan dan isterinya mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan.

Pihak pendakwa raya seterusnya membuat permohonan agar kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan demi kepentingan awam dan kes itu sendiri.

(Semasa sebutan pertama pada 16 September lalu, Azizan dan isterinya masing-masing diikat jamin RM2,000 dan RM1,500 dengan seorang penjamin setiap seorang.)

Permohonan tersebut dibantah oleh Mustafa dengan mendakwa tertuduh tidak mempunyai apa-apa kepentingan awam dan pihak pendakwa raya juga telah pernah membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh pada sebutan pertama minggu lalu.

Eri Nizam pula menjelaskan, kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebelum ini atas tuduhan di bawah Seksyen 53 EKSNM yang memberikan hukuman ringan jika sabit kesalahan.

Sedangkan, katanya, tuduhan tambahan di bawah Seksyen 52 enakmen yang sama yang disebut hari ini boleh didenda RM5,000 atau 36 bulan penjara atau kedua-duanya sekali setiap seorang, merupakan hukuman tertinggi yang terdapat dalam enakmen tersebut.

''Bagi maksud ini, adalah sangat wajar agar kedua-dua tertuduh tidak diikat jamin agar saksi-saksi dalam kedua-dua pertuduhan ini tidak diganggu oleh mana-mana pihak yang berkepentingan untuk melemah atau mencacatkan kes ini,'' kata Eri Nizam.

Hakim Mohammad Adib kemudiannya menangguhkan prosiding pada pukul 10.15 pagi dan disambung semula pukul 11 pagi untuk membuat keputusan sama ada tertuduh dibenarkan diikat jamin atau sebaliknya.

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

----------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 29/09/1999

Azizan, isteri dipenjara tiga bulan

ALOR GAJAH 28 Sept. - Saksi utama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azizan Abu Bakar, dihukum penjara tiga bulan dan denda berjumlah RM7,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah berkhalwat dan cuba melakukan persetubuhan haram dengan Norhayati Saad.

Norhayati, 22, pelajar kolej swasta yang dikahwini Azizan selepas kejadian tersebut pada 16 September lalu pula dihukum penjara tiga bulan dan denda berjumlah RM6,300 bagi kedua-dua tuduhan yang sama.

Hakim Mohammad Adib Hussain menjatuhi hukuman tersebut selepas Azizan dan Norhayati mengubah pengakuan kepada bersalah terhadap kedua-dua tuduhan semasa dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 16 September lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Azizan, 39, yang beralamat Pangsapuri Dahlia A, Jalan 3/11 Bandar Selayang, Batu Caves, Selangor dikenakan denda RM2,500 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda mengikut Seksyen 53 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991 atas kesalahan berkhalwat.

Dia juga dihukum penjara tiga bulan dan denda RM4,500 atau 12 bulan penjara sekiranya tidak membayar denda mengikut Seksyen 52 enakmen yang sama, atas kesalahan cuba melakukan persetubuhan haram.

Norhayati yang berasal dari Jalan Mata Ayer, Kangar, Perlis pula dikenakan denda RM1,800 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda di bawah Sekysen 53(2) EKSNM atas kesalahan berkhalwat.

Norhayati yang menangis semasa hukuman dibacakan, turut dijatuhi hukuman tiga bulan penjara dan denda RM4,500 atau 12 bulan penjara jika tidak membayar denda tersebut atas kesalahan cuba melakukan persetubuhan haram di bawah Seksyen 52 EKSNM.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik sebuah rumah sewa di Jalan Indah 10, Taman Pengkalan Indah, di sini pada pukul 1.30 pagi, 16 September lalu.

Kedua-duanya menjelaskan semua denda yang dikenakan ke atas mereka.

Hakim Mohammad Adib menetapkan hukuman penjara ke atas Azizan dan Norhayati berkuat kuasa pada 22 September lalu iaitu tarikh kedua-duanya diperintahkan ditahan reman.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Raya Syarie Melaka, Mohd. Sahfri Abdul Aziz dan Timbalannya, Eri Nizam Abu Samah.

Azizan dan Norhayati pula diwakili oleh peguam Mustafa Cheng Abdullah.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Hakim Mohammad Adib berkata, hukuman tersebut dijatuhkan bagi mengadakan imbangan yang sesuai antara kepentingan awam dan tertuduh.

Menurutnya, kepentingan awam bermaksud ketinggian dan kesucian agama Islam.

Beliau berkata, walaupun pasangan tersebut kini telah bernikah, alasan itu tidak boleh digunakan untuk meringan atau menghapuskan kesalahan yang dilakukan sebelum pernikahan.

Semasa mengemukakan rayuan, Mustafa berkata, Azizan yang memperoleh gaji RM1,900 sebulan terpaksa membelanjakan sebahagian besar gajinya untuk menanggung empat orang anaknya yang berusia antara enam hingga 12 tahun selepas kematian isterinya tahun lalu.

''Tertuduh juga menanggung ibunya yang telah uzur dan menghidap penyakit lelah serta seorang adiknya yang masih bersekolah manakala ayahnya seorang pesara,'' ujarnya.

Norhayati pula memperoleh pendapatan RM750 sebulan juga perlu membantu perbelanjaan sekolah tiga adik-beradiknya, kata Mustafa.

Peguam tertuduh memberitahu, pada masa yang sama Norhayati merupakan pelajar sambilan di sebuah kolej swasta dalam kursus pentadbiran perniagaan.

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

---------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 06/10/1999

Sah Anwar tidak keracunan -- Laporan pemeriksaan HUKM dikemukakan di Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mengalami keracunan arsenik akut atau kronik, menurut laporan pemeriksaan oleh Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Laporan bertarikh 4 Oktober yang disiapkan oleh 12 pakar perubatan tempatan dan luar negara itu turut menyatakan bahawa Anwar juga tidak mengalami penyakit seperti AIDS/HIV, kegagalan ginjal, diabetes, tirotoksikosis, anemia kronik, tuberkulosis atau penyakit barah yang menjadi punca kepada gejala-gejala yang dialami.

Hakim Datuk Ariffin Jaka semasa membaca kesimpulan laporan tujuh muka surat itu berkata: ''Beliau juga tiada tanda-tanda klinikal keracunan arsenik akut atau kronik.''

Sehubungan itu beliau mengarahkan supaya perbicaraan liwat Anwar diteruskan.

Hakim Ariffin menolak permohonan peguam bela Karpal Singh dan Christopher Fernando untuk memanggil Pengarah dan Profesor Perubatan HUKM, Prof. Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir, untuk memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berkenaan.

''Ia tidak perlu kerana Anwar telah disahkan sihat dan layak menghadiri perbicaraan sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah,'' kata hakim yang mengarahkan perbicaraan disambung semula.

Kesimpulan itu juga menerangkan: ''Spesimen-spesimen air kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik yang tidak melebihi paras/julat yang dibenarkan di makmal-makmal berkenaan.''

Hakim Ariffin menegaskan bahawa kesimpulan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh pakar perubatan dan persoalan penting ialah sama ada Anwar sihat serta boleh hadir di mahkamah atau sebaliknya.

Empat pakar perubatan yang menandatangani laporan tersebut ialah Profesor Dr. Khalid Yusoff (Profesor Perubatan dan Pakar Perunding Kardiologi yang mengetuai pasukan perubatan 12 anggota itu), Profesor Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir (Profesor Perubatan dan Pakar Perunding Endokrinologi yang juga Pengarah HUKM), Prof. Madya Dr. Shahrom Wahid (Pakar Perunding Perubatan Forensik) dan Dr. Abdul Latiff Mohamed (Pakar Kardiologi).

Laporan perubatan itu disediakan berikutan perintah Mahkamah Tinggi supaya Anwar menjalani pemeriksaan perubatan terperinci di HUKM setelah mendakwa dia diracuni.

Ia dibuat berdasarkan ujian yang dijalankan di tiga makmal dalam negara (iaitu UKM Bangi, Jabatan Kimia dan FSKB, UKM) dan sebuah makmal di Australia (Perth Chemistry Center) dan sebuah lagi di London (Hospital Guy's & St. Thomas).

Anwar, 52, diiringi masuk ke mahkamah pada pukul 9.26 pagi ini pada perbicaraannya yang masuk hari ke-55 hari ini.

Dia nampak ceria dan sempat bersalaman dengan saudara mara dan sahabat handai yang berada di galeri awam.

Anwar kini menjalani hukuman penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah sedang dibicarakan bersama-sama adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, 38, atas tuduhan meliwat bekas pemandu peribadi isteri Anwar, Azizan Abu Bakar, 39.

Sukma juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan Anwar meliwat Azizan.

Mereka berdua dituduh melakukan kesalahan itu pada satu malam di antara Januari hingga Mac 1993, pukul 7.45, di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini.

Perbicaraan itu ditangguhkan pada 10 September setelah Karpal memberitahu mahkamah bahawa Anwar mengalami keracunan arsenik berdasarkan ujian air kencing Anwar atas nama ''Subramaniam'' yang dihantar ke sebuah makmal di Australia. Peguam itu juga mendakwa kononnya ''pihak atasan'' bertanggungjawab meracun Anwar.

Sejurus sidang sesi sebelah pagi dimulakan hari ini, Hakim Ariffin berkata, beliau telah meneliti laporan perubatan dari HUKM dan mahkamah telah memberikan salinannya kepada setiap peguam bela Anwar.

Menurut Hakim Ariffin, beliau tidak ingin membaca kandungan laporan itu dan terserahlah kepada kebijaksanaan peguam bela untuk mendedahkan kepada orang ramai mengikut kesimpulan bahawa tertuduh (Anwar) tidak mengidap apa-apa penyakit yang boleh menjadi punca keracunan arsenik.

Peguam bela Anwar, Karpal bagaimanapun bangun menyatakan bahawa kesimpulan itu mesti dibaca dengan apa yang diputuskan oleh mahkamah.

''Apa yang kami inginkan satu laporan sebenar, bukan keputusan berhubung keracunan arsenik. Malah Anwar dihantar ke hospital bagi tujuan pemeriksaan itu,'' kata Karpal.

Beliau berhujah bahawa kesimpulan yang dibacakan oleh Hakim Ariffin itu haruslah dipandang dalam konteks keseluruhan laporan tersebut.

Selain itu, Karpal menarik perhatian mahkamah mengenai pelbagai kenyataan yang dibuat berhubung perkara itu dan juga kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, kelmarin yang mendapat liputan meluas oleh akhbar.

Menurut peguam itu, ia menyentuh isu bahawa Anwar tidak langsung mengalami keracunan arsenik.

''Kenyataan Abdullah boleh menyebabkan beliau dikenakan tindakan menghina mahkamah. Beliau tidak boleh mempersoalkan perkara ini dan menjadikannya suatu isu bagi kepentingan politik. Laporan yang disediakan oleh HUKM itu dihantar kepada mahkamah dan ia tidak harus didedahkan lagi,'' katanya.

Hakim Ariffin mencelah dengan menyatakan bahawa mahkamah tidak mengambil berat tentang komen-komen tersebut dan apa yang penting ialah Karpal telah meminta supaya Anwar dihantar ke hospital.

''Apa yang umum tahu, satu penyiasatan sedang dijalankan dan sekarang sudah ada kesimpulan laporan perubatan, dan saya rasa Peguam Negara juga menerima salinannya,'' ujar beliau.

Di peringkat ini, Hakim Ariffin berkata, ''Jika kamu rasa bahawa Timbalan Perdana Menteri melakukan perbuatan menghina mahkamah, kamu boleh ambil tindakan, teruskan.''

Karpal mempersoalkan kenapa Hakim Ariffin hanya membaca kesimpulan sahaja dan ia ada kaitan dengan arsenik.

Hakim Ariffin berkata, tajuk kesimpulan merangkumi keseluruhan laporan itu dan peguam bela pada bila-bila masa boleh meneliti laporan penuh.

''Adakah Yang Arif telah membaca laporan itu?'' tanya Karpal.

Hakim Ariffin berkata: ''Tidak.''

Tetapi, menurutnya, laporan itu ditelitinya ketika di kamar dan mendapati bahawa Anwar tidak mengalami keracunan arsenik.

Tambah beliau, ia bertujuan mendedahkan kepada orang ramai yang tertanya-tanya tentang perkara itu.

Oleh itu, kata Hakim Ariffin, beliau hanya membaca sebahagian daripada kesimpulan laporan itu.

Karpal bertanya sama ada mahkamah mengambil langkah yang betul.

Hakim Ariffin lalu mengarahkan Timbalan Pendaftar, Rozilah Salleh, membaca kandungan kesimpulan itu keseluruhannya.

Selepas itu, Karpal berkata: ''Yang Arif, laporan perubatan itu tidak menyebut atau menunjukkan tahap keracunan arsenik berbeza dengan laporan Prof. David Riches yang memeriksa Anwar.

Menurut Karpal, analisis pakar dermotologi itu mendapati kemungkinan awal yang dikaitkan dengan penemuannya berhubung arsenik adalah bertambahnya keguguran rambut.

Sampel rambut telah diambil untuk dianalisis yang mungkin boleh menyokong kemungkinan kaitan dengan arsenik.

Karpal yang merujuk laporan Dr. Riches menyatakan bahawa pakar tersebut mungkin tidak lena tidur untuk membolehkan orang ramai memahaminya.

Beliau juga meminta agar mahkmah tidak hanya menerima apa yang dibuat oleh kerajaan.

''Maksud saya, orang ramai tidak sepatutnya dikelirukan oleh pemimpin politik dan mereka yang berada dalam kerajaan, '' kata beliau.

Selain itu, kata Karpal, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mohd. Jamil Johari, pula ingin mengambil tindakan terhadap Anwar atas dakwaan membuat laporan palsu.

''Perkara ini disensasikan. Mahkmah harus menolaknya,'' tambah beliau.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah bagaimanapun tidak dapat menghentikan ahli politik untuk bercakap.

Namun begitu beliau bersetuju dalam hal-hal tertentu, orang ramai harus berhenti daripada memperkatakan kes ini.

''Adakah kamu mahu memanggil doktor memberikan penjelasan,'' tanya Hakim Ariffin kepada Karpal.

Jawab Karpal: ''Ya, Dr. Khalid (Datuk Dr. Khalid Abdul Kadir, pengarah HUKM) harus dipanggil untuk memberikan penjelasan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, yang mengetuai pendakwaan membantah permohonan peguam bela itu.

Beliau mengemukakan hujahnya sambil merujuk satu daripada lampiran dalam laporan perubatan HUKM itu yang mencatatkan tahap-tahap sampel arsenik yang diuji oleh Hospital Guy's & St. Thomas, London.

Kesimpulannya, kata Peguam Negara, arsenik yang dikatakan itu tidak melebihi paras yang dibenarkan oleh makmal.

Dengan itu, tambah beliau, persoalan mengenai tahap arsenik tidak wujud dan perbicaraan boleh diteruskan.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

-------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 12/10/1999

Amaran Hakim Ariffin -- 'Jangan serang badan kehakiman tanpa asas dalam kes liwat Anwar'

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka yang mengendalikan perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mereka yang ''menyerang'' badan kehakiman tanpa asas sehingga menjejaskan imej dan integritinya.

''Saya memberi jaminan kepada Karpal Singh (peguam bela Anwar) bahawa saya tidak akan teragak-agak untuk menjalankan prosiding menghina mahkamah terhadap sesiapa sahaja jika saya berpuas hati yang mereka telah menghina mahkamah,'' katanya.

Hakim Ariffin menyatakan demikian selepas Karpal menarik perhatian mahkamah bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadapnya oleh UMNO berkaitan dengan apa yang beliau katakan di mahkamah pada 10 September lalu mendakwa Anwar mengalami keracunan arsenik.

Bagaimanapun, Hakim Ariffin menegaskan pengaduan Karpal yang dibuat berdasarkan laporan akhbar The Star di mahkamah berkenaan pagi ini berhubung laporan polis oleh UMNO itu, adalah tidak berasas.

''Saya tidak tahu apakah yang terkandung dalam laporan kepada polis itu dan saya tidak boleh menentukan sama ada ia berunsur penghinaan mahkamah,'' jelas beliau.

Oleh itu, kata Hakim Ariffin, beliau meminta Karpal mengemukakan permohonan yang mempunyai asas untuk membuat pengaduan kepada mahkamah.

Hakim Ariffin semasa mengemukakan alasan itu menolak permohonan Karpal agar mahkamah berkenaan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap beliau.

Di sesi perbicaraan Anwar yang bermula kira-kira pukul 10.06 pagi itu, Karpal menimbulkan satu isu sampingan untuk menarik perhatian mahkamah tersebut.

Karpal memberitahu, beliau ingin menarik perhatian mahkamah bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadapnya yang menyentuh prosiding perbicaraan Anwar.

Laporan polis itu, kata Karpal dibuat oleh Pengerusi Percetakan Jawatankuasa Petugas Panel Peguam dan Menangani Fitnah Majlis Tertinggi UMNO di Balai Polis Tun H.S. Lee di sini, Jumaat lalu.

Beliau menyifatkan tindakan itu secara peribadi suatu penghinaan kepada Hakim Ariffin yang sedang mengendalikan perbicaraan tersebut.,

''Dengan laporan itu juga, ia merupakan ugutan dan menghina saya dalam peranan sebagai peguam bela dan pegawai mahkamah ini,'' kata Karpal.

Karpal berkata, hanya beberapa hari yang lalu, Hakim Ariffin telah mengeluarkan larangan supaya tidak membuat komen menyentuh perbicaraan tersebut.

Hakim Ariffin lalu menegaskan: ''Saya menimbangkan berdasarkan fakta. Saya tidak tahu apakah kandungannya. Biarlah ia disiasat dulu.''

Karpal: ''Adakah Yang Arif membaca akhbar?''

Hakim Ariffin: ''Saya tidak hendak bergantung kepada laporan akhbar. Karpal, kamu telah membuat pelbagai permohonan yang tidak berkesudahan pada perbicaraan ini.''

Namun Karpal memberi jawapan dengan membangkitkan isu Chandra Muzaffar yang pernah dipanggil untuk tunjuk sebab mengapa tidak boleh dikenakan tindakan oleh mahkamah itu kerana membuat kenyataan menyentuh kes Anwar.

Hakim Ariffin: ''Semua orang ada hak untuk membuat laporan polis. Mereka tidak komen terhadap hakim, jika buat begitu adalah menghina mahkamah.

Karpal meninggikan suara: ''Tidakkah ini suatu penghinaan?''

Hakim Ariffin: ''Bukan penghinaan.''

Karpal menjawab: ''Oh! Tuhan.''

Hakim Ariffin: ''Tolonglah teruskan dengan penghujahan.'

Bagaimanapun, Karpal meneruskan hujahnya untuk menarik perhatian mengenai pengaduannya itu.

Karpal berkata, Hakim Ariffin seharusnya membuat sesuatu untuk memelihara integriti mahkamah itu.

''Demi kebaikan, tak usah buat keputusan yang menolak. Mungkin selepas ini Yang Arif pula mangsanya,'' kata Karpal.

Peguam Negara, Mohtar Abdullah yang mengetuai pendakwaan menjawab dengan hujah bahawa ini adalah satu lagi siri pengaduan kepada mahkamah itu.

Mohtar berpendapat bahawa pengaduan itu seharusnya dibuat mengikut permohonan bagi forum yang betul tetapi Karpal gagal melakukannya.

''Dah beberapa bulan, Karpal kata ingin memfailkan permohonannya. Beliau juga boleh failkan laporan polis. Beliau kata haknya untuk melaporkan kepada polis. Biarlah disiasat, jika laporan itu benar maka tindakan boleh diambil,'' kata Peguam Negara.

Namun, Peguam Negara mengingatkan bahawa jika laporan itu tidak benar dan berniat jahat maka beliau mestilah menjawabnya.

Mohtar: ''Begitulah rasa tanggungjawab. Jadi, jika ada rasa tanggungjawab bagi penghinaan mahkamah, Karpal sebagai peguam bela boleh memfailkan permohonan ikut prosedur.''

Peguam Negara berkata, serupa juga dengan rasa tanggungjawab untuk membuat pengaduan ialah memfailkan apa yang sepatutnya untuk mendapatkan tindakan mahkamah.

Tambahnya, mahkamah mempunyai bidang kuasa dan budi bicaranya untuk mengambil sebarang tindakan jika ia ada bukti.

Mohtar: ''Bagaimanapun, jika hal itu dibuat dengan niat jahat dan hanya dakwaan semata-mata atau bermotif maka beliau gagal untuk mengemukakan permohonan dan mungkin sebaliknya dikenakan bayaran kos.

''Orang yang bertanggungjawab akan bersedia untuk mengambil tindakan jika perkara itu benar dan sehingga pagi ini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.''

Mohtar menarik perhatian mahkamah dengan berkata: ''Orang cakap ini, cakap itu dan hari ini, akhbar Harakah menyiarkan cerita bertajuk, Was Anwar really poisoned? Saya tidak buat pengaduan kerana perbicaraan ini bukanlah forum untuk hal itu.''

Beliau lalu menunjukkan senaskhah akhbar Harakah keluaran hari ini yang dikatakan Harakah untuk ahli Pas sahaja'.

''Saya bukan ahli Pas tetapi dapat membaca akhbar itu keluaran hari ini yang memperkatakan tentang laporan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Ia memuatkan gambar (Anwar). Kenapakah Karpal tidak buat aduan?'' tanya Mohtar.

Mohtar berhujah bahawa beliau memerhatikan perkara itu.

Beliau menambah bahawa Karpal mempunyai hak untuk melaporkan kepada polis dan banyak perkara yang dikatakan oleh mereka (akhbar pembangkang).

Berhubung laporan polis terhadap Karpal, Mohtar berkata bahawa beliau tidak boleh menghentikan daripada dijalankan penyiasatan dan begitu juga mahkamah itu tidak boleh menentukan sekarang.

Dalam hujahnya, Peguam Negara menyatakan bahawa beliau tidak ada apa-apa aduan terhadap Harakah pada ketika ini dan mungkin akan dibuat pada forum yang lain.

Mohtar kemudian merayu kepada Karpal yang juga merupakan seorang pegawai mahkamah meneruskan hujah untuk perbicaraan terhadap Anwar.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

--------------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 14/10/1999

Keputusan panggil Anwar, Sukma bela diri Isnin

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin ini sama ada akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja untuk membela diri atau sebaliknya atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Hakim Datuk Ariffin Jaka yang mengendalikan perbicaraan itu berkata, beliau memerlukan masa selama empat hari untuk mengkaji dan meneliti keseluruhan penggulungan hujah yang panjang lebar dibentangkan oleh kedua-dua pihak pendakwa dan pembela.

Dua peguam bela Anwar, Christopher Fernando dan Karpal Singh selesai berhujah untuk menjawab hujah balas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah yang mewakili pendakwaan pagi ini.

Selepas itu, peguam bela Sukma, Gobind Singh Deo menyusul dengan hujahnya sebelum Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail menjawab sebahagian hujah pihak pembela yang mempertikaikan kredibiliti Azizan sebagai saksi utama pendakwa kes tersebut.

Anwar, 52, dan Sukma, 38, dituduh meliwat Azizan, 39, pada satu malam di antara Januari hingga Mac 1993 pada pukul 7.45 di unit No. 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini.

Sukma juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu meliwat Azizan.

Penggulungan hujah selesai dibentangkan pada perbicaraan Anwar yang memasuki hari ke-60 hari ini.

Pihak pendakwa menutup kesnya mengikut peruntukan Seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah pada 20 Ogos lalu.

Sebanyak sembilan saksi dipanggil memberi keterangan dalam kes pendakwaan.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

---------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 19/10/1999

Mahkamah perintah Anwar, Sukma bela diri

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja membela diri atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Hakim Datuk Ariffin Jaka memutuskan demikian sejurus sidang bermula kira-kira pukul 9.10 pagi ini pada perbicaraan yang masuk hari ke-61 hari ini.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan sehingga pagi Khamis ini bagi membolehkan kedua-dua tertuduh menyiapkan diri untuk memberi keterangan pembelaan.

Anwar, 52, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Sukma, 38, ahli perniagaan bidang hiasan dalaman masing-masing memaklumkan bahawa mereka memilih untuk mengemukakan keterangan secara mengangkat sumpah.

Suasana galeri awam penuh sesak dengan orang ramai termasuk keluarga dan sahabat handai Anwar dan Sukma yang datang untuk mendengar keputusan itu.

Beberapa bangku yang sepatutnya dikhaskan untuk wartawan juga dipenuhi oleh orang awam.

Hakim Ariffin ketika mengumumkan penghakiman ringkasnya menyatakan bahawa selepas beliau membuat penilaian maksimum bagi semua keterangan yang ditimbulkan pendakwa, mahkamah berpuas hati pendakwa dapat membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap Anwar, tertuduh pertama dan Sukma, tertuduh kedua.

Beliau memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Azizan.

Hakim Ariffin juga memerintahkan Sukma membela diri atas tuduhan yang sama dan tuduhan bersubahat dengan Anwar meliwat Azizan.

Mengikut pertuduhan, mereka berdua didakwa melakukan kesalahan itu pada satu malam di antara Januari hingga Mac 1993, pukul 7.45, di unit 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini.

Bagaimanapun kira-kira pukul 9.40 pagi, Hakim Ariffin mengumumkan satu keputusan lagi setelah mendengar permohonan peguam bela Anwar, Karpal Singh, yang berhujah meminta mahkamah menyatakan alasan-alasan mengapakah Anwar dipanggil membela diri.

Peguam bela Sukma, Gobind Singh Deo turut memohon perkara yang serupa.

Dalam keputusannya, Hakim Ariffin berkata: ''Saya mendengar penghujahan dan hujah sokongan bagi permohonan ini.''

Hakim Ariffin: ''Saya tidak perlu memberikan alasan pada peringkat ini. Saya telah memikirkan sepenuh hati dan saya menyatakan bahawa ia bukanlah satu kes yang rumit.

''Ia hanya kes jenayah liwat yang biasa di bawah Kanun Keseksaan. Ia suatu kes yang menarik perhatian umum jika apa yang orang ramai fikirkan kerana ia membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri negara ini, tetapi saya tidak fikir demikian.''

Selain itu, ujar Hakim Ariffin, ia sama sahaja dengan mana-mana kes yang lain kerana keputusan mahkamah adalah berdasarkan keterangan yang dikemukakan.

''Tiada apa-apa kerumitan,'' jelas beliau.

Menurut Hakim Ariffin, pihak pembela berpendapat kes ini rumit kerana keterangan saksi keenam pendakwa, Azizan, dipersoalkan sama ada bercakap benar dan boleh dipercayai.

Namun, kata beliau, perkara itu adalah untuk mahkamah memutuskannya.

Hakim Ariffin menegaskan: ''Tidak ada sebarang yang luar biasa atau rumit dalam keterangan Azizan. Permohonan ditolak kerana saya tidak perlu memberikan alasan pada peringkat ini.''

Oleh: KAMARIAH AHMAD

-----------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 23/10/1999

Karpal diminta bertindak -- Hakim Ariffin: Jika serius mahu melindungi imej dan integriti mahkamah

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Hakim Datuk Ariffin Jaka hari ini meminta peguam Karpal Singh supaya mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap sesiapa sahaja yang membuat komen mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak kira sama ada orang itu Perdana Menteri atau orang lain.

''Jika Karpal benar-benar serius untuk melindungi imej dan integriti mahkamah, mengapa beliau tidak mengambil langkah-langkah positif dan memohon untuk tindakan bagi dakwaan menghina mahkamah.

''Teruskan dan ambil tindakan prosiding terhadap sesiapa sahaja tidak kira orang itu Perdana Menteri dan buktikan dakwaan anda ikut prosedur,'' kata beliau.

Hakim Mahkamah Tinggi itu berkata, beliau telah memberi amaran dan nasihat dari masa ke masa bahawa tidak ada siapa harus membuat komen mengenai prosiding yang masih dibicarakan di hadapannya.

Hakim Ariffin menjelaskan bahawa ahli-ahli politik berhak untuk menyatakan apa yang mereka rasakan betul berpandukan pemikiran politik mereka.

Namun katanya, jika mereka melanggar peraturan menghina mahkamah maka mereka mestilah bersedia menjawabnya.

Hakim Ariffin menegaskan beliau tidak boleh menghalang mereka (ahli politik) daripada bercakap atas pentas politik.

Menurutnya, Karpal boleh mengambil tindakan yang perlu sama ada melalui saluran undang-undang atau cara lain yang difikirkannya betul kerana beliau sendiri ialah ahli politik.

Hakim Ariffin menyatakan demikian ketika menolak permohonan peguam bela bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang meminta mahkamah mengeluarkan amaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang dikatakan membuat komen mengulangi isu dakwaan perilaku Anwar.

Menurut Hakim Ariffin, mahkamah itu tidak boleh dan tidak seharusnya terbabit dalam hal-hal ucapan politik di luar mahkamah.

Beliau dengan tegas mengulangi perintah larangan terhadap mana-mana pihak atau sesiapa sahaja yang membuat komen tentang perbicaraan yang sedang dijalankan.

Bagaimanapun tambah beliau, tindakan itu mestilah dikemukakan melalui permohonan yang mengikut peraturan undang-undang.

Sejurus sidang bermula pada perbicaraan Anwar pagi ini, Karpal merujuk kepada laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'PM cabar Karpal Singh'.

Karpal berkata, Perdana Menteri bukan sahaja membuat kenyataan dalam akhbar malah melalui televisyen malam tadi.

Beliau yang tidak bersetuju dengan laporan itu dengan sinis menyatakan 'Utusan' tidak harus dipercayai lagi kerana menyiarkan kenyataan Perdana Menteri sedemikian.

Sebahagian hadirin yang duduk berdekatan bangku keluarga Anwar kedengaran bertepuk tangan.

Katanya, Dr. Mahathir tidak menghormati arahan yang telah dikeluarkan oleh Hakim Ariffin.

Hakim Ariffin mencelah sambil bertanya sama ada Karpal membaca Harakah.

''Ya, ada, kawan saya memberikan kepada saya, saya ikut undang-undang (akhbar itu untuk ahli Pas sahaja),'' jawab Karpal.

Hakim Ariffin lalu meminta Karpal membuat afidavit dan memfailkan permohonannya mengenai Perdana Menteri menghina mahkamah mengikut prosedur kerana katanya: ''Saya sudah bosan dan penat dengan kerenah tersebut.''

Selepas itu Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah, yang mengetuai pendakwaan memberi pandangannya dengan menyatakan ia satu lagi siri aduan yang ditimbulkan oleh Karpal.

Mohtar berkata, Hakim Ariffin telah berulang kali menasihatkan peguam bela itu agar membuat permohonan yang betul dengan memfailkan afidavit.

Beliau juga meminta Karpal melaporkan perkara itu kepada polis jika benar-benar bertanggungjawab dengan dakwaannya.

Peguam Negara seterusnya menyifatkan Karpal cuba berlindung dengan imunitinya (sebagai peguam dalam prosiding mahkamah) apabila mengemukakan aduan-aduan sedemikian kepada mahkamah.

Karpal menyampuk dengan berkata, beliau menerima nasihat mahkamah tetapi beliau juga meminta mahkamah menasihatkan Perdana Menteri agar tidak membuat komen tentang isu berhubung perbicaraan Anwar.

''Saya bukan mencari perlindungan imuniti mahkamah ini tetapi bercakap sebagai pegawai mahkamah,'' kata beliau.

Karpal cuba mengungkitkan isu dakwaan rasuah sebagai contohnya dengan menyebut nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz.

Hakim Ariffin menegaskan bahawa contoh yang hendak diketengahkan oleh Karpal adalah tidak relevan.

Karpal menjawab, dengan membuat laporan polis ia tidak dapat menyelesaikan perkara tersebut.

Terdahulu Hakim Ariffin menolak permohonan peguam bela untuk memanggil semula pegawai penyiasat, Senior Asisten Komisioner (SAC) 1 Musa Hassan pada peringkat pembelaan Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, atas tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

Dalam keputusannya, beliau menyatakan adalah tidak betul bagi mahkamah itu menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah untuk membenarkan memanggil semula saksi pendakwa kesembilan, Musa pada peringkat ini.

Hakim Ariffin berkata, tertuduh (Anwar dan Sukma) mestilah memberikan keterangan pembelaan terlebih dahulu.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

-------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 26/10/1999

AG beri notis mohon ketepi sapena Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 26 Okt - Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah hari ini memberi notis kepada Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan akan menimbang untuk memohon bagi mengenepikan sapena terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk datang ke mahkamah atas alasan hubung-kaitnya dengan kes.

Mohtar berkata sapena itu dikeluarkan terhadap Perdana Menteri ekoran permohonan pihak pembelaan tertuduh kedua, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, dan bukan abang angkatnya bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Oleh itu saya memberi notis bahawa pihak pendakwaan akan memohon atau menimbang untuk memohon bagi mengenepikan sapena terhadap Perdana Menteri itu atas alasan keberkaitannya... Perdana Menteri tidak ada kena-mengena dengan Sukma,'' kata beliau kepada mahkamah.

Anwar, 52, dan Sukma, 38, sedang dibicarakan bersama terhadap tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar, 39, di apartmen Sukma di Tivoli Villa, Bangsar di sini, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari dan Mac 1993.

Sukma, seorang ahli perniagaan, juga dituduh bersubahat dengan Anwar untuk meliwat Azizan, bekas pemandu peribadi isteri Anwar di tempat dan pada masa yang sama.

Mahkamah telah memerintahkan Anwar dan Sukma supaya membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap mereka.

Mohtar berkata tidak perlu bagi Perdana Menteri datang ke mahkamah pada hari Khamis memandangkan Anwar dan Sukma belum selesai memberi keterangan.

''Tidak ada gunanya bagi Perdana Menteri datang dan tunggu di sini,'' katanya.

Beliau berkata permohonan pihak pendakwaan itu akan diasaskan kepada Seksyen 136 Akta Keterangan.

Sebelum itu, Gobind Singh Deo, peguam bagi Sukma, bertanya mahkamah sama ada sapena itu sudah disampaikan kepada Perdana Menteri.

Hakim Datuk Arifin Jaka berkata mengikut Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rozilah Salleh, sapena itu telah dikeluarkan dan diberikan kepada polis untuk disampaikan.

-----------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 27/10/1999

Mahkamah keluar sapina baru terhadap PM

KUALA LUMPUR 27 Okt - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengeluarkan sapina baru terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk hadir pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sapina baru itu mengkehendaki Dr Mahathir hadir di mahkamah pada 1 Nov ini bagi membolehkan pihak pembelaan menemusoal beliau sebelum memutuskan sama ada Perdana Menteri akan dipanggil sebagai saksi bagi kes pembelaan.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili adik angkat bekas Timbalan Perdana Menteri, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang dituduh bersama-sama Anwar, memberitahu wartawan di luar mahkamah bahawa sapina baru itu dikeluarkan bagi menggantikan sapina yang dikeluarkan sebelum ini.

''Kami berharap Perdana Menteri akan menerima sapina itu dan hadir di mahkamah seperti yang dikehendaki,'' kata Gobind lagi.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beliau sanggup ke mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar jika diberikan senarai soalan-soalan berhubung kes liwat bekas timbalannya itu.

Gobind berkata, ''soal menghantar senarai soalan tidak timbul dan kita jangka yang sapina itu akan sampai kepadanya dalam beberapa hari lagi.''

Pada 18 Okt, mahkamah mengeluarkan sapina terhadap Dr Mahathir tanpa menetapkan tarikh dan pada 21 Okt lepas, Hakim Datuk Arifin Jaka memerintahkan Perdana Menteri untuk hadir di mahkamah esok.

Sapina itu dikeluarkan atas permohonan Sukma.

Anwar, 52, dan Sukma, 38, didakwa meliwat Azizan Abu Bakar, 39, di apartmen Sukma di Tivoli Villa, Bangsar di sini, pada satu malam, antara Januari dan Mac 1993.

Sukma, seorang ahli perniagaan, juga dituduh bersubahat dengan bekas Menteri Kewangan itu untuk meliwat Azizan, bekas pemandu peribadi isteri Anwar di tempat dan masa yang sama.

Anwar dipecat daripada Kabinet pada 2 Sept 1998 kerana sebab-sebab moral.

------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 28/10/1999

Bekas Pegawai Kanan Bank Negara Dedah Akaun Rahsia Anwar

KUALA LUMPUR 28 Okt - Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara hari ini membuat dakwaan umum bahawa lebih daripada 20 "akaun induk" bernilai RM3 bilion telah dibuka atas nama beberapa orang tertentu untuk dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan politiknya sendiri.

Datuk Abdul Murad Khalid, 46, mendakwa bahawa melalui pembabitannya sendiri beliau mengetahui tentang sekurang-kurangnya sembilan pihak, termasuk Anwar sendiri, dibayar wang dalam pelbagai amaun yang semuanya berjumlah RM121 juta dalam tempoh 1992-97.

Beliau membuat tuduhan itu dalam satu akuan berkanun yang salinannya diedarkan pada persidangan media di sebuah hotel di sini.

Murad mendakwa bahawa bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan itu dibayar RM50 juta daripada satu akaun induk manakala penerima lain, yang termasuk sebuah agensi yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, menerima antara RM1 juta dan RM38 juta.

Beliau mendakwa bahawa agensi itu yang menerima US$10 juta (RM38 juta), merupakan satu daripada alat utama Anwar untuk mempromosi imejnya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Murad berkata beliau bertanggungjawab mengatur sumbangan US$10 juta kepada agensi itu yang diketuai seorang bekas pengarah kanan Majlis Keselamatan Nasional Amerika Syarikat.

Penerima lain termasuk empat pertubuhan tempatan yang mempunyai kaitan dengan Anwar yang mendapat sejumlah RM17 juta.

Murad juga mengaitkan beberapa personaliti tempatan dalam dakwaannya, termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, bekas Setiausaha Sulit Anwar.

Beliau mendakwa bahawa ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah bank tempatan telah diarah oleh Anwar supaya mengambil Shamsidar bekerja dengan gaji yang lumayan beserta kereta dan pemandu sedangkan beliau tidak perlu pergi bekerja.

Beliau berkata CEO bank itu memberitahunya bahawa satu akaun induk yang dibuka atas nama beliau (CEO) bagi pihak Anwar, adalah bernilai RM200 juta.

Murad berkata sebagai seorang daripada eksekutif tertinggi Bank Negara, beliau telah berhubungan dengan Anwar dalam kapasitinya selaku Menteri Kewangan.

Anwar, katanya, suka kepada beliau dan berikutan itu menaruh kepercayaan kepada beliau untuk melaksanakan sesetengah arahannya (Anwar).

"Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan saya supaya melaksanakan tindakan korporat yang tertentu bagi menolong rakan-rakan dan kroninya.

"Hutang-hutang kroninya telah dijelaskan dengan menggunakan keuntungan daripada urusan yang menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia," katanya.

Ketika menjawab soalan, Murad berkata beliau membuat akuan berkanun itu untuk melepaskan suara hatinya daripada rasa bersalah, setelah berbincang dengan keluarganya.

"Kini saya sedar bahawa saya telah dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang aset bagi kegunaan dan faedah politik dan peribadinya," kata Murad.

Beliau berkata beliau bersedia menghadapi tindakan mahkamah berkaitan dengan dakwaannya itu, sambil menambah kata bahawa beliau tidak dipujuk, diugut atau dijanjikan apa-apa untuk membuat akuan berkanun itu.

Murad meletak jawatan dari Bank Negara pada 1 Feb tahun ini dan kemudian menyertai RHB Bank sebagai pengarah eksekutif.

Beliau telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 16 Sept 1999 atas tuduhan gagal mengisytiharkan aset bernilai RM23 juta dan kesnya sedang menunggu perbicaraan, Beliau sejak itu telah meletak jawatan dari RHB Bank.

Murad berkata perakuan berkanun beliau, yang dibuat di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah di sini pada hari Selasa, tidak dibuat dengan tujuan mendapat balasan pertolongan atau layanan istimewa berkaitan dengan pertuduhan yang sedang dihadapinya.

- Bernama

---------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 29/10/1999

Karpal Singh sudah melampau - Hakim

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Hakim Datuk Ariffin Jaka hari ini memerintahkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, menarik balik kata-katanya yang berunsur menghina mahkamah kerana membuat anggapan bahawa beliau (Ariffin) takut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Hakim Ariffin menegaskan, Karpal sudah melampau dengan mendakwa mahkamah takut kepada Perdana Menteri.

''Perasaan saya terguris apabila kamu berkata saya takut kepada Perdana Menteri,'' katanya.

''Saya memberi peluang supaya kamu menarik balik kata-kata kamu yang menggambarkan seolah-olah mahkamah ini takut kepada Perdana Menteri,'' tegas Hakim Ariffin semasa bertikam lidah dengan Karpal yang sekali lagi menimbulkan isu sampingan pada perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Karpal bagaimanapun enggan menarik balik kata-katanya.

Sebaliknya beliau mengulangi kata-katanya agar mengambil tindakan ke atas Perdana Menteri yang membuat komen melalui akhbar semalam dengan memberi syarat bahawa beliau hanya akan datang ke mahkamah memberi keterangan bagi kes liwat Anwar dan bukan isu konspirasi atau arsenik.

Hakim Ariffin mencatatkan patah demi patah perkataan Karpal yang diucapkan dalam prosiding perbicaraan Anwar yang masuk hari ke-67 hari ini.

Pada Selasa lalu, Hakim Ariffin telah memberi amaran untuk mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Karpal di hujung perbicaraan itu sekiranya beliau terus bersikap mengeluarkan kata-kata yang menyerang kewibawaan badan kehakiman.

Sejurus sidang bermula kira-kira pukul 10.45 pagi ini, Karpal sekali lagi memaklumkan beliau ada perkara yang hendak dibangkitkan.

Perkara pertama, kata Karpal, kenyataan Perdana Menteri mengenai sapina yang dikeluarkan oleh mahkamah itu kepadanya tetapi masih belum diterima.

''Saya merujuk laporan New Straits Times (NST) dan akhbar-akhbar lain,'' katanya.

Karpal berkata, Perdana Menteri membuat komen terbuka yang tidak pernah berlaku bagi mana-mana saksi yang menyatakan syarat untuk memberikan keterangannya.

''Beliau (Perdana Menteri) melanggar peruntukan di bawah Seksyen 136 Akta Keterangan yang hanya mahkamah boleh memutuskan,'' kata beliau.

''Ini adalah contoh buruk untuk anggota masyarakat lain. Mahkamah yang boleh tentukan kebolehterimaan. Sekarang beliau seolah-olah yang menjadi hakim,'' katanya lagi.

Karpal juga menarik perhatian mahkamah mengenai satu komen yang dibuat oleh seorang yang disebutnya IFcreatureNF bernama Hishammuddin (Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Hishammuddin Tun Hussein).

Hakim Ariffin dengan nada lembut menjawab: ''Kamu merujuk laporan akhbar. Mahkamah tidak bersedia untuk mendengar isu sampingan. Kamu telah pun tahu pendirian saya. Saya tidak mahu dengar isu sampingan lain.''

Namun begitu, ujarnya, beliau tidak menyalahkan Karpal untuk membangkitkan aduan kepada mahkamah itu tentang sapina tersebut.

Hakim Ariffin: ''Beliau (Perdana Menteri) boleh menyatakan apa yang beliau suka, bawalah beliau ke mahkamah saya dan soal mengapa beliau kata begitu. Saya sudah tetap dengan pendirian saya. Jika kamu rasa penting buatlah tindakan yang sepatutnya.''

Karpal menyampuk: ''Sekarang ini nampaknya memang patut Yang Arif mengambil tindakan. Jika tidak maka anda mengabaikan kewajipan. Yang Arif, terhadap seorang lagi bernama Vincent Tan (ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun).''

Di peringkat ini, Hakim Ariffin bertanya Christopher Fernando yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar sama ada beliau menyokong rakannya, Karpal.

''Ya, saya bersama dengan Karpal,'' jawab Fernando.

Karpal lalu menimbulkan tindakan mahkamah itu yang mengeluarkan notis terhadap Dr. Chandra Muzaffar supaya tunjuk sebab selepas pihak pendakwa mengemukakan satu usul penghinaan mahkamah secara lisan.

Hakim Ariffin bertegas bahawa beliau tidak bersedia untuk melayan sebarang permohonan menyentuh isu tersebut.

''Jika kamu ingin mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas beliau (Perdana Menteri), beliau akan datang ke mahkamah ini,'' kata Hakim Ariffin.

''Jika demikian, saya akan buat permohonan di depan beliau,'' jawab Karpal.

Hakim Ariffin lalu mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak hendak melayani permohonan yang tidak mengikut prosedur yang betul.

Karpal lalu menjawab: ''Mahkamah ini sekarang takut khususnya, Yang Arif, takut kepada Perdana Menteri. Apa yang seharusnya dibuat seperti Yang Arif mengambil tindakan terhadap Dr. Chandra.''

Hakim Ariffin sekali lagi mengingatkan bahawa beliau boleh mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap Karpal di hujung perbicaraan itu.

Beliau menegaskan bahawa Karpal telah melampaui batas tetapi peguam bela itu diberi peluang supaya menarik kata-katanya.

Bagaimanapun, Karpal tetap mengulangi kata-katanya dan mengungkit balik tindakan yang dibuat terhadap Dr. Chandra.

Hakim Ariffin kemudian menjelaskan bahawa berhubung kes Dr. Chandra, mahkamah berkenaan mengeluarkan notis tunjuk sebab tetapi selepas itu Dr. Chandra mengemukakan bantahan.

Selepas mendengar permohonan Dr. Chandra, mahkamah mengetepikan notis tunjuk sebab itu kerana mendapati kenyataan yang didakwa dibuat oleh beliau melalui Internet adalah suatu dengar cakap.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

--------------------------------------------------------------------------------------

Kehadiran PM ditentukan hari ini

1/11/1999

KUALA LUMPUR, Ahad - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja yang bersambung esok akan mendapat tahu sama ada Perdana Menteri hadir ke mahkamah atau tidak. Mahkamah Tinggi sudah mengeluarkan sapina baru Khamis lalu supaya Dr Mahathir Mohamad hadir ke mahkamah sebagai saksi Sukma Darmawan.
----------------------------------------------------------------------------------------

2/11/1999

Mahathir beri keterangan minggu depan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri hanya akan dipanggil memberi keterangan dalam kes liwat bekas timbalannya selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja selesai memberi keterangan pembelaan. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, Rozilah Salleh, berkata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak hadir ke mahkamah seperti yang dijadual semalam kerana Anwar masih memberi keterangan
-----------------------------------------------------------------------------------------

26/1/200

Anwar kemuka pembelaan alibi

KUALA LUMPUR, Selasa - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyambung keterangan membela diri hari ini, akan mengemukakan pembelaan alibi esok bagi membuktikan dia tidak meliwat Azizan Abu Bakar seperti dituduh. Anwar, yang selesai memberi keterangan pembelaan bahawa wujud konspirasi mengada-adakan tuduhan liwat itu, mengambil dua jam untuk menjawab soalan peguambelanya, Karpal Singh.
--------------------------------------------------------------------------------------------

28/01/2000

Pegawai kementerian jadi saksi kes Anwar
KUALA LUMPUR, Khamis - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil beberapa pegawai daripada Kementerian Kewangan yang mengiringinya dalam lawatan ke luar negara pada Februari 1993, bagi mengesahkan mereka bersama bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada tarikh berkenaan. Peguam Christopher Fernando memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memohon sapina untuk diserahkan kepada pegawai terbabit pada hari ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------

04/02/2000
Anwar setuju Hanif dilantik pengarah Resort World
KUALA LUMPUR, Khamis - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi persetujuan berhubung pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd Hanif Omar sebagai pengarah Resort World Bhd - sebuah syarikat dalam Kumpulan Genting Bhd, pada awal 1994. Persetujuan itu yang disertakan tanda tangan ringkas Anwar, tercatat dalam minit berasingan yang ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian Pentadbiran Perbendaharaan, Yusoff Salleh pada 31 Januari 1994.
------------------------------------------------------------------------------------
05/02/2000

Anwar nafi beritahu `Sukma pun teringin juga' (482 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau ada memberitahu Azizan Abu Bakar bahawa `Sukma (Darmawan Sasmitaat Madja) pun teringin juga' (untuk diliwat). Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, tohmahan yang dibuat oleh Azizan itu adalah tidak benar dan beliau juga tidak pernah memanggil nama Sukma sebagai `Sukma' tetapi `Suk'.
---------------------------------------------------------------------------------------

05/02/2000

Rayuan hukuman penjara didengar 28 Februari (208 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Februari ini bagi mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadapnya berhubung empat tuduhan rasuah. Perkara itu diberitahu kepada wartawan oleh peguam S N Nair, salah seorang daripada peguambela yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
------------------------------------------------------------------------------------

09/02/2000

Sukma nafi tinggal di Tivoli Villa Mac 1993 (396 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu pangsapuri Tivoli Villa milik Sukma Darmawan Sasmitaat Madja tidak diduduki adik angkat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu antara Januari hingga Mac 1993 kerana ia masih dalam peringkat pengubahsuaian. Sukma berkata, dia mula menduduki pangsapuri itu pada April 1993 selepas kerja-kerja berkenaan selesai.
------------------------------------------------------------------------------------

10/02/2000
Pakar forensik beritahu tiada benda tumpul diguna (313 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zahari Noor, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang tiada sebarang tanda atau bukti yang menunjukkan sebarang kemasukan benda tumpul dalam bahagian dubur Sukma. Dr Zahari berkata, benda tumpul yang
dimaksudkannya itu adalah termasuk kayu, besi atau kemaluan lelaki.
-----------------------------------------------------------------------------------

15/02/2000
Saksi beritahu tarikh akuan tidak benar (426 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Saksi pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa tarikh yang tercatat dalam akuan bersumpahnya mengenai penyerahan laporan khas kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah tidak benar. Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid, berkata walaupun beliau menandatangani akuan bersumpah itu menyatakan penyerahan laporan khas dibuat pada 27 Jun 1998, sebenarnya ia diserahkan kepada Anwar beberapa hari selepas
pertemuannya dengan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin.
-------------------------------------------------------------------------------------

17/02/2000
Keterangan Zull Aznam bercanggah: Pendakwa (426 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pendakwa sedang mengkaji untuk mengemukakan permohonan bagi mencabar keterangan bekas juruiring Datuk Seri Anwar Ibrahim, Deputi Superintendan Zull Aznam Haron yang didakwa mempunyai percanggahan. Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Azahar Mohamed memberitahu Hakim Datuk Ariffin Jaka bahawa keterangan lisan Zull Aznam pada hari ini berbeza dengan kenyataan yang diberikan kepada Asisten Superintendan Mazli Mohd mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah pada 30 Oktober 1998.
---------------------------------------------------------------------------------------

18/02/2000
Keputusan bantahan awal pembela hari ini (403 wds) ()
KUALA LUMPUR, Khamis - Mahkamah Tinggi di sini hari ini akan membuat keputusannya esok berhubung bantahan awal pasukan pembela mengenai sapina yang diserahkan kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk hadir sebagai saksi. Hakim Datuk Ariffin Jaka membuat keputusan itu selepas mendengar bantahan itu yang dibuat oleh peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan hujah Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail.

----------------------------------------------------------------------------------------

18/02/2000
PM sedia hadir mahkamah jika perlu (123 wds) ()
KUALA LUMPUR, Khamis - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bersedia hadir sebagai saksi dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim jika mahkamah memutuskan bahawa keterangannya relevan dengan perbicaraan itu. "Ya, jika saya diperlukan di mahkamah dan ia relevan... tentulah saya kena pergi. Itu undang-undang. Tidak ada apa yang dapat saya lakukan mengenainya. Tetapi saya tidak suka ini menjadi (permainan) politik untuk menarik perhatian dan saya berharap ia relevan dengan kes.
-------------------------------------------------------------------------------------------

19/02/2000
Pembela perlu buktikan keterangan PM relevan By Munira Mohd Yusoff (342 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Mahkamah Tinggi mahu pembela dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan bahawa keterangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad adalah relevan sebelum memanggil beliau sebagai saksi. Hakim Datuk Arifin Jaka berkata, pihak pembela perlu membuktikan keterangan Dr Mahathir adalah relevan sebelum beliau sendiri dapat membuat keputusan mengenainya.
------------------------------------------------------------------------------------------

22/02/2000
Perbicaraan Anwar ditangguh 6 Mac (342 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja terhadap Azizan Abu Bakar ditangguhkan kepada 6 Mac ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan penangguhan yang dikemukakan oleh peguam bela Anwar, Christopher Fernando.
----------------------------------------------------------------------------------------

29/02/2000
Mahkamah Rayuan dengar kes Anwar (270 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan dan hukuman penjara enam tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi selepas mendapatinya bersalah atas empat tuduhan rasuah, tahun lalu. Rayuan itu didengar oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Presidennya, Tan Sri Lamin Yunus; Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Datuk Moktar Sidin.
-----------------------------------------------------------------------------------------

01/03/2000
Hakim didakwa silap terima keterangan saksi (316 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Mahkamah Rayuan di sini hari ini diberitahu, hakim perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesilapan apabila menerima keterangan saksi utama pendakwa yang didakwa tidak mempunyai kewibawaan. Peguam bela Anwar, Raja Aziz Addruse berhujah saksi utama pendakwa, bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang memusnahkan kes pendakwaan apabila keterangannya kerap berubah.
----------------------------------------------------------------------------------------

07/03/2000
Pembela dakwa Anwar tidak arah polis (541 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa polis Cawangan Khas bertindak sendiri untuk mendapatkan surat penafian daripada Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali berhubung tohmahan salah laku seks dan liwat bekas Timbalan Perdana Menteri. Christopher Fernando berhujah di Mahkamah Rayuan di sini hari ini, Anwar tidak pernah membuat arahan mendapatkan surat penafian daripada Azizan dan Ummi Hafilda seperti didakwa bekas Pengarah Cawangan Khas, Mohd Said Awang serta timbalannya Datuk Amir Junus.
------------------------------------------------------------------------------------------

08/03/2000
Dakwaan terhadap Anwar mengikut Ordinan No 22 sah: Gani (586 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail memberitahu mahkamah hari ini, pendakwa tidak melakukan kesalahan apabila mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas empat tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Katanya, Ordinan No 22 masih lagi undang-undang yang sah ketika Anwar didakwa di mahkamah pada 29 September 1998.
-----------------------------------------------------------------------------------------

09/03/2000
Pendakwa buktikan Anwar salah gunakan kedudukan (578 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Rayuan diberitahu, pendakwa berjaya membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahgunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mengarahkan Cawangan Khas mendapatkan surat penafian daripada Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali. Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Azahar Mohamed, berhujah Anwar tahu tindakannya itu melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jenayah.
---------------------------------------------------------------------------------------------

08/03/2000 Dakwaan terhadap Anwar mengikut Ordinan No 22 sah: Gani (586 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail memberitahu mahkamah hari ini, pendakwa tidak melakukan kesalahan apabila mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim atas empat tuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Katanya, Ordinan No 22 masih lagi undang-undang yang sah ketika Anwar didakwa di mahkamah pada 29 September 1998.
--------------------------------------------------------------------------------------------

09/03/2000 Pendakwa buktikan Anwar salah gunakan kedudukan (578 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Rayuan diberitahu, pendakwa berjaya membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahgunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mengarahkan Cawangan Khas mendapatkan surat penafian daripada Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda Ali. Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Azahar Mohamed, berhujah Anwar tahu tindakannya itu melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan jenayah.

-------------------------------------------------------------------------------------------

23/03/2000 Perbicaraan Anwar hari ini (208 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja terhadap Azizan Abu Bakar ditangguhkan sehingga esok. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Rozilah Salleh membuat pengumuman itu selepas peguam bela dan pendakwa menemui Hakim Datuk Ariffin Jaka dalam kamarnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------

24/03/2000 Daim, Aziz kemuka permohonan ketepikan sapina (564 wds) ()
KUALA LUMPUR, Khamis - Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin mengemukakan permohonan untuk mengetepikan sapina hadir sebagai saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan itu.
------------------------------------------------------------------------------------------

25/03/2000 Bekalan elektrik terputus, kes liwat ditangguh (249 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja terhadap Azizan Abu Bakar ditangguhkan kepada Isnin ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka membuat keputusan itu selepas bekalan elektrik di bangunan Sultan Abdul Samad, tempat perbicaraan itu dijalankan terputus sejak awal pagi.

-----------------------------------------------------------------------------------------

28/03/2000 Keterangan baru: Hakim persoal tindakan peguam Anwar (473 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka hari ini mempersoalkan tindakan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan keterangan baru, terutama membabitkan Azizan Abu Bakar. Teguran itu dibuat kerana perkara berkenaan sebelum ini tidak pernah dibangkitkan ketika Azizan - bekas pemandu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, memberi keterangannya.
-----------------------------------------------------------------------------------------

29/03/2000 Gani tidak sihat, kes ditangguh (273 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja terhadap Azizan Abu Bakar ditangguhkan kepada Jumaat ini. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Rozilah Salleh mengumumkan penangguhan itu selepas Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Abdul Gani Patail, peguam bela Anwar, Karpal Singh dan peguam bela Sukma Darmawan, Gobind Singh Deo menemui Hakim Datuk Ariffin Jaka dalam kamarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------

01/04/2000 Peguam diarah serah sendiri afidavit kepada PM (545 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Mahkamah Tinggi hari ini, memerintahkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, S N Nair menyerahkan sendiri afidavit bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad. Hakim Datuk Ariffin Jaka, berkata peguam bela itu boleh berbuat demikian kerana afidavit berkenaan sudah dikemukakan kepada mahkamah.
------------------------------------------------------------------------------------

04/04/2000 Abdul Aziz bersedia jadi saksi kes liwat (595 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menarik balik permohonan mengetepikan sapina untuk beliau hadir sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peguam bela Abdul Aziz, Ng Aik Guan memberitahu perkara itu kepada mahkamah hari ini.
---------------------------------------------------------------------------------------

05/04/2000 PM jawab afidavit Anwar (397 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sudah memfailkan afidavit bagi menjawab afidavit Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kehadirannya di mahkamah sebagai saksi pembela. Peguam bela Anwar, S N Nair mengesahkan afidavit jawapan itu difailkan di mahkamah hari ini.

----------------------------------------------------------------------------------------

06/04/2000 Anwar failkan afidavit tambahan (365 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan afidavit tambahan bagi menjawab afidavit jawapan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berhubung kehadirannya sebagai saksi pembela. Afidavit itu difailkan sendiri oleh Anwar pagi ini dan diserahkan kepada Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail untuk disampaikan kepada Dr Mahathir.

---------------------------------------------------------------------------------------

08/04/2000 Azmin kenal Anwar ketika belajar di Amerika (564 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali memberitahu mahkamah, beliau mengenali bekas Timbalan Perdana Menteri itu ketika menuntut di Amerika Syarikat pada sekitar 1983 atau 1984. Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, berkata pada ketika itu Anwar dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untu
-----------------------------------------------------------------------------------------

11/04/2000 Azmin ikut Anwar lawat Eropah (509 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali memberitahu mahkamah, beliau mengikuti bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam lawatannya ke tiga negara Eropah pada Februari 1993. Katanya, beliau bersama Anwar berlepas dari Kuala Lumpur pada 3 Februari 1993 ke London dan kembali ke negara ini pada 14 Februari dari Frankfurt, Jerman.
------------------------------------------------------------------------------------------

12/04/2000 Azmin temui Mahathir perjelas tohmahan (398 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri, Mohamed Azmin Ali memberitahu mahkamah, beliau berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum membuat laporan polis terhadap penerbit dan penulis buku yang dianggap memfitnah keluarganya. Mohamed Azmin yang menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata beliau tidak membaca keseluruhan buku bertajuk, 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (Perdana Menteri) sebelum membuat laporan pada 19 Jun 1998 ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno.
----------------------------------------------------------------------------------------------

13/04/2000 Pendakwa dakwa kes liwat tiada kaitan konspirasi politik (601 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail memberitahu mahkamah hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai forum lain bagi menyelesaikan apa yang didakwa ada komplot untuk menjatuhkannya sebagai pemimpin kerajaan dan parti. Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak boleh menggunakan perbicaraan kes liwatnya terhadap Azizan Abu Bakar untuk membuat dakwaan itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------

18/04/2000 Bekas duta beri keterangan kes Anwar (283 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Bekas Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Zainal Abidin Alias memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya membuat lawatan rasmi ke Bangkok pada 21 hingga 23 Februari 1993. Katanya, beliau bersama timbalannya, Roze Abdul Rahman menyambut Anwar yang tiba daripada Pulau Pinang menaiki penerbangan MH780 pada jam 1 petang di lapangan terbang Bangkok.
----------------------------------------------------------------------------------------

19/04/2000 Keputusan panggil PM ditentukan Jumaat (525 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Mahkamah Tinggi akan memutuskan Jumaat ini, sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad perlu hadir ke mahkamah sebagai saksi pembela dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Datuk Ariffin Jaka membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail; peguam bela Anwar, Karpal Singh dan peguam bela Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Gobind Singh Deo.
-----------------------------------------------------------------------------------------

20/04/2000 Saksi dakwa pernah adakan hubungan intim dengan Ummi (321 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Seorang saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Ummi Hafilda Ali, penulis surat berhubung dakwaan salah laku seks bekas Timbalan Perdana Menteri itu, pernah mempunyai hubungan intim dengannya di London pada pertengahan tahun 1998. Nor Azman Abdullah @ Beginda, 40, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mempunyai `hubungan yang sangat rapat dengan Ummi' ketika mereka mengikuti seorang ahli perniagaan, Datuk Sng Chee Hua ke London.

--------------------------------------------------------------------------------------

22/04/2000 PM tidak perlu hadir beri keterangan (690 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak perlu hadir sebagai saksi pembela untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Datuk Ariffin Jaka yang membuat keputusan itu, mendapati tindakan memanggil Perdana Menteri untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu adalah satu proses penyalahgunaan mahkamah.
-----------------------------------------------------------------------------------------

27/04/2000 Bicara kes liwat Anwar ditangguh Jumaat ini (321 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu- Mahkamah Tinggi hari ini, menangguhkan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jumaat ini, bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu memfailkan notis rayuan berhubung keputusan mahkamah pada Jumaat lalu. Hakim Datuk Ariffin Jaka yang menetapkan Jumaat ini untuk sebutan kes membenarkan permohonan Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja bagi menangguhkan keputusannya berhubung kehadiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi pembela dalam perbicaraan itu.
------------------------------------------------------------------------------------------
29/04/2000 Perbicaraan Anwar disambung Khamis (343 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka, berkata mahkamah akan meneruskan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya Khamis depan, untuk mendengar keterangan pembelaan alibi. Katanya, walaupun mahkamah sudah menangguhkan keputusan berhubung kehadiran Datuk Seri Dr Mahatahir Mohamad ke mahkamah sebagai saksi pembela, perbicaraan itu perlu diteruskan bagi menggelakkan pembaziran masa mahkamah.
----------------------------------------------------------------------------------------

30/04/2000 Hukuman ke atas Anwar kekal By Khirul Bahri Basaruddin (907 wds) ()
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan semalam mengekalkan hukuman penjara enam tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah terhadap empat tuduhan amalan rasuah oleh Mahkamah Tinggi, April lalu. Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh presidennya, Tan Sri Lamin Yunus sebulat suara menolak rayuan Anwar dengan alasan mahkamah tidak mempunyai asas untuk menukar keputusan Hakim Datuk S Augustine Paul.
----------------------------------------------------------------------------------------

05/05/2000 Kes liwat ditangguh (195 wds) ()
KUALA LUMPUR, Khamis - Mahkamah Tinggi hari ini, menangguhkan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja terhadap Azizan Abu Bakar kepada satu tarikh yang ditetapkan nanti. Timbalan Kanan Pendaftar, Rozilah Salleh yang mengumumkan penangguhan itu berkata tarikh baru ditetapkan selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan berhubung rayuan kedua-dua tertuduh.
----------------------------------------------------------------------------------------

24/05/2000 Anwar kemuka 11 alasan kesilapan hakim (196 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan petisyen rayuan dengan mengemukakan 11 alasan kesilapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka dalam keputusannya berhubung kehadiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi pembela. Petisyen itu difailkan oleh peguam belanya, Sankara Narayanan Nair di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada jam 11 pagi ini.
----------------------------------------------------------------------------------------

25/05/2000 Bicara kes rayuan Anwar 5 Jun (190 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Jun ini untuk perbicaraan kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka berhubung kehadiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi pembela. Semalam, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan mengemukakan 11 alasan kesilapan Ariffin.
-----------------------------------------------------------------------------------------

06/06/2000 Mahkamah tolak rayuan Anwar (316 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai saksi pembela dalam kes liwatnya. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Yunus bersama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Denis Ong, menolak rayuan itu selepas membenarkan bantahan awal Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah.
--------------------------------------------------------------------------------------------

08/06/2000 Bicara kes liwat Anwar ditangguh pada Jumaat (308 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan perbicaraan sehingga Jumaat ini kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja terhadap Azizan Abu Bakar. Timbalan Kanan Pendaftar, Rozilah Salleh, yang mengumumkan penangguhan itu berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas perjumpaan diadakan antara Hakim Datuk Arifin Jaka dengan timbalan pendakwa raya dan peguambela.
-----------------------------------------------------------------------------------------

14/06/2000 Hujah kes Anwar 21 Jun (524 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, memerintahkan pembela dan pendakwa kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mengemukakan hujah masing-masing pada 21 Jun ini. Hakim Datuk Ariffin Jaka membuat keputusan itu selepas menganggap pembela sudah menutup kes pembelaan hari ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------

22/06/2000 Pembela, pendakwa diarah kemuka hujah bertulis 1 Julai (364 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan pembela dan pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mengemukakan hujah bertulis masing-masing pada 1 dan 3 Julai ini. Hakim Datuk Ariffin Jaka membuat keputusan itu selepas peguam bela dan pendakwa menemuinya dalam kamar hakim. Mahkamah juga mengeluarkan perintah jika pembela ingin menjawab hujah pendakwa, mereka perlu mengemukakan hujah itu pada 6 Julai ini. Bagaimanapun, mahkamah belum lagi menetapkan tarikh keputusan perbicaraan itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------

11/07/2000 Hakim mula dengar hujah peguam bela (330 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mula mendengar hujah pembela untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja melakukan kesalahan liwat terhadap Azizan Abu Bakar. Peguam bela Anwar, Christopher Fernando yang mengetuai pasukan pembela memulakan hujahnya dan beliau akan dibantu oleh Karpal Singh yang juga salah seorang peguam bela Anwar.
-------------------------------------------------------------------------------------

12/07/2000 Fernando akhiri hujah bela Anwar (301 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Christopher Fernando mendakwa pembela berjaya membuktikan kesnya mengatasi keraguan munasabah. Beliau berhujah berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah, pendakwa gagal untuk mensabitkan kesalahan liwat terhadap Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

-------------------------------------------------------------------------------------

13/07/2000 Peguam bela Sukma dakwa ada keraguan munasabah (321 wds) ()
KUALA LUMPUR, Rabu - Peguam bela Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, Gobind Singh Deo mendakwa pembelaan alibi yang dikemukakan oleh tertuduh kedua berjaya menimbulkan keraguan munasabah kes liwat terhadap Azizan Abu Bakar. Beliau yang memulakan hujah hari ini, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa alibi yang dikemukakan bermula pada Januari hingga Mac 1993 menunjukkan kejadian liwat itu tidak berlaku di tempat yang didakwa oleh Azizan.
-------------------------------------------------------------------------------------

14/07/2000 Pengakuan Sukma bukan rekaan: Pendakwa (496 wds) ()
KUALA LUMPUR, Khamis - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja berhubung pembabitannya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Azizan Abu Bakar di pangsapurinya adalah benar dan bukan satu rekaan. Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Abdul Gani Patail, yang memulakan hujah pendakwa hari ini, berkata pengakuan Sukma Darwaman yang dibuat secara terperinci itu ada kaitan dengan tuduhan yang dihadapinya bersama Anwar.

---------------------------------------------------------------------------------------

15/07/2000 Anwar, Sukma gagal kemuka alibi: Pendakwa Raya (501 wds) ()
KUALA LUMPUR, Jumaat - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja gagal membuktikan pembelaan alibi kerana tidak ada sebarang bukti dikemukakan kepada mahkamah berhubung pergerakan mereka pada Januari 1993, tarikh Azizan Abu Bakar diliwat. Timbalan Kanan Pendakwaraya, Datuk Abdul Gani Patail, berhujah Anwar hanya menafikan dia tidak pergi ke pangsapuri Sukma Darmawan pada malam di antara Januari dan Mac 1993.

---------------------------------------------------------------------------------------

18/07/2000 Anwar dibenar kemuka hujah sendiri (296 wds) ()
KUALA LUMPUR, Isnin - Mahkamah Tinggi hari ini, membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan liwat terhadap Azizan Abu Bakar mengemukakan hujahnya sendiri bagi menjawab hujah pendakwa. Hakim Datuk Ariffin Jaka yang membuat keputusan itu mendapati tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang Anwar daripada mengemukakan hujahnya sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------

19/07/2000 Keputusan kes Anwar, Sukma 4 Ogos (204 wds) ()
KUALA LUMPUR, Selasa - Mahkamah Tinggi di sini akan memberi keputusan terhadap kes liwat bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 4 Ogos ini. Hakim Datuk Arifin Jaka yang mengumumkan demikian hari ini, bagaimanapun berkata tarikh itu bergantung kepada keadaan.

---------------------------------------------------------------------------------------







Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PEMBELAAN - 4"