untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Sunday, August 1, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 16

02 August, 2010 TRANSKRIP PERBICARAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KES LIWAT 11

Mahkamah Tinggi Jenayah 3
Di hadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah
Pihak-pihak:
PP: Semua hadir
PB: KS, SN, Datuk Param Cumaraswam, Dato’ CV Prabhakaran, Marissa, Ram Singh
WB: Zamri Idrus (for SP1), Andy Yong (Bar Council)
AI hadir

[9.13 a.m.]
MY: Kes ditetapkan untuk sambung bicara. Untuk pemeriksaan balas SP2.
YA: Kita ada application baru. We should hear that first. KS you are the one who made the application, so you must start it.
KS: In our application, stay of proceeding does not arise. Cross-examination of the last witness does not arise. Both do not arise in the application this morning. It has been overtaken by events. The event is that we have file an application for the charge against DSAI being strike out which is under inherent power of court. The reasons are stated in the affidavit. In short, there is an assertion that there is an affair between DPP Farah Azlina Latif and SP1, Mohd Saiful Bukhari, the complainant of the case. As a result, that charge should be strike out because the DPP is part of the prosecution team. She would have access to the investigation paper, etc. [] that the sp1 [] aware of []
YA: I think you are going to the merit, KS.
KS: I’m not. There is an affair between DPP Farah Azlina Latif and SP1. This affect the entire trial my Lord. There is an offence under the OSA by SP1 and FA. The integrity of the DPP has been compromised. In fact, the entire pro team is being [] impartiality, [] when we submit on this application [] There’s an affair between the DPP and the complainant, the star witness of this case. The entire prosecution team should step down. My learned friend MY should take the blame. [] the application of stay is taking by events [].
YA: So you said you want me to hear the application first?
KS: Yes. This is not only for SP2, but also any other witness. This is a very serious matter, my Lord. My learned friend may need time to reply to the affidavit. [] affidavit of DSAI filed together with the motion this morning, in support of the application.
MY: YA, the application to dismiss the case is not in this court. We must proceed with the cross-examination or with the application of stay. Just because somebody assert something does not mean [] bare allegation [] instruct the defence to proceed with application of stay of proceeding or continue with the cross-examination.
KS: We only get the reply on Friday. For this reason, it is only filed this morning, it will be sent to your Lordship afterwards. This is for your Lordship to go through the application and the substance of it. [] it’s a sworn affidavit. My learned friend has no other option to reply to the affidavit, also the DPP and SP1. This might ensure the truth prevails. [] So that from there we should proceed.
YA: Is that all?
[9.21 a.m.] Stand down.

[9.47 a.m.]
MY: Pihak2 masih seperti dulu.
YA: Memang tidak dapat dinafikan terdapat permohonan untuk mengenepikan pertuduhan dan oleh itu sekiranya pemeriksaan balas SP2 diteruskan, ianya akan menjadi satu tindakan yang sia2. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya permohonan membatalkan pertuduhan didengar terlebih dahulu sebelum permohonan pergantungan prosiding dan keterangan SP2 diteruskan. So, are the parties ready for the application? Stand down for a while.
[9.48 a.m.] Stand down

Pihak-pihak berjumpa dengan Hakim dalam Kamar pada jam 9.50 pagi. Pihak-pihak keluar dari Kamar Hakim jam 10.03 pagi.

[10.06 a.m.]
Permohonan 44-125-2010 : Permohonan mengenepikan pertuduhan.
MY: Notis usul baru diserahkan kepada saya pagi ini. Permohonan untuk [] afidavit DSAI. Saya memohon masa untuk mengkaji dan memfailkan affidavit jawapan dan jika perlu, membuat research untuk digunapakai dalam menentang permohonan ini. KS juga perlu masa untuk membuat apa-apa afidavit balasan jika ada terhadap afidavit kami. Saya memohon satu tempoh yang cukup untuk kedua-dua pihak bersedia.
KS: Kami mencadangkan 9 hb Ogos ini untuk tujuan pendengaran permohonan kini.
MY: Saya tiada bantahan kerana hari Jumaat ini ada pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan.
YA: 9 hb Ogos 2010, Monday. Kes bicara proper ditetapkan untuk sebutan pada tarikh tersebut. Begitu juga permohonan penangguhan prosiding.
[10.09 a.m.] Stand down.

------------------------------------------------------------------

Kes ditangguh, Anwar mohon batal pertuduhan

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

Peguam utama Anwar -- Karpal Singh -- yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.

"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.

Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.

Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama.

Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan.

Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.

P

eguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu.

Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan.

Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.

Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.

Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

------------------------------------------------------

Anwar buat aduan polis terhadap Saiful, Farah langgar OSA

August 02, 2010

KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat, pagi ini membuat laporan polis terhadap saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif, yang didakwa menjalani hubungan romantis, di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Dalam laporan yang dibuat di balai polis Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pukul 11 pagi tadi, Anwar mendakwa Saiful dan Farah Azlina telah melanggari Seksyen 8(1) dan Seksyen 8(2) akta itu.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 16"