TRANSKRIP PERBICARAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 1 MAC, 2011
Mahkamah Tinggi Jenayah 3 KL
Di hadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah
Pihak-pihak:-
PP : Semua hadir
PB : KS, SN, Datuk Param Cumaraswamy, Dato’ CV Prabhakaran (Ram Karpal, Marissa Fernando, Radzlan
tidak hadir)
WB : Zamri Idrus (for Complainant)
AI hadir.
[8.55 a.m.] Pihak-pihak masuk ke dalam Kamar Hakim.
[9.13 a.m.] Pihak-pihak keluar dari Kamar Hakim.
[9.15 a.m.]
MY: Kes ditetapkan untuk sambung bicara.
SP14-L/kpl Mohd Hazri bin Hassan, 39 tahun, Jurufoto Bahagian bantuan teknik Bahagian JSJ Bukit Aman
SP14 mengangkat sumpah di dalam Bahasa Malaysia.
Examination-in-chief by NH
Q: Sejak bila bertugas sebagai jurugambar?
A: Sejak 25 Mac 2001
Q: Pada 17.7.2008 adakah kamu bertugas?
A: Ya.
Q: Pada 17.7.2008, jam lebih kurang 11.40 pagi ada kamu menjalankan apa-apa tugas?
A: Ada. Bertugas sebagai jurufoto di tingkat 7 di IPKKL.
Q: Di bahagian mana di IPKKL kamu bertugas?
A: Di lokap D9.
Q; D9 bahagian jenayah berat siasatan khas?
A: Ya.
Q; Di lokap D9 IPKKL ini siapa beri arahan tugas untuk kamu?
A: Supt. Amidon bin Anan
NH: Mohon Supt Amidon dipanggil utk dicamkan
Q: Adakah ini Supt Amidon?
A: Ya.
Bekas Supt Amidon bin Anan dicamkan.
Q; Di lokap D9 IPKKL ini apakah arahan yang diberikan oleh cik amidon kepada kamu?
A; Untuk ambil gambar di lokap IPK KL D9.
Q; Adakah kamu ada ambil gambar seperti diarahkan?
A: Ya.
Q; Kamu ingat berapa keeping gambar yang kamu ambil di situ?
A: Sebanyak 14 keping.
Q; Jika dirujuk gambar2 tersebut kamu boleh camkan?
A: Boleh
NH: Mohon rujuk 14 keping gambar.
Q: Lihat satu persatu. Adakah ini gambar 14 keping yang kamu ambil di IPKKL tersebut?
A: Ya.
Q; Ada negative.
A: Ya.
NH: Mohon rujuk negative 14 keping gambar tersebut
Q; Adakah ini negative bagi 14 keping gambar tersebut?
A: Ya.
P78A-N utk 14 gambar
P78N(a)-(n) untuk negatif
Q: Cuba rujuk P78 gambar 1. Boleh beritahu mahkamah ini gambar apa?
A: Sebelah kanan lokap menghala ke dalam dari pandangan luar.
Q: Sel lokap adalah yang di dalam itu? Yang ada tag 4 itu ke?
A: Ya.
Q; Awak Nampak tag 4 di gambar 1?
A: Ya.
Q; Masa awak ambil gambar itu adakah awak tahu apa gambar di tag 4 ini?
A: Tidak tahu.
Q: Adakah gambar2 ini diambil pada kedudukan asal ia ditemui?
A: Ya.
Q; Lihat gambar 2. Jika kita lihat tag 5,6 dan 7. Gambar tag 7 gambar apa?
A; Botol air mineral.
Q; Adakah gambar ini diambil pada kedudukan asal ia ditemui?
A: Ya.
Q; Rujuk gambar 3, gambar apa ini?
A; Gambar dekat pintu masuk sel lokap.
Q; Rujuk gambar 4, 5 dan 6. Kalau lihat ketiga-tiga gambar tahu apa yang gambar diambil kalau ikutkan anak panah di situ?
A: Sehelai bulu.
Q; Adakah ini gambar ini diambil dalam lokap?
A: Dalam lokap.
Q; Rujuk gambar 7 dan 8. Ada tunjuk anak panah hijau di situ. Ini menunjukkan apa?
A: Sebatang berus gigi.
Q; Adakah gambar2 ini diambil pada kedudukan asal ia ditemui?
A: Ya.
Q; Rujuk gambar 9. Anak panah ini menunjukkan apa?
A; Menunjukkan sehelai tuala putih good morning.
Q; Adakah ia diambil pada kedudukan asal ia ditemui?
A: Ya.
Q: Gambar 10, 11 dan 12 menunjukkan gambar apa di tag 7 di situ?
A; Botol air mineral pandangan dekat.
Q; Adakah ia diambil pada keduukan asal botol itu ditemui?
A: Ya.
Q: Seterusnya gambar 13 dan 14 menunjukkan apa?
A: Barang2 kes yang telah dipack/diseal.
Q: Semasa kamu mengambil gambar2 14 keping ini dan sepanjang dalam lokap D9 tersebut adakah kamu memakai sarung tangan?
A: Ada.
Q: Adakah kamu memakai pakaian khusus?
A: Ya.
Q; Siapa yang menyediakan pakaian khusus tersebut?
A: Supt. Amidon.
Q; Sepanjang kamu berada di dalam lokap tersebut ada atau tidak kamu ada menyentuh atau memegang mana2 barang kes dalam lokap tersebut?
A: Tidak.
Cross-examination
KS: No question.
NH: Mohon saksi dilepaskan.
YA: Kamu boleh turun.
SP15-Amidon bin Anan, 60 tahun, Pensyarah pelawat di UiTM dan UKM
Examination-in-chief by NH.
NH: Yang Arif, saksi hendak berdiri utk beri keterangan
SP15: Saya minta izin Yang Arif
Q: Kamu adalah pesara polis?
A: Ya.
Q: Bila kamu bersara dari pasukan PDRM?
A: 2008, bulan Ogos.
Q; Bila kamu menganggotai PDRM?
A: 1976.
Q: Apakah jawatan terakhir yang kamu sandang dalam PDRM?
A: Jawatan terakhir sebelum saya bersara ialah Ketua Bhgn CSI Makmal Forensik PDRM, Bukit Aman Kuala Lumpur.
Q: CSI ini ialah crime scene investigation?
A: Ya.
Q; Sejak bila kamu menjadi Ketua CSI di Bukit Aman ini?
A; 2005.
Q; Sebelum kamu menjadi Ketua CSI di Bukit Aman ini, kamu bertugas di mana?
A: Sebelum itu saya bertugas sebagai Ketua unit CSI ibupejabat polis kontinjen Selangor.
Q; Sejak bila bertugas di unit CSI Selangor?
A: Sejak 1994.
Q; Boleh kamu maklumkan kepada mahkamah apakah sebarang latihan formal yang kamu telah lalui dari aspek csi, latihan-latihan dan kursus?
A: Saya mempunyai masters dalam sains sukan dan dalam tempoh berkhidmat saya telah dihantar dari aspek siasatan di tempat kejadian kursus2 yang dianjurkan oleh FBI, pihak Australian Police dan Scotland Yard London. Selain itu saya menghadiri kursus2 asas forensic sains yang dianjurkan oleh UPM dan Jabatan Kimia Malaysia.
Q: Pernah kamu beri keterangan di mahkamah sebelum ini?
A: Banyak kali.
Q: Lebih kurang berapa kali?
A; Setakat ini lebih kurang 900 setakat ini.
Q: Pada 30 Jun 2008 adakah kamu bertugas?
A: Ya. Ketika itu saya masih bertugas di makmal forensic PDRM Bukit Aman.
Q; Dan pada tarikh tersebut adakah pasukan forensic yang kamu ketuai diminta utk bantu siasatan?
A; Ada.
Q; Siapa yang minta bantuan?
A: Ketika itu DSP Jude.
Q: Kamu kenal DSP Jude. Mohon dipanggil Supt. Jude utk pengecaman. Adakah ini DSP Jude?
A: Ya.
Supt Jude dicamkan
Q; Apakah bantuan yang diminta oleh DSP Jude ketika itu?
A: Untuk menganalisa tempat kejadian.
Q: Di mana tempat kejadian ini?
A: (izin rujuk catatan saya). Di sebuah kondo di Damansara.
Q: Di unit mana kondo tersebut?
A: Di unit 11-5-1 dan 11-5-2.
Q; Adakah kamu pergi ke unit-unit ini di kondo tersebut?
A: Saya bersama pasukan saya menghala ke kondo tersebut.
Q; Lebih kurang pukul berapa sampai di kondo tersebut?
A: Kami bersama IO sampai di kondo tersebut l/k jam 12.20 tengah hari.
Q; Adakah kamu ada membuat pemeriksaan di unit-unit tersebut?
A: Ya.
Q; Ada apa2 ambil apa2 barang di kondo 11-5-1 dan 11-5-2?
A; Ada.
Q: Ada kamu buat pemeriksaan di unit 11-5-1 dan 11-5-2 di kondo tersebut?
A: Kami kemudiannya ada menjalankan pemeriksaan di kedua-dua unit kondo tersebut.
Q; Seterusnya adakah kamu ambil apa-apa barang di kedua-dua unit tersebut?
A: Ada.
Q: Boleh beritahu mahkamah apakah barang-barang yang kamu ambil di kedua-dua unit kondo ini?
A: [mohon rujuk catatan]. Dari unit 11-5-1 saya rampas sehelai bulu yang ditandakan sebagai nombor 1.
Q: Bulu ini ditemui di bahagian mana unit kondo tersebut?
A: Bulu ini ditemui di bilik hujung sekali di unit 11-5-1.
Q; Selain dari bulu apa lagi barang yang diambil?
A; Sehelai bulu sahaja yang dirampas.
Q; Selain itu?
A; Kami jalankan pemeriksaan di 11-5-2. Di unit tersebut kami merampas satu carpet Chinese silk yang ditandakan sebagai eksibit no.2 dan seterusnya satu blanket duvet atas nama Pasaya yang ditandakan sebagai eksibit no.3.
Q; Apakah tujuan barang2 ini diambil?
A: Untuk melakukan dna profiling seterusnya.
Q: Seterusnya barang-baang yang kamu ambil di kedua-dua unit ini adakah dimasukkan dalam envelope atau dibungkus?
A: Kesemua eksibit seperti bulu dimasukkan ke dalam envelope manakala carpet dan duvet dibungkus dengan kertas brown paper.
Q: Setelah kamu buat pembungkusan adakah barang-barang tersebut disealkan?
A: Semua barang2 diseal sebelum diserahkan kepada IO.
Q; Barang-barang ini kamu serah pada IO di mana?
A: Semasa di tempat kejadian.
Q; Siapa IO yang kamu maksudkan?
A; Saya serahkan kepada DSP Jude.
Q; Semasa penyerahan barang kes adakah kamu tandatangan borang serah menyerah barang kes?
A: Ada.
Q; Ada tandatangan pada borang tersebut?
A; Ada.
NH: Pohon saksi dirujuk dengan borang serah menyerah bertarikh 30.6.2008.
Q: Sila lihat adakah ini borang serah menyerah yang ada tandatangan kamu?
A: Ya. Saya tandatangan di muka surat 2 di sebelah kiri.
Q; Ada DSP Jude tandatangan?
A: Ada. Di sebelah kanan muka surat 2.
NH: Mohon ditandakan.
P79 – Borang serah menyerah bertarikh 30.6.2008.
Q; Rujuk saksi eksibit P43A. Adakah ini envelope di mana kamu masukkan sehelai bulu yang kamu ambil ke dalamnya?
A: Ya.
Q; Lihat dalam sampul P43A, iaitu P43C, cuba lihat dalam sampul ini ada atau tidak bulu yang kamu katakana?
A: Ya.
Q; Ada apa-apa penandaan pada kertas putih yang bulu ditampal di atasnya?
A; Saya ada turunkan tandatangan saya di atas kertas putih A4.
Q: Mohon saksi dirujuk eksibit P49 satu bungkusan yang mengandungi eksibit P49A. Adakah ini bungkusan yang kamu buat tandaan nombor 2 dan seal dari forensic?
A: Nombor 2 adalah tulisan yang saya buat dan seal PDRM forensic.
Q; Adakah ini carpet yang kamu ambil dari unit 11-5-2?
A; Ya.
Q; Pohon saksi merujuk bungkusan P50 yang mengandungi P50A. Adakah ini bungkusan yang kamu buat penandaan dan mempunyai seal forensic PDRM?
A: Saya sendiri tulis nombor 3 manakala belakang bungkusan saya tulis for ‘dna profiling for victim-suspect’. Ia adalah satu duvet yang saya rampas di unit tersebut.
Q; Semasa pasukan kamu dan kamu buat pemeriksaan di unit 11-5-1 dan 11-5-2 adakah kamu dan anggota kamu memakai sarung tangan?
A; Sebelum kami memasuki siasatan forensic kami memakai overall, bersarung kaki dan bersarung tangan.
Q: Tujuan sarung tangan dipakai?
A; Adalah amalan forensic utk tidak memindah atau transfer traces of evidence kepada barang2 kes.
Q; Seterusnya pada 17.7.2008 adakah kamu masih bertugas pada ketika itu?
A: Ya.
Q; Pada tarikh tersebut 17.7.2008 l/k 11.40 pagi adakah kamu dan pasukan kamu ada jalankan apa-apa tugas?
A: Ya. Kami diarahkan ke IPKKL.
Q; Di bahagian mana IPKKL?
A; Kami menghala ke pejabat D9 IPKKL.
Q; Apakah tujuan kamu ke situ?
A; Saya telah ditaklimatkan utk membuat rampasan barang2/eksibit yang ada dalam lokap di D9.
Q; Siapa beri arahan?
A; OCCI Dato’ Khoo Chi Wah.
Q; Apa tujuan pasukan pasukan forensic PDRM pergi ke sana utk dapatkan barang-barang kes?
A: Barang-barang rampasan spt mana ditaklimatkan oleh dato khoo adalah utk dna profiling.
Q: Secara spesifik di ipkkl ke mana tujuan kamu atau di bahagian mana kamu tuju?
A; Di lokap D9 IPKKL.
Q; Semasa kamu ke lokap di IPKKL kamu ingat ada berapa sel lokap?
A: Saya masih ingat ada satu lokap dan di dlm lokap tersebut hanya ada satu sel sahaja.
Q: Semasa kamu tiba di lokap D9 tersebut adakah sel ini berkunci?
A: Semasa saya sampai, lokap tersebut dikawal oleh 2 anggota dan dalam keadaan berkunci.
Q; Siapa yang buka kunci sel lokap tersebut?
A: [rujuk catatan].Lokap dibuka oleh Konst Adnan bin Safril.
Q; Mohon panggil Konstable Adnan bin Sabri. Adakah ini konst Adnan bin Safril yang buka lokap?
A: Ya.
Konst Adnan bin Safril dicamkan.
Q; Seterusnya adakah kamu dan anggota kamu masuk ke dalam sel lokap tersebut?
A: Kami masuk ke dalam lokap dan kemudian ke dalam sel.
Q; Semasa kamu hendak masuk ke dalam sel adakah pintu sel lokap telah dibuka?
A: Lock tapi tidak bermangga.
Q; Siapa lagi anggota kamu yang masuk bersama-sama kamu ke dalam sel lokap?
A: Pada peringkat awal saya seorang sahaja.
Q; Selepas itu?
A; Selepas itu bila jalankan proses pembungkusan pada peringkat akhir barulah anggota2 saya masuk ke dalam sel lokap.
Q; Boleh beritahu anggota yang masuk ke dlaam lokap?
A; Yang saya ingata C/Insp nizam , C/Insp aizam, woman inspector Ayuni dan Kpl Mat Dani.
Q; Mohon dipanggil C/Insp Mohd Nizam bin Husain, C/Insp Aizam, Sgt Mohd bin Mohd Dani, Insp. Nurayuni Dayana. Adakah ini anggota-anggota kamu yg membantu kamu di tempat tersebut?
A: Ya.
C/Insp Mohd Nizam bin Husain, C/Insp Aizam, Sgt Mohd bin Mohd Dani, Insp. Nurayuni Dayana.
Q; Semasa kamu kata kamu masuk seorang dalam lokap apa barang2 yang kamu lihat dalam sel lokap tersebut?
A; Selepas buat pemerhatian, siasatan awal saya menjumpai sehelai rambut dan seterusnya saya tagkan sebagai nombor 4 dan dapati satu berus gigi di atas lantai yang mana kemudiannya saya tagkan sbg nombor 5. Seterusnya sehelai towel good morning juga atas lantai yang kemudiannya saya tagkan sbg nombor 6 dan akhir sekali satu botol minuman mineral atas nama cactus’ yang saya nomborkan 7.
Q; Adakah tag 4,5,6 dan 7 diletakkan di tempat asal barang-barang ditemui?
A: Ketika itu saya tidak ubah.
Q; Adakah kamu arahakan sesiapa untuk ambil gambar barang-barang yang kamu tagkan?
A: Saya panggil jurugambar dalam pasukan saya untuk ambil gambar-gambar tersebut di dalam sel tersebut
Q; Siapa jurugambar tersebut?
A; L/kpl Hazri.
Q; Yang mengecam kamu tadi?
A; Ya.
Q; Mohon saksi dirujuk gambar2 P78(a)-(n). Cuba lihat gambar 1 sehingga 12. Lihat satu persatu.
A: Ya, ini gambar-gambar barang kes yang dirampas dalam sel lokap tersebut.
Q; Adakah tag-tag itu diletakkan di tempat asal barang-barang ditemui?
A: Ya. Ini kedudukan sebenarnya semasa saya masuk ke dalam sel.
Q; Cuba rujuk gambar 4, 5 dan 6. Beritahu mahkamah anak panah pada tag4 ini menunjukkan apa?
A: Sehelai rambut yang dijumpai atas lantai sel tersebut. Manakala gambar 5 dan 6 zoom-in kepada eksibit2 yang ditanda sebagai tag 4.
Q; Rujuk 7dan 8 anak panah hijau pada tag 5 ini menunjukkan apa?
A: Gambar 7, n4 kedudukan berus gigi yang dirampas dan gambar 8 zoom-in kepada berus gigi.
Q; Seterusnya rujuk gambar 9.
A; Barang kes bertanda tag 6 dan gambar zoom-in gambar good morning towel.
Q; Seterusnya rujuk gambar 10,11 dan 12 tag 7 menunjukkan barang apa?
A; Gambar 10 menunjukkan kedudukan gambar mineral bottle cactus secara overview dan gambar 10 dan 11 dan 12 adalah gambar zoom in barang tersebut.
Q; Setelah kamu ambil gambar dan letak tag, ada buat apa-apa penandaan kamu sendiri pada tuala good morning?
A: Saya masih ingat saya ada tandatangan di hujung towel menggunakan ball point.
Q; Bagaimana pula dengan botol mineral cap cactus ini?
A; Saya gunakan marker dan tandatangan di bontot botol.
Q; Bagaimana dengan berus gigi?
A; Kemungkinan saya ada buat tandatangan di batang berus gigi.
Q: Seterusnya, setelah buat penandaan, bagaimana kamu masukkan barang-barang tersebut ke dalam envelope untuk diseal?
A; Selepas proses penandaan saya arahkan woman Inspector Ayuni utk sediakan penandaan barang2 kes tersbeut. Dia catat di bahagian luar envelope tersebut. Selepas dia sediakan,dia serahkan kepada saya dan saya letak kesemua eksibit ke dalam envelope-envelope yang disediakan oleh woman Inspector Ayuni.
Q; Envelope-envelope yang diserahkan kepada kamu tulisan di hadapan envelope itu tulisan siapa?
A; Woman Inspector Ayuni.
Q; Boleh terangkan apa barang yang kamu masuk dalam enevelope dan penandaan-penandaannya pada envelope-envelope tersebut?
A: Pada eksibit no.4 sehelai rambut, spt mana dalam proses sebelum ini di kondo dimasukkan dalam envelope saya seal sendiri dengan seal evidence dan saya tandatangan di belakang envelope tersebut.
Q; Ada letak apa-apa nombor?
A; Ada, nombor 4.
Q; Siapa buat nombor 4?
A: Disediakan oleh woman Inspector Ayuni.
Q; Seterusnya?
A; Berus gigi juga diletakkan ke dalam envelope dan saya seal sekali lagi dengan seal evidence dan kemudian saya tandatangan.
Q; Envelope ini ditandakan dengan nombor berapa?
A; Ditandakan sebagai eksibit no.5.
Q; Seterusnya?
A; Barang kes nombor 6 ialah good morning towel selepas diisi dalam envelope oleh Insp Ayuni yang saya tandakan sebagai nombor 6,saya tandatangan dan seal.
Q; Akhirnya?
A; Envelope no.7 saya isikan botol mineral cactus, dan saya sekali lagi seal evidence dan tandatangan di belakang envelope.
Q; Envelope ini nombor berapa?
A; Nombor 7.
Q; Bahagian mana lokap tersebut kamu seal kan barang-barang?
A; Dalam sel tersebut oleh saya sendiri.
Q; Setelah kamu masukkan barang-barang kes ke dalam envelope dan diseal ada arah sesiapa untuk ambil gambar?
A; Selepas semua pembungkusan dilakukan dan sebelum serah kpd IO saya arahkan jurugambar Hazri utk mengambil gambar eksibit tersebut.
Q; Rujuk gambar 13 dan 14 P78.
A: Ini gambar2 barang2 kes yang dibungkus.
Q; Lebih kurang jam berapa kamu selesai tugas kamu di lokap D9 tersebut?
A: Lebih kurang pukul 2.20 petang.
Q: Seterusnya keempat-empat barang kes yang kamu tandakan dan seal kamu serahkan kepada siapa?
A; Kemudian saya serahkan kepada dsp jude di pejabat D9 IPKKL.
Q: Semasa kamu buat serah menyerah di IPKKL ada buat borang serah-menyerah?
A: Ada.
Q; Mohon saksi rujuk borang serah-menyerah bertarikh 17.7.2008. Adakah ini borang serah menyerah yang kamu maksudkan?
A; Ya, ini adalah borang serah menyerah barang kes antara saya dan Jude.
Q; Ada tandatangan kamu?
A; Sebelah kiri manakala DSP Jude sebelah kanan.
NH: Mohon ditandakan sebagai P80- borang serah menyerah bertarikh 17.7.2008
P80- borang serah menyerah bertarikh 17.7.2008
Q; Mohon rujuk ID57. Ada tandatangan kamu di envelope ini?
A; Di bahagian belakang ada saya tandatangan dan note ‘for dna profiling’.
Q; Itu tulisan kamu?
A; Ya.
Q; Masih ada seal?
A; Ya. Masih ada seal forensic dan Jabatan Kimia Malaysia.
Q; Bi bahagian hadapan tulisan tersebut, siapakah yang tulis?
A: Travers Rpt 4350/03 dan tulisan bertanda no. 4 ditulis oleh Ayuni.
Q; Cuba lihat butiran di situ. Apa dicatitkan?
A; Butiran: 17.7.08 sehelai bulu di atas lantai.
Q; Cuba lihat kandungan dalam ID57 iaitu ID57A. Cuba lihat .
A: Dalam ini mengandungi sehelai bulu dan saya ada tandatangan dan mencatatkannya.
Q: Tunjukkan kepada Yang Arif.
A: (saksi tunjuk)
Q; Berdasarkan pada catatan dan t/tangan adakah ini bulu yang kamu temui di lantai lokap di D9 IPKKL?
A; Ya.
NH: Yang Arif, at this juncture bolehkah eksibit ini ditandakan sebagai P?
KS: We are objecting and to it’s admissibility and we ask for trial within a trial.
YA: What is the basis of your objection. The court needs to know. Maybe you can mark as ID at this stage. I don’t know.
SN: It is ID and …..
NH: As long as saksi ini sudah camkan semua kita boleh convert kan kemudian selepas hujahan nanti.
YA: Ya. Kita markkan sebagai ID dahulu.
NH: Kita tidak perlu panggil saksi ini lagi. Kita boleh convertkan terus.
YA: Tak apalah. Kalau nak panggil pun tak apa. It won’t take time.
KS: He has to be called .
YA: Tak apalah. Itu kemudian.
KS: It has to be later and depend on admissibility
Q; Mohon saksi dirujuk ID58. Ada tandaangan kamu pada envelope ini?
A; Di belakang envelope ini ada saya tandatangani dan saya seal yang saya buat dan catat ‘for dna profiling’.
Q; Tunjukkan mana seal yang kamu buat?
A; Seal yang berwarna merah.
SN: Can we have a look at it?
Q; Seterusnya ada butiran di hadapan sampul ini. Siapa yang buat?
A; Catatan di envelope nombor 5 ini ditulis Travers Rpt dan mengandungi catatan sebatang berus gigi warna putih yang dilakukan oleh woman inspector Ayuni.
Q; Mohon saksi membuka sampul dan melihat ID58A.
A; Ya, ini berus gigi.
Q; Cuba lihat pada batang berus gigi ini (mohon izin buka tagging)kalau ada apa2 tandaan
A: (saksi buka tagging yg terdapat di batang berus gigi) Tidak ada.
Q; Adakah berus gigi ini penuh atau telah…..
A; Semasa dirampas ianya dalam keadaan sebegini.
Q; Rujuk ID59. Ada tandatangan kamu pada envelope ini?
A; Di bahagian belakang saya tandatangan dan nota ‘for dna profiling’.
Q; Bagaimana dengan seal?
A: Selain seal PDRM, saya letak seal warna merah forensic.
Q; Lihat kandungan ID59A.
A: Sehelai towel “Good Morning”.
Q; Ada apa-apa catatan kamu pada tuala “Good Morning” ini?
A; Di hujung towel saya ada tandatangan.
Q; Adakah ini tuala “Good Morning” yang kamu temui di lokap D9 di IPPKL pada 17.7.2008?
A; Ya. Ini tuala yang saya rampas di sel lokap D9.
Q: Rujuk ID61. Ada tandatangan kamu pada sampul ini?
A: Ada tandatangan saya dan catatan ‘for dna profiling’ berseal forensic PDRM.
Q: Ada seal forensic PDRM?
A: Ya.
Q; Adakah butiran di hadapan envelope Ayuni yang lakukan?
A: Butiran di hadapan tanda sebagai eksibit no. 7 satu botol air minuman mineral cactus 500ml di atas tembok tandas lokap.
Q; Mohon saksi buka sampul ID61 dan lihat kandungan ID61A. cuba lihat di bahagian bontot botol. Ada tandatangan kamu di situ?
A: Ada.
Q; Adakah ini botol yang kamu jumpai dalam lokap ID9 di IPPKL pada 17.7.2008?
A: Ya.
Q; Semasa kamu dan anggota kamu membuat pemeriksaan dan mengambil barang-barang kes, sepanjang tempoh tersebut adakah kamu dan anggota kamu ada memakai baju keselamatan dan sarung tangan?
A: Seperti di kondo kami masih dalam overall,sarung kaki dan sarung tangan.
Q; Adakah untuk tujuan yang sama?
A: Tujuan yang sama untuk elak contamination dan transfer of evidence.
Q; Sebelum kamu masuk ke dalam envelope ada anggota yang memegang barang-barang tersebut?
A; Tidak. Hanya saya seorang saja yang memproses dan memegang barang-barang tersebut.
NH: Itu sahaja soalan saja.
KS: No cross-examination.
NH: Mohon saksi dilepaskan.
YA: kamu boleh turun.
SP 16- Inspektor NurAyuni Dayana Binti Mohd Fuad
Inspektor Latihan di Makmal Forensic PDRM, 28 tahun
Examination-in-chief by NH
Q; Pernah bertugas di Makmal Forensik PDRM?
A; Ya.
Q; Sejak bila kamu bertugas di Makmal Forensic PDRM?
A; Saya bertugas di Makmal Forensic PDRM sejak 2007.
Q; Pada 17.7.2008 adakah kamu bertugas?
A: Ya.
Q; Pada tarikh tersebut lebih kurang jam 11.40 pagi adakah kamu menjalankan apa-apa tugas di lokap D9 IPKKL?
A; Pada tarikh tersebut saya bertugas membantu Supt. Amidon bin Anan untuk proses lokap di IPKKL.
Q; Semasa di lokap di D9 IPKKL ada kamu sendiri masuk ke dalam sel lokap tersebut?
A: Ada.
Q; Semasa kamu masuk ke dalam sel lokap tersebut ada lihat apa-apa barang di dalam sel berkenaan?
A: Saya telah melihat berus gigi, ubat gigi, tuala putih, baju oren dan botol air.
Q; Seterusnya ada sesiapa yang meletakkan tag-tag pada barang-barang di dalam lokap tersebut?
A; Ada.
Q; Siapa?
A; Supt. Amidon.
Q; Setelah tag-tag diletak pada barang-barang yang ditemui dalam sel lokap tersbeut ada ambil gambar?
A; Ya.
Q; Siapa ambil?
A; L/kpl Mohd Hazri.
NH: Rujuk gambar P78A-N.
Q; Adakah ini gambar-gambar yang diambil dilokap D9 berkenaan?
A; Ya.
Q; Rujuk kepada gambar 3-12. Gambar 3 di bawah tag 6 adakah ini baju oren yang kamu maksudkan?
A: Ya.
Q; Rujuk gambar 7 dan 8. Adakah ini gambar berus gigi yang ditemui dalam lokap D9?
A: Ya.
Q; Adakah ini kedudukan asal barang ditemui?
A: Ya.
Q; Gambar 9. Apakah anak panah menunjukkan?
A; Anak panah menunjukkan gambar tuala putih.
Q; Di bawah tuala tersebut ada apa?
A; Di bawah tuala tersebut ada baju berwarna oren.
Q; Gambar 11 dan 12 tag 7 menunjukkan gambar apa?
A; Gambar botol air.
Q; Adakah ianya diambil di tempat asal ianya ditemui?
A: Ya.
Q; Seterusnya setelah gambar diambil dan letak tag ada pembungkusan barang kes dibuat?
A: Ya.
Q; Apa peranan awak dalam pembungkusan barang kes yang dibuat ini?
A; Saya telah menulis butir-butir barang kes pada atas envelope.
Q; Setelah itu kamu serahkan kepada siapa?
A; Saya serahkan kepada Supt. Amidon untuk masukkan eksibit ke dalamnya.
Q; Dimana kamu tulis di envelope?
A; Di luar sel dan masih dalam kawasan lokap.
Q; Dan kamu masuk dan serahkan pada Amidon?
A; Ya.
Q; Setelah Amidon masukkan barang-barang ke dalam sampul, adakah sampul disealkan?
A; Ya.
Q; Ada Amidon tandatangan di sampul yang disealkan tersebut?
A; Ada.
Q; Mohon saksi dirujuk ID57 sekali lagi. Cuba lihat id 57. Siapa yang tulis butiran di hadapan sampul ini?
A; Saya.
Q; Bacakan tulisan.
A; Travers 4350/08 , 17.07.2008 sehelai bulu di atas lantai,IO DSP J Pereira.
Q; Nombor 4 siapa yang tulis?
A; Saya.
Q; Kalau lihat sampul ada tulis sehelai bulu di atas lantai. Cuba lihat kandungan ID57A lihat. Ada atau tidak tandatangan Amidon di atas kertas ini?
A; Ya.
Q; Dan ada sehelai bulu ditampalkan di situ?
A; Ya.
Q; Rujuk saksi kepada ID58. Siapa yang tulis di hadapan envelope?
A; Saya.
Q: Tandaan nombor 5 siapa yang tulis?
A; Saya.
Q; Apa butiran yang ditulis?
A; Travers Report 4350/08- 17.7.2008 sebatang berus gigi di atas lantai, IO DSP J Pereira.
Q; Kandungan ID58A ada atau tidak catatan kamu tulis berus gigi?
A; Ada.
Q; Rujuk ID 59. Siapa yang tulis di hadapan envelope?
A; Saya.
Q; Apakah butiran yang ditulis di situ?
A; Travers Report 4350/08 17.7.08 sehelai tuala warna putih jenama good morning di atas lantai, IO J Pereira.
Q; Lihat dalam envelope ada tuala “Good Morning” di dalamnya?
A; Ya.
Q; Rujuk ID6. Siapa yang buat tulisan di hadapan sampul?
A; Saya.
Q; Baca butiran.
A; Travers Report 4350/08 17.7.08 satu botol air minuman jenama Cactus 500 ml IO J pereira
Q; Camkan tulisan kamu?
A; Ya.
Q; Kandungan ID61 ada botol mineral yang kamu maksudkan?
A; Ada.
Q; Setelah barang-barang ini diseal ada gambar-gambar diambil?
A; Ada.
Q; Adakah ini gambar-gambar yang diambil? P78 gambar 13 dan 14.
A; Ya.
Q; Semasa pemeriksaan di lokap D9 adakah kamu ada memakai sarung tangan dan baju khas forensic?
A; Ada.
Q; Bagaimana kasut khas?
A; Ada.
Q; Apakah tujuan pemakaian ini?
A: Untuk mengelakkan pencemaran.
Q; Adakah anggota-anggota yang bersama kamu juga memakai pakaian yang sama?
A; Ada.
Q; Sepanjang kamu berada di lokap D9 di IPKKL ada atau tidak kamu sendiri ada memegang mana2 barang2 kes yang disebutkan tadi
A; Tiada.
Q; Lebih kurang jam berapa kamu selesai bertugas di lokap D9?
A: Lebih kurang jam12.40 tengah hari
Q; Adakah kamu tahu keempat-empat barang-barang kes yang diseal diserahkan kepada siapa?
A; Ya. Kepada DSP Jude.
Q; Di mana?
A; Di bilik mesyuarat di tingkat yang sama.
Q; Tingkat berapa?
A; Tingkat 7.
NH: Itu saja soalan saya.
KS: No cross-examination.
NH: Mohon saksi dilepaskan
NH: Saksi-saksi seterusnya adalah pasukan lokap. Boleh kita teruskan atau kita break…
YA: Short break. Kita start balik jam 11.00. Half an hour.
[10.35 a.m.] Stand down.
[11.09 a.m.]
SP17- DSP Yahya bin Abdul Rahman
54 tahun, Pegawai Siasatan Kes Bunuh IPKKL
Examination-in-chief
Q; Pernah bertugas di siasatan jenayah berat dan siasatan khas di D9?
A: Pernah.
Q; Sejak bila.
A: 23.2.2008.
Q; Sehingga bila?
A: Sehingga sekarang.
Q; Apakah jawatan kamu di D9 IPKKL?
A: Jawatan saya ialah DSP kes bunuh di IPKKL.
Q; Post yang you pegang?
A: Sama.
Q: Adakah lokap D9 IPKKL di bawah pengawasan dan penyeliaan kamu?
A: Ya.
Q; Lokap D9 berada di tingkat berapa di IPKKL?
A; Tingkat 7.
Q; Dalam lokap ini ada berapa sel.
A; Satu sahaja.
Q; Jelaskan sebelum masuk ke sel adakah perlu lalu ke kawasan penjaga lokap.
A; Sebelum masukkan ke D9 ada inquiry office dan terus ke belakang ada pintu lokap dan ada meja sentry di dalam dan kemudian masuk ke sel itu.
Q; Kawasan lokap sentry itu ada pintu lokap?
A; Pintu utama.
Q; Di lokap D9 IPKKL ada disediakan atau tidak buku lawatan lokap?
A; Ya.
Q; Buku itu adakah di bawah jagaan kamu?
A; Pada masa itu, ya.
Q; Mohon rujuk buku lawatan D9- adakah ini buku lawatan lokap D9.
A; Benar.
Q; Kamu camkan buku ini?
A; Ya.
NH: Mohon ditandakan sebagai P81- Buku lawatan lokap m.s. 191.
P81- Buku lawatan lokap m.s. 191.
Q; Cuba lihat entry 191. Siapa yang tulis entry ini?
A; Saya sendiri yang tulis.
Q; Cuba bacakan entry yang ditulis.
A; 17.7.2008 jam 00:10 hrs, dsp yahya rahman. Yang bertugas constable 145182 terdapat okt nama anwar Ibrahim[read]
OKT dalam keadaan sihat dan terkawal.
Q; Kamu buat lawatan lokap pada 17.7.2008 jam 12.10?
A: Ya.
Q: Apakah tujuan lawatan kamu itu?
KS: It is not admissible because we are not supplied the document under section 51A
SN: I have no recollection about the document being served
NH: Ikut maklumat kami sudah serve.
YA: You all have to sort things out.
KS: We have to sought it out to determine the admissibility.
NH: Can we mark it as ID first Yang Arif.
KS: Can we sought this out?
NH: If that is the case, boleh saya tanya soalan untuk refresh memory?
KS: From this document?
NH: Yes
YA: Jangan ditandakan lagi. It is not marked as exhibit yet. You have to ask him orally lah
NH: Yes, I will ask him orally.
Q; Kamu ingat 17.7.08 jam 12.10 ada kamu buat lawatan lokap?
A; Ada.
Q; Kamu ingat?
A; Ingat.
Q; Semasa lawatan kamu itu ada sesiapa dalam lokap?
A; Ya.
Q; Siapa?
A; DSAI.
Q; Ada dia di mahkamah?
A; Ada.
Dsai dicamkan.
Q; Apakah tujuan kamu membuat lawatan itu?
A; Yang pertama untuk memastikan anggota bertugas jalankan tugas. Pastikan orang yang ditahan diberi layanan semasa dalam lokap menurut hak-hak lokap. Juga untuk memastikan keselamatan dan supaya anggota bertugas jalankan tugas dengan betul.
Q; Semasa kamu buat lawatan di lokap pada 17.7.2008 jam 12.10 itu adakah kamu masuk ke dalam sel lokap?
A; Tidak ke dalam sel. Hanya di lokap sahaja.
Q; Semasa membuat lawatan lokap, siapa anggota yang sedang bertugas?
A; L/Kpl Konst Bala dan Rosmaidi.
Q; Mohon panggil L/ Koperal Rosmaidy dan L/Kpl Bala. Adakah ini mereka?
L/Kpl Rosmaidy dan L/Kpl Balaguru dicamkan.
Q; Semasa buat lawatan pada 17.7.08 12.10 pagi tersebut adakah kamu serahkan barang kepada pengawal lokap?
A; Ada.
Q; Serah barang apa dan kepada siapa?
A; Kepada L/Kpl Rosmaidy ada bungkusan ada tuala, berus gigi, satu tiub ubat gigi dan sabun.
Q; Barang-barang ini untuk siapa?
A; Untuk tahanan pada masa itu iaitu DSAI.
Q; Adakah barang-barang yang kamu serahkan itu ianya government issued untuk kegunaan tahanan?
A; Ya.
Q; Pohon saksi ditunjukkan satu contoh barang-barang yang diserahkan tuala, ubat gigi, berus gigi dan sabun. Adakah barang yang kamu berikan kepada Rosmaidi serupa dengan ini.
A; Ya.
Q; Ada cop PDRM di situ?
A; Ya.
NH: At this juncture mohon ditandakan P untuk dibuat perbandingan.
YA: P82- Bungkusan mengandungi tuala, berus gigi dan ubat gigi dan sabun.
P82- bungkusan contoh mengandungi tuala, berus gigi dan ubat gigi dan sabun yang diberikan kepada tahanan.
Q; Semasa kamu buat lawatan selain dari DSAI, ada tahanan lain dalam sel tersebut?
A; Tidak ada.
Q; Seterusnya di lokap D9 itu ada atau tidak disediakan buku perharian lokap?
A; Ada.
Q; Mohon saksi dirujuk buku perharian lokap D9 IPKKL. Adakah buku ini di bawah jagaan dan kawalan kamu?
A; Ya.
Q; Ada tandatangan kamu?
A; Ada, di bahagian depan.
P83- Buku Perharian Lokap
NH: Sebelum itu Yang Arif, kita hendak tunjukkan yang kita sudah serahkan sesalinan buku lawatan lokap kepada pembelaan. Ada tandatangan Cik Nair pun.
SN: Only the first page.
YA: So dia terima satu muka surat sahaja lah.
NH: Kalau begitu kita rujuk muka surat itu sahaja.
YA: Ya lah. Jangan rujuk semua buku lah.
NH: Kita akan merujuk kepada muka surat itu sahaja. Kalau kita tidak masukkan buku sebagai eksibit kerana telah diserahkan muka surat entry 191 sahaja.
KS: Not the whole book
NH: Ya.
YA: Ok lah. That will be entry berapa.
DN: Pohon entry 191 ditanda sebagai P83.
P83 – Entry 191.
Q; Cuba lihat P83 rujuk entry 4142 m.s 147 Buku Perharian Lokap P83. Bacakan
A: [Jude Pereira bawa satu lelaki melayu.. read].
Q; Bila tarikh dan masanya?
A: 2305 hrs (11.05 malam) 16.7.2008.
Q; Soalan saya, adakah kamu ada bersama-sama semasa DSAI dibawa masuk ke lokap IPKKl D9.
A; Ada.
Q; Siapa lagi pegawai selain kamu semasa DSAI dibawa masuk ke dalam lokap
A; Saya tak pasti tapi yang saya pasti saya ada di luar
Q; Bagaimana dengan DSP Jude. Ada dia disitu
A; Ada
Q; Sebelum DSAI dibawa masuk ke dalam lokap d9 kamu tahu dia dibawa dari mana?
A; Bilik mesyuarat D9
Q; Tingkat berapa
A; Tingkat 7
Q; Adakah kamu ada juga di bilik mesyuarat D9 tersebut
A; Ada
Q; Semasa DSAI menuju ke lokap siapa yang iringi DSAI ke lokap
A; Saya dan DSP Jude
Q; Semasa menuju masuk ke lokap, ada DSAI bawa apa-apa di tangannya
A; Sebotol mineral water
Q; Botol mineral water dibawa sampai ke mana?
A; Masuk ke dalam sel
Q; Siapa yang membenarkan DSAI membawa air mineral water ini masuk ke dalam sel ini?
A; Saya sendiri
Q; Adakah air botol mineral ini govt issued/diberikan oleh kerajaan
A; Tidak
Q; Selain dari botol air mineral ini, ada atau tidak barang-barang lain yang bukan govt issued yang dibawa oleh DSAI?
A; Ada. DSAI minta kebenaran saya untuk bawa 2 tuala besar
Q; Kamu benarkan
A; Ya, budibicara saya
Q; Masih ingat tuala ini berwarna apa
A; Berwarna cerah
Q; Cuba lihat entry 4163 m.s 153. Entry menunjukkan apa? Kalau ikut entry ini adakah DSAI dibawa keluar
A: Ya
Q: Jam berapa
A; 0800 hrs (8 pagi)
Q; Dari mula DSAI ditahan di lokap d9 sehingga beliau keluar jam 8 pagi adakah tahanan lain selain dari DSAI ditahan di lokap tersebut
A; tidak
Q; Setelah DSAI keluar dari lokap berkenaan adakah kamu beri arahan kepada anggota penjaga lokap
A; Ya. Saya arahkan anggota yang bertugas iaitu l/kpl Mohd Adnan dan l/kpl Jasni supaya kunci sel lokap tersebut dan jangan benarkan sesiapa masuk
Q; mohon panggil l/kpl Jasni dan l/kpl Mohd Adnan. Adakah ini l/kpl Jasni dan l/kpl Adnan yang kamu arahkan
A; ya
Dicamkan
Q; Adakah kamu sendiri melihat keadaan sel lokap
A; Ada
Q; Dari mana kamu lihat
A: Dari luar sel
Q; Kamu tak masuk
A; Ya
Q; Apa yang kamu lihat?
A; Barang-arang yang saya serahkan seperti tuala, botol air mineral, berus gigi dan yang lain saya tak berapa nampak
Q; Kalau kamu boleh ingat berus gigi dan tuala kamu lihat di bahagian mana dalam sel lokap itu
A; Di lantai
Q; Bagaimana dengan botol air?
A; Berhampiran dengan bilik air iaitu di atas tembok bilik air
Q; Mohon saksi rujuk P78 (gambar) gambar 11 dan 12. Adakah di sini tempat kamu lihat botol air tersebut?
A; Ya
Q; Seterusnya gambar 7. Adakah di sini kamu lihat gambar berus gigi dan tuala?
A; Benar
Q; Ada atau tidak pada bila-bila masa kamu menyentuh atau memegang berus gigi tuala dan botol air atau tuala yang disebutkan tadi?
A; Tidak ada
Q; Cuba lihat gambar 2. Kalau kita lihat gambar 2 ini, meja pengawal lokap ini di sebelah mana?
A; Di sebelah kanan
Q; Sekiranya pegawal duduk di meja pengawal lokap, boleh atau tidak dia lihat botol air di gambar 11?
A; Dari sudut itu tidak boleh nampak
Q; Entry 4162 m.s 153. apakah yang dinyatakan di sini?
A; [read. 0745 hrs DSP Yahya sampai melawat menanyakan sarapan pagi kepada DSAI]
Q; Kamu buat satu lagi lawatan pada tarikh yang dinyatakan, ada atau tidak kamu masuk ke dalam sel lokap?
A; Tidak
Q; Entry 4166. Cuba bacakan butiran
A; [read] Timbalan Pegawai Turus, telah memasuki sel lokap untuk mengambil buku DSAI yang berwarna merah
Q; Siapa timbalan pegawai turus D9 IPKKL
A; Saya
Q; Kamu ada masuk sel lokap untuk ambil buku?
A; Ya
Q; Siapa yang meminta kamu untuk ambil buku?
A; Saya tak pasti
Q; Buku ini buku apa?
A; Buku surah yasin
Q; Semasa kamu masuk ke dalam sel lokap ini mengikut entry ini ada atau tidak kamu sentuh barang-barang seperti tuala, botol dan berus gigi
A; Tidak, saya lihat dari luar. Saya tidak masuk dalam
Q; Lihat entry 4167 bacakan
A; [read] supaya barang-barang kepunyaan DSAI tidak diusik, sentuh atau dialih dari tempat asalnya
Q; Pegawai turus D9 ini adalah kamu sendiri
A; Ya
Q; Kamu yang beri arahan supaya barang-barang DSAI dalam lokap tidak diusik dan disentuh atau dialih
A; Ya
Q: Seterusnya rujuk entry 4168. Cuba bacakan
A: [read]. terima arahan DSP Yahya untuk ambil dua tuala DSAI dari lokap
Q; Arahan ini dikeluarkan oleh kamu
A: Ya
Q; Siapa yang minta tuala itu dibawa keluar?
A: Saya
Q: Atas permohonan siapa?
A: Sebab masa itu tahanan akan dibebaskan
Q: Jadi kamu bawak keluar barang yang bukan government issued
A; Ya
Q; Siapa konst 14765 ini. Tengok entry
A; Anggota tadi. Salah seorang Jasni atau Adnan
Q; Selanjutnya, selain daripada buku, 2 tuala besar dibawa DSAI ada atau tidak pihak DSAI meminta apa-apa barang lain di lokap dibawa keluar
A; Tidak
Q; Di kawasan lokap D9 IPKKL ada atau tidak dilengkapi dengan CCTV
A; Ada
Q; Adakah cctv ini berfungsi?
A; Telah lama tidak berfungsi
Q; Sejak kamu masuk
A; Sejak saya masuk lagi tidak berfungsi
Q; Boleh beritahu mahkamah apakah barang-barang yang standard issue di lokap D9
A; Set barang-barang tuala berus gigi
Q; Adakah botol air ini standard issue?
A: Tidak, itu budibicara
Cross examination by Karpal Singh
Q; Lihat eksibit P68 gambar. Lihat semua gambar dalam eksibit. Jawab dengan ikhlas. Keadaan lokap ini adalah seperti kandang haiwan. Setuju
A; Tidak
Q; Kenapa
A; Itulah std yang dibuat oleh…
Q; Pandangan sendiri. Gambar 11 keadaan baik, elok
A; Memang begitulah keadaannya
Q; Adakah ini dicuci bila-bila masa?
A; Agak kurang memuaskan
Q; Lokap D9 ini ada CCTV?
A; Ada.
Q; Biasanya beroperasi?
A; Tidak berfungsi masa itu
Q; Umumnya beroperasi
A; Ya
Q; Seseorang dalam tandas gambar boleh ditangkap oleh CCTV?
A; Tidak boleh nampak
Q; Di mana ditempatkan CCTV?
A; Focus kepada pegawai bertugas, bukan dalam
Q; Siapa yang arahkan kamu DSAI dimasukkan dalam lokap ini?
A; Saya tak pasti. Tapi saya diarahkan oleh pegawai atasan
Q; Siapa
A; IO yang boleh jawab. Dia pegawai penyiasat
Q; Siapa yang arahkan?
A; Saya dan DSP Jude. Pegawai penyiasat yang boleh jawab
Q; Siapa yang arahkan?
A; Saya tidak tahu tapi IO case lah
Q; Jude yang arahkan?
A; Ya
Q; Bila dia arahkan
A; Sewaktu kita ada bincang di bilik mesyuarat dengan DSAI dan selepas itu kita arahkan untuk tahan orang kena tuduh
Q; Adakah DSAI dibekalkan dengan katil, bantal dan selimut?
A; Tidak ada
Q; Kenapa
A; Memang standard begitu. Saya tidak diisukan benda-benda itu bagaimana saya nak isukan
Q; Itu semua standard tahanan?
Q; Ada blanket dibekalkan
A; Tidak
Q: Tidak ada katil atau apa-apa?
A; Ya
Q; Itu standard di Negara ini
A; Itu saya tak tahu tapi yang saya jaga saya tahu
Q; Adakah masa apabila DSAI dimasukkan dalam lokap ini adakah kamu tahu DSAI dia mengalami sakit tulang belakang?
A; Ada dia maklumkan
Q; Walaupun itu dia tidak dibekalkan dengan selimut [], bantal, tilam
A; Tidak
Q; Kenapa, tidak pedulikan kesihatannya?
A; Sebab itu kita benarkan dia bawa kain selimut
Q; Itu mencukupi?
A; Tak ada satu lokap pun di Malaysia yang bekalkan bantal kepada tahanan
Q; No human rights
A; Ada human rights. Tidak ada bantal dan katil dibekalkan
Q; Itu basic keperluan manusia
A; Saksi tidak menjawab.
Re examination
Q; Adakah katil bantal selimut merupakan standard isu government kepada tahanan
A; Tidak
Q; Tidak ada katil dan bantal
A; Ya
Q; Kamu ada lokap D9 kurang memuaskan. Ada atau tidak lokap dicuci bila tahanan keluar?
A; Dicuci dan dibersihkan
Karpal: One question thru the court. Regarding the toilet
Q; Lihat gambar 11 P78. Tandas itu adakah bersih?
A; Bersih tetapi orang kena tahan yang lain-lain bila kita bersih mereka akan conteng-conteng. Mungkin Nampak kotor tapi bersih. Nampak kotor sebab cat dah luntur
Q; Ini adakah bersih dengan ikhlas
A; Kurang bersih lah
NH: Mohon saksi dilepaskan.
NH: Kita ada 4 lagi saksi lokap tak berapa panjang. Boleh kita sambung petang.
KS: At 2.45 pm I have the decision[].
YA: Ok. 2.45pm.
[11.59 a.m.] Stand down.
[2.56 p.m.]
NH: Dengan izin, mohon panggil Lans Koperal Nik Rosmady Nik Ismail.
SN: YA, could we just make a comment? We objected to Buku Lawatan for reason that the front cover doesn’t given to us. The second page is given to us, but the cover was not, that’s why we couldn’t recognize. It was given to us earlier. What can I suggested is, maybe we can just compare before it start.
SP18: Nik Rosmady Nik Ismail
Bahagian trafik Jalan Bandar, umur 29 tahun.
SP18 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
Q: Sebelum bertugas di trafik Jalan Bandar, kamu bertugas di mana?
A: Di IPK Kuala Lumpur, kem komandan.
Q: Kamu adalah bertugas sebagai Penjaga lokap?
A: Ya, sentry lokap.
Q: Di lokap D9 di IPK KL, ada sediakan buku per harian lokap?
A: Ada.
Q: Mohon rujuk P83. Lihat entri 4136 m/s 146. Boleh beritahu mahkamah siapa yang tulis entry ini?
A: Saya yang tulis.
Q: Menurut entri ini, kamu masih bertugas pada 16 Julai jam 7.01 malam?
A: Benar.
Q: Dengan siapa kamu masuk bertugas ketika itu?
A: Konstabel Balakuru.
Q: Semasa kamu bertugas, ada atau tidak tahanan dalam sel lokap itu?
A: Tiada OKT dalam tahanan. Lokap kosong.
Q: Rujuk entry 4140 m/s 417, siapa yang tulis?
A: Saya.
Q: Mengikut entri ini, kamu ada buat pemeriksaan lokap?
A: Benar.
Q: Apa yang kamu dapati?
A: Tahanan masih tiada. Lokap kosong. Keadaan terkawal dan baik.
Q: Seterusnya, entri 4141, ada atau tidak kamu buat pemeriksaan lokap?
A: Saya ada buat pemeriksaan, lokap masih kosong.
Q: Semasa kamu buat pemeriksaan, kamu seorang diri atau bersama Encik Bala?
A: Saya bersama Konstabel Balakuru.
Q: Semasa kamu buat pemeriksaan pada entri 4141, kamu kata lokap kosong. Ada kamu jumpa apa-apa barang dalam lokap?
A: Tiada sebarang barang pun dalam lokap.
Q: Rujuk 4144, m/s 148, siapa yang tulis entri ini?
A: Saya.
Q: Adakah entri ini merujuk pada daftar barang kes OKT?
A: Benar.
Q: Rujuk entri 4142. Siapa yang tulis?
A: Saya.
Q: Mengikut entri ini, apa yang berlaku?
A: Pukul 11.05 malam, satu OKT dibawa masuk oleh Tuan Jude. OKT tersebut ialah DSAI.
Q: Kalau kita rujuk balik entri 4144, kamu daftarkan barang-barang OKT, maksudnya barang siapa?
A: Barang DSAI.
Q: Semasa kamu membuat pendaftaran, DSAI berada di mana?
A: Dalam sel lokap.
Q: Mohon saksi rujuk buku lawatan lokap, P81, entri 191. Kalau mengikut entri ini, ada lawatan yang dibuat sesiapa ketika itu?
A: Masa itu, satu orang pegawai melawat lokap, iaitu DSP Yahya.
Q: Semasa DSP Yahya membuat lawatan lokap pada tarikh itu, ada DSP Yahya serah apa-apa pada kamu?
A: Ada. Satu bungkus plastic putih, yang mengandungi berus gigi putih, ubat gigi, tuala good morning, dan seketul sabun kecil.
Q: Mohon saksi rujuk P82. Adakah barang yang diserah itu ialah ini?
A: Benar.
Q: Semasa barang tersebut diserahkan kepada kamu, ada dimaklumkan barang-barang tersebut untuk siapa?
A: Untuk tahanan OKT, DSAI.
Q: Cam DSAI, ada di mahkamah?
A: Ada.
DSAI dicamkan.
Q: Selepas kamu menerima barang-barang ini daripada DSP Yahya, apa yang kamu lakukan kepada barang-barang tersebut?
A: Saya terima daripada DSP Yahya dan saya serahkan kepada DSAI. Beliau terima di dalam sel, dan letak atas lantai lokap.
Q: Masuk tak sel lokap?
A: Saya tak masuk.
Q: Sila rujuk entri 4145 m/s 150. Siapa yang tulis entri ini?
A: Saya.
Q: Apa yang dicatatkan?
A: DSP Jude telah bawa keluar DSAI.
Q: Entri 4146?
A: Saya tulis. DSAI dibawa masuk balik oleh Jude.
Q: Semasa DSP bawa keluar DSAI, ada Jude bawa masuk sel lokap tersebut?
A: Tiada.
Q: Beliau ada masuk sel lokap ketika bawa masuk DSAI dalam lokap?
A: Tiada.
Q: Sepanjang DSAI dibawa keluar oleh DSP Jude, ada atau tidak tahanan lain dimasukkan ke dalam sel lokap ini?
A: Tiada.
Q: Entri 4147, siapa tulis?
A: Saya.
Q: Mengikut entri ini, pukul berapa kamu selesai tugas?
A: 1.30 pagi.
Q: Sebelum kamu selesai tugas, ada periksa lokap?
A: Ada, saya lihat DSAI dalam lokap.
Q: Ada apa-apa lagi kamu lihat di lantai lokap?
A: Tiada.
Q: Setelah kamu selesai tugas, siapa yang ambik alih tugas kamu?
A: Lans Koperal Nadimin dan Konstabel Azry.
Q: Sepanjang kamu bertugas pada 16 Julai 2008 jam 7.01 malam sehingga 17 Julai jam 1.30 pagi, ada atau tidak kamu masuk ke dalam lokap di mana DSAI ditahan?
A: Tiada.
Q: Sepanjang tempoh kamu bertugas, ada kamu sentuh apa-apa barang dalam sel berkenaan?
A: Tiada.
NH: YA, itu sahaja soalan untuk saksi ini.
KS: Tiada soalan cross.
NH: Pohon saksi dilepaskan.
NH: Pohon saksi seterusnya dipanggil, SP19.
SP19 - Konstabel Azry bin Mohd Toyab
Pengawal Sentri Lokap D9 IPK KL, umur: 26 tahun.
SP19 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu. Pengawal Sentri Lokap D9 IPK KL, umur: 28 tahun.
Q: Sejak bila kamu bertugas di D9, IPK KL?
A: Selama 3 tahun, sejak 2008, bulan 8.
Q: Di lokap D9, ada atau tidak buku per harian lokap disediakan?
A: Ya.
Q: Mohon saksi dirujuk buku harian lokap P83. Cuba lihat 4148, m/s 150. Mengikut entri ini, ada kamu bertugas?
A: Ada bersama Kopl Nadimin.
Q: Pukul berapa kamu masuk bertugas?
A: Ada, pukul 1.30 pagi, 17/7.
Q: Ada tahanan dalam sel lokap?
A: Ada. DSAI.
Q: Cam, ada di mahkamah?
A: Ada.
DSAI dicamkan.
Q: Rujuk entri 4160, kalau ikut entri ini pukul berapa kamu selesai bertugas?
A: 7.25 pagi. 17/7.
Q: Sepanjang kamu bertugas Dari 1.30 pagi hingga 7.30 pagi, selain DSAI ada tahanan lain dalam lokap?
A: Tiada.
Q: Rujuk entri 4150 m/s 151, semasa kamu bertugas dengan Encik Nadimin, ada atau tidak lawatan di buat?
A: Ada. C/insp Zulkifli bin Fajar.
Q: Seterusnya, 4151, ada atau tidak satu lagi lawatan dibuat? Siapa?
A: Ada. C/insp Zulkifli bin Fajar.
Q: Di kedua dua lawatan ini, ada atau tidak C/insp Zulkifli bin Fajar masuk dalam sel lokap?
A: Tiada.
Q: Rujuk 4158, satu lagi lawatan semasa kamu bertugas, siapa yang melawat?
A: C/insp Zulkifli bin Fajar.
Q: Semasa lawatan ini, ada atau tidak beliau masuk ke dalam sel lokap?
A: Tiada.
Q: Sepanjang kamu bertugas pada tarikh yang disebutkan, ada atau tidak kamu atau Kopl Nadimin, masuk ke dalam sel lokap?
A: Tiada.
NH: Itu sahaja soalan saya, YA.
KS: Tiada soalan cross.
NH: Pohon saksi dilepaskan.
NH: Pohon panggil SP20, L/Korp Mohd Jasni bin Jaafar, (bertugas anggota polis bahagian trafik).
P20 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
Q: Sebelum bertugas di cawangan trafik, kamu bertugas di mana?
A: Cawangan kem komanden, IPK KL.
Q: Pengawal lokap pada ketika itu?
A: Ya.
Q: Lokap mana?
A: Lokap D9 IPK KL.
Q: Pada 17 Julai 2008 semasa kamu bertugas sebagai penjaga lokap, sebelum itu, ada atau tidak sediakan per harian lokap?
A: Ada.
Q: Ada atau tidak kamu membuat catitan dalam buku perharian lokap tersebut?
A: Ada.
Q: Cuba rujuk P83, di entri 4161, m/s 152, siapa yang tulis entri ini?
A: Saya.
Q: Pada pukul berapa kamu mula bertugas?
A: 7.26 pagi, 17/7/2008.
Q: Siapa anggota bersama-sama kamu bertugas pada hari tersebut?
A: Konstabel Adnan Basri.
Q: Semasa kamu bertugas pada tarikh berkenaan, ada atau tidak tahanan dalam lokap?
A: Ada. DSAI.
Q: Kamu cam?
A: Ya.
Q: Ada dalam mahkamah?
A: Ada.
DSAI dicamkan.
Q: Masa kamu buat perhatian, adakah kamu tahu di mana dia berada?
A: Ada.
Q: Ketika itu apa yang kamu lihat di dalam lokap?
A: Tahanan OKT iaitu DSAI .
Q: Masa kamu masuk itu, kamu buat perhatian dalam sel lokap, apa kamu lihat dalam lokap tersebut?
A: Barang-barang seperti tuala mandi, tuala kecil, buku berwarna merah, ubat gigi dan berus gigi dan sabun mandi dalam sel lokap.
Q: Rujuk entri 4163, m/s 153, kalau mengikut entri ini, ada sesiapa buat lawatan ke dalam lokap?
A: Ada, ACP Razali bin Basri dan ASP [] bin Ahmad.
Q: Ada mereka masuk dalam sel lokap?
A: Tidak.
Q: Ketika mereka berada dalam kawasan lokap, ada perbualan yang kamu dengar? Apa?
A: ACP Razali menanyakan DSAI mengenai sarapan pagi, dan seterusnya bawa DSAI keluar lokap.
Q: Setelah mendengar perbualan itu, ada kamu dengar DSAI lakukan?
A: Ada, DSAI menuju ke tandas lokap lalu saya mendengar seolah beliau menggosok gigi.
Q: Apa yang anda lihat lagi? Selepas itu, ada atau tidak ACP Razali dan ASP Zhafni membawa DSAI keluar?
A: Ada.
Q: Cuba lihat entri 4164 m/s 153, pukul berapa DSAI dikeluarkan?
A: Pukul 8.10 pagi, 17/7/2008.
Q: Selepas beliau dibawa keluar, ada atau tidak pintu sel lokap tersebut dikunci?
A: Ya.
Q: Selepas pintu sel lokap itu dikunci, ada atau tidak mana-mana tahanan dibawa masuk ke dalam sel lokap?
A: Tidak.
Q: Setelah DSAI dibawa keluar, ada atau tidak kamu memerhati ke dalam lokap sekali lagi?
A: Ada.
Q: Rujuk entri 4165. Siapa yang buat entri ini?
A: Saya.
Q: Cuba bacakan apa yang Encik dapati selepas DSAI keluar lokap? Cuba bacakan.
A: Tuala mandi, tuala kecil, buku berwarna merah, berus gigi, ubat gigi dan sabun yang mandi masih dalam sel lokap.
Q: Selain itu, ada tak buat catatan dalam poket diari encik?
A: Ada.
Q: Pohon saksi dirujuk pocket book saksi. Pocket book ini kepunyaan siapa?
A: Saya.
Q: Baca entri 62 di m/s 41.
A: Lans Kopl 142183 dan Konstabel 147675 periksa lokap D9 IPK KL dapati barang-barang DSAI seperti dan sabun mandi masih lagi berada dalam sel lokap, termasuk pakaian lokap berwarna oren.
Q: YA, mohon tanda dan kemuka pocket book sebagai P84.
Pocket book ditanda sebagai P84.
Q: Rujuk entri 4166. Siapa yang tulis entri ini?
A: Saya.
Q: Mengikut entri ini, ada DSP Yahya masuk ke dalam sel lokap?
A: Ya.
Q: Untuk mengambil buku merah?
A: Ya.
Q: Dan selain DSP Yahya, ada orang lain masuk bersama DSP Yahya?
A: Tiada.
Q: Rujuk entri 4167, siapa yang tulis?
A: Saya.
Q: Mengikut entri ini, apa arahan yang kamu terima daripada DSP Yahya?
A: DSP Yahya mengarahkan supaya barang-barang DSAI tidak disentuh atau dialih dari tempat asal.
Q: Rujuk entri 4171, pukul 11.40 pagi, siapa yang datang ke lokap?
A: Pasukan forensic yang diketuai oleh Supt Amidon.
Q: Ketika itu, masa mereka baru tiba, pintu lokap berkunci?
A: Ya, Konstabel Adnan yang bukakan.
Q: Sila rujuk entri 4172. Sapa yang tulis?
A: Saya.
Q: Menurut entri ini, jam berapa Supt Amidon dan pasukannya keluar lokap?
A: 12.35 tengahari.
Q: Selepas pasukan forensic keluar, kamu ada buat pemeriksaan lokap? Ada kamu melihat ke dalam sel lokap?
A: Ada.
Q: Ada kamu perhatikan apa-apa dalam lokap tersebut?
A: YA, saya pohon rujuk pocket book. Saya tak ingat.
Q: Dari mula kamu bertugas pada 17/7, pukul 7 pagi itu, sehingga pasukan forensic diketuai Supt Amidon datang mengambil barang2 kes dari lokap, selain DSAI, ada tak tahanan lain menggunakan sel lokap itu?
A: Tiada.
Q: Rujuk entri 4173, m/s 156, sapa yang tulis?
A: Saya.
Q: Menurut entri ini, kamu selesai bertugas jam berapa?
A: 1.08 tengahari.
Q: Sepanjang kamu bertugas pada 17hb tersebut, sehingga pasukan forensic datang, ada atau tidak kamu masuk dalam lokap?
A: Tiada.
Q: Konst Adnan?
A Tiada.
NH: Itu sahaja soalan saya YA.
KS: Tiada soalan untuk cross.
YA: Saksi dilepaskan.
NH: Pohon panggil SP21.
SP21 – Konstabel Adnan Basir bin Safriel.
Bertugas di Kem komanden IPPK KL, umur 27 tahun.
Q: Kamu pernah bertugas sebagai pengawal lokap D9, IPK KL sejak bila?
A: 1.4.2004.
Q: Di lokap D9, ada sediakan perharian lokap?
A: Ada.
Q: Mohon saksi rujuk P83. Rujuk entri 4162 m/s 153. Siapa tulis entri ini?
A: Saya.
Q: Apa yang ditulis?
A: Timbalan Pegawai Turus D9, DSP Yahya sampai ke lokap D9 dan menanyakan sarapan pagi kepada DSAI.
Q: Semasa beliau buat lawatan, ada atau tidak dia masuk dalam sel lokap?
A: Tiada.
Q: Rujuk entri 4168 ms 154. Siapa buat catatan ini?
A: Kamu.
Q: Apa arahan yang diberikan?
A: DSP Yahya mengarahkan saya supaya ambil dua tuala kepunyaan DSAI dalam sel lokap, dan lipat dalam keadaan kemas serahkan kepada DSP Yahya.
Q: Ada kamu ambil dua helai tuala seperti yang diarahkan?
A: Ya.
Q: Semasa kamu mengambil 2 tuala, ada atau tidak kamu menyentuh barang-barang lain?
A: Tiada.
Q: Barang ini diserahkan kepada siapa?
A: Kepada Timbalan Pegawai Turus D9, DSP Yahya.
Q: Sepanjang kamu bertugas pada 17/7/2008, 7.26 pagi sehingga kamu selesai tugas pada hari tersebut, pukul berapa kamu selesai tugas?
A: Pukul 1 petang bersama Korporal Jasni.
Q: Ada atau tidak kamu pada bila-bila masa masuk ke dalam sel lokap selain mengambil sel tuala?
A: Tiada.
NH: Itu sahaja soalan untuk saksi ini.
KS: Tiada cross.
NH: YA, pada peringkat ini, kami ingin memanggil semula SP15, Supt Amidon untuk rujuk balik barang kes dan mungkin jika peguambela membuat bantahan, kita akan membuat penghujahan.
SP15 angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
Q: Mohon saksi dirujuk ID57, ID58, ID59, 1D 61 serta kandungannya. Cuba lihat envelope-envelope dan kandungan, adakah ini envelope yang kamu sealkan, dan kandungan yang kamu perolehi di sel D9 IPK KL.
A: Ya.
Q: Kami ingin tanda sebagai P berserta kandungannya juga iaitu ID57A, ID58A, ID59A, 1D 61A.
KS: YA, we want to object. These exhibits and the rest recovered from the cell is inadmissible. And for that purpose, we want a trial within a trial. We are alleging that unfair methods were used by the police in securing these exhibits. And the court has discretion to exclude admission of such evidence YA, on the basis upon which we alleging that this evidence ought to be excluded. For that purpose, there must be a trial within a trial. We will submit on the necessity of that permohonan. If your Lordship rules that this evidence is inadmissible, then it ought to be excluded []. In the event a trial within a trial is ordered, DSAI will be giving evidence in the trial within a trial. We will submit on that.
YA: Yes, of course Mr. Karpal still belum habis lagi buat submission lah, we will continue tomorrow. For the time being, DY?
MY: YA, if I can understand correctly, in most circumstances, especially with regard to confession of the witness, the moment the statement is about to be tendered, then counsel can object on the ground of the involuntariness, then we will know. There are three: inducement, threat or promise that we have to address. Here we talked about unfairness method.
YA: Now, what I see is they asking the court’s discretion to exclude evidence which is prima facie is admissible, but they want to exclude it on the ground of unfairness.
MY: I think that there are 2 aspects. Firstly), whether or not we need to have a trial within a trial. 2) Whether or not after we have conducted a trial within a trial, and if it is proven that unfairness method had been employed, whether or not the court can used its discretion exclude it. The question is, I don’t know what is the unfairness method that I have to address.
YA: They have to show lah. Because they are asking the court’s discretion, so they have to prove.
KS: The onus is on us. My learned friend knows about that.
MY: Now this is my problem YA. First, the case of [], Federal Court’s decision 1980; you alleged, I prove, prosecution will prove, then we have rebuttal evidence, but still the prosecution must start first to show the irregularities of this exhibits. So until and unless I know what they are complaining, I wouldn’t be able to address even if we need the trial within a trial. Let alone the evidence that we have after this. I mean, this is the kind of issues that we will address tomorrow YA.
YA: Tomorrow we will listen to the submission. And next we will see whether a trial within a trial is needed or not.
KS: So, we need the notes for the purpose of tomorrow’s submission. The notes this morning and afternoon.
YA: No, it is very difficult for us to transcribe within time actually. We can give you the CD so you can tengok CD.
[3.48 p.m] : Court adjourn.
0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 39"
Post a Comment