untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Saturday, May 1, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 02

Khamis Februari 4, 2010 MYT 4:44:00 PM -

Saiful beri keterangan secara tertutup

Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, memberi keterangannya secara tertutup di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Anwar memasuki mahkamah pada 10.02 pagi and perbicaraan bermula pada 10.30 pagi.

Seorang daripada peguam Anwar, Ramkarpal Singh Deo, berkata Saiful memberikan keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu.

Peguam utama beliau, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Mohd Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondiminium itu untuk
menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.


Rakaman CCTV buktikan Saiful ke kondo

Kes perbicaraan hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

NONEAnwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikuti perbicaraan itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:

NONE4.20pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi esok.

4.10pm: Doktor di Pusrawi mecadangkan Saiful supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.

Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.

Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.

4.00pm: Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Hospital Pusrawi 280708.jpgBerikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

3.45pm: Rakaman menunjukkan Saiful memasuki lif di tempat letak kereta dan meninggalkan kondominium lebih sejam kemudian.

3.40pm: Komputer yang menayangkan rakaman visual CCTV di tempak letak kereta kondominium dipegunkan.

Hakim mengarahkan Anwar keluar dari kandang bersalah dan menghampiri skrin kerana tertuduh tidak dapat melihat dengan jelas.

3.35pm: Mahkamah mempertontonkan rakaman CCTV Saiful di kondominium.

NONE3.30pm: Hakim Mohd Zabidin memutusakan tiada tindakan menghina mahkamah kerana ia perlu dibuktikan melalui siasatan terperinci.

Katanya, pihak pembelaan perlu membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia jika berpendapat laporan berkenaan menghina mahkamah.

3.10pm: Selepas permohonan daripada pihak pembelaan, hakim Mohd Zabidi berkata perkataan 'lagi' yang digunakan oleh Utusan Malaysia agak 'nakal'.

Mahkamah berehat sebentar bagi membolehkan hakim membuat keputusan samada tindakan menghina mahkamah dilakukan atau tidak.

NONE






































































http://www.malaysiakini.com/news/123660


Kes Liwat: Prosiding Ditangguh Esok

KUALA LUMPUR: Hari kedua perbicaraan kes liwat Anwar ditangguh pada 4.25 petang. Peguamnya mahu membuat lawatan semula ke tempat kesalahan didakwa berlaku esok.

Pekarangan lobi mahkamah dipenuhi dengan lebih 50 orang penyokong Anwar dan wakil media yang menunggu prosiding selesai.

------------------------------------------

Saiful Cerita Bagaimana Dia ke 3 Hospital Untuk Jalani Pemeriksaan

KUALA LUMPUR: Prosiding hari kedua kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diteruskan dengan keterangan pengadu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah pergi ke tiga buah hospital bagi menjalankan pemeriksaan.

Saiful memberitahu mahkamah beliau ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak untuk membuat pemeriksaan setelah kunjungannya ke Hospital Tawakal di Jalan Pahang gagal untuk mendapatkan pemeriksaan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Semasa ke Hospital Pusrawi, beliau ditemani oleh bapa saudaranya, Tuah Mohd Ali.

Saiful memberitahu mahkamah, beliau telah bertemu dengan Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan telah berterus-terang kepadanya bahawa dirinya telah diliwat.

"Saya mengadu padanya saya sakit perut dan sakit di dubur dan beliau (Dr Osman) telah meminta saya untuk membuka seluar.

"Selepas itu beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada ketika itulah saya telah berterus terang kepadanya tentang saya diliwat.

"Setelah itu beliau memberhentikan pemeriksaan dan mengarahkan saya untuk memakai kembali seluar," jelasnya.

Saiful turut memberitahu mahkamah bahawa doktor berkenaan menjelaskan yang hospital itu tidak mempunyai kelengkapan pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak sah di mahkamah.

Beliau memberitahu demikian apabila ditanya oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden mengenai punca doktor itu memberhentikan pemeriksaannya.

"Beliau mengarahkan saya membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan saya terus ke sana walaupun pada mulanya saya tidak tahu hendak ke mana, tapi saya terus pergi ke wad pesakit luar untuk mendapatkan rawatan pada jam 3 petang," katanya lagi.

"Pada mulanya saya berjumpa dengan seorang doktor perempuan, tetapi kerana 'segan' dengannya, dia merujuk saya kepada Dr Daniel.

"Saya menceritakan apa yang berlaku dan memberitahunya Datuk Seri Anwar telah meliwat saya," katanya.

Terkejut dengan pengakuan Saiful, beliau memindahkan kes itu ke wad kecemasan di Unit One Stop Critical Care (OSCC).

"Saya tiba di wad itu setengah jam kemudian," katanya menjawab pertanyaan Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam pemeriksaan utama.

Beliau turut memberitahu mahkamah selain Dr Daniel, seorang lagi doktor datang sebelum membuat pemeriksaan tekanan darah dan 10 minit kemudian mereka meninggalkan wad.

"Dalam pukul 4.30 petang, beliau (Dr Daniel) datang kembali dan mencadangkan supaya saya membuat laporan polis terlebih dahulu, kerana tanpa laporan itu pemeriksaan tidak boleh dilakukan.

"Pada awalnya memang saya bercadang untuk berbuat demikian tetapi selepas membuat pemeriksaan," katanya.

Mohd Saiful berkata dua anggota polis kemudian datang ke wad itu membawa dua borang untuk membuat laporan polis, tetapi menyatakan dia tidak memanggil mereka datang ke situ.

Saiful turut memberitahu mahkamah, sepasukan doktor datang memeriksanya sekali lagi lebih kurang jam 9 malam pada hari yang sama dan melakukan pemeriksaan keseluruhan badannya.

Ditanya di bahagian manakah yang diperiksa, Saiful memberitahu keseluruhan badannya diperiksa termasuk duburnya.

"Keseluruhan badan saya diperiksa. Mereka juga telah mengambil contoh pada badan, leher dan dubur saya.

"Saya lihat mereka meletakkan calitan pada kapas itu dalam bekas dan menanda label atau pelekat pada penutup bekas. Saya tanda tangan setiap bekas itu," katanya.

Terdahulu, Mohd Saiful ditunjukkan dengan rakaman kamera litar tertutup yang dirakamkan pada hari kejadian iaitu pada 26 Jun 2008 di kondominium itu.

Ketika ditunjukkan rakaman itu, Mohd Saiful mengesahkan bahawa gambar lelaki berkemeja putih yang memasuki lif dari aras P2, pukul 2.42 petang menuju ke tingkat lima di kondominium itu adalah dia.

Pada awal sesi pagi ini, Mohd Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.45 pagi untuk melawat kondominium, tempat kejadian itu didakwa dilakukan.

Perbicaraan pada sebelah petang iaitu selepas rehat tengah hari bersambung dalam mahkamah terbuka.

Prosiding hari ketiga akan disambung esok pada jam 9.30 pagi apabila pihak pembela dan pendakwa akan melawat tempat kejadian didakwa berlaku.

Lapuran oleh Mstar

----------------------------------------

Peguam Anwar Buat Laporan Polis Terhadap Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis di balai polis Merchant Square, Tropicana, Selangor petang semalam berhubung tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu mengandungi gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar pada Julai 2008.

Pengarah Komunikasi Pakatan Rakyat (PKR), Jonson Chong ketika ditemui di luar mahkamah berkata, laporan itu berkemungkinan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Malah katanya, akhbar berkenaan juga mungkin telah melakukan kesalahan jenayah fitnah di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan.

----------------------------------------

Kes Liwat II: Senarai saksi masih gagal dibekalkan

Meskipun perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua, hari ini, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 01Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan esok.

“Pendakwa tidak berlaku adil dalam perbicaraan ini, malah mereka juga tidak membekalkan senarai saksi kepada kami. Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan kami berkata senarai saksi boleh diberikan apabila perbicaraan bermula.”

“Perbicaraan sudah memasuki hari kedua, tapi kami masih belum menerima senarai saksi. Kami memerlukan senarai itu untuk membuat persiapan kes. Tanpa senarai itu, ia seolah-olah perbicaraan secara serang hendap oleh pendakwa raya,” katanya.

Lapuran oleh Malaysiakini
---------------------------------------------


Saiful kunjungi hospital 2 hari selepas diliwat

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia hanya pergi untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan dua hari selepas dia diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Pada awalnya Saiful berkata dia pergi ke dua hospital swasta dan kemudian Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bekas pembantu Anwar itu berkata dia pada mulanya pergi ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang di sini untuk membuat pemeriksaan doktor tetapi penyambut tetamu memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan.

Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, dan ketika itu beliau ditemani oleh bapa saudaranya bernama Tuah Mohd Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya.

“Maka kemudian saya memutuskan untuk pergi ke hospital berhampiran, Hospital Pusrawi,” kata Saiful.

Saiful berkata di hospital itu, beliau telah berjumpa dengan Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur.

“Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan,” jelas Saiful.

Saiful berkata, Dr Mohd Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar.

Ditanya Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Saiful berkata doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah nanti.

“Beliau seterusnya telah meminta saya mendapat rawatan di HKL. Saya ikut nasihatnya dan terus ke HKL.

“Pada mulanya saya tak tahu hendak ke mana, tapi secara logiknya saya pergi ke wad pesakit luar untuk mendaftar pukul 3 petang,” katanya.

Di HKL, Saiful berkata, dia dibawa ke wad kecemasan selepas memaklumkan bahawa dia telah diliwat.

“Jadi saya pergi bahagian pesakit luar dan saya bertemu seorang doktor wanita India tetapi oleh kerana saya rasa segan, dia merujuk saya kepada doktor lelaki di bilik sebelah. Nama dia ialah Daniel.

“Saya beritahu dia bahawa saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Saiful.

Dr Daniel mengendalikan pemeriksaan fizikal.

Malah dalam keterangannya, Saiful juga memberitahu bahawa Dr Daniel agar terkejut dan menghantarnya ke Pusat Krisis Sepusat (OSCC) di wad kecemasan.

Dia menunggu kira-kira sejam sebelum seorang doktor India datang untuk memeriksa tekanan darah dan kemudian keluar.

Kira-kira setengah jam kemudian doktor itu datang dan memberitahu bahawa dia perlu membuat laporan polis sebelum hospital boleh menjalankan pemeriksaan untuk kes liwat.

Dua anggota polis mendampinginya di hospital untuk membantu mengisi laporan polis dengan memberikan beberapa borang.

Saiful menambah Superitenden Jude Pereira yang merupakan pegawai penyiasat kes ini datang kemudian untuk mengambil kenyataan manakala empat orang doktor HKL menjalankan pemeriksaan fizikal.

Perbicaraan akan disambung pukul 9.30 pagi esok.

Keluarga Anwar yang berada di galeri awam khususnya anak-anak perempuannya menunjukkan reaksi yang agak 'tidak selesa' ketika Saiful memberikan keterangannya.

Saiful, 24, ialah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada awal sesi pagi ini, Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi untuk melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan.

Apabila perbicaraan disambung secara terbuka pada petang ini, Saiful menyambung keterangannya di mana beliau menyatakan pergi ke tiga hospital itu untuk mendapat rawatan.

Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Saiful memasuki kawasan Kondominium Desa Damansara pada hari kejadian dia mendakwa diliwat oleh majikannya itu.

Ketika rakaman dipertontonkan di mahkamah, Saiful mengesahkan bahawa orang dalam rakaman itu adalah dirinya.

Rakaman CCTV itu menunjukkan Saiful memasuki lif untuk ke aras lima dan kemudian meninggalkan aras itu juga dengan menaiki lif.

Dia dilihat menuju ke aras lima pada pukul 2.47 petang dan kemudian keluar pukul 4.14 petang.

Bagaimanapun rakaman yang menunjukkan Saiful masuk dan keluar kondominium itu tidak dapat dipertontonkan ekoran masalah teknikal pada komputer.

Saiful menyambung keterangannya petang ini dengan prosiding dibuka kepada umum.

Prosiding pagi tadi diadakan secara tertutup.

Terdahulu hakim yang mengendalikan perbicaraan ke liwat Anwar, hari ini meluangkan masa satu jam untuk memeriksa unit kondominium, tempat didakwa berlakunya perbuatan itu pada 2008.

Anwar, dan Saiful turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.

Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.

Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Saiful.

Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap. Langsir berwarna serupa juga terdapat di ruang tamu yang juga terdapat sofa kulit berwarna pudar.

Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.

Anwar meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu.

Dari apartmen itu, hakim dan Mohd Saiful pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan CCTV.

Lawatan itu diadakan selepas Saiful menyambung keterangannya secara tertutup pagi tadi di Mahkamah Tinggi yang terletak berhampiran.

Konvoi 10 hingga 15 kenderaan berlepas dari Mahkamah Tinggi pada 11.43 pagi termasuk pegawai mahkamah, kesemua anggota pasukan pendakwaan dan juga pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh.

Saiful, yang memakai sut kelabu gelap dan kemeja putih, diiringi peguam Zamri Idrus yang bertindak sebagai peguam pemerhati baginya.

Sejurus tiba, Saiful menunjukkan kepada Hakim Mohamad Zabidin, tempat dia meletakkan keretanya pada hari kejadian dan lif yang digunakannya untuk ke apartmen itu.

Kira-kira 50 anggota polis ditugaskan berkawal di kawasan kaki bukit kondominium itu yang terletak di kawasan perumahan bango dan apartmen eksklusif.

Kondominium itu terletak kira-kira tiga hingga empat minit perjalanan dengan kenderaan dari rumah lama Anwar di Bukit Damansara.

Lapuran oleh Malaysian Insider

---------------------------------------------------------------

TRANSKRIP PERBICARAAN

Di hadapan Yang Arif Mohamad Zabidin Mohd Diah [hari 02]

[02:54 pm]

Pihak-pihak seperti terdahulu [dengan kehadiran Paracumaraswamy(PC), Marissa Regina Fernando(M), Rajpal Singh]

JB: Kes dipanggil semula.

MY: Kes untuk sambung EIC

KS: I have an application to make. In reference to what is contained in the Utusan Malaysia dated today. I take YA to know this newspaper is solely own by UMNO. We’re saying Prime Minister(PM) as the President of UMNO is involved. The 1st page “heading” in Yellow, black backgound “Tak rela diliwat lagi’. At page 3, “Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi.” This is a matter of serious concerned. Whether amounting to contempt of court.

Whether contempt is permitted outside the court is for the court to cited contempt? Tommy Thomas v , Peguam Negara, Malaysia & Anor [2001] 3 CLJ 457, majority judgment – para 2 at p.459 [read]

Refer to the same case at pg 477, “…in the case of Arthur Lee” [read]

This court has jurisdiction because of the seriousness of what had been published in Utusan Malaysia.

Refer to case MBF Capital Berhad [1999] 1 MLJ 139 p.146 [read]

Refer to The Law of Contempt at p136 [read]

What has been published is more than proper, YA must act.

Refer to the case of PP v The Straits Times Press Ltd [1949] 15 MLJ 81 [read]

‘Inaccurate and misleading fact..”

YA must act, Utusan Malaysia has become bolder, in view of the comment made in the newspaper.

MY: It is very uncalled for to say it is a mischief of PM and UMNO. KS is making submission that there was contempt. Whether or not it was reported accurately, I not able to confirmed, but I thought that I heard the particular words uttered. Was calculated to interfere with the administration of justice and so serious that… I did not see the difference between what was reported and what was expunge yesterday. I would say if this is a false reporting or inaccurate reporting unless done maliciously cannot amount to contempt. Not by this court, not by AG Chambers. I was made to understand there was a recording made to this proceeding..and until and unless that was verified, no conclusion should be made. The reporting is not accurate, the court must satisfied that an act of contempt has been circulated to undermines a fair trial and I would suggest KS to do whatever proceeding against the reporter and this juncture we should proceed with the trial.

KS: In fact it was a reputation what has been expunged yesterday. It is contemptuous. If a newspaper reported what is improper, it must be punished by the court of law. The court must not tolerate with misleading and inaccurate facts. It must be in YA notes what has been said by the witness. It is a dignity and integrity of this court, which is at stake.

YA: Give me 5 minutes, stand down for a while.

[03:33 pm]

MY: Pihak-pihak yang sama

YA: Permohonan contempt oleh Mr Karpal, ianya tidak dilakukan in the face of the court, sama ada ditulis untuk mengganggu perjalanan keadilan. KS boleh buat laporan polis, pada peringkat ini court tidak bercadang untuk contempt mana-mana pihak.

KS: At least caution to the press.

YA: May we proceed with the trial.

MY: Di peringkat ini, Pihak Pendakwaraya (PP) ingin kemukakan rakaman CCTV untuk confirmed the presence of the complainant at the vicinity. We will be using the walking copy dan akan mengemukakan the original copy through a witness later whom will be taken by Mohd Hanafiah.

YA: Untuk lihat dan confirm?

MY: Ya, PP telah serah gambar tetapi untuk tujuan hari ini dalam gambar ini, bercadang untuk mainkan recording pada 26 Jun petang untuk pergi ke skrin berkaitan. Ada 2 hard disk yang terlibat.

YA: Lihat dan camkan muka dia dan kereta?

MY: Ya

KS: Confirmed that we have been served under s.51A

JB: SP1 diingatkan masih dalam sumpah

MY: Akan minta pembantu pergi ke 2.45 petang 26 Jun. Minta SP1 pandang ke skrin.

14:46 masanya. Ini camera di entrance.

YA: AI nampak?

AI: Tak berapa terang

[AI duduk di bar table untuk hampir dengan skrin]

Pembantu: Masalah “hang” sebentar

MY: Terus pergi hard disk di lif. En Hanafiah will examine the w relating to the hard disk. Pagi 14:42

MY: Yang ada gambar, sebelum tutup lif, gambar siapa?

A: gambar saya

MY: Ini masa di mana?

Di P2

Q: Teruskan?

A: Ini adalah dari P2 ke tingkat 5. Saya keluar dan terus ke kanan.

Q: Lihat lelaki ini? Adakah ini lelaki yang kamu selisih?

A: Ya

Q: Gambar keluar dari lif? Frame 16:11

A: Saya di tingkat 5, masuk lif untuk turun ke bawah. Ini masa balik.

Q: Itu beg hitam?

A: Ya, beg hitam yang saya pegang

Q: Itu kamu keluar di GF?

A: Tersilap keluar. [frame berjalan terus] baru berada di P2

My: Ketibaan pada 14:47. Nak tunjukkan ketibaan SP1, naik kereta apa?

A: Saya naik Fiat merah WPK 5925

[“Hang” lagi]

MY: Sebelum ini berfungsi dengan baik.

Pembantu: Hard disk 1 yang “hang”

MY: Kita dah uji tayang, jika begitu saya teruskan dengan EIC saya.

YA: 14:47 belum ditunjukkan di makamah

MY: Saya ingin tunjuk gambar-gambar, lihat gambar 1, boleh tahu siapa?

A: Saya

Q: Gambar 2?

A: Ini kereta yang saya pandu, ini masa tiba

Q: gambar 3-6, gambar kamu?

A: Ya

Q: Siapa itu?

A: Saya dari P2 ke tingkat 5

Q: Ada bawa beg hitam?

A: Ya

Q: Adakah ini lelaki yang kamu kata berselisih dengan kamu?

A: Ya

MY: Masa yang tertera, masa adalah 14:42, lelaki itu masuk berbeza adalah 9 saat

YA: Let the people of CCTV to explain

Q: Gambar 8-13

A: Ya, ini gambar saya yang masih bawa beg

Q: 14-15, gambar apa?

A: Saya naiki van meninggalkan kondo

MY: Pada peringkat ini pohon izin tanda gambar as ID5

ID5A-O – gambar ikut m/s

YA: Diizinkan

ID5A-O – gambar CCTV pada 26 Jun

MY: Kamu telah tinggalkan tempat itu, pada 4.15 petang dan AI ada di dalam bilik?

A: Ya

Q: Lihat laporan kamu (P3 dirujuk), ada rubber stamp “Pondok Polis Hospital”, tulis P3 di sanakah?

A: Tidak, saya tulis di One Stop Crisis Centre (OSCC), Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Q: Mengapa berada di hospital?

A: Untuk menjalankan pemeriksaan

Q: Pemeriksaan apa?

A: Mengenai saya diliwat

Q: Pada 28 Jun, adakah kamu terus pergi ke HKL untuk dapatkan pemeriksaan?

A: Tidak

Q: Sebelum ke HKL?

A: Saya pergi ke dua hospital

Q: Hospital 1?

A: Hospital 1 ke Tawakal Hospital di Jalan Pahang

Q: Adakah tujuan sama dengan HKL?

A: Sama

Q: Adakah kamu dapatkan pemeriksaan di sana?

A: Tidak dapat, kerana dimaklumkan oleh Receptionist pada hari tersebut half day

Q: Dr Tawakkal ke mana?

A: Saya fikirkan hospital terdekat adalah PUSRAWI di Jalan Tun Razak KL

Q: Kamu pergi Hospital pergi seorang atau ditemani?

A: Ditemani oleh bapa saudara

Q: Siapa nama?

A: Tuah bin Mat Ali, adik kepada arwah ibu saya

Q: Adakah di PUSRAWI dapat jumpa Dr?

A: Ya, dapat

Q: Ingat nama atau rupa Dr tersebut?

A: Saya tak ingat nama tetapi boleh cam

[Panggil Dr Osman utk pengecaman]

Q: Kenal dia?

A: Ya

Q: Siapa?

A: Dia adalah Dr yang periksa saya di PUSRAWI

[Mohd Osman bin Abdull [dicamkan oleh SP1 sebagai Dr di PUSRAWI]

Q: Bila jumpa Dr osman, bagitau apa pada Dr. Osman?

A: Pada mulanya saya bagitau saya sakit perut dan sakit di bahagian dubur

Q: Apa yang Dr buat?

A: Beliau suruh tanggalkan seluar dan baring di atas katil dan meniarap

Q: Sepanjang pengetahuan kamu ada Dr guna apa-apa peralatan?

A: Ada, Dr ingin masukkan sesuatu, semasa ingin masukkan benda tersebut saya terus berterus-terang bahawa saya telah diliwat dan ingin jalani pemeriksaan

Q: Bila bagitahu apa yang telah berlaku, apa Dr buat?

A: Dr terus berhentikan pemeriksaan dan suruh saya pakai seluar

Q: Ada kamu tanya kenapa Dr berhenti pemeriksaan?

A: Ya, saya tanya, Dr nasihati saya dua perkara, pertama hospital (hosp) tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di makamah. Dr nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL.

Q: Cadangkan, arahkan atau nasihat?

A: Cadangkan

Q: Adakah lihat alat itu yang digunakan?

A: Tak pasti

Q: Selepas itu ada pergi seperti dicadangkan?

A: Saya ikut nasihat Dr Osman

Q: Terus pergi HKL?

A: Ya

Q: Di HKL ke mana pergi dulu?

A: Mulanya saya tak tahu nak ke mana, saya pergi ke wad pesakit luar dan mendaftarkan diri

Q: Pukul berapa?

A: Lebih kurang jam 3

Q: Dapat jumpa Dr?

A: Ya, sejurus mendaftar, terus jumpa Dr perempuan bangsa India, saya nyatakan saya segan untuk buat pemeriksaan kerana dia perempuan, lalu Dr perempuan India mencadangkan refer ke Dr sebelah bilik, Dr lelaki berbangsa India, ingat nama iaitu Dr Daniel. Saya sudah penat, saya terus berterus-terang untuk dapatakn pemeriksaan kerana diliwat oleh AI. Dr agak terkejut, beliau ada tulis nota untuk pergi ke unit kecemasan iaitu unit OSCC.

Q: Pukul berapa?

A: Saya tiba ½ jam kemudian

Q: Sampai di wad kecemasan?

A: Wad kecemasan tetapi unit OSCC

Q: Adakah kamu dapat jumpa Dr?

A: Saya tunggu Dr tiba, Dr pertama tiba ½ jam kemudian, berbangsa India juga yang datang . Dia bertanya pada saya, beliau hanya boleh buat blood pressure sahaja, kemudian dia keluar. Selepas itu ½ jam di tempat sama, sebelum itu saya nyatakan hasrat saya buat pemeriksaan kerana diliwat. Dr nasihatkan saya buat laporan polis dulu, kerana tanpa laporan polis pemeriksaan tidak dapat dibuat.

Q: Dr nasihatkan buat laporan polis?

A: Ya

Q: Mana dapat borang itu (P3)?

A: Apabila Dr kata demikian, memang berhasrat untuk buat laporan polis selepas saya buat pemeriksaan. Memandangkan boleh buat laporan polis di tempat tersebut saya buat laporan polis. Borang saya dapat daripada dua anggota polis. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Q: Dua-dua datang sekali?

A: Bukan, ada gap sedikit.

Q: Bukan kamu panggil polis?

A: Bukan

Q: Ini dalam puluk berapa?

A: Petang

Q: Ada Dr datang periksa?

A: Tiada

Q: Ada buat pemeriksaan?

A: Ada, pada waktu malam

Q: Pukul berapa?

A: Dalam jam 9 malam

Q: Berapa orang Dr yang datang?

A: Agak ramai, saya ingat ada seorang Dr Cina, dua Dr lelaki Melayu dan satu Dr perempuan Melayu yang mengandung dan jururawat.

Q: Selain itu ada orang lain?

A: Ada polis datang

Q: Siapa polis itu?

A: Masa itu saya tak kenal tetapi lepas itu saya kenal DSP Jude Pereira

Q: Boleh cam?

A: Ya

Q: Adakah ini DSP Jude?

A: Ya. Pegawai ini ada semasa itu

[Supt Judy Blasious Pereira dicamkan oleh SP1]

Q: Bila Dr datang adakah mereka terus periksa atau tanya dulu?

A: Ada tanya soalan

Q: Soalan macam mana? Tentang latarbelakang kenapa datang ke sini?

A: Ya, kerana saya diliwat, mereka tanya adakah saya dicederakan, tanda-tanda di badan untuk kecederaan.

Q: Ada 2-3 Dr?

A: Ya

Q: Bahagian mana badan kamu yang diperiksa?

A: Keseluruhan anggota dari rambut ke kaki termasuk bahagian dubur

Q: Adalah mereka guna alat untuk periksa dubur?

A: Ada

Q: Adakah berkesempatan melihat alat tersebut?

A: Tidak

Q: Adakah Dr bahagi peranan untuk memeriksa?

A: Saya tak pasti

Q: Selain dari itu, ada apa-apa contoh diambil?

A: Banyak

Q: Bagimana diambil?

A: Gunakan seperti cotton buds untuk pemeriksaan di bahagian badan dan dubur.

MY: Jika ditunjukkan, adakah ini yang digunakan?

A: Ya, saya pasti yang digunakan seperti ini

MY: Ini baru punya belum guna lagi. Ada apa-apa yang kamu lihat?

A: Lihat letak swab di dalam container, mereka letak sticker, letak seal dengan tutup putih, di seal itu saya tandatangan.

Q: Kamu diminta tandatangan?

A: Ya

Q: Iaitu satu botol atau banyak container?

A: Banyak tetapi tak pasti bilangannya.

MY: Minta SP1 camkan tandatangan di setiap container yang dia tandatangan

Pohon berhenti pada peringkat ini. Selepas ini saya ada less than 10 questions.

[KS requested to see the management office at the crime scene].

YA: Adjourned to 9.30 tomorrow and we see how.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 02"