untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Tuesday, May 4, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 05

TRANSKRIP PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - HARI 05 -

Lapuran oleh malaysianstory -

Dihadapan Yang Arif Mohamad Zabidin Mohd Diah [Tuesday]

Pihak-pihak seperti terdahulu dengan ketidakhadiran Wong Chiang Kiat, AY, Khaizan Sharizat, Rajpal Singh dan Jennifer Robinson.

Permohonan Pemohon [AI] untuk YA menarik diri.

[10:05 am]

JB: Bicara Permohonan Jenayah AI v PR

KS: Parties as before. I would like to apologize – the affidavit in reply was send to Tetuan SN at 3.30 pm. At this moment, there is certain denial by MY, especially at para 8 [MY affidavit]. We need to reply to the affidavit. The court can consider. The report have been lodged against Utusan Malaysia amounting to defamation to AI. There will be a police investigation. YA it is necessary for us to reply to the affidavit. We might need Notes of Proceeding (NOP) of the court.

YA: NOP telah disediakan.

KS: Application for NOP has been made.

MY: I’m concern is regarding the content of the affidavit published in the newspaper. The part has not been read. Under the rules of etiquette a party cannot made available to the press unless the affidavit has been read in open court. There might be instances where an affidavit might contained scandalous matter which the party might ask for a strike out. The reporters need to be advice and guide them on accurate reporting.

KS: I think that MY is not aware by a decision made by Eusoff Chin J. Where the affidavit is public document and can be publish by the press. We must have the affidavit to reply, we might be cross-exam MY.

YA: When can you get the affidavit in reply ready?

KS: By this afternoon, today. So we can start tomorrow with the application?

MY: I agree.

YA: If we can start by 9.30 tomorrow. I don’t want to seen as encroaching on the freedom of the press, I believe in the freedom of the press but the press cannot reported inaccurately and inappropriate. If the press reported inaccurately, there will be consequences and penalty imposed by the court.

KS: This is to ensure the press reported accurately. A few Special Branch (SB) in the court and they are recording the proceeding of the court. SB should be outside the court not inside the court

MY: This is an open court.

KS: Some of them are at the back.

YA: Member of public must be at the public gallery, for the press and the observer. Other than that must be behind there.

Adjourned to 9.30 am tomorrow.

[10:20 am]
-------------------------------------

Kes ditangguhkan lagi
Lapuran oleh Malaysiakini
09/02/2010
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini terpaksa ditangguhkan sehingga esok. Kali ini untuk memberi peluang kepada pembelaan memfailkan balasan terhadap afidavit jawapan pendakwaan semalam.

sodomy 2 masjid wp demo for anwar 1Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu elepas membenarkan permohonan peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar untuk diberikan masa untuk berbuat demikian.

Ini merupakan kali kedua perbicaraan bagi pemeriksaan balas pihak pembelaan ditangguhkan. Kali pertama ialah semalam iaitu selepas pembelaan membuat permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat penasihat Parti Keadilan Rakyat yang sepatutnya didengar pagi ini.

Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar, 63, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan kes liwat itu bermula Rabu lalu, selepas 18 bulan Anwar dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada 7 Ogos 2008 dan menarik perhatian ramai termasuk wakil media dan pemerhati dari luar negara.

NONESaksi pertama pendakwaan iaitu Mohd Saiful, 25, yang juga pengadu dalam kes itu, telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.

Dalam permohonannya hari ini, Karpal Singh berhujah bahawa pihaknya perlu menjawab afidavit pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kerana ia menyentuh isu ketepatan kandungan afidavit Anwar yang difailkan bagi menyokong permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Khuatir dengan laporan akhbar

Beliau turut meminta mahkamah membekalkan nota prosiding yang berkaitan selewat-lewatnya petang ini kepada kedua-dua pihak.

anwar sodomy case newspaper 040210Sementara itu, Mohd Yusof berkata beliau agak "khuatir" dengan laporan akhbar berhubung kandungan afidavit jawapan yang difailkan pendakwaan semalam.

Beliau berhujah berdasarkan Akta Profesyen Guaman 1976, kandungan sesuatu afidavit tidak boleh disiarkan sehingga ia dikemukakan dan dibaca di dalam mahkamah terbuka.

Mohd Yusof berhujah apa akan berlaku sekiranya sesuatu afidavit yang telah disiarkan isi kandungan, mengandungi kenyataan yang bersifat "melampau" dan mahkamah kemudian membuat keputusan membatalkannya.

Sehubungan itu, Mohd Yusof meminta mahkamah menasihati media dalam membuat laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Karpal Singh berkata terdapat satu keputusan berhubung penyiaran isi kandungan afidavit yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin yang menyatakan bahawa sebaik sahaja difailkan, afidavit menjadi satu dokumen awam yang isi kandungannya boleh dilaporkan oleh media.

Mohamad Zabidin kemudian mengingatkan pihak media supaya membuat laporan tepat berhubung prosiding kes itu dan tindakan akan diambil sekiranya ada pihak membuat laporan tidak tepat.

"Saya tidak mahu dilihat sebagai menceroboh ke dalam hal kebebasan akhbar. Tetapi media mestilah ingat bahawa kebebasan akhbar bukan bermakna boleh membuat laporan tidak tepat.

"Maka, jika media melaporkan sesuatu secara tidak tepat, anda perlu menerima akibatnya. Jika pihak-pihak berkaitan mengambil tindakan dan mahkamah memutuskan untuk mengenakan hukuman, pada masa itu jangan persalahkan mahkamah dan menyatakan saya cuba untuk menyekat kebebasan akhbar," katanya.
-----------------------------------------------------------
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 05"