untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Monday, April 11, 2011

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 46

TRANSKRIP PERBICARAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 10 MAC, 2011

Mahkamah Tinggi Jenayah 3 KL
Di hadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah

Pihak-pihak:
PP: Semua hadir
PB: KS, SN, Ram Karpal, Marissa
WB: Zambri Idrus (for complainant)


[9.06 a.m]
MY: Kes untuk sambung bicara. Izinkan saya panggil saksi pendakwaan yang ke 25, SP 25 Supt Jude Pereira.
Supt Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang di Bukit Aman, umur 58 tahun.

SP 25 baca sumpah dalam BM.

EIC by MY.

Q: Sejak bila bertugas di Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman?
A: Mulai 4.1.2011.

Q: Sebelum ditukarkan ke Bukit Aman, di manakah Encik bertugas?
A: Sebelum ditukarkan ke bahagian pendakwaan, saya bertugas sebagai KBSJD Brickfields iaitu mulai 1.6.2007.

Q: Cuba lihat ke arah kandang orang kena tuduh mahkamah. Siapakah itu?
A: DSAI.

Q: Tahu mengapa beliau berada di situ?
A: Ya, beliau menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 377B iaitu satu laporan yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Q: Adakah Encik telah menjalankan siasatan dalam kes ini?
A: Ya.

Q: Encik beritahu yang DSAI berada di sini kerana menghadapi pertuduhan berikutan satu laporan yang dibuat oleh Saiful. Boleh Encik camkan Saiful Bukhari ini?
A: Ya.

Saiful Bukhari bin Azlan dicamkan.

Q: Bilakah pertama kali Encik diberitahu mengenai laporan ini?
A: Mula sekali saya diberitahu mengenai laporan ini adalah pada jam 6.35 petang pada 28.6.2008.

Q: Ketika itu di mana Encik berada?
A: Saya berada di pejabat saya Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Brickfields.

Q: Pada bulan Jun, khususnya 28.6.2008, Encik bertugas di Daerah Brickfields ya, bahagian siasatan Jenayah?
A: Ya.

Q: Apa yang diberitahu kepada Encik?
A: Saya telah dimaklumkan mengenai satu laporan iaitu Travers Rpt 4350/08 di mana pengadu adalah seorang lelaki Melayu bernama Saiful Bukhari yang telah saya cam, dan beliau telah mengadu bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI di unit 1151 Kondominium Seri Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Q: Encik diberitahu melalui telefon?
A: Ya.

W: Tindakan seterusnya yang diambil oleh Encik Jude?
A: Saya telah maklumkan laporan tersebut kepada Dato’ Khoo Chin Wah iaitu ketika itu beliau adalah OCCI KL.

Q: Setelah diberitahu, adakah apa-apa arahan yang diberi kepada encik?
A: Ya beliau telah mengarahkan saya menjalankan siasatan untuk laporan ini.

Q: Berikutan dengan arahan ini, apakah tindakan Encik selanjutnya?
A: Saya telah pergi berjumpa pengadu di HKL pada lebih kurang 8.30 malam.

Q: Masa berjumpa beliau, adakah beliau seorang atau bersama orang lain?
A: Ada, iaitu Dr. Razuin yang sedang menemu bual pengadu pada ketika itu.

Q: Adakah Encik ada bercakap dengan kedua-dua orang ini?
A: Ya.

Q: Dr. Razuin yang camkan Encik semalam?
A: Ya.

Q: Apa yang Encik cakapkan kepada mereka?
A: Saya telah menemubual pengadu secara ringkas berhubung dengan kejadian, dan beliau telah mengadu bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI dan pada masa yang sama, Dr. Razuin juga telah menemu bual pengadu dan buat catitan mengenai latar belakang dan sebagainya.

Q: Apa yang Saiful buat ketika berada di hospital itu?
A: Saiful berada di hospital untuk buat pemeriksaan berkaitan dengan laporan ini.

Q: Sebelum saya pergi jauh, tentang Travers Rpt. yang Encik beritahu tadi. Encik ada lihat laporan itu?
A: Ya.

Q: YA, saya merujuk saksi kepada eksibit P3. Cuba lihat laporan ini, adakah ini laporan yang dibuat oleh Saiful yang Encik katakan tadi?
A: Ya.

Q: Apakah nombor report nya?
A: Travers Rpt 4350/08.

Q: Pengadunya?
A: Pengadunya adalah Mohd Saiful Bukhari bin Azlan.

P3 Travers Rpt No: 4350/08 dicamkan.

Q: Boleh beritahu mahkamah, Encik Saiful berada di sana untuk tujuan pemeriksaan? Boleh beritahu bagaimana Encik tahu?
A: Saya tahu sebab saya telah jumpa 3 orang doktor yang telah datang ke sana untuk membuat pemeriksaan ke atas Saiful yang mana saya telah memberitahu doktor tersebut tentang pengaduan Saiful.

Q: Bila ketiga-tiga doktor ini datang?
A: Jam 9 malam.

Q: So mereka datang kemudian selepas Encik berjumpa Saiful?
A: Ya.

Q: Boleh beritahu siapakah doktor-doktor itu?
A: Dr. Siew Shueu Feng, Dr. Razali, dan Dr. Khairul.

Q: Encik beritahu maklumkan kepada mereka?
A: Saya telah maklumkan kepada mereka mengenai laporan tersebut yang dibuat oleh Saiful.

Q: Adakah kemudiannya Saiful diperiksa?
A: Ya.

Q: Sebelum pemeriksaan dibuat, ada apa-apa doktor ini buat? Adakah mereka ada tanya soalan dulu kepada Saiful?
A: Mereka tidak tanya soalan. Yang tanya soalan sebelum itu ialah Dr. Razuin.

Q: Adakah Encik pasti mereka tiada temubual?
A: Saya rasa mereka telah menemubual Saiful secara ringkas kalau mengikut ingatan saya.

Q: Pemeriksaan ini dibuat, di mana tu?
A: Bilik Mawar, HKL.

Q: Encik Jude bertemu dengan Saiful dan Dr. Razuin tu di mana?
A: Di luar bilik Mawar.

Q: Apakah tempat itu?
A: Sebuah bilik di dalam Bilik Mawar.

Q: Di OSCC?
A: Ya.

Q: Masa pemeriksaan, Dr. Razuin ada?
A: Ya.

Q: Apa peranan Dr. Razuin?
A: Saya lihat dia hanya membuat catitan semasa pemeriksaan dilakukan,

Q: Encik juga berada dalam Bilik Mawar itu semasa pemeriksaan dilakukan?
A: Ya, saya turut ada bersama-sama.

Q: Apa peranan Encik?
A: Hanya membuat pemerhatian.

Q: Adakah Encik berada di sana sepanjang masa pemeriksaan dibuat?
A: Ya

Q: Pemeriksaan dilakukan lebih kurang pukul berapa?
A: 9.30 malam sehingga pukul 11.30 malam.

Q: Adakah ini termasuk temubual atau pemeriksaan sahaja?
A: Lebih kepada pemeriksaan.

Q: Siapa yang membuat pemeriksaan sepanjang ingatan Encik?
A: Dr. Razali dan Khairul.

Q: Dr. Siew?
A: Dr Siew telah mengambil swab-swab yang diambil daripada Saiful.

Q: Yang buat pemeriksaan 2 orang sahaja ya?
A: Ya, 2 orang.

Q: Ada specimen diambil daripada Saiful?
A: Ya.

Q: Encik tahu, apa yang dilakukan terhadap specimen yang diambil daripada Saiful?
A: Ya, specimen telah dimasukkan ke dalam bekas oleh Dr. Siew, iaitu ada 10 specimens swab yang diambil. Dan satu FTA card darah, dan satu botol darah untuk ujian toksikologi.

Q: Kalau boleh Encik teruskan?
A: Seterusnya selepas pemeriksaan dilakukan dan kesemua swab itu ditelak dalam bekas, dan FTA card serta satu botol darah untuk toksikologi, Dr. Siew dan Saiful telah sealkan bahan-bahan berikut. Selepas itu, Dr. Siew dan pengadu telah menandatangani di atas setiap specimen yang di ambil. Seterusnya, Dr. Siew telah masukkan kesemua specimen dalam satu beg plastik yang telah ditutup. Beg plastik itu adalah Kementerian Kesihatan Forensik HKL, yang saya boleh ingat, YA.

Q: Beg ini, ditutup?
A: Yang diseal.

Q: Kemudian?
A: Saya telah tandatangan satu borang penerimaan barang-barang tersebut daripada Dr. Siew.

Q: Kenapa penerimaan?
A: Kerana beliau memberi beg yang mengandungi specimen-specimen yang telah diambil dan terus serahkan kepada saya dalam Bilik Mawar.

Q: Jude telah menandatangi satu dokumen. Dokumen apakah itu?
A: Mengenai pengesahan penerimaan barang-barang tersebut daripada Dr. Siew.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada P23. Cuba lihat adakah dokumen ini serah-menyerah yang Jude dan Dr. Siew tandatangani?
A: Ya.

Q: Ini adalah merupakan akuan bahawa Encik ada terima barang-barang ini?
A: Ya.

Q: Boleh Encik bacakan apa swab yang diambil?
A: [read senarai specimen yang diambil di dalam P23]

Q: Dan di bawah itu dinyatakan siapa yang melabel dan mengambil dan memeterikan specimen ini?
A: Bekas specimen di labelkan oleh Dr. Siew, specimen diamblil oleh Dr. Khairul dan Dr. Razali, dan specimen di sealkan/meteri oleh Dr. Siew.

Q: Encik, dokumen ini siapa yang sediakan?
A: Pihak hospital yang sediakan.

Q: Tulisan?
A: Di para 1 adalah tulisan saya, dengan pangkat, nombor dan jabatan.

Q: Yang lain?
A: Yang lain ditulis oleh Dr. Siew.

Q: Ini beg plastic ini yang boleh telus, lutsinar?
A: Ya, lutsinar, jadi boleh nampak yang dalam.

Q: Lebih kurang pukul berapa ini serahkan?
A: Saya diserahkan bungkusan yang mengandungi barang-barang tersebut pada pukul 12.35 am.

P23, Borang pengendalian specimen Mediko-Legal dicamkan.

Q: Setelah menerima barang-barang ini di dalam beg plastic itu, apa yang Encik lakukan seterusnya?
A: Selepas terima barang-barang dr Dr. Siew, saya balik ke pejabat] di bahagian siasatan jenayah di Brickfields. Saya masuk ke pejabat saya, dan saya telah menyimpan specimen-specimen ini di dalam sebuah kabinet besi yang telah saya kuncikan.

Q: Siapa yang pegang kunci?
A: Saya.

Q: Ini lebih kurang pukul berapa encik simpan dalam cabinet?
A: Lebih kurang pukul 1 pagi 29.6.2008.

Q: Bagaimana keadaan pejabat Encik Judy?
A: Air cond dipasang, lebih kurang suhu 18c.

Q: Adakah lazim ianya dipasang?
A: Ya, memang dipasang setiap masa.

Q: Berkaitan dengan laporan polis oleh Encik Saiful, adakah Encik Judy menerima atau mengambil atau merampas apa-apa eksibit?
A: Ya, saya telah rampas satu baju Ralph Lauren warna biru muda di Hospital selepas saya rakam percakapan beliau pada 30hb.

Q: Beliau ini siapa?
A: Mohd Saiful.

Q: Lagi?
A: Dekat sana saya ambil baju sahaja.

Q: Adakah apa-apa akuan penerimaan ditandatangani?
A: Saya telah tandatangani satu akuan serah menyerah baju tersebut, bersama Saiful.

Q: YA, saya merujuk saksi kepada eksibit P7.
A: Ya, ini adalah akuan serah-menyerah baju Ralph Lauren, dan tandatangan saya dan Saiful ada di sana.

P7, Borang serah-menyerah “baju kemeja Ralph Lauren” dicamkan.

Q: Pada tarikh yang sama, 29.6.2008, jam 7.30 petang, ada kamu terima atau rampas apa-apa barang kes lagi?
A: Saya mohon rujuk pada ID siasatan saya. Saya telah merampas satu tiub KY Gel jenama Johnson & Johnson semasa di pejabat saya.

Q: Untuk KY ini, adakah kamu telah keluarkan borang serah-menyerah?
A: Ya, yang mana telah ditandatangani oleh saya dan Saiful

Q: YA, saya ingin rujukkan saksi ini kepada P10. Adakah ini akuan serah-menyerah item KY jenama Johnson&Johnson?
A: Ya, ini adalah borang serah menyerah tiub KY jenama Johnson Johson.

Q: Ada tandatangan kamu dan Saiful?
A: Ya.

P10, Borang serah-menyerah KY Jelly dicamkan.

Q: Kedua-dua KY Jelly dan baju jenama Ralph Lauren, apa yang Encik buat kepada barang ini?
A: Saya telah ambil barang tersebut dan letak dalam peti besi saya dalam pejabat dan menguncinya.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada P4. Adakah ini yang kamu terima daripada Saiful? Ada apa-apa tanda dibuat ke atasnya?
A: Saya tidak membuat sebarang tanda ke atas gel, tetapi saya ada buat tanda pada envelope di mana saya telah membungkus barang tersebut.

Q: Kamu tidak buat tanda pada gel, tapi membuat tandaan pada envelope?
A: Ya.

Q: Seterusnya, selepas itu, ada apa-apa lagi eksibit?
A: Pada 29.6.2008, jam lebih kurang 8.50 malam, saya telah pergi ke rumah pengadu di Bandar Utama Damansara bersama-sama pengadu. Sampai di rumah tersebut, Mohd Saiful telah menyerahkan kepada saya
i. Satu helai seluar panjang hitam yang beliau katakan telah dipakai semasa kejadian’
ii. Satu helai baju kemeja lengan panjang hijau jenama G2000; dan
iii. Satu helai seluar dalam warna dark grey jenama Levi’s.

Q: Jadi ada 3 items?
A: Ya.

Q: Adakah itu sahaja barang yang diserahkan?
A: Di rumah Saiful itu sahaja.

Q: Adakah Encik ada menandatangani borang serah-menyerah bersama Saiful?
A: Ya, saya telah menandatangani satu borang serah-menyerah bersama dengan Saiful.

Q: Saya merujuk saksi kepada P8. Adakah ini dokumen serah-menyerah yang kamu tandatangani berkaitan dengan 3 item yang kamu rampas di rumah Saiful di Bandar Utama Damansara?
A: Ya.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada P12, P13 dan P14. Cuba lihat kandungannya. . Cuba bandingkan dengan borang P8. Adakah ini ketiga-tiga item tadi?
A: Saya cam seluar warna hitam biru, saya juga cam baju warna hijau G2000 dan cam seluar dalam Levis warna dark grey.

Q: Berdasarkan apa Encik buat pengecaman ini? Ada tanda dibuat di atas 3 item ini?
A: Saya ada letak sign saya di bahagian dalam barang-barangan ini.

Q: Ketiga-tiga ada tandatangan?
A: Ya.

Q: Apa tarikhnya di situ?
A: 29hb.6.08..

Q: Untuk ketiga-tiga item ini, selain daripada itu, ada eksibit lain lagi?
A: Ada. Saya juga telah rampas seluar dalam hitam biru/dark jenama Levi’s di rumah teman wanita Saiful di mana barangan tersebut berada di dalam washing machine telah dibasuh.

Q: Adakah kamu keluarkan borang dan tandatangani?
A: Ya saya telah keluarkan borang serah-menyerah yang telah ditandatangani oleh Saiful dan saya.

Q: Barang ini telah diserahkan oleh Saiful kepada Encik?
A: Ya, Saiful yang serahkan pada saya.

Q: Saya rujuk saksi kepada P9. Adakah ini borang serah-menyerah tersebut?
A: Ya, ini adalah borang serah menyerah yang saya telah tandatangan bersama Saiful.

P9, Borang serah-menyerah “seluar dalam jenama Levi’s warna hitam/biru”dicamkan.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada P15. Cuba lihat adakah ini seluar dalam yang diserahkan ketika di rumah teman wanita Saiful?
A: Ya, ini adalah seluar dalam yang saya terima dari Saiful.

Q: Ada buat tandatangan kamu pada seluar dalam itu?
A: Tidak ada, sebab semasa itu dia basah.

Q: Encik, berkaitan dengan kesemua eksibit ini, apa yang kamu lakukan ke atas semua eksibit ini?
A: Kesemua eksibit yang saya terima, saya telah masukkan ke dalam peti besi di pejabat saya. Seterusnya, pada 1hb Julai…

Q: Selepas 29hb, 30/6/2008 apa jadi?
A: Saya telah pergi ke tempat kejadian, di Kondo Desa Damansara KL, Jalan Setiakasih Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Q: Tadi Encik mahu mengatakan tentang 1hb. Apa yang berlaku pada 1hb?
A: Saya telah menanda eksibit ini yang saya terima.

Q: Pada 1hb ini? Cuba lihat ID Encik. Berapa haribulan ini?
A: 1hb Julai 2008, saya telah membuka kabinet besi di pejabat saya dan telah mengeluarkan eksibit2 yang telah saya bagitau tadi, bersama-sama dengan ada beberapa eksibit yang saya terima di tempat kejadian.

Q: Exhibit mana ni? Can you be more specific?
A: Saya telah membungkus satu helai bulu di belakang pintu di unit 1151 di Kondominium Desa Damansara.

YA: Tapi tadi kata 30.6.2008 kamu pergi ke tempat kejadian?
MY: Dia terus pergi 1hb, saya tanya pasal 30hb.

A: Pada 30hb, pukul 12.10, saya telah pergi ke tempat kejadian bersama-sama dengan satu team forensic.

Q: Boleh tak khusus sedikit apa tempat kejadian ini?
A: Satu kondo dengan beberapa blok di mana entrance dikawal oleh anggota…

Q: Encik, bila kata tempat kejadian itu, tolonglah beri yang khusus sedikit, seperti di pertuduhan.
A: Dia adalah sebuah unit 1151 di tingkat 5 di Blok 11.

Q: Jadi kamu pergi bersama team forensik?
A: Ya, juga bersama-sama dengan pengadu yang turut hadir. Team forensic apabila masuk ke dalam unit 1151, telah menjumpai sehelai rambut di belakang pintu bilik utama.

Q: Seterusnya?
A: Seterusnya, pada pukul 3.05 petang itu, team forensik telah rampas satu duvet warna biru dan juga satu china silk karpet daripada unit 1152.

Q: Ini team forensic ini, siapa yang ketuai?
A: Yang mengetuai team forensik ini adalah Supt Amidon.

Q: Di bilik 1151, kamu telah dapatkan satu helai bulu, di unit 1152, kamu dapat satu duvet dan satu china silk carpet.
A: Ya.

Q: Sebelum pergi jauh bagaimana Encik boleh masuk ke dalam kedua-dua unit ini?
A: Saya masuk ke unit 1151 dan 1152 dengan meminta tuan punya rumah, iaitu Encik Hasanuddin.

Q: Boleh camkan?
A: Ya.

Q: Selepas rampas barang-barang ini, 3 item itu, apa yang kamu buat?
A: Saya telah tandatangan borang serah menyerah bersama dengan tuan punya rumah iaitu isteri kepada Encik Hasanuddin bernama Nor Sham.

Q: Di mana Encik Hasanuddin ketika itu?
A: Beliau juga berada di situ.

Q: Adakah ini Encik Hasanuddin?
A: Ya.

Q: Adakah ini tuan punya unit 1151 dan 1152?
A: Ya.

Encik Hasanuddin bin Abdul Hamid dicamkan.

Q: Encik beritahu ketiga-tiga item ini diberi kepada Encik oleh Supt. Amidon. Bagaimana dia kasi?
A: Beliau telah membungkus kesemua ketiga2 item ini.

Q: Ada kamu membuat menandatangani dokumen serah menyerah?
A: Ada.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada eksibit P43A dan P43. Cuba lihat.
A: Ini adalah…

Q: Ini dia memang kasi dalam envelope?
A: Ya. Ini adalah satu helai bulu.

Q: Adakah ini envelope dan kandungan yang kamu terima daripada Amidon pada hari itu?
A: Ya.

P43 Envelope marked “A”dan 43A, dan 43C dicamkan

Q: Sekarang saya mahu merujuk saksi kepada P49 dan 49A, carpet.
A: Ya, ini adalah bungkusan dan karpet yang saya terima daripada Supt Amidon yang diambil dari Unit 1152.

P49, Packaging marked “A1” dan P49A Multi-coloured carpet from packaging “A” di camkan

Q: Sekarang, cuba lihat P50 dan P50A.
A: Ya, ini adalah duvet yang telah dibungkus oleh Supt. Amidon.

Q: Untuk ketiga-tiga item ini, semasa diserahkan kepada kamu, kamu telah tandatangani dokumen serah-menyerah?
A: Ya.

Q: Di mana penyerahan itu telah dibuat?
A: Penyerahan itu telah dibuat di Unit 1152.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada P79. Ini borang apa, Encik Judy?
A: Ini adalah borang serah-menyerah barang kes antara Supt. Amidon dan saya.

Q: Encik ada beritahu, isteri Encik Hasanuddin pun ada tandatangan borang serah-menyerah? Itu antara dia dengan awak, atau dia dengan Amidon?
A: Saya dengan dia.

Q: Siapa yang rampas?
A: Supt Amidon.

Q: Kesemua barang-barang ini kemudiannya apa yang Jude lakukan?
A: Saya bawa semua barang-barang kes tersebut pulang ke pejabat dan saya telah masukkan dalam kabinet besi berkunci di pejabat saya di IPD Brickfields, dan kunci.

Q: Encik Jude, ada 12 specimens yang Encik beritahu telah terima daripada Dr. Siew, yang Encik cakap telah bawa balik dan simpan dalam peti besi?
A: Benar.

Q: Pada 29/6?
A: Ya.

Q: Apa yang Jude buat pada kedua belas-dua belas specimen ini?
A: Pada 30.6.2008 pada 9.00 pagi di pejabat saya, saya telah membuka peti besi, dan mengeluarkan beg plastic yang mengandungi barang-barang kes yang telah diterima daripada Dr Siew iaitu 12 spesimen-spesimen,untuk dibungkus dan dibuat penandaan.

Q: Menda tu dah seal dah, kenapa Encik keluarkan semula?
A: Saya keluarkan specimen-specimen itu,disebabkan saya hendak memeriksa dengan teliti sama ada barang-barang itu mempunyai seal yang in tact, dan saya juga hendak tandakan setiap satu barang sebabnya, Dr. Siew tidak membuat sebarang penandaan, hanya buat nombor sahaja iaitu 1-12.

Q: Ada label?
A: Ada label tetapi tiada tanda.

Q: Macam mana kamu tanda ini?
A: Saya tanda setiap barangan ini yang setiap satu specimen saya masukkan ke dalam satu envelope putih. Dan saya tandakan specimen ini dari B hingga B11.

Q: Buat penandaan pada container ke atau tidak?
A: Hanya pada envelope.

Q: Setiap specimen, Encik letak dalam satu envelope yang berasingan?
A: Ya.

Q: Dan apa yang Jude katakan tadi?
A: Saya tandakan sebagai B-B11.

Q: Selain daripada itu, ada apa lain yang Encik buat?
A: Saya telah sealkan setiap envelope itu.

Q: Selain daripada penandaan B-B11 itu, ada catitan lain yang dibuat?
A: Nama specimen itu, berdasarkan kepada nama specimen yang terkandung di dalam setiap specimen itu yang diserahkan.

Q: Adakah penandaan itu dibuat mengikut turutan seperti dalam borang?
A: Ya.

Q: Masa beritahu encik nak periksa sama ada seal itu intact, masa keluarkan itu, bagaimana keadaan seal pada container?
A: Setiap specimen yang saya telah lihat, seal nya adalah intact.

Q: Encik kata masukkan, tanda, pastikan nama dia, kemudian seal. Kamu sealkan dengan seal apa?
A: Saya sealkan dengan 330 Polis Diraja Malaysia.

Q: Kemudian apa yang Encik Jude buat?
A: Selepas saya tanda setiap specimen, masukkan ke dalam envelope B-B11, saya telah masukkan semua dalam cabinet yang saya telah kunci.

Q: Mula-mula saya mahu tunjukkan P27. Encik, adakah ini plastik lutsinar yang kamu katakan di mana barang-barang ini diletak semasa barang-barang ini diserahkan oleh Dr. Siew?
A: Ya, saya cam plastic ini, dan juga nama-nama specimen yang ditulis dalam pen biru, 1 hingga 12.

Q: Adakah Encik tandatangan di atas plastic ini?
A: Saya tidak buat sebarang tanda tangan di atas plastic beg ini.

Q: Kamu cam plastic ini kerana apa?
A: Saya cam kerana Institut Perubatan Forensik Negara Hospital, Kuala Lumpur dan juga nama-nama specimen yang ditulis oleh Dr. Siew.

P27, Plastic bag dari Jabatan Forensik HKL (yang digunakan untuk menyimpan semua sampel yang diambil) dicamkan.

Q: Saya ingin merujuk kepada eksibit P31 hingga P42. Cuba lihat sampul dulu. Adakah ini sampul surat-sampul surat bertanda yang kamu tandakan tersebut sebagai B-B11 yang diisi dengan 12 barang kes yang diterima daripada Dr Siew?
A: Ya, saya cam.

Q: Selain daripada itu? Itu tulisan kamu ke?
A: Tidak, ini bukan tulisan saya, ini adalah tulisan sarjan yang membantu saya untuk membungkus bersama saya. Saya tidak tandatangan, tetapi saya camkan berdasarkan tanda-tanda yang diletakkan B-B11 dan juga nama swab yang ditulis oleh Sarjan Mat yang membantu saya.

Q: Masa Sarjan menulis ini, atas seliaan Encik?
A: Di hadapan saya, bawah seliaan saya.

P31-P42 dicamkan.

Q: Boleh kamu keluarkan kandungan envelope-envelope itu? Saya ingin merujuk kepada kandungan envelope ini, iaitu yang telah ditanda sebagai P6A-L. Cuba lihat satu-satu. Awak bukak, pada itu tulis apa, dan dalam itu label sama tak?
A: Ok, saya lihat bekas di dalam envelope B1…(saksi ingin membuka)

MY: YA, pada peringkat ini, saya ingin mohon stand down sekejap sementara saksi ini melihat setiap satu, sama ada correspond dengan tandatangan dan ..
KS: We have no objection.
YA: Ok, tangguh sekejap.

[10.11] Stand down

[10.42]

Q: YA, tadi saya telah meminta supaya Encik melihat kepada setiap envelope dan kandungan masa kita berhenti rehat tadi. Pertama, ada kah kandungan P6A-L itu adalah barang-barang yang kamu terima daripada Dr. Siew pada malam 29hb 6 itu?
A: Ya.

Q: Adakah ini specimen yang ditandatangani oleh Dr. Siew dan Saiful?
A: Ya, kesemua specimen ini saya telah memeriksa dan sahkan ia mempunyai tandatangan.

Q: Maksud saya, adakah ini dokumen yang kamu lihat Dr. Siew dan Saiful tandatangan, dilabelkan dan diserah kan kepada kamu?
A: Ya, benar.

Q: P6-P6L, envelope B-B11, encik lihat adakah setiap envelope itu mengandungi specimen yang dinyatakan di luarnya? Label di dalam sama dengan yang dicatitkan di luar?
A: Ya.

Q: Saya merujuk saksi ini kepada P6E dan 6F. Tadi kamu dah periksa semuanya. Semua container ini ada 2 tandatangan? Ada tarikh juga, dan label?
A: Ya.

W: Bagi P6E dan 6F, cuba beritahu apa tarikh yang dicatit?
A: Tarikhnya adalah 26.8.08 untuk P6E.

Q: P6F?
A: Juga 26.8.2008.

Q: Boleh kamu sahkan ini yang kamu lihat di tandatangan dan diserahkan kepada kamu pada 29.6.2008?
A: Ya, ini yang diserahkan kepada saya pada 29.6 di Bilik Mawar.

Q: Dan diberi kepada kamu selepas sahaja pemeriksaan dibuat?
A: Ya.

Q: Sepanjang pengetahuan encik, berkaitan siasartan dakwaan Saiful, ada tak apa-apa eksibit diberikan pada tarikh 28.8.2008 atau tarikh2 yang lain?
A: Tiada.

Q: Boleh Encik beritahu, pada malam itu 29.6.08, ada 12 specimens telah diserahkan?
A: Ya.

Q: Termasuk dua specimens yang tercatit tarikh 28.8 itu?
A: Benar.

Q: Berkaitan specimen ini, kamu telah masukkan ke dalam envelope, kamu tandakan dan seal. Kamu juga labelkan apa kandungannya, kemudian apa yang kamu lakukan, adakah kamu hantar ke Jabatan Kimia?
A: Ya.

Q: Apabila hantar, pada siapa diserahkan?
A: Pada 30.6.08 jam 7.50 p.m saya telah hantar kesemua eksibit ke Jabatan Kimia Petaling Jaya.

Q: Kepada siapa kamu serahkan kesemua eksibit ini?
A: Kepada ahli kimia Dr. Seah Lay Hong.

Q: Dan Dr. Seah telah mengecam kamu tempoh hari?
A: Ya, dia telah mengecam saya.

Q: Bersama dengan specimen yang dihantar ini, ada kamu keluarkan POL 31?
A: Ya.

Q: Saya mohon supaya rujuk kepada eksibit P24. Adakah ini borang POL 31 tersebut yang kamu keluarkan?
A: Ya.

Q: Adakah kamu serahkan satu salinan kepada Dr. Seah?
A: Ya.

Q: Cuba rujuk m/s pertama P24, cuba rujuk tarikh?
A: Dicatitkan sebagai 28.8.2008.

Q: Hari yang encik pergi ke Jabatan Kimia tu sebenarnya bila?
A: 30 hb 6.

Q: Boleh beritahu saya, apakah tarikh ini (sambil merujuk kepada tarikh dalam P24)?
A: Sepatutnya ia adalah tarikh laporan dibuat.

Q: Dalam P3, tarikh laporan dibuat itu adalah bila? P3, tarikh aduan adalah tarikh laporan polis? Apa tarikhnya?
A: 28.6.2008

Q: Jadi, apa maksud Encik tentang tarikh itu?
A: Terdapat kesilapan YA. Sebenarnya adalah 28.6.08.

Q: Tarikh pada POL 31 ini sepatutnya merujuk kepada apa?
A: Tarikh report.

Q: Setelah kamu menyerahkan barang-barang kes kepada Dr Seah, adakah kamu menerima apa-apa akuan penerimaan daripada Jabatan Kimia?
A: Ya.

Q: Rujuk saksi kepada P30. Cuba lihat document tersebut.
A: Ya, ini adalah akuan penerimaan. Tarikh adalah 30.6.08, masa 7.55.

P30, Receipt from Chemist Department dated 30th June 2008 issued by Dr. Seah.dicamkan.

Q: Encik Jude beritahu telah diberikan specimen di hospital, di Bilik Mawar OSCC. Kemudian, Encik ada pergi ke Kondominium di unit 1151 dan 1152 mengambil barang-barang kes. Kemudian, ada juga ambil baju, seluar di rumah Saiful dan rumah teman wanitanya. Selain daripada eksibit ini, di Kondominium Damansara, ada apa-apa eksibit lain yang Encik ambil?
A: Pada 30.6.2008, pukul 11 malam saya telah terima satu HD di pejabat pengurusan dan saya juga telah terima satu HD dari guard house pada pukul 11.30.

Q: Ini En. Jude terima atau ambil?
A: Saya terima sahaja.

Q: Daripada siapa?
A: Terima daripada En. Aris iaitu pengurus kondo.

Q: Semasa menerima hard disk ini, di mana penyerahan di buat? Di pejabat pegurus atau di guard house?
A: Di pejabat.

Q: Siapa yang hadir selain daripada En. Aris?
A: Yang hadir semasa penyerahan adalah Supt. Fadzil, En. Zabri dan En. Shahrizuan.

Q: Mereka tlh camkan kamu tempoh hari?
A: Ya, mereka telah camkan saya.

Q: Semasa menerima hard disk 2 ini adakah borang serah menyerah dikeluarkan dan ditandatangani?
A: Ya, dikeluarkan borang serah menyerah dan saya dan en. Aris iaitu manager kondo tersebut telah tandatangan.

Q: Saya rujuk saksi kpd P76. Adakah ini borang yang kamu maksudkan?
A: Ya.

Q: Ini borang apa?
A: Ini borang serah menyerah sebuah hard disk jenama Sea Gate.

Q: Tapi ditulis disitu senarai pemerikaan?
A: Ya, sebenarnya ini adalah borang serah menyerah.

Q: Tajuk disitu “senarai pemeriksaan”?
A: Ini adalah rampasan sebenarnya.

Q: Jadi semasa kamu sebut borang serah menyerah inilah ianya?
A: Ya.

Q: Ini borang serah menyerah untuk hard disk dari mana?
A: Hard disk dari guard house.

Q: Ada naytakan butir-butir /hd itu ke dalam ini?
A: Ya. Ada disebutkan sebuah hard disk jenama Seagate dan no. sirinya.

Q: Saya rujuk saksi kepada P77. Boleh bagitau mahkamah apa dokumen ini?
A: Ini adalah juga senarai pemeriksaan.

Q: Untuk?
A: Untuk rampas sebuah hard disk.

Q: Di mana?
A: Di pejabat pengurus kondo.

Q: Ada dinayatakan nama model dan siri nombornya?
A: Ya, ada dinyatakan sebuah hard disk jenama Western Dingital dan serial numbernya.

Q: Dalam P77, ada tak tandatangan kamu dan En. Aris?
A: Ya, ada tandatangan saya dan En. Aris.

MY: YA, P76 dan P77 dicamkan sebgaai dokumen yang telah dikeluarkan berkaitan kedua-dua rampasan hard disk di guard house dan pejabat pengurusan Kondominium Desa Damansara.

Q: Apa yang kamu buat kepada kedua-dua hard disk ini?
A: Selepas saya menerima hard disk ini, saya telah balik ke pejabat dan kedua-dua hard disk disimpan di dalam cabinet besi dan dikunci.

Q: Ada buat apa-apa tandaan pada hard disk ini?
A: Ya, sya ada buat tandaan ke atas kedua-dua ini.

Q: Tanda apa?
A: Iaitu “HD1” ke atas hard disk di guard house dan “HD2” pada hard disk yang dirampas di pejabata pengurusan.

Q: Selain tandaan itu, ada apa-apa lagi yang kamu buat?
A: Saya telah catitkan tandatangan saya dan tarikh rampasan di atas hard disk tersebut.

MY: Saya merujuk saksi kepada P68C dan P67C. Itu kemudianlah.

Q: Selepas kamu simpan kedua-dua hard disk di dalam cabinet besi, ada apa-apa lagi yang kamu lakukan?
A: …

Q: Berkaitan eksibit-eksibit yang kamu ambil di Kondominium Desa Damansara seperti carpet dan duvet?
A: Pada 01.07.2008 jam 3.30 p.m. saya telah buka cabinet besi saya dan keluarkan eksibit-eksibit yang saya telah terima di kondo berkenaan dan buat tandaan iaitu sehelai bulu yang saya terima yg didapati di unit 11-5-1 saya telah masukkan dalam satu envelope yang saya tandakan “A” dan saya telah seal dengan seal Polis Di-Raja Malaysia 330. Satu Chinese silk carpet yang dijumpai di unit 11-5-2 saya juga telah letakkan seal pdrm 330 pada bungkusan yang sama yang saya terima, yang Supt. Amidon rampas.

Q: Capet ini apa tanda?
A: Tanda “A1”.

Q: Kemudian?
A: Duvet saya tanda “A2” dan saya seal dengan cop PDRM 330. Satu seluar panjang warna hitam biru saya masukkan dalam sampul dan tandakan “A3”. Sehelai baju kemeja lengan panjang jenama Ralph Lauren warna biru juga saya telah masukkan dalam satu envelope yang saya tanda “A4” dan seal dengan PDRM 330. Seterusnya satu helai seluar dalam warna biru jenama Levi’s yg saya masukkan dalam envelope yang syaa tanda “A5” dan seal dengan Polis Di-Raja Malaysia 330. Seterusnya satu helai seluar dalam warna kelabu jenama Levi’s saya masukkan ke dalam enevelope “A6” dan seal dengan PDRM 330. Kemudiaannya satu helai baju lengan panjang warna hijau jenama G2000 saya masukkan ke dalam envelope yang saya tanda “A7” dan seal dengan Polis Di-Raja Malaysia 330.

Q: Semua eksibit A-A7 ini, ada dicatatkan kandungannya?
A: Ya, saya ada catatkan kandungan di luar envelope.

Q: Apa yg kamu buat setelah membungkus dan catatkan kandungannya dan seal?
A: Pada 4.45 petang, saya telah menyerahkan kesemua barangan yang saya tandakan tadi “A”-“A7” kepada Jabatan Kimia Malaysia.

Q: Kepada Jabatan Kimia Malaysia atau orang?
A: Kepada Dr. Seah Lay Hong.

Q: Ada terima resit penerimaan?
A: Ya, saya telah terima satu akaun terima dari Dr. Seah Lahy Hong.

Q: Saya rujuk saksi kpd P51. Adakah ini resit penerimaan yg kamu terima dari Dr. Seah?
A: Benar, ini adalah surat akuan terima dari Dr. Seah Lay Hong.

P51 dicamkan.

Q: Slps itu, kita berbalik kepada hard disk tadi, P67C dan P68C. Saya mohon saksi melihat P68C dan P67C. Boleh camkan adakah ini kedua-dua hard disk yang kamu rampas atau ambil dari pejabat pengurusan dan guard house di Kondominium Desa Damansara?
A: Saya cam tandatangan dan tarikh yang telah saya buat pada hard disk “HD2” dan pada “HD1”.

Q: Tengok P76 dan P77, sama tak no siri dan modelnya?
A: Benar. Siri nombor adalah sama seperti mana P77 untuk “HD2”.

Q: P76?
A: No siri sama dengan yang ada dalam borang rampasan iaitu “HD1”.

Q: Selepas ambil kedua-dua hard disk, apa yang pihak kondo guna untuk ganti hard disk ini?
A: Supt. Fadzil telah uruskan supaya kedua-dua hard disk diklon.

Q: Apa tindakan kamu terhadap kedua-dua hard disk ini?
A: Saya telah membungkus kedua-dua hard disk ini.

Q: Pada 03.07.2008, ada kamu serahkan ini kepada C.Insp Fauziah di Makmal Forensic Polis Di-Raja Malaysia Cheras untuk dianalisa?
A: Ya, pada 10.15 pagi 03.07.2008 saya telah menyerahkan kedua-dua hard disk yang bertanda “HD1” dan “HD2” ini kepada C.Insp Fauziah.

Q: Ada kamu keluarkan borang serah menyerah dan tandatangan dengan Fauziah?
A: Ya, borang serah menyerah dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pn. Fauziah dan saya.

Q: Saya rujuk saksi kepada P64. Adakah ini borang yang kamu maksudkan?
A: Ya, ini adalah borang serah menyerah.

P64 dicamkan sebagai borang serah menyerah untuk hard disk P67C dan P68C.

Q: Berkaitan dengan eksibit-eksibit yang telah kamu hantar kepada Dr. Seah iaitu specimen dan eksibit yang kamu hantar di mana berkaitan penerimaannya iaitu P51, adakah kamu menerimanya kembali daripada Dr. Seah bersama-sama laporan?
A: Pada 07.07.2008 pukul 11.30 pg, saya telah terima kesemua barangan tersebut yang saya hantar kepada Dr. Seah pada 30.06.2088 iaitu “A-A7” dan “B- B11”.

Q: Adakah kamu juga terima laporan kimia berhubung 2 set eksibit ini?
A: Ya, saya telah terima satu laporan kimia berhubungkiat dnegan semua eksibit ini.

Q: Saya mohon supaya saksi dirujuk kepada P25.
A: Ini adalah laporan kimia yang saya terima daripada Dr. Seah Lay Hong.

Q: Itu adalah pada 07.07.2008?
A: Ya.

Q: Berkaitan dengan eksibit yang kamu terima daripada Amidon, apa yang kamu buat pada eksibit tersebut? Yang ambil di kondo di unit 11-5-1 dan 11-5-2?
A: Kesemua eksibit ini yang saya terima dari Dr. Seah Lay Hong…
MY: Bukan. Maksud saya eksibit dari kondo seperti bulu…

Q: Pada 16.07.2008, adakah kamu membuat tangkapan pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
A: Ya, Supt.Taufik telah membuat tangkapan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Adakah waran tangkap dikeluarkan untuk tangkapan ini?
A: Ya, satu waran tangkap telah dikeluarkan.

Q: Bila waran tangkap dipohon dan dikeluarkan?
A: Saya memohon waran tangkap ini pada 15.07.2008. saya pohon rujuk pada ID saya. Pada 11.15 a.m. saya telah pergi ke mahkamah dan memohon waran tangkap.

Q: Mohon dan dapatkan waran tangkap?
A: Ya.

Q: Bila dilaksanakan?
A: Pada pukul 2.40 ptg. Minta maaf, waran ini dilaksanakn pada 16.07.2008 pada 2.40 petang.

Q: Dilaksanakan oleh Supt. Taufik?
A: Ya.

Q: Adakah kamu telah serahkan waran ini?
A: Ya, saya telah serahkan waran ini kepada beliau

Q: Pukul berapa?
A: lebih kurang pukul 2.15 kalau tak silap saya.

Q: Adakah ini Supt. Taufik yang kamu serahkan waran tersebut?
A: Ya, ini adalah Supt Taufik yang mana saya serahkan warrant of arrest.

Supt. Taufik dicamkan.

Q: Di mana kamu serahkan waran ini kepada beliau?
A: Di pejabat D9 di tingkat 7, IPK KL.

Q: Berapa salinan kamu perolehi dari mahkamah?
A: 3 salinan.

Q: Berapa salinan beri pada Taufik?
A: Ketiga-tiga salinan.

Q: Adakah kamu tahu sama ada waran telah dilaksanakan oleh Supt Taufik?
A: Ya, saya tahu.

Q: Bagaimana kamu tahu?
A: Saya lihat belaiu melaksanakan waran tangkap terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Ada terima balik waran tangkap tersebut?
A: Ya, saya telah terima salinan asal waran tersebut.

Q: Di mana?
A: Juda di tingkat 7 di pejabat D9, IPK KL.

Q: Saya ingin merujuk saksi kepada 2 salinan kepada En. Jude. Cuba lihat apakah kedua-dua helai dokumen ini?
A: Kedua-dua dokumen ini adalah waran tangkap yang dilaksanakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Adakah ini waran tangkap yang kamu pohon dari mahkamah Jalan Duta pada 11.15 pagi 15.07.2008 dan serahkan pada Taufik?
A: Ya, ini adalah waran tangkap yang saya pohon dari mahkamah dan serahkan kepada Supt. Taufik.

Q: Kamu terima dari mahkamah 3 salinan dan beri 3 salinan kepada Taufik. Berapa salinan yang kamu terima daripada Taufik?
A: 2 salinan.

Q: Cuba lihat belakang itu. Cuba bacakan apa yang tercatit di situ. Sebelum itu, itu salah satu salinannya?
A: Salinan asal. [baca] Pada 16.07.2008 jam 2.40 petang saya Supt. G/10159 Ahmad Taufek bin Abdullah, telah menyempurnakan waran tangkap ini kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim K/P470810-07-5095 bertempat di Tingkat 7, IPK KL.

Q: Ada tandatangan?
A: Ada tandatangan Supt. Taufik dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Bagaimana kamu tahu bahawa salah satu tandatangan itu adalah tandatangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
A: Saya camkan.

Q: Kamu sudah biasa lihat?
A: Saya lihat semasa saya rakamkan percakapan beliau.

MY: Saya pohon waran tangkap ditanda P85. Ada 2 salinan, satu carbon copy. Untuk tujuan kemudahan, bolehkah kita tandakan P85A untuk yang ada catitan dibelakang dan P85B untuk carbon copy.
Q: Ada bertemu Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas tangkapan dibuat?
A: Ya, saya telah rakam percakapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Pukul berapa kamu merakam percakapan beliau?
A: Saya telah rakam percakapan belaiu pada 16.07.2008 pada jam 2.45 petang.

MY: YA, mohon merujuk saksi kepada satu dokumen asal statement iaitu TWT1.

Q: Cuba lihat dari awal hingga akhir. Adakah ini rakaman percakapan yang dibuat ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari itu?
A: Benar.

MY: Saya pohon eksibit ini ditanda sebagai P86.
KS: YA, I would like it as an ID.
MY: Ok, ID86.

Q: Sebelum merakamkan percakapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ada beliau menanya mengapa beliau ada di situ?
A: Ya, beliau ada menanya mengapa beliau ada di situ.

Q: Apa jawapan kamu?
A: Saya beritahu pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim beliau ada di sini kerana ada satu laporan terhadap beliau mengenai satu kejadian meliwat di kondo 11-5-1 oleh seorang lelaki Melayu.

Q: Ada kamu beritahu orang yang mengadu terhadap beliau?
A: Ada.

Q: Ada kamu beritahu di mana perkara itu dilakukan?
A: Ya, saya telah memberitahunya.

Q: Ada kamu beritahu tarikh dan masanya?
A: Ya.

Q: Pada waktu itu semasa merakam percakapan, adakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan kepada kamu dia tidak tahu kenapa dia ditangkap?
A: Tidak.

Q: Berapa lama rakaman percakapan itu dibuat?
A: Saya pohon rujuk pada ID. Pada tarikh berkenaan iaitu 16.07.2008, saya telah selesai rakam rakaman percakapan beliau pada 5.45 petang.

Q: Semasa rakaman percakapan dibuat ada siapa-siapa berada bersama kamu selain Dato’ Seri Anwar Ibrahim ?
A: Ya, ada peguam bernama Sivarasa semasa rakaman percakapan dibuat.

Q: Ada peguam ini mengadu atau menyatakan kepada kamu mereke tidak diberitahu mengapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditangkap?
A: Tidak.

Q: Selepas tamat merakam percakapan, apa lagi tindakan yang kamu buat berkaitan siastan ini?
A: Saya pohon rujuk pada ID saya. Pada hari yg sama iaitu pada 16.07.2008, lebih kurang 8.30 petang saya telah membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke HKL untuk pemeriksaan medical.

Q: Apakah tujuan pemeriksaan itu dibuat?
A: Tujuan pemeriksaan dibuat adalah untuk beliau beri saya satu contoh darah.

Q: Siapa yg memeriksa Dato’ Seri Anwar Ibrahim?
A: Yg memeriksa ialah Datuk Dr. Jayendran.

Q: Ada doctor lain?
A: Dr. Ee Bun Leong.

Q: Selain daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, doctor-doktor tersebut dan kamu, siapa lagi yang pergi ke sana?
A: Peguam iaitu En.Sivarasa.

Q: Adakah Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberi contoh darah seperti yang dikehendaki oleh kamu?
A: Tidak.

Q: Ada apa-apa sebab dia berithau mengapa tidak mahu beri?
A: Dia member sebab menyatakan perkara sama akan berlaku seperti mana yang berlaku pada 1998.

Q: Kamu tahu apa yang berlaku pada 1998?
A: Tidak.

Q: Ini dinyatakan atas kehendaknya sendiri atau dinasihatkan oleh sesiapa?
A: Saya lihat beliau ada berhubung dengan seorang peguam dengan menggunakan telefon. Sebaik selepas itu beliau memberitahu doctor beliau tidak mahu memberikan.

Q: Bagaimana dengan Sivarasa?
A: Sivarasa telah berbincang dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga.

Q: Ada kamu dengar sama ada Sivarasa memberi nasihat?
A: Tidak, saya tidak dengar.

Q: Tapi kamu katakan selepas berhiubung dengan telefon dia katakan tidak.
A: Ya.

Q: Kamu tahu pada masa itu siapa yang beliau hubungi?
A: Tidak tahu.

Q: Selepas pemeriksaan, ke mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim di bawa?
A: Sebaik selepas pemeriksaan lebih kurang 10.25 malam Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah di escort semula balik ke IPK di pejabat D9, IPK KL.

Q: Dan?
A: Selepas bawa balik, beliau hendak jumpa beberapa orang di bilik mesyuarat di tingkat 7 itudan setelah beliau berjumpa beberapa orang lebih kurang 11.05 malam, saya bersama-sama DSP Yahya telah escort Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk ditahan di lokap.

Q: Adakah kamu bawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke lokap?
A: Ya.

Q: Semasa dia ke lokap, adakah dia membawa apa-apa barang lain?
A: Saya lihat beliau telah membawa satu botol air mineral.

Q: Ingat jenisnya?
A: Tak ingat sangat, tapi saya lihat dia bawak botol air mineral Cactus.

Q: Bawa ke dalam lokap?
A: Ya.

Q: Ada beliau ditempatkamn ke dalam sel?
A: Saya tak lihat ke mana botol itu dibawa tapi ke dalam lokap. Saya tak nampak beliau bawa ke dalam sel.

Q: Pada 17.07.2008 jam lebih kurang 12.40 ptg…sebelum itu kamu tahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dlm lokap. Kenapa tak lepaskan memandangkan dah habis rekod statement.
A: Saya menahan beliau lagi kerana siasatan saya belum selesai dan selepas balik dari hospital saya ada beberapa soalan kepada beliau oleh itu telah menahan beliau di dalam lokap.

Q: Pukul berapa kamu tahan dia dalam lokap?
A: Pukul 11.05 mlm.

Q: Kenapa tak rekod malam itu juga?
A: Disebabkan sudah lewat dan ada arahn supaya tidak merakam percakapan pada waktu malam.

Q: Arahan IGP atau lock-up rules?
A: Lock-up rules.

Q: Bila Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan?
A: Saya rujuk pada ID saya.

Q: Adakah pada malam itu atau esoknya?
A: Keesokan harinya, 17.07.2008.

Q: Pukul berapa?
A: Pada pukul 9.30 pagi.

Q: Kamu beritahu kamu menahannya lagi kerana kamu ada perkara hendak ditanya. Ada kamu rakam lagi percakapan beliau pada 17.07.2008 pagi?
A: Ya, pada pukul 8.35 pagi saya telah sambung rakaman percakapan beliau.
Q: Sambungan rakaman percakapan ini berkaitan dengan apa?
A: Berkaitan dengan keengganan beliau member darah kepada saya.

Q: Berkenaan pemeriksaan di hospital?
A: Ya.

Q: Pukul berapa tamat rakaman percakapan?
A: Rakaman percakapan tamat lebih kurang 9.20 pagi.

Q: Pada hari yang sama 17.07.2008 lebih kurang 12.40 petang, ada terima apa-apa barang dari Supt. Amidon?
A: Pada 12.40 petang 17.07.2008, saya telah terima daripada Supt. Amidon…saya rujuk pada ID…satu helai bulu, sebatang berus gigi warna putih, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air minuman jenama Cactus 500 ml..

Q: Kamu terima barang ini bagaimana?
A: Dia ada bungkus.

Q: Jadi yang kamu terima barangan atau bungkusan?
A: Bungkusan.

Q: Bungkusan tersebut mengandungi bulu, berus gigi, Good Morning towel dan botol air?
A: Ya.

Q: Bagaimana kamu tahu?
A: Ada catatan pada envelope.

Q: Ada tandaan pada envelope?
A: Tiada tanda.

Q: Selepas kamu menerima, ada keluarkan boring penerimaan dan tandatangan bersama Amidon?
A: Ya.

Q: Saya rujuk saksi kepada P80. Cuba beritahu mahkamah adakah ini borang serah menyerah akuan terimaan yang kamu keluarkan dan tandatangan bersama Amidon berkaitan 4 barang yang kamu sebut tadi?
A: Ya, ini borang serah menyerah yang saya tandatangan dengan Amidon yang mengandungi sehelai bulu di atas lantai di tanda dengan “4”, sebatang berus gigi warna putih di atas lantai ditanda “5”, sehelai tuala warna putih jenama good morning di atas lantai ditanda “6” dan sebotol air mineral jenama Cactus di atas tembok tandas ditanda “7”.

Q: Jadi ada tandalah?
A: Ya.

Q: Saya ingin rujuk saksi kepada ID57 dan kandungannya ID57A. Envelope sahaja. ID58, ID59 dan ID61. Adakah ini envelope yang kamu terima bertanda “4”, “5”, “6” dan “7” yang kemudiannya kamu keluarkan borang serah menyerah yang kamu terima dari Supt. Amidon pada 17.07.2008 jam 12.40 petang?
A: Benar.

MY: Saya mohon envelope-envelope ini ditandakan sebagai P. Envelope sahaja.
YA: P57, P58, P59,P61.

Q: Di mana Supt. Amidon menyerahkan envelope ini?
A: Di IPK, di tingkat 7, pejabat D9, IPK KL.

Q: Semasa kamu terima envelope-envelope ini, ada seal di envelope?
A: Ya, ada seal Forensik.

Q: Pada ketika itu, adakah seal ini intact, baik?
A: Ya.

Q: Apa yg kamu buat kepada keempat-empat sampul ini yang mengandiungi eksibit yang dicatatkan?

MY: Sebelum itu, izinkan saya meminta saksi ini menyatakan apa yang tertulis pada envelope-envelope tersebut?

Q: Pada P57, apa catitan di atasnya?
A: P57 dicatitkan sebagai sehelai bulu di atas lantai.

Q: P58?
A: Sebatang berus gigi warna putih di atas lantai.

Q: P59?
A: Seheiai tuala warna putih jenama Good Morning dia ats lantai.

Q: P61?
A: Satu botol air mineral jenama Cactus.

Q: Keempat-empat exhibit ini, P57, P58, P59 dan P61, apa yang kamu buat terhadap kemepat-empat ini?
A: Saya juga telah meletakkan tanda saya iaitu “D”, “D1”, “D2” dan “D3”.

Q: “D” untuk enveople apa?
A: “D” adalah untuk envelope yang mengandungi sehelai bulu di atas lantai. “D1” adalah sebatang berus gigi warna putih, “D2” adalah sehelai tuala berwarna putih jenama Good Morning dan “D3” ialah satu botol air mineral jenama Cactus.

Q: Kemudian?
A: Barang-barang ini saya bawa balik ke pejabat dan seterusnya pafda 3.25 petang saya telah menyimpan barang-barang ini ke dalam cabinet besi saya. Pada 6.50 petang saya telah keluarkan barang-barang ini dari cabinet besi saya dan saya bawa empat barangan kes ini kepada ahli kimia, Puan Siti Aidora di Jabatan Kimia Malaysia.

Q: Siti Aidora ini adakah ahli kimia yang telah camkan kamu tempoh hari?
A: Ya.

Q: Jadi, kamu serahkan keempat-empat envelope yang diberikan oleh Supt. Amidon kepada Siti Aidora hari itu tanpa apa-apa bungkusan?
A: Tiada.

Q: Kamu ada letak seal pada envelope?
A: Ya, syaa letak seal saya pada setiap barang.

Q: Kamu ada letak seal kamu?
A: Ya, seal PDRM.

Q: Seal Amidon?
A: Ya. Seal Forensic.

Q: Apablia kamu serahkan, adakah kamu menerima resit penerimaan daripada Siti Aidora?
A: Ya, ada resit penerimaan.

Q: Rujuk saksi kpd P55. Adaakah ini resit penerimaan keempat-empat envelope yang mengandungi barang-barang yang kamu nayatakan tadi?
A: Ya, ini adalah akuan penerimaan yang saya terima dari Nur Aidora, ahli kimia.

P55 dicamkan.
Q: Adakah kamu menerima semula eksibit-eksibit yang kamu serahkan pada Siti Aidora ini?
A: Saya minta rujuk ID saya semula. Pada 22.07.2008, jam 2.15 ptg, saya telah menerima envelope-envelope ini semua yang saya tanda sebagai “D”-“D3” dari Puan Siti Aidora, ahli kimia.

Q: Dan juga?
A: Laporan kimia.

Q: Saya pohon ID 62 dirujuk untuk tujuan penegcaman. Adakah ini laporan kimia yang kamu terima bersama eksibit-eksibit itu daripada Siti Aidora?
A: Benar.

Q: Kamu terima pada pukul berapa laporan kimia ini?
A: Jam 2.15 ptg pada 22.07.2008.

Q: Selepas kamu terima barang ini dari Puan Nur aidora adakah kamu simpan?
A: Saya simpan semua barang ini dalam peti besi dan saya kunci.

Q: Pada 24.09.2008 jam lebih kurang, adakah kamu menerima apa-apa barang daripada bahagian Forensic PDRM?
A: Ya. Saya menerima 2 buah hard disk yang saya tandakan “HD1” dan “HD2” dari C.Insp Fauziah dari bahagian Forensik PDRM

Q: Adakah ini hard disk yang kamu serahkan sebelum ini?
A: Ya, hard disk yang sama.

Q: Adakah Puan Fauziah yang kamu maksudkan?
A: Ya.

C.Insp Fauziah dicamkan.

Q: Untuk tujuan ini adakah borang serah menyerah dikeluarkan?
A: Ya.

Q: Adakah kamu dan Fauzian tandatangani?
A: Ya.

Q: Saya rujuk saksi kepada P69. Cuba lihat adakah ini borang serah menyerah “HD1” dan “HD2” yang diserahkan kepada kamu dan kamu terima pada hari itu?
A: Ya.

P69 dicamkan.

Q: Di mana kamu simpan kedua-dua hard disk ini?
A: Kedua-dua hard disk ini saya simpan di dalam cabinet besi saya di pejabat saya.

Q: Berkenaan hard disk adakah kamu melihat rakaman di dalamnya?
A: Pada 9.30 pagi 05.07.2008 saya telah lihat rakaman bersama-sama dengan C.Insp Fauziah.

Q: Rakaman daripada kedua-dua hard disk?
A: Ya.

Q: Kamu tahu sama ada diskdimainkan itu adalah disk yang kamu berikan kepadsa C.Insp. Fauziah atau disk lain?
A: Saya tak tahu.

Q: Apa tujuan kamu pergi menonton rakaman?
A: Tujuan saya adalah untuk saya lihat siapakah yang masuk ke dalam kondo dan juga lif dan seterusnya ke tingkat 5 tempat kejadia pada 26.06.2008 di antara pukul 12.00-6.00 ptg.

Q: Adakah siapa-siapa individu di dalam rakaman itu yang kamu boleh cam?
A: Pengadu dalam kes ini.

Q: Selain daripada itu?
A: Saya juga camkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Q: Ada camkan orang lain?
A: Saya juga camkan beberapa orang yang lain.

Q: Beberapa orang?
A: Ada 5 orang selain Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pengadu.

Q: Bila saya kata camkan maksudnya yang kamu tengok saja kamu boleh tahu. Ada 5 orang kamu boleh camkan?
A: 5 orang.

Q: Bagaimana kamu cam? Kamu kenal mereka sebelum ini?
A: Saya hanya kenal 1 orang dan yang lain saya camkan bila mainkan rakaman tersebut.

Q: Kenal mereka?
A: Tak kenal.

Q: Pernah jumpa mereka sebelum itu?
A: Tak pernah jumpa.

Q: Kamu tahu nama?
A: Saya tahu nama mereka.

Q: Selain dari itu, apa yang kamu lihat?
A: Saya juga lihat pada kenderaan yang masuk.

Q: Ada kamu target kenderaan-kenderaan tertentu untuk disiasat?
A: Ya.

Q: Boleh kamu beritahu apakah nombor kenderaan yang kamu kenalpasti untuk siasat lanjut?
A: WMK 6, WPK 5925, WND 1173 (Perdana), BHA 5476 (Honda Accord), WNK 6238 (Toyota Harrier) dan DAE 5 dan WNK 5251.

Q: Bagi kesemua kereta ini ada semak dengan JPJ siapakah pemilik berdaftar?
A: Ada.

Q: Boleh beritahu mahkamah yang mulia ini nama pemilik berdaftar bagi kenderaan—kenderaan ini?
A: WND 1173 (Perdana) – Malaysian Institute of Economic Research;
BHA 5476 (Honda Accord) – Nik Mahmood b. Nik Hassan;
WMK 6 (MG Rover) – Dato’ Seri Anwar Ibrahim;
WNK 6236 – Omar b. Malek Ali Merican, Chief Operating Officer of Bursa Malaysia;
DAE 5 – Dato’ Nik Mohd Sidek;
WMK 5251 – Deutsch Bank;
WPK 5925 – En. Zaki.

Q: Adakah kamu kesan dan rakam percakapan mereka semua ini?
A: Ya.

Q: Daripada beberpaa nama ini, siapa yang kamu sendiri rakam percakapan?
A: Daripada semua penama yang saya beri saya telah rakamkan percakapan Prof . Datuk Dr. Mohamed Ariff.

Q: Dia guna kereta apa mengikut siasatan kamu?
A: Beliau tekah menggunakan kereta WND 1173 Jenis perdana Hitam.

Q: Individu yang lain siapa yang rakam percakapan?
A: [] dan []

Q: Boleh camkan Prof Ariff jika ditunjukkan kepada kamu?
A: Ya. Ini adalah Prof Datuk Dr.Ohamed Ariff b. Addul Kareem.

Q: Yang menggunakan kereta?
A: Yang menggunakan kereta WND 1173.

Q: Adakah imej Prof Ariff ada di dalam rakaman?
A: Ada.

Q: Apa imej yang kamu camkan tadi?
A: Pengadu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Prof. Datuk Mohamed Ariff.

Q: Imej En Hasanudin ada dalam rakaaman?
A: Ya.

Q: Yang empat orang ini kamu pasti ada dalam rakaman itu?
A: Ya, saya pasti.

MY: Just to confirm, nak mainkan rakaman sekejap yang menunjukkan imej Prof. Ariff, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pengadu, dan En. Hasanudin. Lepas tu dah habis my examination in chief.
YA: Ok, do it.

Q: Jika tunjukkan rakaman, boleh cam?
A: Ya.

YA: This part dah dibuat gambar, kan?
MY: Ya, dah buat gambar.
YA: So, why we need to go into this?
MY: Saya terlupa ada gambar.

Q: Still photos untuk rakaman yang kamu kenal pasti dengan Fauziah, adakah dibuat?
A: Ya, dibuat.

Q: Saya rujuk saksi kepada P71. Lihat dalam gambar ini imej siapa yang kamu boleh cam?
A: Imej Datuk Dr. Ariff dan En. Hasanudin.

Q: Gambar apa itu?
A: Dalam lif.

Q: Gambar apa itu?

YA: Gambar mark apa dalam P71 ini?

Q: Gambar siapa yang kamu boleh cam?
A: Gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim di lif.

Q: Ditandakan sebagai apa?
A: D, E, F, G, H, I, J, K, L, dan M adalah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga En,. Hasanudin.

Q: Gambar L dan M adalah gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan En. Hasanudin?
A: Dan N dan O, gambar yg sama. Dan P dan Q adalah sama. Gambar Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan En. Hasanudin.

Q: Saya rujuk saksi kpd P5. Boleh cam gambar siapa di situ?
A: C, C1 adalah Mohd Saiful Bukhari. D, D1, E, E1, F, F1 adalah Mohd Saiful. G dan G1 saya tak cam.

Q: Dalam itu ada gambar Saiful?
A: Ya.

Q: Saya rujuk saksi kepada P75. Boleh cam gambar siapa dalam itu?
A: Saya cam A dan B ialah Prof Datuk Mohamed Ariff dan En. Hasanudin, C juga, E&F juga sama. G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R hanya Prof. Datuk Mohamed Arif.

MY: Ya, pada peringkat ini saya tiada soalan lain cuma saya ingin membawa perhatian YA kepada ID86. Sebenarnya apa yang ingin saya kemukakan untuk tujuan rekod ialah 4 muka surat pertama, tidak termasuk actual statement.
YA: Sama sepert TWT dulu? Pages yang sama?
MY: Ya. Sebab yang lain tu content and we are not []/
YA: It is still ID, kan?
MY: Yes, ID.
YA: Cross?
KS: It remains as ID. We are objecting to it.
YA: Yes, they are putting it as ID. So, cross?
KS: We need some times. Perhaps tomorrow moring?
YA: No. We start at 2.30 p.m.
KS: Tomorrow morning if possible, YA.
YA: 2.30 p.m. la. How long? Tomorrow is Firday. So we start petang ini and if tak habis…
KS: I can finish it in the morning. But for now I have certain things to discuss with my learned friend.
YA: Never mind. Start at 2.30 p.m.
[12.11 p.m.] Stand down.

Pihak-pihak masuk ke dalam Kamar Hakim.
Pihak-pihak keluar dari Kamar Hakim.

Kes ditetapkan untuk sambung bicara pada esok hari, 11 Mac 2011.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 46"