TRANSKRIP PERBICARAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 28 FEBRUARI 2011
Mahkamah Tinggi Jenayah 3 KL
Di hadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah
Pihak-pihak:-
PP : Semua hadir
PB : KS, SN, Datuk Param Cumaraswamy (Ram Karpal, Marissa Fernando, Dato’ CV Prabhakaran, Radzlan tidak hadir)
WB : Zamri Idrus (for Complainant)
AI hadir
[9.04 a.m.]
MH: Kes untuk sambung bicara untuk SP8.
SP8 mengangkat sumpah di dalam Bahasa Malaysia.
MH: YA, saya mempunyai lagi satu soalan untuk saksi sebelum SN sambung untuk pemeriksaan balas.
Sambung pemeriksaan utama SP8 oleh MH
Q: Dalam pemeriksaan utama semasa hari Khamis, Puan menyebut nama tempat kejadian tersebut sebagai Kondo Desa Seri Damansara. Adakah Puan tahu nama sebenar tempat tersebut?
A: Nama sebenarnya ialah Kondominium Desa Damansara.
Q: Ada Puan pergi ke tempat tersebut?
A: Tiada.
Q: Sila lihat eksibit P, P70, P71, P72, P73, P74 dan P75. Di muka surat depan eksibit-eksibit ini puan tulis sebagai Kondominium Desa Seri Damansara, Jalan Setiakasih.
A: Minta maaf YA, sebenarnya Kondominium Desa Damansara.
MH: Itu sahaja soalan pihak pendakwa, YA.
Pemeriksaan balas oleh SN.
Q: Puan telah menyatakan bahawa DSP Jude telah berjumpa dengan puan. Bila?
A: Pada 03.07.2008.
Q: Semasa hari Khamis lepas, Puan ada menunjukkan klip-klip video di kedua-dua skrin, benar?
A: Benar.
Q: Apa yang terkandung di dalam klip-klip tersebut?
A: Hard disk satu menunjukkan kereta keluar masuk ke kawasan Kondominum Desa Damansara. Hard disk dua menunjukkan pergerakan individu-individu yang dikenal pasti oleh DSP Jude pada tarikh 26.06.2008.
Q: Adakah rakaman ini merupakan rakaman tanpa henti rakaman keselamatan di kondo berkenaan seperti di kondo-kondo lain?
A: Saya tidak pasti.
Q: Dari mana puan mula tengok rakaman, bermula waktu bila?
A: Rakaman tempat kejadian untuk 26.06.2008, dalam tempoh 24 jam.
[9.10 a.m.] Stand down.
[9.18 a.m.]
Q: Maksud saya tadi, adakah rakaman yang Puan tunjuk pada hari itu merupakan rakaman tanpa berhenti kamera keselamatan harian kondo?
A: Ya.
Q: Seperti yang terdapat di kondo2 lain?
A: Ya.
Q: Adakah ianya rakaman langsung semua yang terjadi di pondok pengawal kondo dan di dalam lif?
A: Ya.
Q: Untuk semua orang yang keluar masuk ke kondo dan termasuk pelawat dan penduduk-penduduk kondo?
A: Ya.
Q: Adakah rakaman ini 24 jam, sehari untuk 26.06.2008?
A: Ya.
Q: Maksudnya ini bukan rakaman rahsia khas yang ditujukan kepada sesiapa?
A: Saya tak faham soalan.
Q: Rakaman ini bukan ditujukan khas terhadap sesiapa, tetapi general, umum?
A: Ya.
Q: Mengikut kebiasaaan adakah dalam forensik, bahawa bukti di tempat kejadian tidak boleh diubah?
A: Ianya tidak boleh dipadamkan.
Q: Dan mesti dibiarkan, tidak diusik oleh sesiapa?
A: Ya.
Q: Dan lebih baik orang yg mengendalikannya menangani sampel dan bukti mestilah orang forensik yang terlatih?
A: Ya.
Q: Jika tidak, apa risikonya?
A: Risikonya adalah mungkin ada pengubahsuaian, atau dipadam dalam rakaman tersebut
Q: Dan intergritinya bukti pun mungkin akan tercemar?
A: Ya, kemungkinan.
Q: Tadi Puan ada nyatakan DSP Jude ada datang berjumpa dengan Puan pada 03.07.2008. Apa yang dibawa oleh DSP Jude?
A: 2 sampul surat yang mengandungi hard disk.
Q: Sampul surat itu ada seal atau tidak?
A: Disealkan.
Q: Puan nampak seal tersebut?
A: Ya.
Q: Ada ambil gambar?
A: Ada.
Q: Apakah arahan DSP Jude kepada Puan pada hari itu berkaitan kedua-dua hard disk tersebut?
A: DSP Jude ada buat beberapa permintaan. YA, saya mohon untuk merujuk kepada ID saya.
SN: I have no objection.
A: Pemeriksaan yang dikehendaki oleh DSP Jude adalah:
1. Gambar sebuah kereta jenis MG Rover warna hitam WMK 6, dan kereta jenis Fiat Ulyse WPK 5925 yang tiba di pintu Kondominum Desa Damansara pada 26.06.2008 jam antara 12.00 tgh hari hingga 4.00 ptg dan juga pengenalan individu-individu dan kenderan selanjutnya pada hari tersebut;
2. Mengesan individu-individu dan kenderaan-kenderaan yang berkaitan kes ini pada penghujung April dan awal Mei 2008.
3. Menjalankan analisa ke atas imej-imej yang berkaitan dan seterusnya membuat cetakan ke atas imej-imej yang berkaitan dan video file bagi segmen-segmen yang berkaitan.
Q: Permintaan ini dibuat secara lisan atau bertulis?
A: Secara bertulis.
Q: Surat atau borang?
A: Dalam borang.
Q: Ada DSP Jude beritahu mengapa beliau meminta maklumat rakaman dari hujung April sehingga awal Mei?
A: Tidak.
Q: Semasa tayangan gambar P67C dan P68C, adakah Jude ada bersama-sama Puan?
A: Ya.
Q: Dari mula sehingga habis pemeriksaan rakaman?
A: Rakaman imej yang DSP Jude perlukan sahaja.
Q: Adakah DSP Jude tunjukkan apa yang diperlukan?
A: Ya.
Q: Dan DSP Jude sendiri yang mengenal pasti?
A: Ya.
Q: Bukan Puan sendiri yang memastikannya?
A: Benar.
Q: Berapa buah kenderaan dan individu yang DSP Jude telah menumpukan perhatian beliau?
A: 7 buah kenderaan dan 7 individu.
Q: Adakah DSP Jude terangkan siapa mereka atau identify siapa mereka?
A: Tidak.
Q: Ada Puan tanya bagaimana DSP Jude mengetahui mengenai identiti 7 orang tersebut?
A: Saya tidak tahu dari mana beliau tahu identiti tersebut.
Q: Adakah Puan tahu P67C dan P68C telah ditayangkan sebelum itu?
A: Tak faham.
Q: DSP Jude bawa sampul. Jikalau DSP Jude tidak melihat rakaman ini bagaimana beliau boleh tahu?
A: DSP Jude datang semula ke makmal forensik pada 05.07.2008.
Q: Tetapi semasa 03.07.2008, beliau meminta untuk mengenal pasti 7 individu tersebut.
A: Semasa rakaman dimainkan, DSP Jude telah mengenal pasti kenderaan dan individu tersebut.
Q: Adakah DSP Jude ada menyuruh untuk memetik rakaman di dalam P67C dan P68C?
A: Ada.
Q: Adakah di dalam bentuk ini (cd)?
A: Ya.
Q: Berapa keping?
A: Saya tak ingat.
Q: Tak simpan rekod? Mungkin dalam ID?
A: Saya tak catit dalam ID.
Q: Tapi ingatlah?
A: Saya ada buat.
Q: Bilakah klip-klip ini dibuat untuk rakaman asal? Pada 03.07.2008?
A: Bukan. Saya tak ingat tarikh tetapi saya ada buat atas permintaan DSP Jude untuk diserahkan kepada peguambela.
Q: Peguambela? Siapa peguambela?
A: Kumpulan peguam yang mengendalikan kes ini. Tetapi DSP Jude ada memohon untuk membuat rakaman video file ini untuk diserahkan satu salinan.
Q: Pasukan peguambela, tahu siapa mereka?
A: Saya tidak tahu, tapi saya serahkan kepada peguambela.
Q: DSP Jude ada membantu bersama-sama dengan Puan semasa rakaman ini dimainkan pada kali pertama?
A: Ya. Pada 05.07.2008.
Q: Semasa memainkan rakaman, adakah mainkan hard disk asal atau klon?
A: Yang klon.
Q: Ini pendapat profesional, ye? Kalau kita klon daripada original, semua yang ada dalam original akan masuk kepada klon tanpa ada apa-apa perubahan?
A: Betul.
Q: Berapa kamera yang terdapat dalam rakaman ini?
A: Hard disk 1 ada 5 kamera.
Q: Puan telah kenal pasti ia?
A: Ya, saya dapati terdapat 5 kamera pada hard disk 1 iaitu kamera 1, 3 dan 4…
Q: Itu dari yang mana satu? Hard disk asal atau hard disk klon?
A: Kedua-dua sekali.
SN: That is P67C and P68C, YA.
A: Kamera 1,3 dan 4 di hard disk 1 merakam pergerakan kereta masuk ke dalam kawasan kondominum. Kamera 2 dan 5 merakam pergerakan kenderaan keluar dari kawasan kondominium. Hard disk 2 untuk pada tarikh 26.06.2008, ada 2 kamera yang merakam pergerakan masuk individu yang diperlukan iaitu kamera 7 dan 8.
Q: Kita pergi kepada lif. Berapa pintu lif ada di sana?
A: Ada dua pintu.
Q: Kamera no berapa di kiri dan 8?
A: Kiri 7, kanan 8.
Q: Puan ada pergi ke sana?
A: Hanya pergi semasa lawatan YA Hakim ke tempat kejadian.
Q: Sebelum itu tidak pergi?
A: Tidak.
Q: Perlu atau tidak sebagai ahli forensik pergi selepas tengok tayangan pada 2008?
A: Ya.
Q: Perlu, kan? Sebab kalau kita pergi, at least selepas tengok rakaman kita faham lah, kan? Untuk mengetahui keadaan tempat kejadian?
A: Tidak. Bukan kebiasaan saya untuk ke tempat kejadian untuk tujuan analisa rakaman
Q: Amalan baik untuk pergi tengok dan confirm, kan?
A: Saya rasa tidak perlu pergi.
Q: Daripada memainkan hard disk 2 ini, Puan boleh tahu kedudukan kamera-kamera ini?
A: Saya hanya mengetahui dari rakaman imej sahaja.
Q: Bentuk sistem CCTV dan hard disk macam mana? Sila jelaskan.
A: Sistem CCTV ini saya tak dapat jelaskan kerana saya bukanlah orang yang expert untuk rakaman cctv berkenaan.
Q: Jadi bila nampak masa pada klip itu dan masa tempat lain, tak tanya ke mengenai bentuk sistem yang ada?
A: Masa yang ada dalam rakaman tersebut adalah computer generated oleh itu tidak boleh diubah. Walaupun ada perbezaan ianya tidak boleh diubah.
Q: Sekiranya terdapat masa dan tarikh di dalam gambar seperti di P5, ianya tidak boleh diubah?
A: Ya.
Q: Alat mana yang menentukan masa dan tarikh?
A: Ada alat lain.
Q: Apakah alat itu?
A: Saya tidak dapat jelaskan kerana saya bukanlah orang yang expert untuk CCTV ini. Saya hanaya menerima hard disk sahaja.
Q: Tetapi Puan katakan tadi masa dan tarikh tidak boleh diubah. Bagaimana boleh terjadi? Kami tidak faham.
A: Itu menunjukkan ada alat lain disambung kepada CCTV berkenaan untuk membuat setting pada tarikh dan masa pada hard disk tersebut.
Q: Di dalam perkara ini Puan tidak tahu?
A: Saya tidak tahu.
Q: Mungkin boleh pergi dan check sendiri, kan?
A: Saya rasa tidak perlu kerana saya analisa rakaman yang telah dirakam dan bukan sebeleum atau perlu mengubah rakaman tersebut.
Q: Tetapi tadi ada katakan masa dan tarikh tidak boleh diubah. Bercanggah di sini.
A: Sebab apa yang terdapat dalam hard disk tersebut adalah computer generated dan tidak boleh diubah lagi.
SN: We haven’t mark this yet, YA. But I’m showing it to her first.
Q: Yang ini (7 dvd) merupakan saringan untuk rakaman tersebut?
A: Ya.
SN merujuk 8 keping dvd klip2 rakaman cctv.
YA: Apa tu?
SN: These are the DVD clips…
YA: How many are there?
SN: There are 7, YA handed over under S.51A.
YA: (kepada saksi) Ini yang you buat haritu?
SP8: Ya, YA.
SN: It is in DVD form, 7 of them and 1 extra to explain []. So lapan, YA.
YA: So, what do you want to do with that?
SN: They should have admitted then it would be easier for me to…
YA: That mean they don’t tender it. Now you have it. What do you want to do with it?
SN: []
MY: Because we can’t give them the hard disk, so we give the video clip with regards to those parts relevant for our purpose.
SN: We can mark it as our exhibit.
MY: If it is played. Now…
SN: It is given by you all…
MY: Because you ask. I mean…
YA: Dia yang buat semua ni. Kalau dia orang nak mark it as exhibit, it’s their exhibit and not yours.
SN: Yeah.
MY: As far as this recording is concern, it has to be played. She has to confirm this is the video clip.[]
SN: This is something that is going to be used in court. Obviously we have to look at it..
YA: They don’t want to tender but you want to tender as your exhibit. What’s wronhg with that? Any problem?
MY: The video clip cannot be tender unless it is played.
SN: She made it.
MY: She said she made the video clip. At this point of time, what is the video clip? Unless you are saying that those portion we showed are different from the one that you have.
SN: YA, I don’t understand. This is given by them, marked by them and I have analyse it and they are saying…
YA: The issue if I understand it correctly is we have to play it first before it can be tendered.
MY: That’s the law. This is the law. But I just want to ask you, at this point of time why do you want to play it? Unless you say that it is different from…
SN: I might.
MY: []
SN: []. First, this is your exhibits. If you want to play it, we play. Why are you objecting?
MY: This is not objection. []. The law says you have to play before you admit it. That’s all.
SN: I’m fine with it, YA. I think we should play this.
MY: Yeah, but it must serve a purpose. []
YA: Can we proceed to some other aspect first before we go and play this one?
SN: Boleh, YA.
YA: This one maybe ID at this stage. I don’t know.
SN: I think..
YA: Nevermind, if you can go on with some other aspect you go on.
SN: Then we’ll come back to this?
YA: Yes, later on.
Q: Ada tak dalam sistem CCTV di sini, kalau ada hard disk, benarkah kalau saya katakan di sini, kamera dan masa tersebut akan direkodkan dalam hard disk?
A: Ya.
Q: Tiada alat lain di antara kamera dan hard disk?
A: Ada alat lain.
Q: Apa nama alt itu?
A: Lain CCTV, lain cara penggunaan dan setting. Untuk CCTV ini yang menggunakan hard disk, ada satu lagi untuk setting masa dan tarikh untuk dirakamkan dalam hard disk tersebut.
Q: Adakah namanya DDR?
A: Tidak. DDR adalah berbeza.
Q: Apa alat yang mungkin digunakan?
A: Saya tidak pasti sebab saya bukanlah orang yang mengendalikan CCTV tersebut.
Q: Puan adalah profesional, forensik. Takkan ini pun tak tahu pulak?
MY: YA, we will be calling Cyber Security and the person handling that CCTV. This witness..
SN: This is basic.
MY: From the very beginning, her role is only to locate and analyse the image. Itu sahaja. The rest is another person. Don’t waste the time.
SN: []. I don’t know in what order they are bringing. I’ve to go with what I have. Because I have a problem. From day 1 I told MY…
YA: Now you know you have the chance to query them later on.
SN: I have then to reserve cross from time to time, YA.
YA: Okay, proceed. But bear in mind they are calling the relevant witness.
Q: Saya merujuk Puan kepada P5. Puan katakan semua masa-masa di control oleh hard disk.
A: Masa-masa ini telah tercatit dan tidak boleh diubah.
Q: Dan semua camera dalam sistem tersebut patut mempunyai masa yang sama kebiasaannya?
A: Kalau dalam hard disk yang sama, masanya adalah sama. Tetapi jika hard disk berlainan, setting mungkin ada perbezaan.
Q: Bagaimana tersebut?
A: Sebab satu hard disk dalamnya ada rakaman oleh satu komputer yang merakam imej tersebut. Satu lagi hard disk berada dalam komputer yang lain. Jadi, sudah tentu masanya ikut masa yang telah di set oleh pengendali CCTV tersebut.
Q: Kalau begitu, tak perlu hard disk yang berlainan jika ada perantaraan? Tadi kata apa yang ditunjuk di kamera akan di tunjuk di hard disk. Benar atau tidak?
A: Ya, betul.
Q: P5A, ini dari kamera mana?
A: Kamera 3.
Q: No kereta?
A: Kalau kita tengok dalam ini tak nampak, tapi WPK 5925.
Q: Warna merah?
A: Ya.
Q: Apakan masa yang dicatit semasa kereta masuk?
A: 14:47:13.
Q: 14:47:13 pada 26.06.2008?
A: Ya.
Q: Saya rujuk puan ke eksibit P5D. Apakah masa dan tarikh pada gambar tersebut?
A: 06.26.2008 dan 14:42:03.
Q: Tadi 2.47 p.m. di gate?
A: Ya.
Q: Selepas itu kereta itu masuk, pergi ke parking kemungkinanlah. Selepas itu, orang itu keluar dan pergi ke lif.
A: Betul.
Q: Mungkin 5 minit ke, 10 minit ke. Tetapi masa akan berjalan?
A: Ya.
Q: Jika begitu, mengapa masuk di gate adalah 2:47 p.m. tetapi masuk ke dalam lif ialah 2:42 p.m. Bagaimana boleh berlaku?
A: Seperti yang saya sebut tadi tarikh dalam rakaman ini tidak boleh diubah atau dipindah kerana ia merupakan computer generated. Bermakna orang yang set komputer ini yang boleh jawab soalan ini. Saya cuma dapat hard disk sahaja.
Q: Saya tanya sahaja sebab Puan telah menganalisa. Mungkin adalah pertanyaan soalan,kan “eh, kalau kita datang ke gate jam 12.00 dan kita datang ke lif 12.10…”
YA: I think she already answered that she doesn’t know.
SN: I’m just question on the logical, YA.
MY: Takpe.
Q: Tapi bila pergi ke lif 11.45 pulak. Patutnya 12.10 atau 12.00 lebih la kan?
A: Ya.
Q: Ini menunjukkan kamera pada lif dan kamera lain tak sama?
A: Ya.
Q: Gambar di sini, eksibit yang sama P5, muka surat 11 ditandakan P5K. Lihat di gambar atas untuk masa dan tarikh. Dan masa dan tarikh dibawah berbeza. Seperti ada super imposed. Boleh puan terangkan bagaimana berlaku?
A: Kedua-dua gambar adalah yang sama, tetapi gambar di bawah adalah selepas dianalisa. Tarikh dan masa ialah 06.26.2008 dan 16:12:05.
Q: Cara apa yang digunakan untuk mendapatkan gambar yang lebih terang seperti ini?
A: Itu adalah perisian video investigator yang digunakan untuk analisis.
Q: Adakah semua kamera disambung kepada alat yang disambung kepada hard disk?
A: Ya.
Q: Server terletak di mana?
A: Saya tidak tahu.
SN: YA, the witness do not know very much except what she did so I think I’ll reserve this for the next witness with YA [] to recall.
YA: If necessary.
SN: Yes. But I think we have to make a decision because we intend to mark and admit this DVDs as our exhibit. We will have to cross-examine her on this because she is the one made this clips. And I think they want it to be played..
MY: YA, can I proposed that this DVDs be played during lunch hour for this witness to confirm the content of it and after that we can mark it.
SN: I have no objection.
YA: I agree. Save time. So proceed with the re-examination?
Re-examination by MH.
Q: Puan telah dirujuk kepada P67C dan P68C semasa pemeriksaan balas oleh peguambela iaitu hard disk asal. Semasa Puan lakukan pemeriksaan adakah Puan gunakan hard disk asal atau hard disk klon?
A: Yang klon, YA
MH: Itu sahaja soalan pihak pendakwa.
YA: Saksi boleh keluar tetapi jangan balik dulu. Peguam ada soalan lagi.
MH: Saksi seterusnya ialah Supt. Fadzil. Saksi ke tandas, YA.
[10.01 a.m.] Stand down.
[10.08 a.m.]
SP9 – ACP Fadzil bin Ahmat.
SP9 mengangkat sumpah di dalam Bahasa Malaysia.
G 12677, 43 tahun, Ketua Bahagian Pentadbiran di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia.
Pemeriksaan Utama SP9 oleh MH
Q: Di mana kamu bertugas pada 30.06.2008?
A: Pada tarikh tersebut, saya bertugas di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia sebagai Ketua Seksyen Audio Video.
Q: Apakah tanggungjawab kamu sebagai Ketua Seksyen Audio Video?
A: Sebagai Ketua Seksyen Audio Video, tanggungjawab adalah untuk menyelia penugasan juruanalsisa-juruanalisa yang di bawah penyeliaan saya di Seksyen Audio Video. Kedua, untuk menyelia penugasan pegawai-pegawai Audio Video yang bertugas di tempat kejadian.
Q: Boleh beritahu kelulusan sebagai ketua seksyen?
A: Kelulusan terakhir saya ialah Sarjana Perhubungan Antarabangsa dan DIplomasi daripada UKM.
Q: Dari aspek sebagai Ketua Seksyen Audio Video ada apa-apa kelulusan khas?
A: Saya ada mengikuti kursus-kursus khas di dalam dan luar negara untuk penganalisaan audio dan video.
Q: Boleh bagitahu pengalaman dalam aspek audio video?
A: Saya bermula dari 2007 apabila ditukarkan ke Seksyen Audio Video di mana saya menyelia kes-kes untuk dianalisa di Seksyen Audio video. Saya juga pergi ke tempat kejadian untuk melakukan penyeliaan ke atas rampasan-rampasan yang perlu dibuat ke atas eksibit-eksibit atau keterangan yang berkaitan audio video.
Q: Kita kembali kepada 30.06.2008. Boleh beritahu apa yang berlaku?
A: Pada tarikh tersebut, lebih kurang 1.00 ptg, saya telah dihubungi oleh DSP Jude, pegawai penyiasat IPD Brieckfields.
Q: Jika ditunjukkan DSP Jude, boleh cam?
A: Ya.
Q: Adakah ini orangnya?
A: Ya.
DSP Jude dicamkan.
Q: Kamu beritahu telah dihubungi DSP Jude. Boleh beritahu apa tujuan DSP jude menghubungi kamu?
A: Pada ketika itu DSP Jude meminta bantuan untuk membuat siasatan di tempat kejadian di sebuah kondominium di Damansara.
Q: Ada diberitahu bantuan siasatan kes apa?
A: Bantuan siasatan bersabit kes DSAI dan dia memerlukan saya membuat siasatan ke atas rakaman CCTV.
Q: Apa tindakan kamu seterusnya?
A: Selepas menerrima panggilan, saya bersama seorang pegawai saya dan pemandu telah pergi ke Kondominum Desa Damansara dan apabila sampai di sana saya telah berjumpa dengan DSP Jude.
Q: Pada pukul berapa tiba disana?
A: Saya minta merujuk kepada ID saya.
YA: No problem ye?
SN: No objection.
YA: Teruskan.
Q: Pukul berapa kamu sampai di situ?
A: Saya telah sampai di Kondominum Desa Damansara pada 2.00 ptg dan di sana saya telah berjumpa DSP Jude dan DSP Jude telah memberi taklimat kepada saya tentang keperluan siasatan.
Q: Apa tindakan kamu di situ?
A: Seterusnya saya telah melawat ke kawasan kondo di mana terdapat 2 pusat CCTV, yang pertama di pejabat pengurusan kondo dan yang kedua di guard house. Semasa lawatan tersebut, saya telah di bawa oleh DSP Jude dan seorang pegawai pengurusan kondo berkenaan iaitu En. Mohd Aris b. Haji Ahmad.
Q: En. Mohd Aris ini kamu boleh cam jika ditunjukkan?
A: Boleh.
Q: Adakah ini orangnya?
A: Ya.
En. Mohd Aris b. Haji Ahmad dicamkan.
Q: Boleh ceritakan serba sedikit tentang sistem kawalan litar tertutup di tempat tersebut?
A: Saya telah diberi taklimat oleh En. Aris berkenaan sistem CCTV yang terdapat di Kondominum Desa Damansara. Ada dua sistem di sana. Sistem pertama terletak di pejabat pengurusan kondominum dan sistem kedua terletak di guard house. Dalam taklimat yang diberikan oleh DSP Jude, beliau memerlukan beberapa tarikh di mana gambar-gambar dari CCTV perlu diambil. Oleh kerana perkara tersebut memerlukan masa yang panjang saya telah meminta En. Aris memperkenalkan saya siapa ;pengurus sistem atau siapa yang menjaga sistem tersebut. Menurut En. Aris, sistem tersebut dijaga oleh En.Tan Tong Yean daripada salah sebuah syarikat yang membekalkan CCTV ke kondominium.
Q: En. Tan Tong Yean ini kamu boleh camkan sekiranya saya tunjukkan?
A: Boleh.
Q: Adakah ini orangnya?
A: Ya.
En. Tan Tong Yean dicamkan.
Q: Kita pegi ke sistem CCTV di guard house. Boleh ceritakan mengenai kedudukan kameranya, CPUnya?
A: Di guard houase terdapat satu sistem CCTV dimana mengandungi 5 kamera yang mengambil gambar kereta masuk dan mengambil gambar kereta keluar.
Q: Ada catat kamera mana yang ambil gambar kereta masuk dan kamera mana yang ambil gambar kereta keluar?
A: Kamera 4, 3,dan 1 mengambil gambar kereta masuk. Kamera 2 dan 5 mengambil gambar kereta keluar dari kawasan kondominium.
Q: Bagaimana kedudukan CPU tersebut?
A: CPU berada di dalam guard house dan dikawal oleh sistem CPU yang berjalan menggunakan operating system Windows XP.
Q: Apakah imej-imej yang diambil oleh kamera-kamera tersebut?
A: Imej-imej yang diambil adalah kesemua kereta yang masuk ke dalam kondo dan imej-imej yang keluar dari kawasan kondo .
Q: Bagaimana kedudukan kamera, hala ke mana?
A: Kamera di pintu masuk ada 3. Ada kamera menghala ke hadapan kereta, ada kereta yang menghala ke pemandu kereta, dan ada kamera yang menghala ke belakang kereta.
Q: Adakah ACP tahu kamera mana yang menghala ke kereta, kamera mana yang menghala ke pemandu?
A: Itu saya tak dapat ingat.
Q: Bagaimana dengan kedudukan kamera yang mengambil gambar kenderaan keluar dari kawasan kondo?
A: Di kedudukan keluar sama juga, ada kamera yang menghala ke bahagian pemandu dan ada kamera yang menghala ke bahagian belakang kereta.
Q: Sekarang kita pergi yang di pejabat pengurusan. Boleh cerita serba sedikit mengenainya?
A: Di pejabat pengurusan terdapat satu CPU yang mengawal CCTV. Saya dapati ada 2 buah kamera yang diperlukan oleh pegawai penyiasat iaitu kamera 1 dan kamera 8 yang terdapat di bahagian lif untuk naik ke kondominium. Kamera 1 merakamkan gambar di passenger lif dan kamera 8 merakam gambar di cargo lif.
Q: Cargo lif dan passenger lif ini dimana kedudukannya?
A: Berada di dalam bangunan kondominiim.
Q: Sebelah menyebelah ataupun berlainan tempat?
A: Lif tersebut berada sebelah menyebelah.
Q: Bagaimanakah cara bagi seseorang untuk masuk ke kondominium tersebut?
A: Saya difahamkan oleh En. Mohd Aris, untuk masuk ke kawasan kondominium mereka memerlukan access card dan untuk masuk ke kawasan lif juga memerlukan access card.
Q: Dan sekiranya seseorang tidak mempunyai access card boleh access?
A: Saya tak pasti, cuma diberitahu masuk menggunakan access card.
Q: Bagi kedudukan kamera di cargo lif dan di passenger lif, di mana CPU nya terletak?
A: CPU bagi kedua-dua kamera terletak di pejabat pengurusan kondominium.
Q: ACP ada sebut sebentar tadi bahawa kamera CCTV di lif ialah kamera 1 dan kamera 8.
A: Ya. Mengikut catatan saya.
Q: Bukan 7?
A: Saya tak pasti. Mengikut di sini berlaku … (semak ID). Mengikut catatan saya kamera 8.
Q: Dan dimana kedudukan CPU untuk keduadua kamera ini?
A: Di pejabat pengurusan kondominium.
Q: Ada pergi ke situ?
A: Ada, saya ada melawat ke pejabat pengurusan kondominium untuk melihat kedudukan CPU tersebut.
Q: Apa tindakan seterusnya?
A: Setelah melihat sistem tersebut, saya telah menasihatkan pegawai penyiasat untuk merampas kedua2 hard disk tersebut kerana kita tidak boleh membuat preview di situ kerana melibatkan masa yang amat panjang. Atas dasar tersebut saya telah membuat keputusan untuk membuat proses cloning ke atas kedua-dua hard disk tersebut supaya kami boleh merampas the original hard disk tersebut.
Q: Untuk tujuan tersebut, bantuan siapa yang dipohon?
A: Untuk melaksanakan tugas tersebut saya telah menghubungi En. Asmawi bagi mendapatkan bantuan dari Cyber Security untuk menjalan cloning ke atas dua hard disk iaitu hard disk di pejabat pengurusan kondominium dan hard disk di guard house.
Q: Siapa yg datang dari Cyber Security?
A: 1. Zamri Adil b. Alib
2. Mohd Izzuan Effenddy Yusof
3. Mohd Shahrizuan Omar
Q: Boleh camkan mereka jika ditunjukkan?
A: Boleh.
Q: Adakah ini 2 daripada 3 orang tersebut?
A: Ya.
Mohd Zabri Adil b. Talib dan Mohd Shahrizuan b. Omar dicamkan.
Q: Ada beri apa-apa taklimat kepada mereka?
A: Saya ada memberi taklimat kepada Cyber Security meminta bantuan mereka menjalankan cloning ke atas dua hard disk. Hard disk pertama di pejabat pengurusan kondominum saya telah minta bantuan En. Zabri dan untuk hard disk di guard house saya telah meminta bantuan En. Shahrizuan untuk membuat proses cloning tersebut.
Q: Selepas itu apa yang berlaku?
A: Sebelum itu saya telah berbincang dengan pegawai penyiasat bahawa kedua-dua pegawai dari Cyber Security akan menjalankan proses cloning. Tujuan proses cloning ini adalah supaya hard disk yang diklon dapat diserahkan kepada pihak kondominium supaya mereka boleh beroperasi secara biasa dan dalam masa yang sama pegawai penyiasat dapat merampas kedua-dua hard disk tersebut.
Proses cloning pertama di pejabat pengurusan bermula pada 7.05 p.m. dan selesai pada 10.32 p.m. Proses cloning di guard house pada 7.48 p.m selesai pada 9.04 p.m. Selepas selesai proses cloning dibuat, pegawai penyiasat telah menjalankan rampasan ke atas kedua-dua hard disk yang original.
Q: Adakah kamu menyelia proses cloning ini?
A: Sepanjang cloning di jalankan saya berada di tempat kejadian on and off. Kadang-kadang saya berada di pejabat pengurusan dan jkadang-kadang saya melihat proses di guard house.
Q: Hard disk asal dirampas oleh DSP Jude?
A: Hard disk asal telah dirampas oleh pegawai penyiasat. Hard disk asal yang dirampas di guard house pada 7.48 p.m. ialah jenis Seagate Baracuda 7200.8, [] ST3200826A, siri no. 5NB2WM5C kapasiti 200G. Hard disk kedua di pejabat pengurusan, hard disk Western Digital model W-D5000AAKS, siri no. WCAPW0788419, kapasiti 500 G. Kedua-dua hard disk ini telah dirampas oleh DSP Jude dari pegawai pengurusan kondominium, En. Mohd Aris.
Q: Boleh cam hard disk asal jika ditunjukkan?
A: Ya. Saya ada catitkan no sirinya.
MH: Saya mohon saksi lihat kepada hard disk asal, P67C dan P68C.
Q: Kedua-dua hard disk ini nombor sirinya sama semasa rampasan?
A: Ya.
P67C dan P68C dicamkan.
Q: Original hard disk dirampas selepas atau sebelum proses cloning?
A: Hard disk asal dirampas apabila proses cloning selesai.
Q: Bilakah proses cloning selesai bagi kedua-dua hard disk?
A: Masa kedua-dua proses cloning selesai berbeza kerana proses cloning dijalankan di dua tempat yang berbeza. Proses cloning hard disk di guard house selesai pada 9.04, dan proses cloning di pejabat pengurusan kondominium selesai pada 10.32 p.m.
Q: ACP ada sebut bahawa kamera dalam lif ialah kamera 1 dan kamera 8 tetapi apabila video dimainkan, ianya menunjukan kamera 7 dan kamera 8.
A: Saya tidak melihat gambar-gambar secara teknikal di dalam rakaman tersebut, maklumat ini diperolehi daripada pegawai pengurusan kondominium. Saya cuma memastikan hard disk tersebut dapat dirampas oleh pegawai penyiasat.
Q: Apabila proses klon dilakukan, ada apa-apa kesan terhadap hard disk asal?
A: Apa yang saya faham ialah apabila proses klon ini dijalankan, ia akan mebuat satu salinan hard disk sama seperti mana salinan asal. Tujuan kami membuat cloning adalah supaya pihak kondominium dapat beroperasi seperti biasa. Kita tak nak bila kita ambil hard disk, mereka tak boleh operate sebab dalam hard disk tersebut mengandungi software dan juga operating system bagi CCTV.
Q: Boleh jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “operasi dalam keadaan biasa”?
A: Sekiranya pihak polis pada ketika itu terus mengambil hard disk tersebut, maka sistem CCTV di kondominium tidak akan dapat pihak kondominium tidak dapat berjalan seperti biasa disebabkan hard disk telah diambil. Jadi, untuk membolehkan mereka beroperasi seperti biasa, kita membuat satu cloning dan apabila selesai proses cloning, kita serah hard disk yang klon kepada pihak pengurusan dan mengambil hard disk asal.
Q: Ada apa-apa kesan pada hard disk asal selepas cloning?
A: Tidak.
Q: Jadi, apa yang ada dalam hard disk asal adalah sama, tidak ada perubahan apa-apa data ke atasnya?
A: Tidak.
MH: Itu sahaja soalan pihak pendakwa.
Pemeriksaan balas SP9 oleh SN.
Q: ACP telah merujuk kepada ID ACP dan telah nyatakan bahawa ACP telah mencatit kamera pada lif adalah kamera 1 dan 8. Boleh saya lihat bahagian itu sahaja pada ID tersebut?
A: Ya.
SN merujuk kepada ID ACP Fadzil berkenaan nombor kamera CCTV.
SN: YA, itu sahaja soalan saya.
Pemeriksaan semula oleh MH.
Q: Apabila ACP ke tempat kejadian dan tengok CPU di pejabat pengurusa,…
SN: Objection, YA. I think I only ask one question.
YA: Ya. Tapi tak tahu related ke tak. []
MH: Yes. Just to introduce.
Q: ACP diberitahu oleh pihak pengurusan bahawa ianya adalah kamera 1 dan 8. Apabila ACP pergi ke tempat kejadian dan lihat kamera tersebut, apakah yang terdapat pada skrin di pejabat pengurusan?
A: Saya tidak melihat skrin. Saya cuma menasihat apa yang dibuat.
Q: Dengan kata lain, ACP tak tengok skrin tersebut?
A: Saya tengok, tapi saya tak pasti nombor pada skrin.
Q: Bagaimana ACP tahu seperti mana yang dicatitkan bahawa ianya adalah kamera 1 dan kamera 8?
A: Saya dapat tahu daripada pengurus kondo, iaitu En. Mohd Aris.
Q: ACP sendiri tidak periksa untuk pastikan nombor kamera?
A: Tidak.
MH: Itu sahaja soalan saya.
YA: Can we release him?
SN: Yes.
MH: Saksi seterusnya SP10, Mohd Zabri Adil bin Talib, 32 tahun, bekerja sebagai Ketua Jabatan Forensik Digital di Cyber Security.
SP10 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
Q: Pada 30 Jun 2008, adakah Encik bertugas di tempat yang sama?
A: Ya.
Q: Sebagai apa ketika itu?
A: Pengurus Operasi Jabatan Forensik Digital.
Q: Sejak bila bertugas di Cyber Security?
A: Semenjak May 2005, bermula sebagai juruanalisa Forensik Digital.
Q: Sekarang jadi Ketua Jabatan Forensik sejak bila?
A: Berkuatkuasa sejak dari 1 Jan 2011.
Q: Ketika itu semasa bertugas sebagai Pengurus Operasi, boleh beritahu apakah bidang tugas?
A: Memastikan segala perjalanan operasi, member servis forensic digital kepada agensi penguatkuasaan di Malaysia, berjalan lancar.
Di samping itu juga, saya bertanggungjawab memberi latihan forensic digital kepada pegawai penguatkuasa, Pegawai Pendakwa dan juga Hakim, juga memberi keterangan di Mahkamah sekiranya diperlukan.
Q: Cyber Security ini adalah satu agensi kerajaan ataupun swasta?
A: Agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.
Q: Fungsi Cyber Security?
A: Menjadi pusat rujukan apa-apa berkaitan dengan keselamatan cyber.
Q: Matlamat?
A: Untuk menjadi pusat rujukan di mana kita dapat memberikan khidmat kepakaran dalam perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan computer termasuklah servis forensic digital.
Q: Apakah kelayakan Encik?
A: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, pengkhususan dalam system komputer daripada Universiti Teknologi Malaysia pada 2001. Saya juga memiliki pertauliahan professional iaitu GCFA, GX Forensic Certified Analyst dan juga EMCE iaitu Endcase Certified Examiner.
Q: Sijil pentauliahan GCFA, apakah peranannya, kepentigannya?
A: Seperti lesen memandu antarabangsa sepertinya dianalogi dalam bidang forensic, yang mana, pengetahuannya adalah lebih meluas, manakala ENCE lebih focus pada produk Endcase (peralatan utama yang digunakan dalam pemeriksaan forensic digital).
Q: Pengalaman Encik dalam siasatan forensic digital?
A: Saya terlibat dalam hampir kesemua kes yang dilaporkan ke Jabatan kami, di mana pihak cyber security memberi bantuan kepada kesemua Agensi Penguatkuasaan di Malaysia, dan saya juga pernah memberi keterangan di mahkamah seperti di kes profil tinggi Altantuya dan juga kes siasatan pita Linggam.
Q: Pengalaman dalam perkara CCTV?
A: Saya pernah memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang melibatkan perkara CCTV, di mana kes tersebut melibatkan VCD haram di mana bungkusan tersebut ada gambar saspek sedang menguruskan VCD haram.
Q: Keterangan di Mahkamah berapa kali dan adakah dia diterima?
A: Sebanyak 11 kali, dan saya percaya keterangan saya diterima oleh Mahkamah.
Q: Pada 30 Jun 2008, bolehkan Encik beritahu apa yang berlaku pada hari tersebut?
A: Pada hari tersebut, Ketua Jabatan saya, Encik Aswami telah memberikan arahan pada jam lebih kurang 3.30 petang, untuk memberikan bantuan kepada pihak Makmal Forensik Cheras dan saya ditemani oleh dua staff daripada jabatan saya iaitu Encik Mohd Sharizuan dan Encik Mohd Izuan Effendi tiba di tempat kejadian dalam pukul 4.30 petang.
Q: Encik Sharizuan boleh dicamkan?
A: Boleh.
Q: Encik Izuan, adakah dia ada datang ke Mahkamah?
A: Tidak, beliau ada tugas di Perak.
Q: Adakah ini Encik Mohd Shahrizuan?
A: Ya.
SP10 mengecam Mohd Shahrizuan.
Q: Apa berlaku di tempat tersebut ketika sampai?
A: Ketika sampai, saya berjumpa dengan Tuan Fadzil dan beliau telah memberikan taklimat asas berkenaan dengan bantuan yang diperlukan oleh pihak Makmal Forensik Cheras.
Q: Apakah bantuan yang diperlukan?
A: Bantuan yang diperlukan adalah melakukan proses evidence preservation terhadap dua system CCTV yang berada di lokasi kejadian di mana beliau telah menekankan bahawa proses klon harus dijalankan ke atas kedua-dua system CCTV tersebut.
Q: Apakah CCTV yang dimaksudkan ACP Fadzil?
A: Yang pertama adalah CCTV yang memantau kenderaan keluar masuk ke dalam dan keluar daripada kondominium tersebut, iaitu CCTV di Pondok Pengawal dan CCTV yang kedua adalah CCTV yang memantau kegiatan keluar masuk manusia di lif dipercayai di kondo tersebut.
Q: Jelaskan apa maksud proses pengklonan?
A: Proses copy bit to bit, ia berbeza daripada copy secara biasa, di mana jika kita copy secara biasa, data-data aktif je yang kita ambil. Manakala dalam proses cloning, dia akan menyalin data aktif dan data tak aktif iaitu data yang telah di delete. Apabila proses pengklonan berlaku, 100% data dalam harddisk asal akan disalin ke dalam harddisk kedua. Itulah dia proses klon.
Q: Bila berlaku pengklonan ini, adakah terdapat kesan pada harddisk asal?
A: Tidak. Harddisk asal tidak akan terjejas, kerana kami menggunakan peralatan forensic yang telah diiktiraf dan tidak akan menambah atau mengurangkan apa-apa data daripada forensic yang asal.
Q: Apakah peralatan yang digunakan?
A: Hard disk imager, jenama Voom, model hardcopy dua.
Q: Adakah ini peralatan yang biasa digunakan?
A: Ya, bukan di Cyber Security sahaja, malah di seluruh dunia, oleh para pengamal forensic digital.
Q: Adakah ia menggunakan penggunaan biasa di Cyber Security?
A: Ya ia adalah peralatan yang biasa digunakan.
Q: Boleh ceritakan apa yang berlaku berkenaan dengan proses pengklonan?
A: Setelah menerima arahan daripada Tuan Fadzil, saya mengarahkan pegawai saya, EncikSharizuan untuk melakukan proses evidence preservation di pondok pengawal, di mana saya akan preserve evidence di management office.
Q: Boleh beritahu apakah tindakan yang diambil untuk evidence preservation?
A: Evidence preservation ini mengikut system standard operating kami, sekiranya system computer tersebut sedang aktif ataupun on, pertama sekali kita akan mengambil data-data seperti masa, time offset iaitu perbezaan masa computer tersebut dengan masa sebenar, dan juga network connection seperti IP address, prosess-prosess yang sedang berjalan, servis yang sedang berjalan dan juga data-data berkaitan dengan memori. Di mana sekiranya system computer tersebut dipadamkan, data-data tersebut tidak boleh didapatkan semula.
Q: Encik ada sebut telah mengurus harddisk di pejabat pengurusan. Boleh beritahu apa tindakan Encik untuk preserve keterangan di sini?
A: Setelah saya ambil data daripada computer tersebut, saya telah mengesahkan lokasi kamera yang terlibat daripada CCTV tersebut, kemudian saya telah membuat proses screen shot berkenaan dengan data-data berkaitan dan setelah dapat kebenaran dari IO, saya kemudian telah mematikan system tersebut, saya keluarkan harddisk dari system komputer tersebut, dan proses pengklonan telah dilakukan di dalam pejabat pengurusan, dengan harddisk dihubungkan dengan peralatan harddisk imager tadi, di mana harddisk imager tersebut juga dihubungkan dengan harddisk klon.
Q: Encik telah ambil data-data di computer. Boleh jelaskan?
A: Data yang diambil ialah time offset, iaitu saya pastikan bahawa masa system computer tersebut sama atau tidak dengan standard time Malaysia.
Q: Untuk tujuan tersebut, apakah yang Encik lakukan?
A: YA, Saya mohon rujuk kepada fail saya. Pada masa tersebut, untuk maklumat pejabat pengurusan, saya telah mendapati, masa yang direkod oleh system computer tersebut adalah17.59.15. Dalam proses ini saya akan cek notebook di mana notebook ini masa dia telah saya synchorise kan dengan Malaysian Standard Time, di mana masa sebenar pada ketika itu ialah 18.18.15, di mana saya telah dapati bahawa system computer tersebut, masanya lewat 19 minit. Jadi untuk analisa atau memeriksa apa-apa data dari computer tersebut, masa harus ditambah 19 minit untuk mendapatkan masa sebenar apa-apa kejadian yang berlaku di system computer tersebut.
Q: Masa standard time ini diperolehi oleh computer Encik, bagaimana masa itu ditentukan?
A: Jam di notebook saya telah diselarikan dengan masa Malaysia melalui laman web SIRIM Jabatan Metereologi. Di mana jam yang digunakan di situ, ialah jam atomic yang sangat tepat, yang mana kita dapat selarikan masa di computer kita.
Q: Ianya bukan masa yang Encik set kan sendiri, tetapi masa dari website SIRIM?
A: Ya, bukan, bila kita click button synchronise, dia automatically reset masa di notebook tersebut mengikut masa di server SIRIM.
Q: Cuba lihat gambar P5C. Masa yang dicatit itu adalah masa pada apa, yang dicetak pada harddisk klon? Apa masa yang dicatatkan?
A: 14.42.03.
Q: Dan Encik kata tadi untuk jadi masa standard, kena tambah lagi 19 minit ya?
A: Ya.
Q: Boleh jelaskan berpandukan gambar ini?
A: Gambar ini diperolehi daripada gambar computer system CCTV tersebut, jadi sekiranya kita ingin lakukan pemeriksaan bagi fail ini, setiap tarikh ataupun time stand yang dicetak oleh system computer tersebut perlulah ditambah dengan 19 minit lagi. Dalam kata lain, kejadian sebenar ketika rakaman ini dilakukan adalah pada jam 15.10.13, di mana kita perlu tambah 19 minit lagi.
Q: Dalam kata lain, masa di CCTV tersebut adalah lewat compare to Malaysian Standard Time?
A: Yes. Lewat 19 minit.
Q: Jadi untuk CCTV di pejabat pengurusan, setiap masa mesti ditambah 19 minit?
A: Ya, setiap apa fail yang dilakukan di system computer tersebut, perlulah ditambah dengan 19 minit lagi.
Q: Bagi masa yang terdapat pada bilik pengurusan itu, siapa yang tentukan masa?
A: Pada pendapat saya, ia adalah oleh orang yang pertama sekali install computer tersebut, iaitu Windows. Masa first time kita install, ia akan minta kita set tarikh dan masa. Dan sekiranya ia tidak pernah diubah semula atau disynchroniseken kan balik, ia akan kekal sebegitu sehinggalah bateri di motherboard tersebut habis.
Q: Apa yang berlaku pada harddisk yang diklonkan?
A: Telah dimasukkan semula ke dalam system CCTV tersebut untuk memastikan system CCTV tersebut berfungsi seperti sedia kala dan harddisk asal telah diserahkan kepada Tuan Fadzil.
Q: Boleh camkan harddisk ini?
A: Boleh.
Q: Ada catit serial number hard disk asal ini?
A: Berjenama Western digital, serial number WCADWO788419. Kapasiti 500GB.
Q: Cuba lihat P67C. Adakah ini harddisk yang sama?
A: Ya.
Q: Berkenaan dengan CCTV di guardhouse, siapa yang membuat pemeriksaan?
A: Saya telah mengarahkan Encik Shahrizuan Omar untuk memberi bantuan penuh kepada Tuan Fadzil dalam usaha untuk preserve exhibits di sana.
Q: So, dia yang melakukan pemeriksaan semua?
A: Yes, dan ia telah dikembalikan kepada saya apabila telah selesai.
MH: YA, itu sahaja soalan pihak pendakwa.
Cross examination SP10.
Q: Ada 19 minit perbezaan di antara komputer dengan system computer?
A: Sistem computer CCTV tersebut, dengan system masa yang telah diselarikan.
Q: Encik telah pergi ke tempat kejadian ya, adakah kamera ini, dihubung direct kepada hard disk ini?
A: Ya.
Q: Ada CPU di sana?
A: Ada.
Q: Di lift dan juga di guardhouse?
A: Ya.
Q: Apa Operating System yang digunakan?
A: Windows XP. Kedua-duanya gunakan windows XP YA.
Q: Ada apa-apa specific software?
A: Untuk CCTV system? Dipercayai jenama dia di pejabat pengurusan ialah GV800, dan GV600 di pondok pengawal.
Q: Dipercayai je lah, tak boleh disahkan?
A: Emmm. Ya, saya percaya.
Q: Ada tak apa-apa tindakan untuk menentukan kalau system ini beroperasi dengan sempurna?
A: Tiada.
Q: Masa yang sedia ada, yang Encik nampak, ada perbezaan di antara berapa kamera dengan berapa kamera? Berapa kamera yang sama, dan berapa kamera yang tak sama? Within the kamera system in the condo.
A: Secara automatic perisian CCTV tersebut akan mengambil masa di system computer tersebut sebagai rujukan utama.
Q: Tapi yang sedia ada itu, dan menunjukkan ada perbezaan lah, antara kamera 1, 5, dan 7, dan 8?
A: Sepatutnya tiada perbezaan.
Q: So, maksudnya encik telah mendapati semua computer tidak synchronise satu sama lain.
A: Saya tidak setuju, sebab apabila software perisian CCTV tersebut telah diinstall, tidak kira berapa kamera yang berapa yang dihubungkan..(tak sempat bagi jawapan)
Q: Tapi kamera-kamera itu sepatutnya sama masa, tidak boleh berlainan, setting mesti betul ya.
A: Yes.
Q: Di sini, ada yang menunjukkan 19 minutes awal, dan camera di guardhouse guna masa yang lain pulak. Mana yang betul?
A: Dua-dua tak betul.
SN: Tiada soalan lagi, YA.
Re-examination SP10.
Q: Masa yang dirakam pada CPU itu, adakah itu masa kamera atau masa CPU?
A: Masa CPU.
Q: Ada atau tidak masa pada kamera?
A: Kamera tidak membekalkan apa-apa data mengenai masa. Kamera cuma merakam sahaja.
Q: Kenapa masa pada bilik pengurusan dan di guardhouse berlainan?
A: Pada pendapat saya, system computer tersebut diinstall oleh dua individu yang berbeza.
Q: Komputer yang sama?
A: Komputer yang berbeza.
Q: Sebab itu masa yang dirakam berlainan?
A: Ya.
Q: Saya pohon kebenaran YA untuk tanya satu soalan yang baru. Iaitu nombor kamera pada lift itu. Subject to cross.
SN: No objection.
Q: Ada tengok nombor kamera yang dirakam pada lif? CCTV di bilik pengurusan.
Q: Ada Encik tengok pada skrin tentang number di lift?
A: Ada tapi saya tidak bawak rekod dia ah.
MH: Itu sahaja soalan saya YA. Pohon saksi dilepaskan.
YA: Saksi boleh turun ya
[11.24 a.m] Stand down
[12.07 p.m] Kes dipanggil semula.
MH: Dengan izin, saya pohon panggil saksi seterusnya, SP11, Mohd Sharizuan Omar, (juruanalisa di Cyber Security Malaysia, berumur 28 tahun)
SP11 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
EIC SP11.
Q: Pada 30. Jun 2008, adakah encik bertugas di Cyber Security?
A: Ya.
Q: Sebagai apa?
A: Juruanalisa.
Q: Sejak bila bertugas di situ?
A: Januari 2008.
Q: Sebagai juruanalisa, apakah bidang tugas?
A: Bidang tugas sebagai jurualisa ialah membuat analisa forensic dan memberi latihan dalam video forensic atau computer forensic.
Q: Untuk menjadi juruanalisa, apa kelayakan yang diperlukan?
A: Saya berkelayakan Sarjana Muda dari USM dan saya telah mendapat pelbagai latihan forensic, video forensic dan audio forensic di dalam negara dan luar negara.
Q: Sarjana Muda dalam bahagian apa?
A: Sains Komputer.
Q: Adakah Encik ada menjalankan apa-apa analisa dalam video dan audio forensic sebagai juruanalisa? Apakah analisa yang telah dilakukan oleh Encik?
A: Sebagai juruanalisa, kebiasaannya saya akan melakukan penambahbaikan kepada imej-imej forensic ataupun audio fail, dan saya boleh juga melakukan extraction daripada CCTV system.
Q: Boleh Encik beritahu apa penganalisaan yang telah dilakukan oleh Encik? Sepanjang bertugas sebagai juruanalisa?
A: Sepanjang saya bekerja di Cyber Security, saya banyak melakukan video forensik melibatkan CCTV, kes audio yang melibatkan pengecaman suara, kes-kes komputer forensik.
Q: CCTV ini, boleh beritahu apa penganalisaan yang telah dilakukan.
A: CCTV adalah system computer, oleh itu pemeriksaan terhadap CCTV adalah sama seperti pemeriksaan yang dilakukan untuk computer forensic. So, bagi CCTV kita akan melakukan proses cloning semasa melakukan pemeriksaan terhadap CCTV.
Q: Pada 30.6.2008, bertugas? Apa berlaku pada hari tersebut?
A: Saya telah mendapat arahan daripada Ketua Jabatan saya iaitu Encik Aswami, iaitu saya bersama-sama dengan Encik Mohd Zabri dan Izuan Efendi untuk pergi ke sebuah kondo di Damansara untuk membantu pihak polis dalam siasatan ini.
Q: Encik ada pergi ke kondo tersebut?
A: Ya.
Q: Boleh beritahu apa yang berlaku di situ.
A: Saya tiba di tempat kejadian pada jam 4.30 petang dan setibanya di sana, kami iaitu saya, Encik Mohd Zabri dan Izuan Effendi telah diberi keterangan oleh Tuan Fadzil mengenai kes pada hari tersebut. Dan saya telah diberi arahan oleh Encik Mohd Zabri untuk membantu Tuan Fadzil untuk membuat pengklonan CCTV di guard house.
Q: Adakah Encik melakukan pengklonan tersebut?
A: Ya, di guardhouse pada pukul 7.48, dan selesai pada pukul 9.04 malam.
Q: Ada tak Encik ambil apa-apa tindakan untuk preserve keterangan?
A: Saya telah mencatatkan time offset di CCTV guardhouse.
Q: Apa tindakan yang dilakukan berkenaan dengan time offset ini?
A: Time offset dicatatkan dengan dibandingkan masa CCTV di guardhouse dengan masa laptop yang saya bawa dari CS. Laptop tersebut telah disynchronise kan masa dengan masa yang disedia oleh SIRIM. Kemudian saya mencatat masa CCTV dan banding dengan masa laptop tersebut.
Q: Apa yang Encik dapati?
A: YA, saya mohon untuk memohon merujuk pada rujukan saya.
Masa CCTV di guardhouse iaitu pada 07.28.00, kemudiaan masa laptop ialah 07.37.15. Hasil daripada pemeriksaan ini, didapati masa di CCTV system lewat 9 minit 19 saat.
Q: Dan Encik kata telah merujuk kepada masa pada laptop? Apa yang dilakukan pada masa pada laptop ini?
A: Masa di laptop telah di synchronise sebelum tiba di tempat kejadian, dengan pada masa pada laman web jabatan meteorology yang disediakan oleh SIRIM.
Q: Boleh Encik beritahu apa yang dilakukan untuk synchronise masa itu?
A: Saya telah membuka setting pada jam laptop tersebut, dan kemudian connect pada internet, dan synchrosice kepada laman web http//: mst.sirim.my, di mana masa laptop saya synchronise kepada laman web yang disediakan oleh SIRIM itu.
Q: Masa yang Encik beritahu ini, masa pada laptop atau masa yang ditunjuk pada website SIRIM itu?
A: Selepas di synchrosnise, masa di laptop akan menyamai masa ditetapkan SIRIM.
Q: Encik tadi kata masa pada CCTV itu lewat 9 minit 15 saat. Cuba lihat pada gambar P5A, boleh Encik beritahu tentang masa yang dicetak pada gambar ini?
A: 14.47.13.
Q: Jadi, masa CCTV ini lewat. Jadi macam mana kita mahu buat kiriman masa sebenar?
A: Dengan menambah 9 minit 15 saat [] gambar A.
Q: Jadi kalau ikut perkiraan Encik, masa yang sebenarnya?
A: 14.56.28
Q: Dengan kata lain, untuk setiap masa yang ditunjukkan oleh CCTV mesti ditambah 9 minit?
A: Ya benar.
Q: Dan daripada masa yang ditunjukkan oleh SIRIM diperolehi?
A: Masa itu ditentukan oleh Jabatan Metereologi menggunakan jam atomic.
Q: Adakah ia Malaysian Standard Time?
A: Ya.
Q: Selain mendapatkan masa dan tarikh pada rakaman tersebut, apa tindakan lain untuk preservation keterangan tersebut? Ada ambil nombor siri pada harddisk ini?
A: Setelah selesai proses pengklonan, saya telah mencatat maklumat harddisk original CCTV sistem di guard house.
Q: Sistem CCTV di guardhouse ini, apa peralatan yang ada?
A: CPU CCTV system di guard house, menggunakan Microsoft XP, CCTV system yagn digunakan GV600, kemudian jumlah kamera yang digunakan saya tidak pasti tetapi mengikut catatan saya, bagi pintu masuk, kamera yang terlibat iaitu kamera 1, 4 dan 3. Pintu keluar, melibatkan kamera 2 dan 5. CPU berada di dalam guard house.
Q: Semasa Encik melihat system CCTV tersebut, adalah dia beroperasi ketika itu?
A: Ya.
Q: Adakah rakaman yang dibuat oleh CCTV tersebut berjalan dengan baik?
A: Ya.
Q: Selepas proses pengklonan, apa tindakan Encik? First, evidence preservation. Selepas tu pengklonan. Boleh beritahu apa tindakan yang dilakukan semasa proses pengklonan?
A: Sebelum proses pengklonan, saya telah mengambil masa offset kemudian saya telah shut down kan CPU tersebut dan mengeluarkan harddisk original, kemudian dengan menggunakan forensic tool iaitu Voom hardcopy 2 iaitu yang melakukan proses pengklonan hard disk original kepada hard disk baru. Tujuannya adalah untuk menggantikan hard disk original kepada harddisk baru tersebut yang mana harddisk baru tersebut akan digantikan ke dalam CCTV system guard house. Harddisk original, saya beri kepada Tuan Fadzli.
Q: Adakah terdapat kesan pada harddisk original apabila dilakukan pengklonan?
A: Tidak ada.
Q: Segala data akan dipreserve?
A: Ya dan tiada sebarang kejadian akan terjadi sebab kami guna forensic tool
Q: Ada catit harddisk asal?
A: Ya, saya ada catat butiran, iaitu model, serial number dan saiz kapasiti tersebut.
Q: Boleh beritahu apa model dan juga nombor siri?
A: SEAGATE BARRACUDA model ST320086A, saiz 200GB, serial number 5ND2W105C.
Q: Sekiranya saya tunjuk harddisk ini, boleh camkan?
A: Ya, boleh sebab saya catit serial number ini.
Q: Cuba lihat P68C. Adakah ini harddisk tersebut?
A: Ya.
Q: Tadi Encik kata Encik pergi ke tempat kejadian, apa nama tempat dia?
A: Kondominium Desa Damansara.
Q: Harddisk asal telah serah kepada Tuan Fadzil?
A: Ya.
Q: Dia yang camkan Encik tadi, semasa dia beri keterangan?
A: Ya.
Q: Yang klon tu apa jadi?
A: Hard disk klon tersebut saya telah beri kepada CCTV sistem di guardhouse.
Q: Apabila masuk dalam system, adakah system itu beroperasi semula?
A: Selepas dipasang semula oleh saya dan CCTV tersebut beroperasi seperti sediakala.
MH: Itu saja soalan pihak pendakwa, YA.
Cross examination SP11.
SN: Encik ada beritahu keterangan tadi, ada menerima kursus di dalam dan luar negara, dan berkelulusan dalam computer sains. Berapa lama pengalaman Encik dalam bidang forensik ini?
A: Sehingga sekarang? Sejak bekerja di Cyber Security, pada Januari 2008.
Q: Encik telah beritahu tadi, berapa kali ada beri keterangan di mahkamah?
A: Saya telah dipanggil ke Mahkamah beberapa kali, tetapi untuk memberi keterangan, sebanyak 1 kali, pada awal tahun 2011.
Q: Tadi Encik kata CPU di guardhouse beroperasi dengan sempurna. Adakah encik mengambil gambar screenshot CPU di guardhouse?
A: Tidak.
Q: Ada tak ambil screenshot masa di laptop yang diambil oleh jam atomic itu, dengan masa di computer CPU guardhouse untuk bandingan?
A: tidak.
Re examination SP11.
MH: Saya tiada soalan YA. Pohon saksi dilepaskan.
YA: Ok, saksi boleh balik.
MH: Saya ada lagi 2 saksi, YA.
YA: Kita sambung petang lah, 2.30. So in the meantime, lunch hour you all tak boleh pergi mana lah, or you come back at 2.30, yang tu sekejap je kan? Kalau you all dah tengok and menda tu sama, buat apa lagi? That will be the copy of hard disk je. Never mind. So, must I present atau tidak, untuk tengok menda tu?
SN: No, they can cross later.
YA: So you orang tengok ya.
[12.35]: Stand down.
[2.49 pm] Kes disambung semula.
SN: We checked what was played in the screen and what is with us is different.
YA: The way to put it is to ask the person who made the copies why it is different and cross-examined her. Ask her why is it different? If she says it is different from the one showed in court then we can have it marked.
SN: We have a different timing and there is one set different as played by the court
MY: What happened we supplied the still photos. Then they asked for the DVD. I have not seen the clip as either.
SN: The problem is that we have something different timing from them.
YA: Can we recall the witness later on and play it and let her see and let her confirm
SN: We have no problem with that because it is a matter of interpretation. There are two interpretations. We have a different timing and they have a different one.
YA: We call the witness later and resolve that later. In the meantime, we call other witness first.
YA: Tapi tadi DPP and counsel dah tengok tadi?
MY: It can’t be played.
SN: There are so many parts Yang Arif. We took at random. We saw some difference and we wanted to print it out but we could not.
YA: So we have to reserve one day yang… because we have to see and have it played in court. Otherwise susah. In the meantime, call the next witness.
Examination-in-chief by Tuan Hanafiah
SP12- Mohd Aris bin Hj Ahmad
Pekerjaan:Pengurus Residen di Seaville Resident di Jalan Kelang Lama
Alamat:sama dengan IC
YA: Jalan Selasih Sari 5, Presinct 3, Bandar Baru Sg Buaya Rawang?
A: ya
Umur: 46 tahun
Q: Boleh beritahu pada 30 Jun 2008 di mana kamu bertugas?
A: Di kondo servis desa damansara
Q: Di mana terletaknya kondo desa damansara ini
A: Jalan setia kasih, Bukit Damansara
Q: Ketika itu apakah jawatan yang kamu pegang?
A: Ketika itu saya bertugas sebagai pengurus residen untuk kondominium Desa Damansara.
Q: Sebagai pengurus residen Desa Damansara, apakah tugas kamu?
A: Tugas saya meliputi penyelengaraan, maintenance, kebersihan, keselamatan dan menyelia segala aduan-aduan dari penduduk atau residen kondo Desa Damansara.
Q: Dan maintenance ini adakah termasuk cctv
A: Ya, cctv
Q: Keselamatan di kondo apakah jenis keselamatan yang disediakan di kondominium tersebut
A: Dari aspek keselamatan, kami mempunyai cctv, ada access kad dan ada pengawal-pengawal yang bertugas.
Q: Dan bagi seseorang untuk masuk ke kawasan kondo bagaimana dia boleh masuk?
A: Prosidur seseorang residen dan tetamu ada dua cara. Satu tuan rumah akan bagi tau kami dia expect tetamunya. Keduanya, tetamu datang dan kami akan intercom tuan rumah dan jika tuan rumah benarkan kami benarkan.
Q: Kamu sebut intercom tuan rumah bagi tetamu yang datang secara tanpa temujanji, boleh beritahu di mana tetamu tersebut akan mendaftar dirinya?
A: Di pondok pengawal di pintu masuk
Q: Itu untuk yang berjalan kaki atau kenderaan?
A: Sama ada berjalan kaki atau menaiki kenderaan.
Q: Untuk kedua-dua jenis?
A: Ya.
Q: Intercom terletak di mana?
A: Intercom terdapat di guard post.
Q: Adakah setiap rumah ada alat intercom sendiri?
A: Ya.
Q: Dan bagi mereka yang mendiami kondo macammana cara masuk.
A: Mereka ada access card. Mereka ada dua access card. Satu untuk lif dan satu untuk kenderaan.
Q: Bagaimana kegunaan access card di guardhouse?
A: Tuan rumah kalau nak masuk ke rumah dia akan touch di tempat yang nak masuk/in. dan satu lagi bila dia dah parking kereta dia akan touch access card di pintu masuk kawasan lif lobby.
Q: Di mana dia akan sentuh access card itu?
A: Sebelum masuk lif lobby. Di pintu sebelum masuk lif lobby.
Q: Dan bagi seseorang yang tidak punya kad, bagaimana dia hendak access ke lif lobby ini?
A: Setelah dapat kebenaran dari tuan rumah, guard akan bantu mereka untuk intercom tuan rumah di lif lobby tersebut.
Q: Adakah sesiapa dapat masuk ke lif lobby tersebut tanpa access kad atau tanpa bantuan pegawal?
A: Tanpa bantuan pengawal tidak boleh.
Q: Tentang cctv di pondok pengawal, boleh kamu ceritakan bagaimana operationnya?
A: operasi cctv kami meliputi di guard house wajah mereka di rakam melalui kamera di sana.
Q: Boleh bagi tau kedudukan kamera di guard house ini?
A: Bila residen touch kamera akan capture gambar wajah. Bila mereka masuk, kamera akan capture gambar plate kereta.
Q: Nanti dulu. Masuk dulu, bagaimana?
A: Dia touch card, kemudian dia masuk.
Q: kemudian?
A: Kamera akan merakam plate kereta bila masuk.
Q: Kalau tak ada access card bagaimana?
A: Jika tidak ada access card serupa juga. Wajah dan plate kereta akan dirakam.
Q: Gambar dirakam bagaimana? Pemandu sahaja atau seluruhnya?
A: Hala pemandu sahaja.
Q: Kalau keluar bagaimana?
A: Serupa fungsinya.
Q: Gambar dicapture disimpan di mana?
A: Di computer di guard house.
Q: Tentang access card untuk vehicle, berapa dikeluarkan kepada penghuni?
A: Setiap penghuni satu access card untuk card park. Setiap penghuni ada satu car park sahaja.
Q: Door access?
A: Dua.
Q: Terhad?
A: Tidak. Sometimes, residence mahu kad tambahan mereka akan apply dan beli kad tambahan.
Q: Selain dari cctv di guardhouse di mana ada lagi?
A: Di pintu-pintu kecemasan dan dalam lif.
Q: Bagi blok 11 ada berapa cctv?
A: Saya tidak pasti.
Q: Di mana terletaknya?
A: Dalam lif.
Q: Ada berapa lif di blok 11?
A: Ada dua.
YA: Tolong cakap kuat sedikit ya.
Q: Dan kamu tahu siapa pembekal system cctv bagi kondominium Desa Damansara.
A: Golden Perfect Power
Q: Siapa yang kamu boleh kenal pasti?
A: Saya biasa berurusan dengan Philip Tan.
Q: Boleh kamu camkan, jika ditunjukkan?
A: Ya.
Q: Adakah ini orangnya?
A: ya.
Philip Tan dicamkan.
Q: Adakah kamu tahu bila CCTV dibekalkan di condo ini?
A: Tidak tahu.
Q: Penyelenggaran CCTV siapa yang lakukan?
A: Golden Perfect juga.
Q: Adakah terdapat rekod penyelengaraan?
A: Tidak .
Q: Dan sepanjang masa kamu bertugas di situ ada apa-apa masalah cctv
A: Terdapat masalah tetapi tidak selalu.
Q: Major ke minor?
A: Just minor sahaja.
Q: Pada 30 June 2008 ada masalah dgn system CCTV ini?
A: Tidak ada.
Q: Dalam kata lain ianya beroperasi dengan baik?
A: Ya.
Q: Pada tarikh 30.6.2008 adakah kamu bekerja?
A: Ya, saya bekerja.
Q: Boleh beritahu dari pukul berapa bekerja?
A: Saya masuk 8.30 pagi dan habis 5.30petang.
Q: Dan pada tarikh tersebut adakah pegawai polis yang datang berjumpa dengan kamu?
A: Ya.
Q: Siapa?
A: Tuan Jude.
Q: Jika ditunjukkan adakah kamu boleh camkan?
A: Ya.
Q: Adakah ini Supt Jude?
A: Ya.
Supt Jude dicamkan.
Q: Adakah kamu tahu apakah tujuan DSP Jude datang?
A: Dia datang hendak membuat pemeriksaan lanjut tentang system cctv kami.
Q: Boleh beritahu pukul berapa dia datang?
A: Waktu saya tak berapa pasti.
Q: Pagi/petang?
A: Dalam pagi.
Q: Sselepas atau sebelum makan tengahhari?
A: Sebelum.
Q: Adakah dia datang seorang?
A: Dia datang dengan pegawainya.
Q: Adakah dia Supt Fadzil yang camkan kamu pagi tadi?
A: Ya.
Q: Boleh beritahu apa yang berlaku bila kamu berjumpa dengan DSP Jude?
A: Saya membawa Jude untuk lihat operasi cctv kami di management office dan di guard house.
Q: Terangkan system cctv di lif blok 11?
A: Dua kamera dalam setiap satu lif. Ada dua lif.
Q: Dan cpu di mana?
A: Di pejabat pengurusan .
Q: Berapa cpu di pejabat pengurusan?
A: Ada satu cpu antara lif.
Q: Ada supt fazil minta hubungi sesiapa?
A: Dia minta saya hubungi Mr Tan.
Q: Ada Mr Tan datang ke situ?
A: ya.
A: Setelah Mr Tan datang dia tunjukkan sepenuhnya tentang penyelenggaraan operasi cctv di kondo itu.Ya, saya bersama-sama mereka sepanjang masa taklimat.
Q: Ada kamu tengok screen berkenaan lif di blok tersebut
A: ya.
Q; Ada tunjuk nombor kamera di lif itu?
A: Saya tidak pasti. Saya tidak pasti kamera mana di lif itu.
Q: Apa yang berlaku?
A: Selepas itu pihak polis buat siasatan lanjut berkenaan cctv tersebut.
Q: Ada mereka ambil apa2?
A: Dan mereka ada ambil hard disk dalam cpu. Untuk guardhouse dan management dan saya hadir.
Q: Ada pihak polis meminta kamu menandatangani apa2?
A: Pihak polis ada minta saya tandatangani borang pengambilan harddisk tersebut.
Q: Untuk kedua-dua bilik pengawal dan di bilik pengurusan?
A: Ya.
Q: kamu boleh camkan borang tersebut?
A: Insyallah boleh.
Q: Rujuk senarai pemeriksaan, cuba lihat adakah ini dokumen tersebut yang ditandatangan oleh kamu?
A: Ya.
Q: Tarikh bila?
A: 30.6.2008.
Q: Siapa pegawai polis yang membuat pemeriksaan tersebut mengikut borang ini?
A: Tuan Jude?
Q: Dan kamu tandatangan sebagai penerima?
A: ya.
Q: Dan butiran barang yang diambil adakah sama?
A: Insyallah boleh.
Q: Kamu boleh camkan hard disk ini?
A: Ya.
Q: Lihat P68C, sila lihat dan compare number sama tak?
A: Ya.
P68C dicamkan.
Q: Mohon dikemukakan senarai pemeriksaan dan ditandakan sebagai P76.
P76-senarai pemeriksaan di kondo antara SP12 Mohd Aris dan Supt Jude.
Q: Kamu ada tandatangan satu lagi senarai pemeriksaan untuk hard disk yang dirampas di pejabat pengurusan?
A: Ya.
Q: Jika ditunjukkan boleh cam?
A: ya.
Q: Adakah ini senarai pemeriksaan yang ditandatangani oleh kamu?
A: Ya.
Q: Siapa dia pegawai polis di borang ini?
A: Tuan jude.
Q: Mohon ditunjukkan P67C
Q: Betul nombor hard disk tersebut?
A; ya.
P67C dicamkan dan ingin kemukakan senarai pemeriksaan
Senarai pemeriksaan di kondo di management P77.
Q; Kamu tandatangan di senarai pemeriksaan dan begitu juga ASP Jude sebagai pegawai pemeriksa
A: ya.
Q: Kamu sebut untuk access kepada lif kalau penghuni ada access card sendiri, untuk bukan penghuni apa perlu dilakukan?
A: Dia akan tekan nombor unit tersebut sebab di pintu ada panel untuk nombor. Nombor untuk alamat setiap unit. Selepas dapat kebenaran di guard house dan mereka akan pergi ke lif.
Q: Guard akan bawa mereka.
A; Guard akan bawa mereka tapi kalau mereka sudah biasa mereka akan pergi sendiri. Di sana mereka akan tekan nombor unit di panel nombor di lif. Untuk confirmation lagi.
Q: Jadi ada dua situasi lah. Satu kalau mereka sudah biasa mereka boleh tekan sendiri di lif tersebut tanpa diiringi oleh pegawal
A: ya.
Q; Dan yang tak biasa akan diiringi oleh pengawal?
A: Ya.
Q; Dan orang luar akan tekan punat?
A: Tuan rumah akan dengar dan dia akan release satu butang dan pintu akan buka dan boleh masuk.
Q: Siapa yang akan tekan release button itu?
A: Tuan rumah.
Q: Pihak polis ada ambil hard disk asal dari CPU di guardhouse dan di pejabat pengurusan. Apa berlaku pada hard disk tersebut. Ada diganti ?
A: Pihak polis buat clon di guardhouse dan di pejabat pengurusan.
Q: Dan mereka masukkan dalam CPU itu?
A: Ya.
Q: Selepas itu ada masalah dengan sistem CCTV di kondo tersebut
A: Tidak.
Cross-examination by SN Nair.
Q: Jika tetamu telefon tuan rumah, kalau tuan rumah ada, dia turun ke level 2, dia ada card access sendiri tak payah pelawat tunggu dan tekan butang.
A: Ya.
Q: Itu satu cara
A: ya.
Q: Kamu kata tidak ada rekod servis penyelenggaraan?
A: Ya.
Q: Macam mana boleh confirm tidak ada apa-apa masalah. Kamu kata computer berjalan lancar. Macam mana boleh confirm?
A: Sebab setiap pagi kami akan membuat pemeriksaan setiap CCTV dan buat catatan.
Q: Macam mana boleh ingat?
A: Tidak boleh ingat.
Q: Kamu pasti atau lebih kurang?
A: ya.
Q: Kamu tak pasti bukan?
A: Ya.
Q: Bila seseorang pelawat datang satu lagi cara dia akan pergi tempat access card dan tekan butang. Satu lagi cara dia tunggu kejap dan ada penghuni keluar dari lif lobi. Semasa itu, pelawat yang tunggu tadi pun boleh masuk juga?
A: Ya.
Re examination
Q: Kamu beritahu tidak ada rekod servis dan penyelenggaraan tapi ada pemeriksaan. Apakah pemeriksaan yang dibuat?
A: Kami lihat CCTV berfungsi itu saja.
Q: Pada 26.6.2008 ada buat pemeriksaan seperti itu juga?
A: Ada.
Q: Jadi pada 26 ada apa-apa masalah?
A: tidak ada.
SP13- Tan Tong Yean
Umur:41 tahun
Pekerjaan: self employed
Examination-in-chief by Tuan Hanafiah
Q: What was your occupation in 2007?
A: Businessman.
Q: And what’s the company?
A: Golden Perfect Power.
A: One of the shareholder. Director.
Q: The nature business?
A: To supply and install security product.
Q: Did your company supply any cctv in desa damansara condominium?
A: Yes.
Q; Do you remember the address?
A: jalan setia kasih bukit damansara.
Q: Do you remember when your company install the CCTV?
A: August 2007.
Q: The whole condo?
A: Yes.
Q: And what’s the component part of the cctv installed?
A: Basically the cctv consists of camera, cpu, monitor the mouse and the board.
Q: What was the operation system?
A: Windows XP.
Q: The software for the CCTV?
A: []
Q;
A; It’s a different software.
Q; How many cctv system you installed?
A: 5 system.
Q; Do you recall how many cameras?
A: Phase 1, 40 camera. Phase 2[] and guard house 5 camera.
Q: Where is phase one?
A: The low rise building.
Q: How many CCTV in block 11?
A: 5. 2 cameras in the elevator and 2 emergency stair cases and one in penthouse.
Q: Any numbers to identify the cameras?
A: [] 7 and 8 at the lifts.
Q: Do you remember which cameras 7 or 8 installed at which lifts?
Q: Which other part of Block 11 cameras installed?
A: Emergency stairs and penthouse.
Q: These CCTV are they synchronize with regards to date and time?
A: They have their own CPUs.
Q: Is there any special features of the camera?
A: It is motion detect. Record when there is a movement within angle. If there is no movement no recording.
Q; How about the focusing angle?
A: 85 degrees of movement will be captured.
Q: Where will the images be stored?
A: As long as it is captured and stored inside the CPU hard disk.
Q: Will the time be displayed in the system?
A: Yes.
Q: What will capture the time in the system?
A: Time is extract from the operating system and set by the seller of the operating system of the computer.
Q: Did you set the time?
A: No.
Q: Did you synchronize the time between one cpu and another?
A: No.
Q: You said the images captured by the cameras in the hard disk. can you elaborate on this?
A: When there is the movement the system will generate one folder for that camera. And then there will be sub folders categorize by date and inside the sub folder there will be number of cameras which will have the time.
Q: Each subholder will have the number of each cameras or more than one?
A: Each subholder is for each number of the dates.
Q: In regards to cctv at the guardhouse can you tell the system and the position of the camera?
A: there are 5 cameras. Camera no.1 to catch plate number of cars going in the Desa Damansara condo. Number2 to catch imej car going out. Camera 3 visitor coming into Desa Damansara condo and camera 4 is for the residence face and number 5 those coming out from the desa damansara condo and can catch the face.
Q: In regards to this, they have the cpu at the guardhouse?
A: yes.
Q; So all images captured at the guardhouse will be installed at the CPU at the guardhouse?
A: Yes.
Q: Did you carry the maintenance of the cctv?
A: Earlier than that it was on ad hoc basis. Only when there is trouble shooting.
Q: How regular?
A: No time frame. When there is break down.
Q: Normally what was the cause of the break down?
A: Break down normally caused by lightning strike.
Q; On 30.6.2008 you went to that place?
A: Yes.
Q: On whose request?
A: During the time Mr Aris called me.
Q; Did you go there?
A: Yes.
Q: Were there any police officers?
A; Yes but I cannot recall.
Q: Do you recall DSP Jude?
A; Yes, I know him.
Q; Can you identify him?
A; Yes.
Q: Is this DSP Juse?
A: Yes.
Supt Jude dicamkan.
Q: Did you observe what the police did?
A: They did cloning process of the hard disc one in maintenance office and one in guard house. After the cloning process they gave the cloning hard disc to me. After the cloning process I monitor whether the hard disc and the system were working.
Q: Was there any problem?
A: No problem.
Q: Then what happened?
A: The police took away the hard disc.
Q: Can you identify the hard disc?
A: I can only identify the brand but serial numbers I can’t.
Q: Can you tell us what was the brand?
A: The one in management is Western Digital and in the guardhouse is SEAGATE.
Q: Can you have a look at the two hard disc, whether they are of the same brand?
A: Yes.
Q: When you went there on 30.6.2008 did you see the CCTV system at the management and guardhouse?
A: When I went there it was still in running condition. Then when police removed it temporarily stalled. Before that it was in order.
Q: You said the original hard disc removed from the CPU. Did you know who removed the original hard disc.
A: I cannot recall.
Cross-examination by SN Nair.
Q: You said it was a motion sensor camera?
A: It was a motion camera system.
Q: Time and date run, they don’t stop?
A: Yes.
Q: Only the camera stops but the time and date run?
A: It’s round the clock running.
Q: Do you have regular service contract?
A; No regular basis maintenance.
Q: On the 26 June can you be sure there was no minor break down?
A: Normally if there was a breakdown I will be called on that day.
Q: But you did not have the record, then how can you be so sure. You come to the court of law you must tell the truth. So how can you be so sure?
A: I am very sure but I have no record.
Q: You are very sure but you don’t have the record?
A: Yes.
Q: You have a good memory is that what you are saying?
A: Yes.
Q; After two years?
A: Yes.
Q: Fantastic!
Re examination
Q: Before 30 June 2008, did anyone from the management called you for report?
A: No.
Q: Between 26.6.2208 to 30.6.2208?
A: No.
YA: Can we release him?
SN: Yes.
Saksi dilepaskan.
MY: Selepas CCTVkami akan ke collection of exhibits.
YA: New area?
MY: Yes. bolehkah kita mulakan esok?
YA: The question is whether we go to the new area because we got some other witnesses yang kita perlu selesaikan. Ada yang cross tak habis lagi kan? Whether we finish with all that dulu then we start with the new area?
MY: Kita mulakan the new area. Sebab selepas itu saya ada Dr Razwin dan chief of staff of DSAI and then the IO and then habis
YA: About the collection of the exhibits there will be any objection? That will be long and submission.
KS: There will be.
MY: Question is when the objection can be raised.
YA: I don’t know. Kalau ada saksi-saksi yang cepat tu kita habiskan dulu dan yang lama-lama tu kita buat at later stage. Anyhow, it’s up to you to present your case. You decide who you want to call first.
MY: In regards to the collections of the exhibits, the evidence will not be long. The objection…
YA: The objection lah will be long
MY: My concern is at which point of time that there is basis for the objection to be taken up.
YA: Ok. We continue tomorrow.
[3.46 pm]: Adjourn.
0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 38"
Post a Comment