untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Monday, April 11, 2011

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 47

TRANSKRIP PERBICARAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 11 MAC, 2011

Mahkamah Tinggi Jenayah 3 KL
Di hadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah

Pihak-pihak:
PP: Semua hadir
PB: KS, SN, Ram Karpal, Daruk Param Cumaraswamy (Dato’ CV Prabhakaran, Marissa, Radzlan tidak hadir)
WB: Zambri Idrus (for complainant)

[9.09 a.m.]

MY: Kes ditetapkan untuk sambung bicara dengan pemeriksaan balas SP25, Supt. Jude Blacious Pereira. Sebelum rakan saya memulakan pemeriksaan balas saya memohon untuk bertanyakan beberapa soalan kepada saksi ini.

SP25 mengangkat sumpah di dalam Bahasa Malaysia.

Q: Semalam kamu beritahu kepada mahkamah yang mulia ini bahawa pada 11.15 pagi 15.07.2008 kamu telah memohon dan mendapatkan waran ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mahkamah Jalan Duta.
A: Benar

Q: Apa asas permohonan tersebut?
A: Asas permohonan adalah berdasarkan siasatan saya yang saya mendapati saya ada reasonable suspicion ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Syak munasabah apa?
A: Saya syak munasabah sebab dia melakukan kesalahan di bawah S.377B KK.

Q: Apa asas kepada syak tersebut?
A: Asas saya adalah kerana saya merakam percakapan Saiful dan saksi-saksi lain. Selain itu, saya telah terima laporan kimia yang menyatakan semen yang dalam terkandung di dalam swab. Dan ketiga adalah disebabkan adalah saya lihat CCTV images.

Q: Pada 15.07.2008 selepas dapat waran, adakah kamu memaklumkan niat kamu untuk membuat tangkapan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada beliau atau sesiapa?
A: Ada maklumkan.

Q: Bagaimana maklumkan?
A: Saya maklumkan melalui penghantaran satu faks kepada peguambela Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu En.Nair.

Q: Secara ringkasnya, apa yang terkandung dalam faks message?
A: Saya menyatakan dalam surat tersebut bahawa saya minta Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya menyerah diri pada 16.07.2008 jam 2.00 petang ke IPK KL dan saya juga telah nyatakan bahawa kami telah memohon waran tangkap ke atas klien beliau.

Q: Semasa surat dihantar sudah dapat waran?
A: Semasa surat dihantar memang sudah dapat waran.

Q: Dalam surat kamu kata kamu telah memohon?
A: Ya.

Q: Ada salinan asal surat itu? Saya tunjuk satu dokumen. Sila baca dan tengok adakah ini surat yang kamu maksudkan?
A: Ya.

Q: Berapa tarikhnya?
A: 15.07.2008

Q: Kepada siapa dialamatkan?
A: Kepada S.N. Nair & Partners, Advocates and Solicitors.

Q: Apa helaian kedua itu?
A: Faks penghantaran pada 15.07.2008, 1.05 p.m.

MY: Saya mohon supaya surat ini ditandakan beserta bukti faks sebagai P87.

P87- Surat yang difakskan oleh Supt. Jude kepada SN Nair berkenaan waran tangkap.

MY: Itu sahaja soalan saya.
YA: Yes, cross, KS?

Cross-examination by KS.

Q: Kelmarin kamu nyatakan sekarang adalah dalam Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang di Bukit Aman?
A: Ya.

Q: Semenjak bila?
A: Sejak 4.10.2001.

Q: Sebelum itu ada pengalaman yang luas sebagai pegawai penyiasat?
A: Ya, saya ada pengalaman luas berhubung dengan siasatan.

Q: Lebih kurang berapa tahun dalam bahagian siasatan?
A: Dalam 20 tahun.

Q: Ada menjalani kursus di Kuala Kubu Bahru dan tempat-tempat lain mengenai undang-undang dan siasatan?
A: Ya, di Kuala Kubu Bahru dan juga maktab polis.

Q: Pernah jadi pegawai pendakwa di mahkamah?
A: Ya, pernah.

Q: Pernah beri keterangan di mahkamah sebelum ini?
A: Ya, pernah beri keterangan di mahkamah sebelum ini.

Q: Berapa kali?
A: Lebih kurang 5-10 kali.

Q: Di antara 5-10 kali. Ada beri keterangan dalam inkuiri?
A: Ya, ada beri keterangan dalam inkuiri.

Q: Satu atau lebih daripada itu?
A: Sekali sahaja.

Q: Nyatakan apa inkuiri itu?
A: Inkuiri itu berhubung dengan SUHAKAM.

Q: Apa isi kandungan inkuiri itu?
A: Berhubung penangkapan 5 orang peguambela.

Q: Boleh memberi butir-butir mengenai tangkapan itu?
A: Tangkapan ini adalah berhubungkait satu perhimpunan [] di hadapan balai polis Brickfields.

Q: Berapa orang terlibat dalam perhimpunan itu?
A: Mengikut siasatan sebanyak 5 orang peguambela ditangkap dalam perhimpunan itu.

Q: Apa kesalahan?
A: Berdasarkan siasatan mereka turut hadir bersama-sama dengan beberapa orang yang berkumpul di hadapan balai polis.

Q: Itu satu kesalahan?
A: Ya, satu kesalahan.

Q: Kesalahan di bawah undang-undang apa?
A: Di bawah Seksyen 27(3) Akta Polis.

Q: Bila kejadian ini?
A: Dalam ingatan saya 05.09.2009.

Q: Siapa pegawai pemnyiasat dalam kes itu?
A: ASP Ho.

Q: Ada main apa-apa peranan dalam siasatan itu?
A: Saya adalah pegawai yang membuat S.28(2a) di mana saya tidak membenarkan representation.

Q: Membuat apa?
A: Membuat urusan berhubung dengan seksyen tersebut yang tidak membenarkan peguambela akses kepada klien-klien mereka.

Q: Inkuiri ini dijalankan oleh SUHAKAM?
A: Ya, benar.

Q: Dalam inquiry itu kamu adalah saksi utama?
A: Salah seorang saksi utama.

Q: Dinyatakan bila inkuiri ini diadakan?
A: Saya tak dapat ingat.

Q: Lebih kurang tahun lepas?
A: Tahun lepas, ya.

Q: Ada beri keterangan di inkuiri itu di bawah sumpah?
A: Ya.

Q: Adakah keterangan kamu diterima?
A: Tidak diterima.

Q: Kenapa?
A: Sebab pihak SUHAKAM dapati ada percanggahan dalam keterangan saya.

Q: Ada apa?
A: Sedikit percanggahan.

Q: Sedikit percanggahan. Apa itu?
A: Ada contradiction,YA.

Q: Sedikit contradiction, a little bit of contradiction. En. Jude, you are here to tell the truth. [] . Sedikit percanggahan? []. You are under oath. Bukan sedikit percanggahan bukan?
A: Ya, bukan sedikit.

Q: Bukan sedikit. Kenapa bohong tadi?
A: Saya tidak bohong.

Q: Ada bohong tadi sedikit sekarang sebaliknya. I’m warning you. I don’t like to threaten anyone, but if necessary I’ll do it within the parameters of the law. Bukan sedikit percanggahan, bukan? Percanggahan yang serius?
A: Percanggahan.

Q: Percanggahan yang serius?
A: Yes, serious.

Q: Why are you telling lies under the oath? One after another. Contradicting yourself here.

MY: I think you should stop running commentaries. Submit it later.
KS: It is not a commentary.
YA: Proceed.

Q: Dalam inkuiri ada nyatakan tidak bercakap benar?
A: Bukan saya tidak bercakap benar.

Q: You tell lies about it?
A: Saya tidak bohong dalam inkuiri.

Q: You told the whole truth at the inkuiri?
A: Saya bercakap benar.

Q: The whole truth nothing but the truth?
A: Ya, saya cakap benar.

Q: Do you know the findings of that enquiry?
YA: How is that relevant to this case?
KS: It is relevant. His credibility.
MY: I’m waiting for the [] whether it is serious matter that the court should allow or not. I don’t know when it’s coming.
KS: I’m coming to it. His credibity.

Q: Here’s a copy of the findings of the enquiry. I want you to read it. Look at page 34. Boleh baca isi kandungan dari baris pertama dari muka surat itu starting with “we find…”
A: [read] We find the the evidence of DSP Jude Pereira totally unsatisfactory. DSP Jude was conciously not telling the truth or suffered from a serious loss of memory. DSP Jude Pereira initially denied interacting with any lawyers [] contradict with direct evidence and the documentary evidence in the form of video footage. [] had no contradiction with the 5 lawyers. Looking the evidence as a whole it seems to be very dependant that DSP Jude Pereira for the purpose of interaction with the 5 lawyers and legal advise for matters of legal procedure.

Q: Apa yang disebut disana, “DSP JudePereira either consciously was not telling the truth or suffered form a serious [] loss of memory. DSP Jude Pereira initially denied interacting with any lawyers [] contradict with direct evidence and the documentary evidence in the form of video footage. [] had no contradiction with the 5 lawyers.” Adalah keputusan inkuiri itu bahawa Jude Pereira tidak memberi keterangan yang boleh diterima.
A: Ini adalah pendapat mereka.

Q: Pendapat oleh siapa?
A: SUHAKAM.

YA: He already agreed that is the decision of SUHAKAM.
KS: I’m telling..could I just ask? I’m coming to the end of this part.

Q: SUHAKAM is a body set up by Parliament?
A: Yes.

KS: We want this report to be marked as an exhibit, page 34. We are putting the whole report.
MY: At this juncture can this be marked as ID?
KS: It is a certified copy, YA.
YA: He is not the maker. But what is important to you is the findings. The findings he already read orally there. And he is not a maker. How to put in as exhibit?
KS: It can be. It is a certified copy of the report. But if YA is satisfied with what he said…
YA: Oral evidence is much better.
MY: []
YA: Yeah, he read that findings.
KS:. Okay, fair. I just want to make sure that this document is properly [].

Q: Kelmarin kamu ada sebut lock-up rules.
A: Ya, saya ada.

Q: Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila dia ditangkap hari itu ada 2 tangkapan, bukan?
A: Satu tangkapan sahaja..

Q: Bukan dua?
A: Bukan dua.

Q: Siapa buat tangkapan itu
A: Dibuat oleh Supt. Taufik.

Q: Dengan waran?
A: Semasa tangakapan dibuat, tiada warrant of arrest.

Q: Tetapi waran itu wujud, bukan?
A: Waran itu wujud.

Q: Waran itu dalam simpanan kamu?
A: Ya.

Q: Tiga-tiga salinan?
A: Ya, benar.

Q: Adakah En. Taufik megetahui masa itu kamu ada ketiga-tiga salinan waran tangkap itu dalam simpanan kamu?
A: Saya tidak begitu pasti sama ada dia tahu saya ada simpanan tiga waran itu.

Q: Siapa mengararahkan dia melakukan tangkapan?
A: Saya difahamkan kemudian selepas tangkapan bahawa arahan tangkapan diberikan oleh Dato’ Bakri, Dicrector of Criminal Investigation.

Q: Kenapa dia yang memberi arahan itu?
A: Saya tak terima arahan secara direct jadi saya tidak tahu kenapa arahan itu…

Q: Ada satu tangkapan oleh En. Taufik lebih kurang pukul 12.30 p.m. 16.07.2008.
A: Benar.

Q: Lagi satu tangkapan dilakukan di IPK KL?
A: Di IPK KL hanya penyempurnaan warrant of arrest ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Itu shaja? Tidak ada tangkapan?
A: Tidak ada.

Q: Tidak ada tangkapan melalui waran tangkap?
A: Tangkapan di tempat dia ditangkap kemudian penyerahan waran itu adalah di IPK kemudiannya.

Q: Oleh siapa?
A: Oleh Supt. Taufik.

Q: Ada satu tangkapan sahaja?
A: Satu tangkapan sahaja.

Q: Itu lebih kurang pukul berapa?
A: Penyempurnaan waran itu adalah lebih kurang 2.40 petang.

Q: 2.40 petang 16.07.2008?
A: Ya.

Q: Sampai di IPK pukul 2.00 petang, lebih kurang 2.00 petang?
A: Lebih kurang 2.00 petang.

Q: Statement direkodkan dr Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari itu oleh kamu?
A: Ya, saya yang rakamkan percakapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Mulakan pukul berapa recording itu?
A: 2.45 petang.

Q: Dan selesai?
A: Selesai 5.45 petang.

Q: Apabila statement ini direkodkan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim, apa status dia, sebagai saspek?
A: Ya, sebagai saspek.

Q: Saspek kerana dia telah ditangkap?
A: Saspek berdasarkan kepada siasatan saya.

Q: Adakah dia dikurung dalam lokap selepas pukul 6?
A: Selepas pukul 6 beliau tidak dikurung di dalam lokap.

Q: Kamu fasih dengan lock-up rules? Familiar with it?
A: Yes, I’m familiar with it.

Q: A suspect has to be within or rather in the lock-up from 6.00 p.m. to 6.00 a.m. the next morning?
YA: Kita buat dalam Bahasa Malaysia ya, KS.
KS: My apologies, YA.

Q: Mengikut peraturan-peraturan lokap, seorang saspek adalah diwajibkan untuk ditempatkan di dalam lokap selepas pukul 6.00 petang sehingga 6.00 pagi keesokan hari.
A: Mengikut lock-up rules yang saya tahu, seorang tangkapan selepas dimasukkan dalam lokap tidak boleh dikeluarkan untuk sebrang soal siasat dan sebagainya selepas 6.00 petang.

Q: Tidak boleh dikeluarkan?
A: Tidak boleh dikeluarkan untuk soal siasat dan sebagainya selepas pukul 6.00 petang.

Q: Boleh baca lock-up rules itu? Do you have it?
A: Saya tak mempunyai lock-up rules itu.

Q: You read it.
A: Which part?

KS: You should know.
YA: Which section you want him to read?
KS: He is very familiar with it, YA.
SP25: It’s been a long time, YA.
KS: Long time? Not very long isn’t it?
YA: You ask him question you should find out which sections. You lebih tahu lagi.
KS: He is reading the copy, YA.
RK: We only have one copy, YA. We’ll make copies for the court’s benefit.
KS: DPP don’t know either.
MY: We are aware of that.
KS: If your Lordship could assist?
YA: Why should I? I’m just sitting here to listen and decide later on and not now.

SP25: Can i…?
KS: You can’t find it?

Q: Isi kandungan yang berkenaan lock-up rules itu adalah ini: hours of rest, masa untuk berehat bagi seorang saspek di dalam lokap.
A: Saya tak berapa pasti.

KS: I’m putting it to you?
YA: His answer is dia tak pasti. But this is rules,kan? You can submit later. Kan dah ada semua dalam tu.

Q: P20- Hours of rest.
A: [read]

Q: So its hours of rest. Kata lain, seorang saspek tidak boleh dikeluarkan dari lokap selepas 6.00 petang sehingga 6.00 pagi.

YA: In fact, that is what he said tadi, saspek tak boleh dikeluarkan selepas pukul 6.00 sehingga 6.00 pagi esok.

Q: Tidak boleh kan? Langsung tidak boleh kerana ini adalah hours of rest?
A: Ya, benar.

Q: Kenapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak ditempatkan di dalam lokap selepas pukul 6.00 kerana semasa itu dia adalah seorang saspek. Beliau tidak dikurungkan?
A: Tidak dikurungkan lagi.

Q: Tetapi ikut lock-up rules dia harus dikurungkan?
A: Ya.

Q: Jika ikut lock-up rules tidak boleh, bukan?
A: Ya, tidak boleh dikeluarkan dari lokap.

Q: Langsung tidak boleh?
A: Tidak boleh jika dia sudah masuk dalam lokap. Ini dia tidak dimasukkan lagi, YA.

Q: Tetapi dia seorang saspek, diwajibkan masuk ke dalam lokap selepas pukul 6.00. Bersetuju dengan itu?

SP25: Boleh saya jelaskan, YA?
YA: Setuju atau tak dengan cadangan itu?

Q: Setuju atau tak setuju?
A: Tak setuju.

Q: Seorang saspek tidak diwajibkan masuk ke dalam lokap…
A: Dalam keadaan yang saya siasatn ini pada hari tersebut, tidak setuju.

Q: Tidak ada apa-apa tentang peraturan 20 lock-up rules tadi?
A: Tidak, sebab beliau belum dimasukkan ke dalam lokap lagi.

Q: Adalah diwajibkan dimasukkan?
A: Kalau ikut lock-up rules, ya.

Q: Jika ikut lock-up rules dia wajib ditempatkan di dalam lokap?
A: Ya, benar.

Q: Benar, bukan? Dalam kes ini…
A: Saya tidak masukkan dalam lokap.

Q: Itu bermakna tidak ikut lock-up rules itu? Itu satu kesalahan bagi kamu, bukan?
A: Saya anggap ini bukan satu kesalahan bagi saya oleh kerana…

Q: Bukan oleh kerana. Tidak kesalahan? Satu kesalahan bukan?
A: Bukan.

Q: Bukan kesalahan?
A: Bukan.

Q: Kenapa?
A: Sebab beliau ditangkap pada pukul 12.00 lebih, kemudian beliau telah dibawa masuk untuk dirakamkan statement beliau dan seterusnya siasatan masih diteruskan dan kita tak masukkan dia ke dalam lokap sebab kami nak hantar dia untuk pergi ke hospital untuk pemeriksaan. Sebab ini, kita tak masuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lokap sehingga siasaatan pada tarikh tersebut telah habis selepas beliau balik dari hospital. So, beliau belum dimasukkan dalam lokap semasa itu.

Q: Jadi jangan masukkan saspek dalam lokap dan buat apa yang disukai? Adakah juga ada?
A: Tiada.

Q: Saya katakan kamu melanggar Peruntukan 20 Peraturan Lokap?
A: Saya tidak langgar.

Q: Tidak langgar?
A: Tidak langgar.

Q: Kamu siasat laporan oleh saiful yang dibuat pada 28.06.2008?
A: Ya.

Q: Adakah dalam masa 28.06.2008 – 16.07.2008 apa-apa cubaan untuk rekodkan statement di bawah S.112 dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
A: Ya, ada percubaan dibuat.

Q: Ada dapat rekodkan statement dari dia?
A: Tidak dapat.

Q: Kenapa tidak dapat?
A: Sebab pada 12.07.2008, kami telah buat percubaan untuk menyempurnakan satu notis di bawah S. 111 Criminal Procedure Code kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 12.07.2008 di mana saya telah pergi ke rumah beliau di Segambut untuk menyempurnakan notis tersebut. Beliau tak ada di kediaman beliau pada masa itu dan saya telah sempurnakan notis tersebut kepada pemandu beliau yang ada dalam kediaman dan peguambela telah di inform berhubung dengan notis yang telah saya serahkan kepada beliau. Bagaimanapun, peguambela telah memberitahu saya beliau tidak dapat dhadir pada 14.07.2008 kerana Dato’ Seri Anwar Ibrahim ada urusan di Pulau Pinang.

Q: Pada 14.07.2008, En. Nair ada berhubung dengan kamu?
A: Ya, ada.

Q: Dan satu masa telah ditetapkan untuk rekod statement S.112 dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 16.07.2008?
A: Ya, benar.

Q: Itu adalah fahaman di antara kamu dan En. Nair?
A: Ya, memang benar.

Q: Tujuan untuk rekod statement di bawah S.112 sebagai saksi? Itu tujuan S.112, bukan?
A: Benar.

Q: Bukan untuk tangkap dia? Fahaman adalah untuk dia hadir ke IPK untuk statementnya direkodkan?
A: Fahaman diantara saya dan peguambelanya.

Q: Bukan untuk dia ditangkap pada hari itu?
A: Pada masa itu tidak.

Q: So apa sebab buat tangkapan itu walaupun ada fahaman antara kamu dan En. Nair?
A: Kerana pada 15.07.2008 saya mohon warrant of arrest di atas sebab-sebab yang saya terangkan tadi yang mana saya ada reasonable suspicion.

Q: Reasonable suspicion untuk apa?
A: Untuk menangkap beliau.

Q: Kenapa? Kan ada fahaman sebelum itu? 14.07.2008 ada fahaman untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim pergi ke IPK KL untuk member statement kepada kamu. 15.07.2008 kamu buat satu permohonan kepada mahkamah untuk mendapat satu waran tangkap. Kenapa perlu buat?
A: Berdasarkan siastaan saya, saya ada syak dan seterusnya saya berpendapat adalah lebih baik saya memohon satu warrant of arrest

Q: Apabila mohon untuk mendapatkan warrant of arrest ini, ada buat satu afidavit?
A: Tidak, saya hanya buat permohonan kepada Registar.

Q: Apa sebab yang diberi kepada Registrar ini untuk dikeluarkan warrant of arrest?
A: Saya buat permohonan untuk dapatkan warrant of arrest dari Registrar.

Q: Ada salinan permohonan itu dengan kamu sekarang?
A: Tiada.

Q: Boleh diperolehi?
A: Saya kena semak dengan mahkamah.

Q: Apa sebab diberi dalam permohonan itu? []
A: Saya kena semak permohonan saya. Saya tak ingat.

Q: Lebih kurang []. Boleh ingat, bukan?
A: Ya, seperti yang saya cakap berdasarkan kepada siasatan saya dan alasan-alasan telah diberikan.

Q: Apa alasan? Apa yang boleh diingat?
A: Saya tak ingat.

Q: Langsung tak ingat?
A: Langsung tak ingat.

Q: Selepas tangkapan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihantar ke hospital?
A: Bukan selepas tangkapan, selepas rakaman percakapan.

Q: Ya, semua itu. Selepas semua itu.
A: Ya.

Q: Pukul 8?
A: Pukul 8.50 saya sampai ke hospital bersama-sama beliau.

Q: DSP Yahya ada dengan kamu masa itu?
A: Semasa di hospital DSP Yahya tidak hadir.

Q: Setelah kembali dari hospital ke IPK KL, ada jumpa dengan En. Yahya?
A: Ya, saya ada jumpa dengan DSP Yahya.

Q: DSP Yahya ada berikan Good Morning towel, toothbrush dan mineral water bottle, bukan?
A: Saya tak tahu berhubung dengan barang-barang tersebut.

Q: Ada beri apa-apa arahan kepada police personnel di lokap selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di dalam lokap?
A: Saya tidak ada memberikan arahan apa-apa kepada sesiapa.

Q: Langsung tidak memberi arahan kepada sesiapa?
A: Tidak ada.

Q: Arahan seperti jangan sentuh Good Morning towel, toothbrush dan mineral bottle itu?
A: Tiada.

Q: Tidak memberi apa-apa arahan kepada police personnel di lokap?
A: Tidak member apa-apa arahan.

Q: Ada keterangan bahawa arahan diberikan oleh kamu.
A: Tiada. Saya tidak ada keterangan apa-apa yang menyatakan saya ada bagi arahan kepada mana-mana anggota di lokap.

Q: Berbalik kepada 28.06.2008. kamu dipilih sebagai pegawai penyiasat untuk laporan yang dibuat oleh Saiful?
A: Saya terima arahan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Q: Iaitu kamu dipilih sebagai Pegawai Penyiasat?
A: Ya, untuk kes ini.

Q: Apa peranan atau tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Penyiasat?
A: Tugas-tugas seorang Pegawai Penyiasat adalah menyiasat kes menurut kepada undang-undang.

Q: Luas bukan ini?
A: Memang luas.

Q: Apa peranan kamu pada 28.06.2008?
A: Peranan saya adalah sebagai Pegawai Penyiasat kes yang dilaporkan itu, Travers Report 4350/08.

Q: Ada soal siasat Saiful hari itu? Pada 28.06.2008.
A: Bukan pada hari itu. Pada 28.06.2008 di hospital saya telah menebual Saiful.

Q: Menemubual?
A: Menemubual. Temuduga. Tidak siasat.

Q: Tidak ada apa-apa statement direkodkan dari dia?
A: Semasa itu tidak ada statement direkodkan dari dia.

Q: Di hospital tidak ada?
A: Di hospital ada rekodkan.

Q: Di hospital ada, bukan?
A: Pada 29.06.2008.

Q: 28.06.2008 tidak ada?
A: Tidak ada.

Q: Pada 28.06.2008 perbualan sahaja?
A: Perbualan sahaja pada 28.06.2008 malam.

Q: Saiful aada diperiksa oleh 3 orang doctor pada hari itu?
A: Dua orang doctor yang memeriksa Saiful.

Q: Siapa dia?
A: Dr. Razali dan Dr. Khairul.

Q: Bukan 3?
A: Tiada.

Q: Dr. Siew tidak ada di sana hari itu?
A: Dr. Siew ada, tetapi dia hanya mengutip swab-swab.

Q: So dia tidak periksa? Dua doctor periksa dia?
A: Ya, dua orang doctor telah memeriksa tubuh badan beliau.

Q: Adakah satu keperluan seorang Pegawai Penyiasat hadir apabila seorang saspek pengadu diperiksa oleh doctor?
A: Ikut keadaan kes.

Q: Apa yang luar biasa di dalam kes ini?
A: Kes ini pada pendapat saya adalah kes penting untuk saya dan saya perlu membuat pemerhatian.

Q: Pemerhatian?
A: Ya.

Q: Kenapa pemerhatian? Tidak ada kepercayaan dengan doctor?
A: Saya percaya doctor.

Q: Ada percaya doctor, bukan?
A: Ada.

Q: So biasanya seorang Pegawai Polis tidak hadir dalam pemeriksaan itu oleh doctor?
A: Ya.

Q: Dalam kes biasa,bukan?
A: Seperti yang saya beritahu mengikut keadaan. Saya memutuskan untuk hadir di sana.

Q: Kenapa?
A: Hanya saya hendak buat pemerhatian sahaja.

Q: Kenapa walaupun biasa tidak ada satu keperluan untuk itu? Kenapa dalam kes ini?
A: Sebab saya hendak lihat bahawa..

Q: Yalah, sebab apa lihat?
A: Saya hendak lihat semua yang dilakukan oleh doctor supaya saya dapat pengetahuan dan juga apakah setiap doctor itu melakukan untuk siasatan saya.

Q: Untuk siasatan awak?
A: Untuk melengkapkan siasatan saya.

Q: Kamu ada katakan tadi peranan seorang Pegawai Penyiasat tugas-tugas adalah luas.
A: Benar.

Q: Adakah satu keperluan untuk siastan di tamatkan sebelum seorang dituduh dalam mahkamah?
A: Bukan semestinya.

Q: Biasanya?
A: Biasanya kita menangkap apabila kita ada reasonable suspicion.

Q: Bukan reasonable suspicion. Maksud saya adalah ini – sebelum seorang dituduh di mahkamah siasatan harus ditamatkan?
A: Ya, harus dilengkapkan sebelum seorang dituduh di mahkamah.

Q: Dan tidak boleh ada sesuatu siasatan selepas itu?
A: Ya, benar. Ikut kepada keadaan.

Q: Dalam kes ini adakah apa-apa siasatan apabila kes ini dibicarakan?
A: Dalam ingatan saya tidak ada selepas dibicarakan.

Q: Tidak ada buat apa-apa siasatan selepas kes mula dibicarakan di mahkamah ini? Did you investigate in the course of this trial?
A: Yes, I remember. Ada. Saya telah rakamkan percakapan Dr. Razuin.

Q: Kenapa? []
A: Pada 21.02.2011.

Q: Siapa arahkan kamu merekodkan statement dari Dr. Razuin?
A: Pihak team pendakwaan.

Q: Pihak pendakwaan. Siapa khasnya?
A: Datuk Yusof.

Q: Biasanya tidak boleh ada satu siasatan bukan apabila perbicaraan dimulakan?
A: Kebiasaannya tiada.

Q: Dan dalam hal ini kenapa ada? Satu keperluan?
A: Saya hanya diarahkan rekod percakapan.

Q: Tentu ada tujuan, bukan? Apa tujuan untuk merekodkan?
A: Tujuan adalah untuk saya dapatkan satu sambungan statement berhubungkait dengan borang pro forma sahaja.

Q: Berhubung borang pro forma?
A: Ya.

Q: Apa catatan dalam pro forma itu yang memerlukan satu siasatan disambung?
A: …

Q: Kenapa? Kenapa menjalankan siasatan dalam perbicaraan?
A: Saya tidak tahu kenapa. Saya hanya merakamkan percakapan berhubung pro forma.

Q: Kenapa? Tentu ada arahan diberi. Untuk apa pergi ke Kota Bahru? Untuk tujuan bukan?

YA: Yalah. Pergi rakam percakapan Dr. Razuin atas arahan team pendakwa.
KS: But, what was the reason?
YA: Berhubung dengan pro forma.

Q: Jadi apa catatan dalam pro forma itu?
A: Saya tidak dapat jelaskan itu, YA.

Q: Saiful dengan pro forma sahaja? Tiada apa-apa yang lain?
A: Hanya pro forma sahaja. Soalan-soalan berhubungkait dengan pro forma.

Q: Ini luar biasa, bukan?
A: Ya, luar biasa.

Q: Balik kepada 26.06.2008. Ada meneliti isi kandungan laporan yang dibuat oleh Saiful?
A: Ya, ada.

Q: Ada meneliti isi kandungan P3 ini dengan baik sebelum memulakan siasatan?
A: Ya, benar.

Q: Adakah apa-apa di dalam P3 ini mengenai oral sex?
A: Tiada.

Q: Langsung tiada?
A: Tiada.

Q: Cubaan untuk oral sex?
A: Tiada.

Q: Langsung tiada?
A: Tiada.

Q: Apa yang disiasat oleh kamu? What were you investigating?
A: Saya menyiasat kesalahan di bawah Seksyen 377B iaitu meliwat.

Q: Oral sex bukan liwat, bukan?
A: Bukan.

Q: Itu tidak disiasat oleh kamu kerana tiada di dalam P3 ini?
A: Tiada disiasat.

Q: Kejadian yang dikatakan dalam P3 ini adalah 26.06.2008.
A: Benar.

Q: Apa yang dapat tahu dari Saiful apa yang jadi selepas 26.06.2008 sehingga 28.06.2008 apabial laporan polis ini dibuat. Ada siasat itu, apa yang dibuat oleh beliau?
A: Ya, beliau telah menghubungi beberapa orang selepas 26.06.2008.

Q: Apa yang jadi selepas 26.06.2008? Diantara 26.06.2008 hingga 28.06.2008?
A: Selepas 26.06.2008.

Q: Dapat tahu apa yang dia buat?
A: Dia ada mengadu kepada beberapa orang kawan.

Q: Siapa mereka ini?
A: Yang saya dapat ingat adalah seorang lelaki nama Rahimi.

Q: Boleh senaraikan?
A: Rahimi.

Q: Satu, Rahimi. Yang kedua?
A: Yang kedua adalah En. Ezam.

Q: Ketiga?
A: Ketiga adalah pakcik beliau sendiri, Yuah.

Q: Mumtaz? Datuk Mumtaz?

MY: YA, saya tak pasti sama ada soalan ini wajar sebab En. Saiful sudah pun memberi keterangan, he is the best person to ask about this.
YA: To see consistency la?
MY: Whatever he said will be hearsay.
YA: The truth, it will be hearsay. But for consistency I allow it for the time being.

Q: Siapa orang lain? Mumtaz ada bukan?
A: Ya.

Q: Datin Rosmah?
A: Not very sure. Saya tak berapa pasti. Saya kena semak semula.

Q: Datuk Seri Najib Tun Razak?
A: Tiada.

Q: Langsung tiada apa-apa?
A: Itu adalah kejadian sebelum itu.

Q: Ada pada kejadian sebelum itu?
A: Sebelum kejadian meliwat pada 26.06.2008.

Q: Bagi kejadian tidak ada apa-apa?
A: Selepas kejadian 26.06.2008 tiada.

Q: Boleh cakap dengan tepat Datin Rosmah tidak ada di senarai?
A: Ya, saya telah ambil statement beliau.

Q: Ada ambil statement daripada Datin Rosmah, bukan?
A: Ya

Q: Itu bermakna dia terlibat dalam kes ini. Peranan itu lain, tetapi ada. Ada ambil statement Datin Rosmah oleh kerana dia disenaraikan sebagai orang-orang yang ada hubungkait dengan Saiful selepas 26.06.2008. Oleh itu merekodkan statement dari Datin Rosmah.
A: Pohon rujuk pada ID saya kerana tak pasti sama ada statement ada direkodkan dari Datin Rosmah.

Q: Ada katakan tadi, ada cakap bukan?
A: Itu saya tak berapa pasti. Boleh saya semak saya punya ID?

Q: Ada katakana tadi.

MY: []
YA: Yeah, but now he is not very sure. Rujuk ID.

Q: Now you are not sure?
A: Ya, not sure…[semak ID]…Ada, YA.

Q: Bila?
A: Pada 17.07.2008 statement beliau dirakamkan.

KS: YA, could we have a short break?
YA: Panjang lagi ke?
KS: Quite certain areas.
RK: Also, we might want to cross on the exhibit. It has not being set up yet. I did say it to my learned friend earlier and he agreed to set it up so that we can refer to it.
YA: Okay, 15 minit ya.
[10.14 a.m.] Stand down.

[10.38 a.m.] Kes dipanggil semula.

Q: Jude ada katakan tadi ya, bahawa Saiful ada berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak?
A: Dia berjumpa dengan DS Najib sebelum 26hb.

Q: Bila itu?
A: Pada 24hb untuk mengadu berdasarkan beberapa kejadian sebelum itu.

Q: 24hb?
A: Ya, 24.

Q: Ada statement direkodkan daripada Dato’ Seri Najib?
A: Ya, ada.

Q: DSP Rodwan, apa peranan dia dalam kes ini?
A: Peranan dia tidak ada dalam kes ini.

Q: Sebelum atau selepas?
A: Sebelum kes ini, ada.
Q: Apa peranan itu?
A: Beliau telah memberi nasihat apabila Saiful menghubungi beliau pada 24.6.2008.

YA: We are going to hearsay already. No longer relevancy here.
MY: Yes, because Saiful had already giving his evidence.
YA: I have to allow the objection. Please proceed to some other point, Mr. Karpal.

KS: 26hb, ada tak dalam siasatan mengenai Hospital Pusrawi?
A: 26hb tiada.

Q: 28hb?
A: Ya, sebab Saiful telah pergi ke Hospital Pusrawi sebelum pergi ke HKL.

Q: Telah diperiksa oleh Dr. Osman?
A: Ya.

Q: Ada statement yang direkod daripada Dr. Osman? Dalam siasatan?
A: Ya, ada.

KS: YA, my learned friend Nair wants to ask few questions.

SN: Encik berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah berapa lama?
A: Lebih kurang 34 tahun.

Q: Berapa kes yang telah disiasat?
A: Banyak kes, tak dapat ingat.

Q: Lebih kurang?
A: Sebab saya sebagain IO selama 8 tahun, jadi saya tak dapat ingat. Lebih kurang 500.

Q: Tapi beri keterangan mahkamah 15 kali sahaja?
A: Ya.

Q: Apakah yang berlaku kepada semua siasatan yang dijalankan, lebih kurang 500 kes itu?
YA: Counsel, I think you should not repeat. This questions telah disentuh oleh Mr. Karpal.

Q: Bilakah Encik ambil eksibits swab P6A-L daripada HKL?
A: Pada 29.6.2008, jam 12.35 pagi.

Q: Dan apa yang berlaku selepas itu?
A: Selepas saya terima swab-swab tersebut daripada Dr. Siew, saya telah simpan swab-swab itu sendiri sehingga saya pergi ke pejabat dan simpan dalam cabinet besi saya.

Q: Kabinet besi ini adalah digazettekan?
A: Ia telah dibekalkan oleh pejabat di IPD Brickfields.

Q: Di pejabat mana peti besi ini ada?
A: Di pejabat saya sendiri, YA. Pejabat KBSJD Brickfields.

Q: Mana lagi ada pesi beti macam ini?
A: Ada juga di bahagian dan cawangan lain, cabinet besi juga ada.

Q: Yang boleh dialihkan? Bukan stay?
A: Bukan.

Q: Mengikut IGSO, adakah buku rekod disimpan?
A: Mengenai apa?

Q: Eksibit yang dibawa balik?
A: Ya, ada satu buku daftar di store berhubung dengan eksibit-eksibit yang diterima.

Q: Dengan eksibit yang Encik Jude simpan di peti besi, ada simpan atau tidak buku rekod?
A: Saya hanya ambil nombor pendaftaran daripada store, berkaitan dengan eksibit-eksibit yang saya simpan dalam cabinet besi di pejabat saya sendiri.

Q: Apa nombor pendaftaran store?
A: 53/08.

Q: Saya pun Pegawai Polis juga dulu. Dalam peraturan polis, kalau ambil number pendftaran daripada store, ada atau tidak barang tersebut letak dalam store dan bukan di tempat lain?
A: Ya, patut letak dalam store.

Q: Tapi bagaimana pulak Encik simpan dalam peti besi dalam bilik anda?
A: Saya merupakan KBSJD dan saya ingin menentukan barang berada dalam selamat, dan saya mengawal barang itu sendiri di pejabat saya.

Q: Boleh tak Encik Jude nyatakan di IGSO mana mengatakan KBSJD boleh menyimpan sendiri barang eksibit.
A: Saya buat keputusan untuk simpan sendiri.

Q: Membuat keputusan tanpa ikut arahan?
A: Ya, memang.
Q: So memang ada langgar arahan?
A: Saya melanggar arahan, tetapi saya memutuskan seperti itu.

Q: Encik telah terima swab-swab. Apakah bentuk swab2 ini?
A: Saya percaya ia adalah DNA dan juga kemungkinan kewujudan semen.

Q: So benar tak swab-swab ini organik?
A: Benar.

A: Dan adakah mungkin degradation akan berlaku?

MY: YA, I don’t think the counsel should ask …
SN: I will establish it. I did not complete the question yet.
YA: He’s not an expert in DNA. He is only the IO.
SN: It’s true YA, but I’m coming to that. I just want to ask whether he knows or he doesn’t know.
YA: Ok proceed. (To the witness): You tau atau tidak?

A: Saya tau degradation mungkin berlaku.

Q: Adakah Dr. Siew memberitahu cara untuk meng’handle’kan eksibit ini?
A: Ya beliau telah memberitahu saya supaya barang-barang itu dimasukkan dalam freezer.

Q: Tapi Encik beritahu ia disimpan dalam cabinet besi? Adakah cabinet ini ada freezer dalam itu?
A: Tiada.

Q: Ini langgar prosedur polis?
A: Itu arahan Dr. Siew tapi bukan arahan IGSO.

Q: So IGSO tiada arahan letak dalam freezer?
A: Tiada. Yes, IGSO ada bagi arahan supaya barang-barang yang saya kutip ini harus di preserve supaya dia tidak hilang bahan-bahan yang perlu kita kekalkan.

Q: Look at exhibit P6E and F, B4 and B5. Encik telah beri keterangan bahawa Encik telah mengambil eksibit swab dari Dr. Siew dan telah bawa ke pejabat. Encik juga beritahu ada Encik ada buat re-marking, buka seal besar dan buat re-marking, iaitu bukak P27. Ada minta kebenaran kepada sesiapa?
A: Tiada.

Q: Adakah ini memang ikut prosedur?
A: Ya, ikut prosedur supaya setiap satu barang ditanda dengan jelas, tidak boleh dicampuradukkan supaya pihak kimia dapat membuat perbandingan dengan baik.

Q: Ini bukan prosedur IGSO.
A: Memang ada prosedur IGSO.

Q: Encik, ini prosedur bab yang mana dalam IGSO?
A: Boleh saya rujuk IGSO. Ini adalah terkandung dalam IGSO bahagian D102, para 7 yang mana saya akan bacakan. [read- semua barang kes hendaklah dibungkus berasingan. Barang kes hendaklah dibungkus supaya tidak hilang, bercampur aduk, tumpah, pecah atau tercemar semasa dalam perjalanan. Barang kes hendaklah dimateri, seal dan label dengan jelas. Label pengenalan tambahan dikepilkan dengan barang kes itu untuk pengecaman di mahkamah kemudian. Huruf P tidak boleh digunakan].

Q: Contoh, kalau kita ambil eksibit A, baju dan seluar. Itu dirampas oleh polis?
A: Ya.

Q: Barang itu you kena label dan seal sendiri?
A: Ya.

Q: IGSO itu kena mengena dengan barang eksibit yang diambil oleh polis?
A: Ia tidak nyatakan sebarang barang diambil oleh polis. Ia menyatakan semua barang kes, tidak kira diambil oleh polis atau doktor.

Q: (Tunjuk P27). Ini diambil oleh doktor. Semua sudah siap sedia, kenapa kena buka?
A: Permohonan kepada Jabatan Kimia dibuat oleh polis, bukan doktor.

Q: Tapi semua tanda pun sudah ada di sini, kenapa kena letak balik?
A: Walaupun nama-nama tersebut telah ditanda dengan angka, bagi saya itu bukanlah tanda, hanya angka.

Q: So dalam IGSO ada tulis tak barang yang diambil daripada doktor boleh dibuka dan ditanda sendiri?
A: Tidak disebut.

Q: Bila Encik buka ini, saya rujuk eksibit P6E and F. Encik ada cek tulisan dan butir?
A: Saya cek butiran, nama. Dan saya cek seal.

Q: Itu sahaja?
A: Ya.

Q: Dalam IGSO tak sebut apa yang cek?
A: Tidak ada bagitahu.

Q: Perlu bukan? Semua harus dicek dengan teliti.
A: Ya perlu.

Q: So kalau teliti mesti ada Nampak kan tarikh?
A: Saya tidak cek kepada tarikh setiap satu bahan.

Q: Berapa jauh tarikh dengan nama-nama ini?
A: Saya dah beritahu saya tak cek tarikh.

YA: Just tengok je lah. Berapa jauh.
A: Tak jauh YA.

Q: Apa tarikh di E dulu?
A: 26. 8. 2008.

Q: Yang F?
A: 26.8.

Q: 8 ke 6?
A: 26. Yang saya lihat di sini 26.8.

Q: It looks like 6, but it is 8.
A: Tidak.

Q: Ok, we leave it to submission. Tarikh 26 June, apa yang berlaku? Report dilaporkan perkara itu bila?
A: Kejadian berlaku pada 26.

Q: Kenapa Encik Jude tak nampak perkara ini? Kenapa tak catat kesalahan ini? (merujuk kepada tarikh pada P27)
A: Saya tak nampak kesilapan yang dilakukan.

Q: Tak jalan tugas secara betul?
A: Saya tak setuju.

Q: Bila Encik bawak eksibit ini kepada Jabatan Kimia?
A: Saya serah eksibit ini pada 7.55 p.m, 30hb.

Q: Daripada terima dan hantar ke JK, berapa lama tempoh dalam simpanan Encik?
A: Lebih kurang 34 jam.

Q: 43 jam lah. Cuba kira balik.

Q: Ada tak jumpa Dr. Seah?
A: Ya, apabila saya serah barang ini.

Q: Ada tak memberitahu Dr. Seah bila kamu terima swab ini dari HKL?
A: Dalam ingatan saya tidak beritahu.

Q: Beritahu cara simpan eksibit ini?
A: Tidak

Q: Ada tak Dr. Seah tanya tentang perkara-perkara ini?
A: Dalam ingatan saya tiada.

SN: Itu sahaja soalan saya.
RK: YA, I have a few questions.

Q: Supt. Jude, ada terima barang-barang untuk dihantar ke Jabatan Kimia?
A: Ya.

Q: Barang-barang termasuk adalah swab yang diterima di HKL?
A: Ya.

Q: Adakah Encik simpan dalam bilik?
YA: You are repeating.
RK: I don’t even start the question.
YA: No, the first few questions you asked tadi is repeating what. You can ask, but jangan repeat apa yang counsel dah tanya.
RK: Very well.

Q: Barang-barang yang diterima, ada 2 set kan, satu swab tersebut, dan satu daripada tempat kejadian.
A: Benar.

Q: Berkenaan barang diterima di tempat kejadian, adakah Encik diberi maklumat tersebut daripada pengadu?
A: Ya, ada.

Q: Sebab itu barang itu dihantar untuk tujuan DNA profiling?
A: Benar.

Q: Seperti yang dicatat atas envelope?
A: Benar

Q: Catatan itu catatan Encik sendiri?
A: Benar.

Q: I think all the exhibits ada catatat ‘for DNA profiling’.
A: Atas envelope tiada. Permohonan saya kepada Jabatan Kimia, ada.

Q: Berkenaan barang yang dijumpai di apartment, di tempat kejadian, itu pada tarikh bila?
A: 30hb

Q: Bersama pengadu?
A: Ya.

Q: Beliau menunjukkan tempat-tempat yang disyaki ada kesan DNA? Sebab itu Encik telah hantar untuk DNA profiling?
A: Di tempat kejadian, perjumpaan duvet dan Chinese silk carpet.

Q: No, soalannya, Saiful ada ikut sama dengan you kan? Di sana, Encik ada mengambil nasihat dari Saiful kan, berkenaan tempat-tempat yang disyaki ada DNA, sebab itu hantar ke Jabatan Kimia untuk DNA profiling?
A: Tidak.

Q: Then kenapa hantar?
A: Bukan saya berpandukan apa yang Saiful beritahu, saya berpandukan kepada bila saya jumpa barang itu seperti karpet dan duvet, saya panggil Amidon dari Forensik supaya mengesan sekiranya ada apa kesan di atas barang-barang itu.

Q: Ye lah, jadi mengikut makluman itu, ada kesan kan, sebab itu kita hantar untuk DNA profiling?
A: Ya, dia ada kesan atas carpet.

Q: Barang-barang yang dihantar kepada Jabatan Kimia kepada Dr. Seah Lay Hong, berapa kali jumpa Dr. Seah?
A: 2 kali.

Q: Untuk item B dan A, B dihantar sebelum A?
A: Benar.

Q: Barang yang ditemui di tempat teman wanita Saiful, termasuk satu seluar dalam?
A: Benar.

Q: Siapa nama teman wanita itu?
A: Masa itu bukan teman wanita, tetapi adalah tunang, nama Duratul.

Q: Awak ada maklumat Saiful ada pergi ke rumah Duratul?
A: Saya cuma ada information bahawa ada barangan di rumahn tunangnya, yang saya rampas kemudiannya, seluar dalam levis kaler hitam biru.

Q: Yang disyaki dipakai pada masa kejadian?
A: Ya.

Q: Berapa seluar dalam yang disyaki di pakai di tempat kejadian?
A: Hanya satu.

Q: You rampas dua kan?
A: Ya.

Q: Ada seluar dalam yang dirampis yang tidak kena-mengena, tidak digunakan dalam kejadian ini kan?
A: Dua-dua ada kena mengena.

Q: Tetapi tidak pakai pada masa yang sama kan? Mesti dipakai pada masa separate kan?
A: Ya benar.

Q: So dalam kes ini, you rampas 2 seluar dalam?
A: Ya.

Q: So, satu seluar dalam tak terlibat dalam kejadian ini, setuju atau tidak?
A: Saya tak setuju.

Q: Tapi seluar dalam yang kedua yang awak rampas di rumah tunang Saiful dalam wachine machine?
A: Ya.

Q: Ada borang serah-menyerah dengan tunang?
A: Tiada.

Q: Beliau yang serahkan underwear itu kan?
A: Seluar itu diserahkan oleh Saiful sendiri.

Q: Tapi tunang yang handle seluar dalam itu kan?
A: Saya tidak tahu.

Q: Siapa yang cuci underwear itu?
A: Saya percaya, mak tunang Saiful

Q: So ada jumpa mak tunang?
A: Ada jumpa.

Q: Siapa nama mak?
A: Saya tak tahu.

Q: Dan adakah Encik menerima barang-barang trousers, underwear selepas dalam siasatan?
A: YA.

Q: Barang-barang tersebut disimpan di mana?
A: Barang-barang tersebut Saiful pakai.

Q: No, soalan saya disimpan. Barang-barang ini, kamu kutip dari mana?
A: Rumah Saiful

Q: Dalam siasatan, awak kutip barang ini, awak simpan di mana?
A: Cabinet besi saya, yang sama di pejabat.

Q: Kabinet tidak berhawa dingin kan?
A: Tidak, tetapi bilik berhawa dingin.

Q: Tapi cabinet yang kamu simpan barang-barang ini termasuk swab-swab ini tidak berhawa dingin kan?
A: Kabinet tidak berhawa dingin.

Q: So suhunya panas lah dalam cabinet tersebut?
A: Tidak setuju.

Q: Jadi awak tahu lah macam mana keadaan suhu dalam cabinet?
A: Masa itu saya buka air-cond dalam bilik. Kesejukan itu turut berada dalam kabinet.

Q: Macam mana kamu tahu perkara ini? Kamu pernah masuk ke dalam cabinet itu?
A: Saya pernah masuk tangan saya ke dalam cabinet.

Q: Awak diarahkan oleh Dr. Siew untuk specifically letak barang-barang ini dalam keadaan sejuk bukan?
A: Ya.

YA: That also asked by SN Nair.
RK: Yes but we asked it based on different items.

Q: Berkenaan barang trousers and underwear tersebut, awak simpan dalam plastic bag?
A: Ya, saya masukkan dalam plastik beg, kemudian saya simpan dalam cabinet besi.

RK: That would be all.
SN: I have another 1 question to ask YA.

Q: Dengan membawa barang dari HKL dalam beg ini iaitu P27, selepas bukanya dan label sendiri, saya katakan kepada Encik, Encik telah tempered eksibit?
A: Saya tidak setuju.

SN: That’s all YA.

Re-examination by Datuk Yusof.

A: Pada 15.7.2008, adakah kamu yang mengarahkan tangkapan dibuat, yang awal itu?
A: Bukan saya yang arah.

Q: Tapi kamu ada waran?
A: Ya, saya menyimpan warrant.

Q: Ada kamu beritahu kepada pegawai tangkapan mengenai waran, sebelum dia buat tangkapan di Segambut?
A: Tidak

Q: Bila pertama kali kamu serahkan warrant it?
A: Semasa di IPK

Q: Masa itu DSAI berada di mana?
A: Beliau sudah sampai ke IPK.

Q: Berkaitan dengan warrant of arrest P 85, bilakah pertama kali kamu beri arahan berkaitan warrant yang kamu mohon ini?
A: Pertama kali di IPK tingkat 7, pukul 2. 30 pm.

Q: Encik, dalam siasatan ini, Encik ada terima laporan perubatan daripada Dr. Siew?
A: Ada.

Q: Pada masa diberikan laporan perubatan itu. ada dikepilkan pro forma?
A: Tidak.

Q: Encik tahu tak, bila issue pro forma ini pertama kali ditimbul?
A: Saya difahamkan ialah selepas perbicaraan langsung. Dalam perbicaraan ini.

Q: Encik beritahu Encik telah diarahkan untuk rakamkan percakapan ini berkaitan dengan pro forma ini. Ada tak apa-apa soalan atau penjelasan khusus yang diminta oleh Encik Jude yang Encik dapatkan daripada Dr. Razuin?
A: Soalan berkaitan dengan kemasukan..

Q: Kamu ingat tak, ia mesti berkaitan dengan pro forma itu? Apakah soalan khusus yang diminta oleh Dr. Razuin?
A: Adalah di para 1.6; oral attempted, rectal attempted performed ejaculation. Itu sahaja.

Q: Boleh diterangkan kepada Mahkamah ini, sebelum ini mengapa awak kata awak tidak dapat jelaskan mengapa awak disuruh merakamkan percakapan Dr. Razuin?
A: Saya tak faham.

Q: Tadi, bila karpal tanya, kamu cakap kamu tak tahu kenapa kamu diarahkan rakam percakapan.

MY: He knew the reason, tapi tadi dia jawab “saya tak tahu kenapa saya disuruh rakam”. Can you explain now why?
A: Yes, I can after I see the part which I cannot remember.

Q: Masa awak rakam percakapan itu, awak ada bawa pro forma ini?
A: Ya saya ada bawa pro forma ini.

Q: Encik, ada freezer di IPD Brickfield?
A: Ada freezer di dalam store.

Q: Kenapa tak simpan dalam freezer di store?
A: Disebabkan terdapat banyak barangan dalam freezer itu, dan saya juga mementingkan keselamatan barang itu secara persendirian, jadi saya memilih untuk meletakkan dalam cabinet besi saya dengan air-cond dipasang dalam bilik.

Q: Encik habis rakam percakapan DSAI pada pukul 5.40, dan hantar ke hospital pukul berapa?
A: 8.50 malam.

Q: Antara waktu 5.40 dan 8.50 itu, di mana DSAI ditempatkan?
A: Beliau ada di IPK, di bilik mesyuarat.

Q: Ada siapa bersama beliau di bilik mesyuarat ketika itu?
A: Ada beberapa peguam, antaranya Sivarasa, dan ahli keluarga beliau.

Q: Siapa ahli keluarga dia yang kamu ingat?
A: Saya tidak ingat.
MY: Itu sahaja soalan saya yang arif. Pohon saksi dilepaskan.

MY: Saya ingin panggil SP 26: Supt Ahmad Taufek, saksi saya yang akhir.
SP26 angkat sumpah dalam Bahasa Malaysia.

Q: Pada bulan June 2008…
YA: Kena bagi pangkat kerja semua dulu. Sebab ini main trial. Kena rekod semula.
A: Saya sekarang sedang bercuti melanjutkan pelajaran, cuti gaji penuh selama 18 bulan. Saya berumur 49 tahun. Sebelum melanjutkan pelajaran, saya bertugas di Siasatan Khas D9, Bukit Aman.

Q: Bila mula bercuti belajar?
A: Mulai 20 Feb 2010.

Q: Pada 2008 khususnya bulan June, adakah kamu bekerja di Bahagian Siasatan Khas D9 ini?
A: Ya.

Q: Pada 16.7.2008, ada Taufek terima apa-apa arahan berkaitan dengan DSAI?
A: Ya, saya telah menerima arahan dari Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah, Dato’ Seri Bakri, untuk menyediakan pasukan bagi menangkap DSAI sekiranya beliau tidak menuju ke IPK dan menuju ke tempat lain apabila pulang dari Putrajaya.

Q: Adakah ini bermakna pasukan Encik Taufek kena ikut pergerakan DSAI?
A: Saya mengikut pergerakan melalui orang saya

Q: Ada orang Taufek yang ikut pergerakan beliau?
A: Ya.

Q: Adakah DSAI dari Putrajaya terus ke IPK hari itu?
A: Daripada pemerhatian pihak polis, saya dapat makluman pada 12.55, bahawa kenderaan DSAI sedang menuju ke arah rumah beliau di Segambut.

Q: Apakah tindakan Encik selepas dimaklumkan?
A: Saya telah mengarahkan 2 buah kereta peronda yang bersama pasukan saya untuk membuat halangan di Jalan 161 Segambut, dan apabila kenderaaan DSAI sampai, saya telah menjalankan tangkapan tersebut.

Q: Pada waktu itu, adakah DSAI seorang atau ada orang lain?
A: Ada. Semasa tahan kereta tersebut, kalau tidak salah saya, ada 4 orang dalam kereta tersebut bersama DSAI.

Q: Yang kamu boleh ingat?
A: Peguam beliau, Encik Sankaran, pemandu saya tak ingat nama dia, dan seorang lagi kalau saya tak silap ialah YB Sivarasa

Q: Tapi Nair kamu pasti?
A: Ya

Q: Semasa tangkapan, siapa yang Taufek jumpa dulu?
A: Apabila saya menghampiri kereta DSAI, saya telah pergi ke pintu belakang, dan pada masa yang sama, peguam beliau, Encik Sankaran telah keluar dan tanya saya ground of arrest. Saya telah maklumkan bahawa saya menjalankan tangkapan ini di bawah sek 377B iaitu kesalahan yang lazim ditangkap.
Q: Bagaimana dengan DSAI?
A: Pada masa itu, pintu telah dibuka, DSAI duduk di kanan kereta, dan pada masa itu, kalau tak salah saya dia telah berhubung dengan telefon.

Q: Adakah perkara yang sama dimaklumkan kepada beliau?
A: Ada. Selepas saya maklumkan, peguam telah berbincang sesuatu dengan Dato’ Seri. Dan kemudian saya minta DS ikut saya ke kenderaan polis.

Q: Ada tak sendiri kamu bercakap dengan DSAI?
A: Ya, saya ada maklumkan DSAI tentang ground of arrest.

Q: Kemudian, ke mana kamu bawa?
A: Saya minta DSAI ikut ke kenderaan saya yang berada di hadapan, dan DSAI beri kerjasama dan terus ke IPK KL.

Q: Di IPK, di mana kamu bawa DS?
A: Bawa dia ke tingkat 7, dan saya serahkan pada IO tangkapan tersebut.

Q: Selain itu?
A: Semasa di IPK, pukul 2 atau 2 lebih, IO telah meminta saya untuk sempurnakan waran tangkap terhadap DSAI.

Q: Penyempurnaan waran tangkap dibuat selepas atau sebelum kamu serahkan kepada IO?
A: Saya serahkan kepada IO.

Q: Mana dulu? Penyempurnaan waran tangkap atau serah DSAI kepada IO?
A: Saya membawa DSAI dan serah kepada IO dulu baru IO suruh saya sempurnakan waran tangkap.

Q: YA, saya mohon saksi ditunjukkan P85. Masa penyempurnaan waran kepada DSAI, apa yang encik lakukan?
A: Saya telah tunjuk dan baca warrant of arrest tersebut kepada DSAI. Dan saya catit penyempurnaan waran tangkap di belakang waran tersebut. Dan saya mentandatangani dan saya suruh DSAI tandatangani juga di belakang waran tersebut.

Q: Boleh saya rujuk P85A. Encik lihat dokumen ini, yang depan. Apakah document ini?
A: Waran tangkap.

Q: Adakah ini waran tangkap yang kamu maksudkan?
A: Ya.

Q: Encik telah bacakan waran itu.
A: Ya.

Q: Bahagian mana yang dibacakan?
A: Ya. Bahagian bold ini. [read charge di bahagian bold page hadapan P85A]

Q: Kamu telah kemudian buat catitan mengenai penyempurnaan waran ini?
A: Ya, di belakang waran ini. Saya catit tarikh dan masa, saya tandatangan di belah kiri, dan DSAI tandatangan di sebelah kanan.

Q: Encik, sebelum masa menangkap di Segambut itu, selain daripada Dato’ Seri Bakri, ada siapa yang lain bagi arahan?
A: Tiada ada.

Q: Arahan ini diberi secara terus?
A: Secara terus kepada saya, berjumpa dengan beliau.

Cross-examination by Karpal Singh.

Q: Encik adakah Encik terlibat dalam penyiasatan kes ini?
A: Tiada.

Q: Apabila melakukan tangkapan di Segambut, tidak langsung mengetahui tentang kes ini?
A: Dari segi siasatan saya tak tau…

Q: Masa itu, tak tahu langsung mengenai kes ini bukan?
A: Ya, saya tidak terlibat dalam siasatan ini.

Q: Bagaimana kamu ada menyatakan kamu ada memberi ground of arrest iaitu Sek 377B.
A: Saya diberitahu oleh Dato’ Seri Bakri untuk melaksanakan tangkapan tersebut di bawah kesalahan ini.

Q: Saya letakkan kepada kamu, kamu tidak melakukan itu; tidak memberi sebab tangkapan kepada Nair dan DSAI pada bila-bila masa?
A: Saya ada beri, seperti yang saya maklumkan tadi.

Q: Di Segambut, ada keluarkan waran tangkap dan diberikan kepada DSAI?
A: Semasa disana, saya tidak diberikan waran tersebut.

Q: Ada tahu pada masa itu tentang waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah?
A: Saya tidak tahu.

Q: That would be all.

Re-examination by Datuk Yusof.

Q: Adakah Encik Taufek mempunyai apa-apa alasan untuk tidak memberitahu DSAI ataupun Encik Nair tentang mengapa DSAI ditangkap, tentang ground of arrest?
A: Tiada.

Q: Itu sahaja soalan Re saya, YA.
KS: YA, before my learned friend closed this prosecution case, we wish to recall Saiful. Only one question I want to ask, with regard to the finding made by Dr. Seah Lay Hong. This finding is only made known later, after Saiful gave evidence.
YA: This question apa soalannya?
KS: With regard to another DNA profile in the anus of Saiful.
MY: There was no such evidence. I know there was suggestion, but there was no such evidence. In the onus, there were only 2. Only at the perianal, more than 2. Because we cannot assume that there was evidence.
KS: There was an evidence.
YA: Itu outside je tu kan.
KS: We suggested it to her. She said she cannot either agree or disagree.

MY: In Fact, when the last time Karpal posts the question, I was intervening on it. Because looking at it, you cannot assume it was there when it wasn’t there.
KS: My learned friend did not object to it at all YA, at that time.
MY: And now, I’m objecting.
YA: Wait, we stand down for a while.
[11.40] Stand down

[11.46] Kedua-dua pendakwaraya dan peguambela masuk ke kamar Hakim.

[11.49] Kedua-dua pendakwaraya dan peguambela keluar dari kamar Hakim.
[11.53]
Re-call SP1

KS: YA, I wish to recall SP1.
SP1 angkat sumpah dalam BM.

Q: Anda telah beri keterangan iaitu ada kejadian pada 26.6.08. Anda telah diperiksa pada 28.6 di HKL?
A: Ya.

Q: Di antara 26 dan 28, adakah Saiful pergi ke tandas?
A: Ada pergi ke bilik air, tetapi tak buang air besar.

Q: Tidak buang air besar?
A: Tidak.

Q: Di mana tandas ini?
A: Ada beberapa.

Q: Keterangan telah diberi oleh seorang pakar, Dr. Seah iaitu DNA profiling ada didapati di perianal region, swab B9, dan dia mengatakan iaitu DNA profiling kepunyaan lebih kurang 3 orang yang lain ada didapati dalam perianal region.

MY: It is not correct.
KS: I’m saying it.

Q: Ada faham soalan saya. Kesan 3 DNA lain ada didapati di tubuh Encik Saiful?
A: Saya tidak tahu.

Q: Keterangan ini telah diberi oleh doktor ini.
MY: So, soalan?

Q: Di keliling tubuh. Itu bermakna, ada 2 atau 3 partners yang telah melakukan seks ke atas awak?
A: Tidak.

Q: So apa yang dikatakan oleh doktor itu tidak benar?
A: Saya tak dapat komen. Tetapi tidak ada..

Q: Tetapi adakah itu bermakna..
YA: He already said he don’t want to answer.
KS: Ok, we leave it to submission. That would be all.

Re-examination of SP1 by Datuk Yusof.

Q: Antara 26.6 sehingga 28.6, boleh beritahu ada tak kamu mandi?
A: Saya ada membilas badan saya.

Q: Antara 2 tarikh ini, mandi di mana?
A: Di rumah. Satu, semasa selepas kejadian di kondo, yang kedua, keesokannya di rumah.

Q: Ada kamu pergi ke tempat lain, bermalam di tempat lain selepas kejadian?
A: Saya tidak.

Q: Ada kamu bilas badan kamu di lain-lain tempat?
A: Tidak, kecuali di dua tempat ini sahaja.

Q: Itu sahaja soalan saya.

MY: Sebelum kes pendakwaan menutup kes ini, saya ada dua permohonan yang hendak dikemukakan.
SN: Just for the record, YA, we do not have any further cross on SP8, ASP Fauziah.

MY: YA telah membuat satu ruling berkaitan dengan eksibit-eksibit yang dikumpulkan di lokap, dan apa-apa tentangan mengenainya. Pihak lawan ingin memohon supaya Mahkamah ini menyemak semula ruling itu berdasarkan keterangan baru yang ada. Masalah yang dihadapi pihak pendakwaan ialah, bila YA membuat ruling itu, kita tidak tahu apa asasnya. Is it because you find that the arrest is unlawful or whatever it is. I’m sure whether or not in the course of your ruling and when you consider the submission by parties, whether or not D3, the copy of the warrant of arrest which was produced by us through arresting officer was considered by you. We didn’t know, because it was not marked as exhibit. Now, we have the original warrant before the court, and also the evidence to the effect that it was read, and for the first time in the Honourable Court that what was read is actually something that is similar to the charge.

YA: In short, you want to ask me to review my decision based on the new evidence so far.
MY: Yes.

YA: So when can you have the full submission on it?
A: That is one. The second one, without prejudice to the first application, we invite your lordship to exercise your power under Section 73 and 165 of Evidence Act, to order DSAI to provide specimen for DNA profiling. But of course if my learned friend has no objection, then we won’t have any problem on that.
Because this court is concerned with justice, and to find out the truth, and in order to ascertain the truth, the court should obtain certain proof to certain facts which are in dispute, i.e whether of not the DNA found in the anus of Saiful is DNA belonging to DSAI. So these two, if my learned friend have objection, we would request, of having consulted Mr. Karpal, that a full submission to be made on Monday. But if the second application Mr Karpal has no objection to it, that would be the end of the matter.
KS: We have objection to the second application YA.
YA: First one?
KS: Well, depends on what my learned friend has to say. Even on that, it was not so much on the arrest, it is on unfair means and unfair method.
YA: Never mind. Now I get it. That you are objecting to both.
KS: Of course, the objection will be there. They are raising the second one, that they are asking your Lordship to direct to be examined, for DNA purposes. This was not happening anywhere before this.
YA: Never mind. I’ll here the full submission by both parties then and I’ll decide lah. So it will be on Monday.
YA: Submission panjang ke ni?
MY: For the review, I’ll make it short and sweet.
YA: Takpelah, we fix on Monday and let see how. Kalau tak habis Monday kita sambung je lah. Kita pun ada 2 minggu lagi tarikh yang kita fix untuk kes ini. So I take it there is no more witness to be call. Only on Monday there is submission on these two application. Pukul 9 kita sambung.
[12.04] Court adjourn.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 47"