untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Friday, April 30, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 01

Selasa Februari 2, 2010
Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditetapkan Mulai Petang Esok
Datuk Seri Anwar Ibrahim melambai kepada para penyokongnya di luar mahkamah hari ini. - Foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan bermula di Mahkamah Tinggi di sini petang esok, 18 bulan selepas Ketua Pembangkang itu didakwa meliwat bekas pembantunya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah petang ini menetapkan perbicaraan bermula pada pukul 2.30 petang esok selepas beliau menolak permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan.

Hakim itu berkata tidak wujud keadaan yang istimewa dalam prosiding undang-undang untuk membenarkan Anwar menangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan akan dimulakan pada petang esok kerana kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan akan menemui Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff pada sebelah pagi untuk mendapatkan tarikh awal permohonan Anwar bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pihak pendakwaan bagi tujuan pembelaannya.

Peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh berkata kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan bersetuju menemui Hakim Alauddin untuk mendapatkan tarikh sebelum perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata memandangkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perkara itu, beliau tidak mempunyai pilihan selain menetapkan prosiding pada petang esok kerana beliau tidak mahu lagi menangguhkan perbicaraan itu.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaan memberitahu wartawan bahawa pihaknya sudah bersedia untuk perbicaraan itu dan pihak pembelaan boleh mengeluarkan sapina kepada sesiapa sahaja dan terserah kepada hakim memutuskannya.

Ketika ditanya mengapa beliau bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pertemuan dengan Hakim Alauddin, Mohamed Yusof berkata ia bertujuan mempercepatkan perbicaraan dan pihak pendakwaan tidak mahu perbicaraan itu terganggu dengan permohonan Anwar bagi semakan.

Karpal, yang mengetuai pihak pembelaan, berhujah bahawa prosiding perbicaraan itu perlu ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadap beliau.

Anwar, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk tujuan itu.

Anwar, 63, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 penjara dan sebat, jika sabit kesalahan.

Awal hari ini, Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan bagi mendengar permohonan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat ke sebelah petang selapas Karpal Singh memohon penangguhan kerana baru pagi ini mereka memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.

Dalam permohonan menangguhkan perbicaraan yang ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin, Karpal Singh menghujahkan bahawa tuduhan liwat itu mala fide (berniat jahat) dan melanggari proses mahkamah kerana laporan perubatan pertama oleh Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Mohd Saiful memberitahu doktor bahawa dia mendakwa diserang di bahagian dubur pada mulanya dengan tusukan plasik.

Laporan perubatan mendedahkan Mohd Saidul mengadu kepada doktor bahawa dia mengalami sembelit selama seminggu.

Namun menurut laporan bertarikh 28 Jun, 2008, doktor tidak perasan sebarang pendarahan pada rektum dan selama seminggu tiada darah pada najis.

Karpal turut berhujah bahawa laporan perubatan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd Saiful menyatakan bahawa tiada penemuan klinikal yang konklusif yang mencadangkan berlaku kemasukan ke dalam dubur Mohd Saiful.

Beliau berkata jika laporan Pusrawi dan HKL merumuskan bahawa tiada berlaku kemasukan, atas dasar apakah dakwaan itu boleh dikemukakan kerana mengikut Seksyen 377B, elemen penting bagi membuktikan kes liwat ialah kemasukan.

Mohamed Yusof berhujah bahawa perkataan "plastik" dalam laporan perubatan Hospital Pusrawi hanya ditimbulkan dalam perbicaraan hari ini dan doktor terbabit perlu memberi keterangan dalam mahkamah mengenai perkara itu.

Beliau berkata perkataan itu mungkin dibaca secara salah oleh pihak pembelaan kerana laporan itu ditulis tangan.

Mohamed Yusof kemudiannya memberitahu pemberita pihak pendakwaan akan memanggil ahli kimia mengenai specimen bagi membuktikan kes pendakwaan.

Anwar, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mahkamah dipenuhi oleh petugas media tempatan dan luar negara, anggota keluarga Anwar dan para penyokong serta orang ramai yang ingin mengikuti perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulangkali ditangguhkan.

Turut hadir ialah bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim, bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng.

Peguam Zamri Idrus bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Mohd Saiful.

Selepas prosiding ditangguhkan, pihak pembelaan yang terdiri daripada Karpal, Datuk Param Cumaraswamy, Datuk C.V. Prabakharan, S. N. Nair, Mohd Radzlan Jalaludin dan Marisa Regina Fernando bergegas ke Istana Kehakiman di Putrajaya untuk berjumpa dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi untuk mendapatkan tarikh awal bagi mendengar semakan itu.

Pihak pendakwaan yang diketuai Mohamed Yusof dan para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, dan Noorin Badaruddin turut bergegas ke sana.

Bagaimanapun, mereka gagal bertemu sama ada Zaki atau Alauddin dan menurut Karpal Singh, beliau dimaklumkan bahawa Zaki menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur manakala Alauddin mempunyai temu janji perubatan.

Karpal Singh memberitahu wartawan di Putrajaya bahawa Alauddin semasa dihubunginya menerusi telefon bersetuju menemui kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan esok.

"Kami tidak mahu kelewatan tetapi pada satu keadaan kami mahu menggunakan semua remedi perundangan yang ada kepada Anwar.

Perbicaraan ini seharusnya tidak dipercepatkan. Beliau harus dibenarkan menggunakan semua tindakan undang-undang," kata Karpal Singh.

Pada permulaan prosiding hari ini, Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa beliau memfailkan permohonan semakan semula pada pukul 8.40 pagi ini menerusi Tetuan S.N.Nair and Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan di hadapan Ketua Hakim Negara dan jika Zaki membuat keputusan, Mahkamah Tinggi perlu terikat kepada keputusan itu.

Bagi meyakinkan hakim, Karpal Singh meminta mahkamah membenarkan pihak pembelaan untuk menemui Ketua Hakim Negara bagi mendapatkan peluang terakhir untuk semakan kehakiman bagi membolehkan dokumen-dokumen utama bagi tujuan pembelaan.

"Keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dilakukan pada 29 Jan. Pagi ini merupakan tarikh terawal yang membolehkan kami memfailkan permohonan semakan. Berilah kami peluang untuk menemui Tun Zaki dan kami akan kembali ke sini pada 2.30 petang," kata beliau.

Mohamed Yusof berkata pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan.

Dalam permohonan semakan yang difailkan bersama afidavit beliau, Anwar menyatakan Mahkamah Persekutuan mempunyai kuasa untuk mendengar dan membuat semakan terhadap keputusannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan.

Dalam afidavit yang diperakui beliau, Anwar berkata hakim-hakim Mahkamah Persekutuan telah tersalah arah diri mereka secara serius apabila merujuk permohonan kes jenayah bagi mendapatkan dokumen.

Antara dokumen utama yang dikehendaki termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful, rakaman kenyataan-kenyataan saksi daripada Mohd Saiful, nota pemeriksaan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, kenyataan oleh pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, dan daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL), nota ahli kimia dan laporan perubatan serta rakamaan CCTV kondominium pada waktu kejadian.

Pada 29 Januari, panel Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Md Raus Sharif, semasa menolak rayuan Anwar mendapatkan dokumen, memutuskan setiap tertuduh dilarang memiliki dokumen sebelum perbicaraan kerana ia mengandungi keterangan yang akan dibuktikan pihak pendakwaan pada perbicaraan kes. - BERNAMA




Pendakwa: Air mani dikeluarkan dari dubur Saiful

Peguamcara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dalam bentuk spesimen air mani bagi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Pihak pendakwa akan membuktikan kes ini melalui laporan kimia yang menunjukkan air mani diperolehi daripada mangsa,” kata Mohd Yusof yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan yang secara rasmi bermula esok.

“Terdapat spesimen yang dikeluarkan dari dubur mangsa. Ini akan membuktikan tembusan memang berlaku,” katanya.

“Apa yang dimiliki oleh pasukan pembela adalah hanya laporan awal daripada doktor yang merawat Mohd Saiful tetapi ia tidak termasuk laporan kimia berhubung spesimen air mani,” tambahnya.

Mohd Yusof berkata perkara berkenaan akan dibuktikan ketika perbicaraan apabila doktor dan ahli kimia memberi keterangan.

Mereka akan menunjukkan bagaimana tembusan tehadap mangsa dilakukan.


Karpal: Tiada bukti kemasukan di dubur Saiful

Perbicaraan hari ini mendengar hujah kedua-dua pihak dengan pihak pembela menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan. Antara bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar ialah rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi.

Mahkamah juga hari ini mendengar hujah pendakwa bahawa kononnya dubur Saiful dimasukkan dengan plastik adalah tidak benar.

Berikut rentetan peribicaraan hari ini.

3:35 petang: Mahkamah ditangguhkan. Perbicaraan bersambung semula esok pada jam 2.30 petang.

3:30 petang: Hakim Mohd Zabidin memutuskan menolak permohonan penangguhan dan berkata perbicaraan akan diteruskan.

Karpal memohon keputusan ditangguhkan sehingga pertemuan dengan presiden mahkamah rayuan.

Bagaiamanapun hakim menolak permintaan itu dan berkata dia tidak boleh menangguhkan lagi kes ini.

NONE3.20 petang: Hujah berakhir. Mahkamah berhenti seketika sebelum hakim Mohd Zabidin membuat keputusan berhubung penangguhan.

3:15 petang: Mohd Yusof berhujah tiada peruntukkan khas bagi membenarkan permohonan penangguhan berkenaan.

Katanya, laporan perubatan yang dimilikinya tidak menyebut bahawa plastik dimasukkan ke dalam dubur Saiful.

3:10 petang: Pendakwa raya utama, Mohd Yusof memulakan hujahnya.

2.50 petang: Karpal menyerahkan dua laporan perubatan yang menunjukkan tiada bukti kesan kemasukan di dubur Saiful.

"Tembusan adalah elemen penting. Tidak mungkin disabitkan kesalahan. Tiada hakim yang akan mengabaikan bukti itu," katanya.

"Malah jika ada memanggil 1,000 saksi, apa yang asas ialah laporan perubatan menunjukkan tiadaNONE kesan kemasukan."

2.45 petang: Peguam bela Karpal Singh memberitahu mahkamah pihaknya gagal menemui Tun Zaki tetapi sebaliknya diarah berjumpa dengan presiden mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Memandangkan Alauddin mempunyai jadual rawatan gigi hari ini, pertemuan diaturkan esok.

2:35 petang: Perbicaraan bersambung semula.

10:44 pagi: Penyokong mula bersurai tetapi masih ada yang menunggu sambil menyanyikan lagu Suara Rakyat di pintu masuk bangunan mahkamah. Polis masih mengawal dan tiada kekerasan dilaporan sepanjang pagi tadi.

NONE10:34 pagi: Anwar meninggalkan mahkamah dengan laungan "Hidup Anwar" oleh kira-kira 50 penyokongnya. Wartawan ditegur polis kerana 'merosakan' garisan kuningnya manakala 40 wakil rakyat pembangkang yang berada di situ 'ditegur' kerana didakwa membuat bising.

10:25 pagi: Anwar berucap pada penyokongnya dengan berkata peguamnya akan memanggil Najib dan Rosmah sebagai saksi kerana dia mempunyai bukti bahawa Saiful berjumpa kedua-dua mereka, dua hari sebelum laporan polis dibuat. "Kami mahu tahu pembabitan mereka dalam perkara ini. Mereka tidak menafikan pertemuan itu dan kami mahu tahu lanjut," katanya.

NONE10:11 pagi: Tian Chua dan pemimpin PKR yang lain meluru ke lobi mahkamah. Sambil berdiri di tangga, mereka membidas kerajaan dan menyeru penyokong mempertahankan Anwar. Mereka juga mengibarkan kain rentang berbunyi 'Himpunan bantah fitnah ke-2'. Pergelutan kecil berlaku apabila polis cuba merampas kain rentang berkenaan. Namun mereka dihalang oleh penyokong PKR. Polis membiarkannya dan hanya memanatu keadaan. Ucapan Tian Chua diteruskan.

9:50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.

anwar sodomy trail first day 020210 pkr supporters9:45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.

9:26 pagi: Buat pertama kalinya, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar, tiba.

9:18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.

9:17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".

9:00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.

anwar sodomy trail first day 020210 anwar arrive 028:51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".

8:46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.

8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.

8:35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.

8:33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.

8:25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah

8:15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.

anwar sodomy trail first day 020210 light strike force outside court8:00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.

7:57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Kanada tiba, lebih ramai dijangka hadir.

7:55 pagi: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.

NONE7:43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan

7:00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.

Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.











-------------------------------------------------------------------

Mereka Yang Terlibat Dalam Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai mereka yang terlibat dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi 3, Tingkat 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur di sini, yang dijadual berlangsung selama 17 hari mulai hari ini.

Tertuduh: Datuk Seri Anwar IbrahimPertuduhan:

Pertuduhan: Bahawa kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan iaitu dengan memasukkan zakar ke dubur Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Hakim: Datuk Mohamad Zabidin Mohd DiahPembelaan: Karpal Singh

Peguambela:

1.Datuk Param Cumaraswamy

2.Datuk C.V. Prabhakaran

3.Marisa Fernando

4.Mohd Razlan Jalaluddin

5.S.N.Nair

6.Ramkarpal Singh Deo

Pendakwaan:

1. Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden

2. Datuk Nordin Hassan

3. Mohamad Hanafiah Zakaria

4. Wong Chiang Kiat

5. Noorin Badaruddin

6. Farah Azlina Latif

Peguam Pemerhati:

Zambri Idrus (untuk Saiful Bukhari)

Rajpal Singh (untuk Majlis Peguam)

Andy Yong (untuk Majlis Peguam) - BERNAMA

----------------------------------------------------

Pendakwa: Kesan sperma pada Saiful milik Anwar

TERKINI

KUALA LUMPUR, Feb 3 2010 — Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bahawa kesan air mani daripada spesimen yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia, milik Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan kesalahannya meliwat Mohd Saiful.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam ucapan pembukaannya, berkata selain keterangan langsung Mohd Saiful dalam perbicaraan, pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan forensik oleh doktor-doktor dan ahli kimia, di samping keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentar.

Beliau berkata pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008 kira-kira 10.30 pagi semasa di pejabat Anwar, tertuduh telah meminta Mohd Saiful (gambar), yang ketika itu pembantu khasnya untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara lebih kurang 2.30 petang pada hari yang sama.

Pada 1.45 petang, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondo Desa Damansara dan tiba di kondo tersebut kira-kira 3 petang. Di kondo berkenaan, Mohd Saiful kemudian pergi ke Unit 11-5-1, di tingkat 5.

Apabila Mohd Saiful masuk ke unit tersebut, dia melihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

“Di unit itu, Mohd Saiful telah diliwat oleh tertuduh dan mangsa telah meninggalkan unit itu jam lebih kurang 4 petang,” jelas Mohamed Yusof. Seterusnya pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers mengenai kejadian liwat tersebut.

Pada hari yang sama, Mohd Saiful menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat berkenaan.

“Sampel-sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful telah diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA,” kata Mohamed Yusof. — Bernama




-------------------------------------------------

Saiful: Saya berhenti jadi PA Anwar kerana tak tahan seks luar tabii

KUALA LUMPUR, Feb 3 2010— Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata dia meninggalkan jawatan itu kerana “tidak dapat bertahan” kerana digunakan dalam aktiviti seks luar tabii.

Saiful yang kelihatan tenang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebab sebenar dia berhenti sebagai pembantu peribadi adalah “tidak dapat bertahan dengan perbuatan sebagaimana disebutkan dalam pertuduhan.”

Kata Saiful, gaji rasmi yang diterimanya adalah sebanyak RM1,000 tetapi elaun tidak rasmi untuk lawatan ke luar negara ialah HK$10,000 (RM4,390).

Tugas Saiful sebagai pembantu peribadi kepada Anwar termasuklah mengaturkan pertemuan sulit ketua pembangkang itu.

Saiful merupakan saksi pertama kes liwat kedua Anwar ini.

---------------------------------------------------------

Transkrip Perbicaraan:

HARI 01 - Rabu, 3 Februari 2010 - kredit untuk blog http://malaysianstory.wordpress.com/

JB: Panggil kes.

YA: Where is AI?

KS: He’s x here at the moment for the reason that I’ll give now. We met PMR this morning for the review application and YA decision for stay. The PMR indicated will give hearing date on Friday. We just been informed that the RR is ready regarding the decision of striking out the charge. We’re ready with the petition. Oral application for stay denied by PMR. In view of that, we had filed a motion in the Court of Appeal for stay. AI is in the process to get things done now. He’s down there.

YA: He’s not here coz he’s down there?

KS: The appeal is now ready for hearing. The position has changed. We’re asking for stay until the appeal to be heard. AI should be given opportunity to exhaust the appeal.

MY: Until and unless the application is heard, and stay is granted, there is no legal impediment for the trial to go on.

YA: I’ll stand down until AI is here.

[03:13 pm]

[03:30 pm]

Pihak-pihak seperti terdahulu dan SN hadir.

AI hadir.

JB: Kes dipanggil semula.

MY: Memperkenalkan pihak-pihak.

Kes untuk perbicaraan dan pihak pendakwaan bersedia dengan ucapan pembukaan

KS: RR is ready, the motion for stay has been filed in Court of Appeal, appeal is proper. It is not be4 ur YA, this matter be refer to PMR 2mrw. It is important YA dec being heard in Court of Appeal. It is important to know wher the trial is necessary. Court of Appeal shld hv the opportunity. Shld be no rush in the trial. To prove the innocent is for the trial …..

Im x asking too much, to consider for the appeal in Court of Appeal. Nothing can be done in the next hour…

MY: This issue has been … since yesterday, we just go by the law, the law is such that until the appeal is granted the trial shld proceed.

KS: Automatic stay is different… a lot of people involved including the PM, he shld be given all opportunity. MY said in according to the law, it shld …

The trial proceed in according with the law contradicting himself – MY

YA: Im going to make my decision. R u finish with ur submission?

KS: YA shld carefully consider. The impact of ur dec and then make ur dec, not an immediate dec.

YA: I dunt see any further reason for the trial not to proceed now.

MY: Pohon pertuduhan dibacakan.

KS; Can we have the list of witnesses?

YA: My dec has been reversed by the Federal Court. I ordered Public Prosecutor to furnish the def with the list but it was overruled

KS; That is why we’re appealing.

JB Intan: [Bacakan pertuduhan]

AI: Pertuduhan jahat, fitnah dan menggunakan PP, sy pohon bicara.

MY: [Bacakan ucapan pembukaan].

Mohon pertuduhan sebg P1

Ucapan pembukaan sebagai P2

Pohon dipanggil saksi pertama Mohd Saiful bin Azlan

SP1 – Mohd Saiful bin Azlan

Angkat sumpah dlm BM.

Alamat sama seperti KP. Tidak bekerja. Umur : 25 tahun.

MY: En. S, sblm tanya soalan, tlh angkat sumpah utk berckp benar, jika ada soalan yg x jelas sy akan ulangi sml

Q: Ada brp org adik-beradik

A; 2 org sy yang sulong

Q: Sek di mn?

Di Damansara Utama, Darjah 1 di SK Slyg Jaya, 2-3, SK Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur , 4-6 – damansara utama, ting 1-5 – SMK DU

A: Sek men hingga ting brp?

Ting 5

- Ada melanjutkan pelajaran?

Sy ada belajar di Taylor Collage setahun and ditawarkan belajar di Uniten, sy ditawarkan dengan kursus elec power engeneering untuk setahun dan ditawarkan dengan ijazah dalam bidang yang sama.

Q: Adakah kamu tamatkan pelajaran di Uniten?

A; Sy tidak tamat belajar di uniten

Q: Sms di univ. adakah kamu aktif dalam apa-apa pertubuhan?

A: sy aktif dlam bidang sukan dan kepimpinan univ

Q: Apa maksud kepimpinan?

A: Maksud kepimpinan, pd 2006, sy menang pihanraya kampus dan dilantik sbg Presiden Majlis Kepimpinan Pelajar.

Q: Mengapakah tidak menamatkan pelajaran?

A: Sy tidak tamatkan pelajaran kerana keputusan saya teruk dan sy malu dan berkeputusan tidak menamatkan pelajaran.

Q: Bgtau td kamu x bekerja. Pd thn 2008 km bekerja?

A: Sy bekerja pd thn 2008 ,

Q: Blh bgtau sejak bila bekerja pd 2008 dan dengan siapa?

A: pada awal mac 2008 sy dijemput oleh rakan saya Rahimi utk bekerja dgn AI.

Q: Blh cam AI?

Boleh cam

[SP1 tunjuk AI]

MY: OKT dicamkan

Q: Pada mula bekerja dengan DSAI, apa kerja yang kamu buat?

Sy masuk seminggu sblm pilihanraya umum, sy mulakan tugas sbg sukarelawan, sbg sukarelawan byk kerja yg sy buat spt atur jadual perjalanan ceramah pilihanraya. Kdg kala sy ikut beliau ke ceramah-ceramah disekitar negara. Pd yg sama sy bantu rakan sy Rahimi iaitu peg khas AI.

Q: Siapakah beliau yang kamu maksudkan?

A: Beliau yang dimaksudkan adalah AI

Q: Brp lama kerja sbg sukarelawan?

A: Dalam l/k 2 bulan dr awal mac hingga hujung April, selepas itu sy dilantik oleh AI sbg pembantu peribadi (PA).

Q: Perlantikan ini ada surat?

A: Tiada

Q: Apa tugas-2 sbg pem peribadi?

A: Tugas-2 saya merangkumi: 1- mengatur pertemuan sulit AI spt pd ketika itu utk berkomunikasi dgn agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti. 2- Uruskan dan mbantu en ibrahim yaacob iaitu ketua staff dlm mengatur jadual beliau. 3- Membuat filing doc sulit spt bank-2 a/c. 4- mengawalselia HP peribadi beliau, setiap pagi AI bagi HP untuk cek SMS dan highlight SMS yang penting.

Q: Selain Ibrahim Yaacob siapa lg yg bekerja dgn AI?

A: Tidak ingat sbb sll bertukar

Q: Jika blh ingat di bulan Mac atau April?

A: Hanya saya dan Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan Azri – warganegara US

Q: Adakah AI mempunyai pemandu?

A: Ada ramai, yang saya kenal adalah en mokhtar,seorang lagi nama samaran iaitu Botak, Kahar. Sy panggil pemandu AI sbg Pak Sani.

Q: adakah dibayar gaji sbg PA?

A: Ya

Q: Brp gaji?

A: Yang official dibayar oleh kak Jun iaitu RM 1k yang x rasmi spt elaun bergantung kepada trip2 yang sy pergi. Sbg contoh ke spore -USD 1k dan Hong Kong HKD 10k.

Q: Brp lama kerja dgn AI?

A: Dalam sekitar 4 bulan, dari awal mac- 28 jun 2008

Q: Secara rasmi bila berhenti?

A: Pada bulan 6 pada hari sy buat laporan polis

Q: Ada buat surat perletakkan jawatan?

A: Pada pagi 27 Jun 2008 di pej baru AI di Tropicana City Square, ibu pejabat Parti Keadilan, sy telah hantar e-mail melalui black berry saya ke email beliau menyatakan hasrat ingin letak jawatan.

Q: Apa sebab kamu berhenti?

A: Sbb sbnr sy berhenti krn sy x rela diperlakukan spt dlm laporan sy. Dlm email sy katakan 2 perkara, pertama yang sy tidak berdisplin lewat ke pejabat, sll dimarahi oleh AI. Yang kedua sy katakan pejabat baru PKR sy diberikan bilik di ruang pej dan rs tertekan krn kurang kelayakan dr yang lain krn yang lain tiada bilik. Sy nyatakan selagi sy jd PA AI akan jd isu krn sy kurang kelayakan.

Q: Jadi apakah sebab sebenar letak jawatan?

A: Sebab sebenar saya tidak rela diperlakukan spt dalam laporan saya.

Q: Ada bgtahu Mahkamah ada buat laporan polis 28 Jun 2008?

A: Ya.

MY: Rujuk doc ini

Maafkan sy, sy tidak ada salinan lagi.

Lihat tandatangan dibawah. Ini tandatangan siapa?

A: Ini tandatangan sy.

MY: Doc ini tulisan tangan, tulisan siapa?

A: Tulisan sy.

MY: Baca dalam hati dulu doc itu

Bgtau apa doc ini?

A: Ini laporan polis yang sy tulis sendiri pada 28 Jun 2008 di HKL

MY: Ada tandatangan dan IC num kamu?

A: Ada.

Pohon tanda sbg eksibit

Ct: P3

MY: Kamu camkan ini laporan yang kamu buat?

A: Ya

Q: Jika ikut laporan perkara yang ditomahkan itu berlaku di Unit 1151 di Kondo Desa Damansara. Bgmn kamu smpai ke sana pd hr tersebut?

A: Saya diminta datang ke sana.

KS: Obj to P3, in certain part should be expunge. Barisan ketiga menyebut “kejadian kali terakhir pada 26.6.2008”. Ini kerana apa yg dihadapan YA adalah pertuduhan iaitu P1.

MY: Same day but the words “kali terakhir” indicating there were more than one.

KS: We’ll submit on that. Kejadian kali terakhir, impact adalah kejadian-kejadian lain, kita tidak boleh masuk sebagai keterangan, kerana ada satu pertuduhan shj.

MY: YA, ini laporan pengadu, FIR to the police. Tiada apa yg saya blh buat, spt perthn pihak pdkwn akan bw ktrn ikut undang-undang shj. Ini FIR ini bkn ktrg substantif, ini tomahan, laporan utk polis mulakan siasatan. Kita x bergantung pd lapoaran ini, laporan utk explain bgmn polis memulakan siasatan. Isu prejudice x timbul pd peringkat ini.

KS: Wpn ini FIR, ttp dlm FIR ini evi of bad character ada krn dinyatakan ada kejadian lain. Tujuan FIR tidak kira apa yg blh dimasukkan dalam report itu. Merayu agar YA expunge barisan ketiga “kejadian kali terakhir”.

YA: [lihat P3]

KS: Kjdian terakhir maknanya ada kjdian lain.

MY: Kalau kita expunge baris ke tiga, tarikah kejadian akan hilang, maka bila tarikh kejadian itu berlaku? Pihak pendakwaan tidak blh halang ssrg utk buat laporan ttp pendakwaan telah guna budibicara utk tuduh satu sahaja. Tidak ada perkara yg detail, melainkan sedikit sahaja. Melainkan kita ada jury trial. Saya percaya Mahkamah akan bataskan pd ktrgn pd pthdn ttp tidak pd yg lain. Ini mmg laporan yg dibuat, kita x blh mengubahnya.

YA: Obj to words “kali terakhir”?

KS: YA acted as YA and jury. Any doc which prejudicial shoulld be expunge. We dunt nd authority bout that, it is common sense.

CV: This shows that an offence has been committed before, it is prejudicial, the prejudicial value outweights it provative value. If we delete the words “kali terakhir” it can still be read as “kejadian pada 26 Jun 2008.”

YA: Sy setuju dgn hujah def. Terdpt bbrp kejadian berlaku pd hari yg sama. Kerana pendakwaan membawa satu pertuduhan sahaja, maka barisan 4 perkataan “kali terakhir” dibatalkan. Dlm keadaan ini, permohonan batalkan pktn “kali terakhir” adalah dibenarkan.

MY: Bila AI minta kamu ke sana?

A: Ada bbrpa kali ttp kali terakhir adalah pd 26 6 2008 di pej beliau.

Q: Itu kali terakhir?

A: Ya.

Q: Sebelumnya?

A: Hari sblumnya pada 25 06 2008

Q: Pd 25 6 2008 bila masanya?

A: Pada pagi slps slesai mesy staff

Q: Pd 26 6 ?

A: Pagi juga dalam 10.30 pagi.

Q: Ms itu di pej?

A: Ya

Q: Di pej mn?

A: Sek 16, Kelana Jaya.

Q: Jika diingatkan apakah AI bgtau pd 26 6 2008, jam 10.30 pg?

A: AI ingatkan sy kembali untuk datang ke kondo tersebut dan kedua bgtahu tentang mesyuarat dgn prof ariff pada jam 12 di condo desa damansara di rumah en Hassanuddin.

Q: kondo di mn?

A: Unit lain 1152

Q: kondo siapa?

A: En. Hassanuddin sahabat baik AI.

Q: AI ada bgtahu knp AI nak kamu ke sana?

A: Ada, utk bincang jadual kerja

Q: AI akan berada di sana?

A: Ya

Q: Bgtahu patut ada di sana pada pukul brp?

A: Sptnya 2.15 ptg

Q: Kondo desa damansara, tahu di mana letaknya?

A: Ya

Q: Unit kepunyaan Hassanuddin pun tahu?

A: Ya

Q: Bgmana boleh tahu?

A: Sy pernah ke sana bbrapa kali dan diberithu oleh AI bahawa kedua-dua unit tersebut kepunyaan hassanuddin.

Q: msy di unit mn?

A: Unit 1152

Q: pd 26 6, ada pergi ke kondo spt diminta?

A: Ya

Q: pkl brp tinggalkan pej?

A: Sy bertolaj l/k 1.45 ptg

Q: Ms kamu tinggalkan pej, adakah kamu berlenggang atau ada bw apa2?

A: Bw satu doc yg sy x pasti ttp diserahkan oleh ketua staff en. Ibrahim yaacob untuk diserahkan kepada AI.

Q: Doc ini mcm itu sj ke bw atau ada bekas?

A: Sy letak dlm beg fail, warna hitam.

Q: Doc diberikan oleh Ibrahim kepada kamu utk apa?

A: Diserahkan pd AI

Q: Bila Ibrahim Yaacob diberthu utk ddiserahkan pd Ai?

A: Kira-kira 10-15 minit sblm sy bertolak

Q: Bgmn kamu ke kondo?

A: Sy menaiki van fiat dengan no pendaftaran WPK 5925

Q: van@mpv?

A: Sy panggil van, van warna merah, fiat

Q: Adakah fiat ini kepunyaan kamu?

A: Tidak , kepunyaan bapa tunang saya pada ketika itu.

Q: Pkl brp l/k smpai ke kondo?

A: Pd jam l/k 2.45

Q: Smpai sn adakah perlu lalui post pengawal atau terus sj masuk?

A: Perlu lalui post pengawal

Q: Adakah perlu berhenti di post pengawal?

A: Ya, perlu berhenti.

Q: Ada pengawal tanya ke mana kamu nak pergi?

A: Ada, sy tidak jawab ke mana nak pergi tetapi mengatakan “mohktar”.

Q: Mengapa kata mohktar, apakah significant nya?

A: Sy dh dtg bbrpa kali dan diberithu utk ckp mokhtar

Q: Bila kata mohktar, apa terjadi?

A: Guard akan bg laluan

Q: Dr pondok pengawal memandu ke mn?

A: Ke visitor parking di P4. Sy keluar kereta dan pergi ke lif P4, sy naiki lif ke P2. Dr P2 sy perlu berjln ke blok satu lagi, x pasti blok apa. Smpai ke satu pintu.

Q: Pintu ke mana?

A: Untuk pergi ke blok hassanuddin.

Q: bila lepasi pintu ada apa?

A: Ada lif

Q: Pintu ini ke lif, bagaimana keadaannya?

A: Kunci secara magnet, automatik lock

Q: Bgmn kamu nk lepasi pintu?

A: Di sblh knn ada intercom dan dihubungi ke unit rumah, apabila sy tekan no unit, dan dia kata “ya?” dan sy kata “mokhtar”. Terus pintu dibuka dan saya percaya dibuka oleh tuan rumah.

Q: suara yg jwb lelaki atau perempuan?

A: Lelaki

Q: dh bbrp kali pergi ke kondo en hassannuddin, setiap kali perlu kata mokhtar dan tekan 1152?

A: Ya.

Q: Brpa kali dgr suara lelaki yang kata ya? Suara yg sm?

A: Ya

Q: Bgtau mohktar dan pintu ke lif buka dan apa berlaku/

A: Dari pintu lif saya ke tingkat 5.

Q: Keluar lif?

A: Ya

Q: Unit ini dimana bila keluar lif, pergi kanan atau kiri?

A: Keluar lif pergi ke kanan

Q: Ms keluar apa terjadi?

A: Sy berselisih dgn ssorg

Q: Dr pintu lif dgn org itu brp jauh?

A: Pd ms itu org itu br keluar dr unit en hassanuddin, dan berselisih dalam perjalanan.

Q: Kenal dgn org yg berselisih?

A: Tidak kenal

Q: l/p?

A: Lelaki

Q: Igt pakaian?

A: Igt, baju gelap spt coklat, seluar sy x pasti

Q: rupa blh igt?

A: X ingat

Q: Ms berselisih ada kt apa2?

A: Tidak tetapi dia ada senyum.

Q: slps itu?

A: Saya terus menuju ke unit 1151

Q: Diberitahu ke unit hassanuddin knp ke 1151?

A: Setiap kali ke sn, sy diarahkan ke unit 1151

Q: Jd hr itu diarahkan ke unit 1151?

A: Ya

Q: 11-5-1 siapa punya unit?

A: AI bgtau unit hassanuddin tetapi sbg rumah tetamu

Q: Smpai ke unit 1151, apa yg kamu buat smpai ke muka pintu?

A: Tiba di unit tsbt buka pintu, x berkunci, msk letak kasut di sblh kiri blkg pintu

Q: Ms buka pintu, nmpk siapa di dlm?

A: Dari pintu tersebut x nmpk

Q: Bila msk?

A: Nmpk AI ddk di meja mkn

Q: selain ddk di meja makan ada AI buat apa2?

A: Tiada ddk di mj mkn sj

Q: Saya terlupa, beg yg ada doc ada bw?

A: Ada

Q: Apa buat dgn doc bila msk?

A: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan AI dan serahkan doc

Q: Ddk, letak doc, apa lepas itu?

A: Lepas serah doc, km bincang ttg jadual kerja, tidak lm slps itu beliau tnya satu soalan.

Q: Apa soalan itu?

“Can I fuck you today?”

Q: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

A: Marah dan takut

Q: Ada kamu kata apa2?

A: Tolak pelawaannya

Q: Apa kamu kt bila menolak?

A: Sy kt sy x mahu melakukannya

Q: AI kt apa2,bila km kataxnk melakukannya?

A: Dengan nada marah AI kata “what?”

Q: Apa respon kamu?

A: Sy ulang yang sama

Q: strusnya?

A: AI agak marah dgn itu sy takut. AI arahkan ke bilik tidur utama.

Q: Adakah kamu ke bilik tidur utama seperti diarahkan?

A: Ya

Q: Siapa pergi dulu?

A: Sy pergi dl

Q; Dlm bilik utama apa berlaku?

A: Dalam bilik utama AI pergi ke hujang bilik untuk tutup langsir. Saya ketika itu masih ada di pintu, kemudian AI pergi ke pintu untuk tutup lampu bilik.

Q: Jd gelap la bilik itu?

A: Ada chya dr pintu tandas dan celah2 langsir

Q: Lepas itu?

A: AI arahkan sy membersihkan diri di dlm tandas

Q: Tandas @ bilik air?

A: Bilik air

Q: AI arahkan bersih diri?

A: Ya

Q: Teruskan?

A: Ya, saya masuk ke tandas dengan berpakaian, sy bilas badan tetapi sy x mandi sepenuhnya.

Q: Ms itu dh buka pakaian?

A: Ya

Q: Lepas bilas diri?

A: Sy ambil tuala dlm tandas, sy keluar dgn bw baju kemeja sy kaler putih dan gantung di tmpt pemegang almari.

Q: Kamu bertuala?

A: Sy bertuala.

Q: Ms keluar dr bilik air, nampak di mn AI?

A: Sy nmpk, AI di hujung penjuru katil, dibahagian kaki sebelah kanan.

Q: Apa AI buat pd ms itu?

A: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia lalu dia peluk saya sambil berdiri.

KS: May this evidence be in camera?

YA: R you coming to that part?

MY: Yes, im coming to that part. I leave it to the ct. Read proviso s.50(2) Courts of Judicature Act 1964.

[04:54]

YA: This proceeding should be in camera.

At 9 am?

CV: Can it be 9.30 because Im coming from Rawang.

YA: 1st proceeding 2mrw will be in camera.

Adjourned to 09:30 tomorrow.
--------------------------------------------------



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 01"