untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Thursday, July 17, 2008

PEMBELAAN - 1

Keputusan sama ada Anwar bela diri esok

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada Sabtu ini sama ada pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri atau dibebaskan atas empat tuduhan pindaan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Hakim Datuk S. Augustine Paul menetapkan demikian selepas beliau mendengar penggulungan hujah empat peguam bela Anwar dan hujah balas pendakwa raya pada perbicaraan yang masuk hari ke-49 hari ini.

Beliau berkata, fakta-fakta yang dibentangkan sudah agak biasa padanya.

Namun begitu, kata Hakim Augustine, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti penghujahan pihak pembela berhubung persoalan yang ditimbulkan sama ada dua saksi pendakwa yang disebutkan dalam pertuduhan terdiri daripada rakan yang bersubahat.

Menurut hujah pembela, dua saksi pendakwa itu, bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Said Awang dan bekas timbalannya, Datuk Amir Junus dianggap rakan yang bersubahat dalam tuduhan terhadap Anwar dan tidak boleh dipercayai.

Anwar, 51, juga bekas Menteri Kewangan dibicarakan atas empat tuduhan pindaan rasuah menyalah guna kuasa bagi faedah untuk menyelamatkan dirinya daripada keaiban.

Beliau dituduh mengarahkan Mohd. Said dan Amir Junus supaya memperoleh penafian daripada Ummi Hafilda Ali yang menulis sepucuk surat perihal salah laku dirinya kepada Perdana Menteri.

Anwar juga didakwa mengarahkan dua bekas pegawai tinggi Cawangan Khas itu mendapatkan kenyataan bertulis Azizan Abu Bakar untuk menafikan dakwaan liwat yang terkandung dalam 'pengakuan bersumpahnya' bertarikh 5 Ogos 1997.

Empat daripada sembilan peguam bela Anwar terdiri daripada Raja Aziz Addruse, Sulaiman Abdullah, Christopher Fernando dan Gurbachan Singh secara bergilir-gilir mengambil masa dua hari untuk membentangkan hujah pembela.

Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail pula menggunakan separuh hari ini untuk menggulung hujah balas pendakwa.

Sepanjang perbicaraan dalam kes pendakwa, sebanyak 23 orang saksi telah dipanggil termasuk Azizan yang merupakan bekas pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Saksi pendakwa ke-17, Ummi Hafilda paling menjadi tumpuan umum pada setiap kali beliau hadir di mahkamah.

Sebelum sidang bermula pukul 9 pagi ini, Hakim Augustine membenarkan permohonan Raja Aziz untuk memeriksa beberapa buah diari Anwar yang berada dalam simpanan polis.

Menurut Raja Aziz, beliau telah memohon untuk mendapatkan diari peribadi dan rasmi Anwar yang diambil daripada bekas pejabatnya sewaktu siasatan dijalankan berhubung kesnya.

Raja Aziz berkata, beliau memohon untuk mendapatkan semula diari peribadi Anwar dalam penyediaan kes pembela.

''Diari peribadi itu patut dipulangkan kepada kami,'' kata beliau.

Gani menjawab bahawa pendakwa sedia bekerjasama untuk membantu peguam bela Anwar memeriksa diari tersebut dan sekiranya perlu mereka boleh membuat salinannya.

Bagaimanapun, menurut Gani, pihaknya masih memerlukan diari rasmi Anwar bagi kes-kesnya yang lain.

Oleh: KAMARIAH AHMAD

--------------------------------------------------------------------------------------------

Anwar bela diri 8 Feb. -- Empat menteri termasuk PM akan dipanggil sebagai saksi pembela

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim diiringi menuju kenderaan polis untuk dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan dia membela diri atas empat tuduhan pindaan rasuah.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri atas empat tuduhan pindaan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Mahkamah menetapkan 8 Februari ini untuk mula mendengar kes pembelaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam bela Anwar pula telah menyenaraikan empat menteri kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad untuk dipanggil sebagai saksi pembela.

Hakim Datuk S. Augustine Paul ketika mengumumkan keputusannya secara ringkas berkata, beliau mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atas empat tuduhan pindaan itu.

Dalam lain perkataan, jelas beliau, pendakwa dapat mengemukakan bahan-bahan bukti prima facie menurut peruntukan Seksyen 2(1) ordinan tersebut.

Menurut Hakim Augustine, beliau membuat keputusan setelah menimbangkan keterangan yang relevan pada pertuduhan dan penghujahan peguam bela.

Beliau mengumumkan keputusan itu pada kira-kira pukul 10.40 pagi, pada perbicaraan yang masuk hari ke-50 hari ini.

Anwar, 51, yang juga bekas Menteri Kewangan, seperti biasa diiringi masuk ke mahkamah dengan kawalan ketat pada kira-kira pukul 9 pagi.

Sebelum mahkamah bersidang, Anwar yang sempat menghampiri tempat duduk isteri dan keluarganya, turut menoleh ke arah para wartawan sambil berkata: ''Saya tidak hendak menjangka bahawa saya boleh dibebaskan. Kita harus realistik.''

Selepas menerima keputusan hakim itu, Anwar nampak tenang dan diberi kesempatan menemui keluarganya.

Sebelum dibawa ke lokap mahkamah, beliau sekali lagi menoleh ke arah wartawan dan berkata: ''Kita akan membuat pembelaan yang baik demi mewujudkan keadilan.''

Suasana galeri awam di mahkamah itu penuh sesak. Kira-kira 35 orang wartawan tempatan dan asing termasuk dari media elektronik duduk bersesak-sesak di antara orang awam yang berpeluang mengikuti perjalanan perbicaraan hari ini.

Beberapa orang wakil dari kedutaan asing turut hadir sebagai pemerhati.

Ketika mengumumkan keputusannya, Hakim Augustine: ''Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lambat memulakan prosiding ini. Sebelum saya membuat keputusan, saya akan membuat beberapa pindaan kepada pertuduhan-pertuduhan.''

''Pindaan pertama, kepada versi bahasa Inggeris pertuduhan dua dan empat di mana perkataan ''against'' hendaklah dipinda kepada perkataan ''from'' kerana versi bahasa Malaysia menggunakan perkataan ''daripada''.

''Pindaan kedua, kepada pertuduhan satu dan tiga, di mana perkataan-perkataan berikut hendaklah ditambah selepas tarikh ''5 Ogos 1997'' supaya ia menepati keterangan-keterangan yang telah dikemukakan, iaitu ''yang mana mereka telah peroleh seperti yang diarahkan dalam bentuk kenyataan bertulis 18 Ogos 1997''.

Hakim Augustine: ''Sekarang saya minta jurubahasa membaca pertuduhan pindaan pertama dan ketiga kepada tertuduh.''

Selepas membaca tuduhan kepada Anwar, jurubahasa, Tuan Kechik Tuan Hussin berkata: ''Pertuduhan pindaan pertama dan ketiga telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh, tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas pertuduhan pindaan pertama dan ketiga.''

Hakim Augustine kemudian berkata bahawa beliau membuat keputusannya dan pada peringkat ini beliau tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang alasan.

Sewaktu memutuskan kes itu, Hakim Augustine berkata bahawa beliau berhasrat dan perlu untuk menyatakan beberapa perkara bagi panduan dalam mengendalikan kes itu berhubung pandangan peguam bela yang mempersoalkan kebenaran dakwaan pada empat tuduhan pindaan tersebut.

Hakim Augustine: ''Ini harus diingat bahawa tuduhan pindaan hanya merujuk dakwaan meliwat dan salah laku seks dan bukannya perbuatan sebenar meliwat dan salah laku seks tertuduh.''

Beliau menegaskan kebenaran atau dakwaan palsu bukanlah isu dalam perbicaraan tersebut.

''Apa-apa keterangan atau penghujahan mengenai perkara tersebut adalah tidak relevan dan tidak boleh diterima pakai. Sebagaimana mengikut peraturan, keterangan untuk mewujudkan kes prima facie mestilah hanya tertakluk atas isu yang ditimbulkan dalam tuduhan pindaan.''

Kemudiannya, Hakim Augustine menerangkan kepada Anwar bahawa beliau mempunyai tiga pilihan untuk membuat pembelaannya.

Tiga pilihan itu ialah:

* ''Kamu boleh berdiam diri.''

* ''Kamu boleh membuat kenyataan dari kandang tertuduh di mana kamu tidak boleh ditanya oleh peguam atau pendakwa ataupun mahkamah.''

Hakim Augustine: ''Bagaimanapun, saya mesti maklumkan kepada kamu bahawa kenyataan itu mempunyai nilai lebih rendah daripada keterangan bersumpah.''

* ''Kamu boleh masuk ke kandang saksi dengan mengangkat sumpah. Kamu boleh buat pemilihan dan kamu bebas untuk merujuk dan berbincang dengan peguam kamu.''

Hakim Augustine bertanya peguam Raja Aziz Addruse: ''Adakah kamu ingin menasihatkan pelanggan?''

Raja Aziz: ''Kami telah berbincang dengan tertuduh mengenai perkara ini dan kami diarahkan bahawa beliau akan memberi keterangan daripada kandang saksi dengan mengangkat sumpah.''

Peguam bela itu seterusnya berkata bahawa seperti yang diketahui beberapa orang saksi telah ditawarkan kepada pihaknya pada peringkat akhir kes pendakwa.

Raja Aziz: ''Kami ingin mengambil kenyataan-kenyataan daripada saksi-saksi ini bagi memastikan sama ada mereka sedia membantu sebelum pembelaan dimulakan. Kami sebenarnya belum lagi mengambil kenyataan daripada saksi-saksi ini memandangkan terlalu awal sehinggalah Yang Arif memutuskan untuk memanggil tertuduh membela diri.

''Bolehkah kami cadangkan pembelaan mula dibuat dalam tempoh dua minggu daripada Isnin depan (1 Februari).

Hakim Augustine: ''Itu terlalu lama.'' Hakim itu kemudian menanyakan pendapat Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail.

Gani: ''Pada permohonan untuk masa, saya serahkan kepada mahkamah tetapi pendapat saya dua minggu itu sangat lama.''

Bagaimanapun, Gani membantah mengenai persoalan untuk mengambil kenyataan saksi-saksi yang telah diberikan kepada pembela.

Gani menimbulkan dua isu untuk perhatian mahkamah.

Gani: ''Saya memohon di bawah Seksyen 136 Akta Keterangan 1950 bahawa mahkamah boleh menggunakan budi bicara untuk bertanya sesuatu pihak mengenai cadangan keterangan relevan yang macam mana jika ingin dibuktikan mengenai dakwaan fakta itu.''

Beliau menghujah bahawa tidak ada undang-undang untuk seseorang saksi memberi kenyataan kepada pihak pembela.

Gani: ''Kami boleh memberikan mereka tetapi kami tidak boleh menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan itu boleh diambil sebagaimana mengikut peraturan.

''Rakan bijaksana (peguam bela) mungkin mendapati lebih mudah untuk memperoleh apa yang mereka mahu daripada saksi-saksi dengan meyakin dan menjelaskan kepada mahkamah berhubung betapa penting keterangan itu dan juga kaitannya,'' kata beliau.

Gani menerangkan bahawa terdapat empat atau lima saksi yang merupakan tokoh-tokoh awam yang mempunyai kewajipan yang perlu dilaksanakan untuk kepentingan awam dan oleh itu pembela seharusnya menjelaskan apa yang mereka mahu daripada saksi-saksi ini.

Gani: ''Walaupun kami telah berikan kepada pembela, saya ingin meminta rakan bijaksana menimbangkan faktor-faktor ini juga. Jika keterangan tidak relevan maka mereka boleh ketepikan bagi membolehkan saksi-saksi itu menjalankan kewajipannya.''

Gani juga memaklumkan mahkamah bahawa pendakwa telah memperoleh sapina bagi lima saksi tetapi tidak menyerahkan kepada mereka.

Beliau memberitahu bahawa saksi-saksi itu terdiri daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Peguam Negara (Tan Sri Mohtar Abdullah).

Gani: ''Kami tidak menyerahkan sapina itu kerana kami tidak menganggap mereka sebagai saksi yang penting dalam kes pendakwa. Kami berhujah bahawa daripada keterangan yang kami kemukakan setakat ini tidak ada apa keterangan yang penting mereka boleh berikan.''

Hakim Augustine lalu bertanya perkara itu kepada Raja Aziz.

Raja Aziz: ''Jika Yang Arif memberikan kami tempoh dua minggu kami tidak perlu menghujah balas.''

Hakim Augustine: ''Bagaimana dengan Seksyen 136?''

Raja Aziz: ''Ini tidak ada kena mengena untuk memberitahu terlebih dahulu kepada Yang Arif bagaimana kami hendak mengendalikan pembelaan. Jika pada peringkat saksi memberi keterangan dan tiba-tiba dia menyatakan sesuatu maka Yang Arif boleh menggunakan budi bicara di bawah Seksyen 136, tetapi dalam situasi ini...''

Hakim Augustine: ''Seksyen 136 hanya terpakai apabila mendengar keterangan pada perbicaraan?''

Raja Aziz: ''Ya, apa yang Gani mohon agar pembela memaklumkan Yang Arif mengenai apa yang kami ingin buat dalam pembelaan. Ini pastinya bukan kedudukan yang betul dalam undang-undang.''

Hakim Augustine: ''Saya rasa ini juga tidak betul kerana pembela boleh membukakan kesnya (dan mahkamah boleh bertanya keterangan bagaimana ia relevan).''

Raja Aziz: ''Ya, tetapi ini bukan bermakna kami harus memberitahu Yang Arif sekarang. Kami tidak perlu mendedahkan terlebih dahulu kes pembelaan.''

Bagaimanapun, Gani yang terus mempertahankan pendapatnya berkata: ''Saya tidak berminat mengenai strategi mereka atau keterangan untuk pembelaan. Saya hanya berminat untuk mengetahui sama ada ia penting dan relevan.''

Raja Aziz: ''Saya rasa Gani terkeliru dalam hujahnya. Jika bercakap Seksyen 136, soal ditimbulkan mengenai saksi boleh mengetepikan sapina. Kami tidak boleh menunjukkan bagaimana seseorang saksi itu penting sehingga kami mengambil kenyataan mereka.''

''Gani tidak boleh menyatakan bahawa saksi-saksi itu sangat sibuk kerana kami yang akan memutuskannya. Saya tahu mereka orang yang sibuk tetapi mereka dalam senarai saksi. Kami hanya meminta untuk mengambil kenyataan mereka,'' kata Raja Aziz.

''Persoalan mengenai relevan dan kepentingannya, kami tidak ingin bercakap hal itu. Kami telah melihat keterangan tak relevan telah diberikan dan digugurkan,'' tambah peguam bela itu.

Para hadirin di galeri awam tergelak.

Hakim Augustine yang dilihat menulis seketika kemudian berkata:''Berhubung dengan interpretasi bagi Seksyen 136, saya memutuskan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk bertanya dalam apa cara keterangan yang dicadangkan daripada saksi yang relevan dan menolaknya jika keterangan itu tidak relevan.''

Gani: ''Saya tidak membantah untuk mereka mendapatkan saksi-saksi tetapi tidak ada undang-undang menyatakan pembela boleh mengambil kenyataan daripada saksi-saksi tersebut. Mereka mungkin boleh menemu soal saksi-saksi tetapi mereka tidak boleh membuat saksi menandatangani kenyataan.''

Hakim Augustine: ''Saya tidak ada masalah dengan mengambil kenyataan saksi tetapi saya mempunyai masalah dengan dua minggu. Pembela seharusnya telah mengemukakan pada peringkat kes pendakwa untuk mula mendapatkan kenyataan itu. Dua minggu pastinya terlalu lama.''

Gani: ''Apabila saya menawarkan saksi-saksi, saya telah meminta rakan bijaksana saya itu mengenai bila dan di mana mereka ingin berjumpa dengan saksi-saksi, tetapi mereka tidak datang jumpa saya.''

Raja Aziz: ''Perkara itu tidak jadi persoalan, tetapi mengenai arahan Yang Arif membenarkan kami melihat diari.''

''Pada Jumaat (semalam), kami telah meminta salinan diari dan sekarang ia sedang dibuat salinannya. Tetapi kami masih belum melihatnya. Kami belum dapat membacanya kerana ada empat karton yang dipenuhi dengan diari dan dokumen. Inilah sebabnya... Kami rasa Yang Arif dalam keadaan ditekan masa tetapi adalah tidak munasabah untuk meminda tempoh yang saya cadangkan,'' kata Raja Aziz yang masih meminta lebih masa untuk menyediakan pembelaan.

Hakim Augustine: ''Mengapa perkara ini tidak dibuat lebih awal? Kamu seharusnya telah mula menemu soal saksi-saksi sebaik sahaja ditawarkan kepada pihak kamu.''

Raja Aziz: ''Disebabkan cuti umum dan kami tidak dapat buat banyak perkara.''

Hakim Augustine: ''Mengapa pelanggan (Anwar) kamu tidak mulakan dulu?''

Raja Aziz: ''Keterangan mestilah diselaraskan.''

Hakim Augustine: ''Kamu mesti ingat bahawa ia fundamental dalam undang-undang jenayah, pembelaan yang akan dibuat oleh tertuduh adalah dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwa.''

Raja Aziz: ''Kebanyakan saksi yang mungkin kami kemukakan melalui saksi pendakwa yang telah diberikan kepada kami.''

Hakim Augustine: ''Hanya satu jalan saya boleh tolong ialah tetapkan pada Isnin 8 Februari ini.''

Raja Aziz: ''Banyak yang hendak dibuat dan saya rasa pembela harus dibuat dengan betul.''

Hakim Augustine: ''Sebab itu saya beri tempoh kamu satu minggu, jika tidak kamu boleh mulakan pada 2 Februari ini.''

Raja Aziz: ''Sesetengah saksi berada di luar negara.''

Hakim Augustine: ''Oleh itu, mulakan dengan saksi yang ada. Saya tetapkan 8 Februari dan seterusnya.''

-----------------------------------------------------------------------------------

Anwar saksi pertama pembela beri keterangan

DR. Wan Azizah Wan Ismail tekun mendengar soalan ketika ditemui pemberita sejurus sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan suaminya, Anwar Ibrahim membela diri terhadap empat tuduhan rasuah.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan keterangan sebagai saksi utama pembela setelah dia diperintah membela diri terhadap empat tuduhan pindaan rasuah menyalah guna kuasa bagi faedah untuk menyelamatkan dirinya daripada keaiban.

Salah seorang peguam belanya, Christopher Fernando berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan mendahului saksi-saksi lain setelah dia disenaraikan sebagai saksi pertama pihak pembela.

Ketika ditanya oleh pemberita, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil sebagai saksi kedua.

Selain itu, kata Fernando, walaupun Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah pernah disapina oleh pihak pendakwa, beliau masih boleh disapina untuk membantu kes pembela.

Fernando yang melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah berkata, mereka akan memanggil lebih 20 orang saksi yang berkemungkinan mengambil masa kira-kira sebulan untuk didengar.

Sementara itu, peguam Raja Aziz Addruse ketika ditanya sebaliknya berkata, beliau tidak merasa terkejut dengan keputusan mahkamah yang memerintahkan Anwar membela diri.

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula merasa terkilan dengan keputusan mahkamah yang hanya memperuntukkan tempoh seminggu kepada para peguam suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyediakan kes pembelaan yang akan bermula pada 8 Februari ini.

Menurut beliau, mahkamah boleh memberi kelonggaran dengan memperuntukkan masa dua minggu bagi membolehkan peguam-peguam tersebut mengatur strategi masing-masing.

Dr. Wan Azizah berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi selepas suaminya diperintahkan membela diri terhadap empat tuduhan pindaan rasuah menyalah guna kuasa bagi faedah untuk menyelamatkan dirinya daripada keaiban.

Bagaimanapun, katanya, peluang membela diri kepada Anwar yang diberikan oleh Hakim Datuk Augustine Paul itu akan membolehkan tertuduh dengan saksi-saksi pembela memberi keterangan di mahkamah.

09/02/1999

Mahkamah benarkan Peguam Negara ketuai pendakwaan

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah bertindak mengetuai pasukan pendakwaan pada peringkat kes pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas empat tuduhan pindaan rasuah di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Hakim Datuk S. Augustine Paul memutuskan bahawa Peguam Negara berhak mengendalikan pendakwaan dalam mana-mana kes dan mahkamah tidak boleh mempersoalkannya.

Beliau berkata, mahkamah juga tidak menghalang mana-mana peguam bela dan peguam cara untuk mewakili mana-mana pihak.

''Sekiranya mereka (peguam bela) melanggar Akta Profesion maka tindakan yang perlu boleh diambil oleh Majlis Peguam,'' ujar beliau.

Bagi Peguam Negara pula, kata Hakim Augustine, beliau bukan lagi merupakan saksi dan jika hal ini ditimbulkan kemudian maka peguam bela boleh mengemukakan penghujahan dan mahkamah akan memutuskannya.

Hakim Augustine memutuskan demikian selepas menimbangkan hujah bantahan peguam bela Anwar yang tidak bersetuju dengan tindakan Mohtar yang kini tampil mengetuai enam pendakwa raya pada peringkat kes pembelaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ketika sidang pada sesi pagi perbicaraan itu yang masuk hari ke-51 hari ini dimulakan kira-kira pukul 9 pagi ini, Mohtar memaklumkan bahawa beliau hadir bagi pihak pendakwaan.

Mohtar: ''Mulai pada peringkat ini saya hadir bagi mengetuai pendakwaan.''

Raja Aziz Addruse yang mengetuai pasukan pembelaan kes Anwar menyatakan pihaknya tidak menyenangi permohonan Peguam Negara untuk mengetuai pendakwaan pada peringkat ini.

Mohtar: ''Yang Arif, saya ingin menjawab perkara itu. Saya menyatakan bahawa Jabatan Peguam Negara mengambil serius kes ini.''

Raja Aziz: ''Peguam Negara ingin mengetuai pendakwaan. Kami memandang berat kerana beliau disenaraikan salah seorang saksi pendakwa. Yang Arif juga ada mendengar bahawa nama Peguam Negara disebut dalam keterangan pegawai penyiasat kes ini, SAC1 Musa Hassan. Ia mengenai pertemuan dengan tertuduh (Anwar) dan Peguam Negara ada hadir bersama.''

''Walaupun beliau tidak dipanggil oleh pendakwa, fakta itu kami akan hujahkan pada akhir perbicaraan ini kerana beliau (Mohtar) dianggap saksi yang penting,'' kata Raja Aziz.

Raja Aziz: ''Dalam keterangan pembelaan, Peguam Negara akan dipaparkan beberapa kali seperti dalam mesyuarat. Oleh itu kami rasa bahawa ia adalah tidak betul jika Peguam Negara mengetuai pendakwaan pada peringkat ini.''

Mohtar: ''Saya ingin menjawab dengan ringkas. Mahkamah pasti maklum sepenuhnya mengenai Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah yang memperuntukkan bidang kuasa Peguam Negara.''

Beliau memberitahu bahawa sebagaimana mengikut undang-undang, memang betul namanya disenaraikan sebagai saksi penting dan oleh itu beliau tidak mengetuai pendakwaan pada awalnya.

Mohtar: ''Walaupun saya mempunyai kuasa. Kami harus menilai keterangan dan mengambil tindakan. Hakim bicara pasti ingat pada peringkat akhir kes pendakwa bahawa Peguam Negara ditawarkan untuk menjadi saksi dan perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail.''

Beliau berkata, peguam bela dengan begitu sopan tidak mengambilnya sebagai saksi pembela.

Mohtar: ''Saya pasti datang sebagai saksi pembela. Tetapi apa yang berlaku mereka menolak tawaran itu dan mahkamah menggugurkan saya sebagai saksi. Saya bukan lagi saksi pembela. Mereka boleh menyebut nama saya beribu kali. Tetapi sekarang mereka kata nama saya akan disebutkan. Mereka tidak pun memohon sapina untuk memanggil saya.''

Peguam Negara itu memberitahu bahawa peguam bela telah memohon sapina untuk memanggil Perdana Menteri, Tun Daim Zainuddin, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob dan Tan Sri Rahim Noor dan tidak nama beliau.

Raja Aziz berkata bahawa beliau ingin menjawabnya kerana perkara itu adalah serius. Namun menurut peguam bela itu beliau tidak menafikan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mengendalikan pendakwaan.

Bagaimanapun, Raja Aziz berhujah bahawa Peguam Negara mengakui beliau tahu beberapa aspek kes itu.

Raja Aziz: ''Peguam Negara ditawarkan sebagai saksi dan kami tidak memilihnya tidak bermakna beliau tidak turut serta dalam kejadian-kejadian yang saya sebutkan. Saya rasa ini jelas mengapa kami tidak memanggilnya kerana beliau telah muncul pada pihak yang lain.

Mohtar kemudian menjawab bahawa beliau memberi jaminan sekiranya beliau akan dipanggil sebagai saksi pada bila-bila masa kes pembelaan maka rakannya akan mengendalikan pendakwaan dan beliau akan menarik diri pada peringkat itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 09/02/1999

Nasihat Peguam Negara kepada tertuduh

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berhati-hati memberikan keterangan bagi kepentingan dirinya dan tidak mendedahkan perkara yang melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mohtar yang mengetuai pendakwaan pada kes pembelaan Anwar berkata bahawa beliau membiarkan Anwar memberi keterangannya tanpa diganggu.

Namun, menurutnya, beliau ingin menegur Anwar supaya tidak memperkatakan contoh-contoh dakwaan yang dikatakannya ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pengurusan dan Keutuhan jika ia di bawah OSA.

Hakim Datuk S. Augustine Paul meminta peguam belanya, Raja Aziz Addruse memberikan jawapan mengenai teguran Peguam Negara itu.

Raja Aziz: ''Ia mengenai bantahan soalan yang spesifik.''

Anwar: ''Ini bukan dokumen rahsia. Ia adalah fakta.''

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri atas empat tuduhan pindaan rasuah atas dakwaan menyalah guna kuasa bagi faedah untuk menyelamatkan dirinya daripada keaiban.

Anwar, 51, yang juga bekas Menteri Kewangan memberi keterangan secara mengangkat sumpah di kandang saksi pada perbicaraan yang masuk hari ke-51 hari ini.

Dalam satu peringkat pula, Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail membantah apabila Raja Aziz menimbulkan soalan untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan 'halangan' ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai pengurusan dan keutuhan berhubung dengan siasatan rasuah.

Anwar mendakwa bahawa beliau tidak tahu sama ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) merujuk semua kes kepada Jabatan Peguam Negara kerana biasanya BPR memaklumkan kepada beliau sekiranya ada halangan untuk mereka meneruskan siasatan.

Raja Aziz: ''Bolehkah Datuk Seri terangkan apakah maksud halangan?''

Gani: ''Saya membantah bentuk soalan ini.''

Hakim Augustine: ''Apakah soalannya?''

Raja Aziz: ''Apakah maksud Datuk Seri menggunakan perkataan 'halangan' itu?''

Gani: ''Ini kenyataan umum. Ia tidak relevan kepada isu. Apakah 'halangan' yang ada kaitan dengan kes ini. Walaupun ia datangnya dari Perdana Menteri atau sesiapa sahaja, kes ini mengenai tertuduh (Anwar). Dia yang mengarahkan Cawangan Khas (SB) untuk melakukan sesuatu tindakan. Ia tiada kaitan dengan arahan Perdana Menteri atau hal lain.''

Raja Aziz: ''Saya rasa apa yang ingin dinyatakan dalam kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa itu bahawa dia terpaksa melakukan suatu tugas yang tidak menyenangkan. Saya hanya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan halangan?''

Mohtar pula mencelah: ''Boleh saya menjawab. Kita semua dalam tugas yang tidak menyenangkan. Saya mengakui bahawa saya menjalankan tugas yang tidak menyenangkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu ia tidak relevan dengan isu yang dibicarakan. Saya telah memberikan isyarat tetapi peguam bela teruskan juga.''

Hakim Augustine: ''Apakah yang relevan?''

Raja Aziz: ''Ia berkaitan dengan isu konspirasi. Ini jawapan saya kepada Peguam Negara itu. Ia persoalan motif.''

Hakim Augustine: ''Bagaimanakah konspirasi boleh dikaitkan?''

Raja Aziz: ''Saya tidak boleh beritahu sekarang. Ada halangan untuk siasatan.''

Hakim Augustine: ''Halangan bagi kes yang mana?''

Raja Aziz: ''Ia berkaitan dengan motif. Saya rasa mahkamah tidak harus menyoal ketika ini.''

Hakim Augustine dengan nada meninggi: ''Tak usah cakap banyak, adakah kamu menyedari mengenai Seksyen 136 Akta Keterangan mengenai mahkamah akan memutuskan kebolehterimaan keterangan. Apabila sebarang soalan dikemukakan kamu berkewajipan untuk memberitahu mahkamah. Jika tidak akan timbul pelbagai cerita.''

Raja Aziz: ''Laporan BPR telah dihantar kepada Perdana Menteri dan tertuduh. Apa yang berlaku pada umumnya, BPR akan datang semula menemui tertuduh jika terdapat halangan untuk menyiasat. Saya ingin bertanya apakah maksud halangan. Mahkamah boleh mendengarnya dan mahkamah boleh buat keputusan sama ada ia relevan mengenai motif atau konspirasi.''

Hakim Augustine: ''Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan pembelaan?''

Raja Aziz: ''Jika halangan itu ada.''

Mohtar mencelah untuk meminta mahkamah menangguhkan sebentar perbicaraan itu bagi membolehkan peguam bela menentukan soalan yang ingin ditanyakan.

Sidang mahkamah pada sesi pagi rehat sebentar pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun, selepas penghujahan Raja Aziz mengenai motif dan konspirasi, Hakim Augustine memutuskan bahawa mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan, keterangan itu tidak menunjukkan motif dan tidak relevan.

Perbicaraan bersambung esok.

--------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 09/02/1999

''Saya dimaklum Aziz terlibat konspirasi''

ANWAR Ibrahim dikawal ketat ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia dimaklumkan tentang penglibatan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Aziz Shamsuddin dalam cubaan untuk menjatuhkannya.

Kata Anwar, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd. Said Awang yang juga saksi pendakwa pertama (SP1) dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Amir Junus, SP11.

''Dalam pertemuan dengan saya pada 17 Ogos 1997, SP1 dan SP11 memberitahu saya bahawa Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah ditahan di rumah Dr. Ristina di Bangsar.

''Mereka juga memberitahu saya tentang penglibatan Datuk Aziz. Mereka percaya ramai lagi terlibat dan saya akan dimaklumkan mengenainya kemudian,'' katanya.

Anwar, 51, memberi keterangan itu selepas disoal oleh peguam utamanya, Raja Aziz Addruse pada hari pertama dia membela diri atas empat tuduhan pindaan rasuah menyalah guna kuasa bagi faedah untuk menyelamatkan dirinya daripada keaiban.

Bekas Menteri Kewangan itu diperintah membela diri mulai hari ini setelah Hakim Datuk S. Augustine Paul pada 31 Januari lalu memutuskan bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya berhubung keempat-empat tuduhan berkenaan.

Dalam keterangannya lagi, Anwar berkata, dia tidak kenal Dr. Ristina secara peribadi tetapi apa yang dia tahu, wanita itu mempunyai hubungan dengan golongan kaya dan ternama di Kuala Lumpur.

''SP1 dan SP11 juga memberitahu saya, penglibatan Datuk Aziz tentunya akan merumitkan isu dalam kes ini dan di satu pihak lagi, Dr. Ristina popular di kalangan VIP.

''Kecuali saya dan saya tidak merasa kesal,'' kata Anwar.

Hakim Augustine menegur Anwar kerana membuat komen sedemikian dan mengingatkan dia untuk memberi keterangan yang perlu untuk direkodkan oleh mahkamah sahaja.

Sebaliknya, jawab Anwar, dia tidak keberatan jika komen-komennya itu turut direkodkan.

Ditanya oleh Raja Aziz: ''Bagaimana penglibatan Datuk Aziz boleh merumitkan keadaan kes itu?

Anwar: ''Kerana beliau Setiausaha Politik Perdana Menteri dan di kalangan kepimpinan UMNO, memang diketahui umum bahawa beliau menaruh rasa benci terhadap saya dan terus memusuhi saya sejak dari awal lagi.

''Dalam perbincangan panjang lebar dengan SP1 dan SP11, mereka juga ingin tahu tentang hubungan saya dengan Perdana Menteri.

''Saya yakinkan mereka bahawa kepimpinannya sungguh cemerlang, ketika itu. Saya tidak percaya pada ketika itu, beliau merestui penglibatan Datuk Aziz. Saya kira begitu naif sekali.

''Setelah mengetahui Ummi dan Azizan sudah ditahan, saya menjadi agak bimbang kerana tidak mahu mereka ditahan bagi tempoh yang lama.

''Pada mulanya, saya memang setuju dengan SP1 bahawa isu surat Ummi yang dihantar kepada Perdana Menteri (P14) itu sekadar disiasat tetapi selepas mengetahui tentang penglibatan Datuk Aziz dan Dr. Ristina, saya mahu mereka menyiasatnya secara terperinci hingga sampai ke akar umbinya.''

Raja Aziz: ''Adakah kamu melihat P14 sebelum ia dihantar kepada Perdana Menteri?''

Anwar: ''Tidak dan saya tidak tahu mengenainya.''

Raja Aziz: ''Bagaimana Perdana Menteri menyerahkan P14 kepada kamu?''

Anwar: ''Kata Perdana Menteri, beliau menerima surat yang mengandungi kenyataan dan tuduhan-tuduhan yang keterlaluan terhadap saya.''

''Beliau nasihatkan saya supaya membacanya dan musnahkannya. Beliau mengulangi nasihat agar saya 'belajar daripada pengalamannya dan jangan pedulikan tuduhan-tuduhan yang berniat jahat'.

Raja Aziz: ''Jadi kamu membacanya, apa yang kamu lakukan kemudian?''

Anwar: ''Saya bawa balik surat itu ke pejabat saya lalu membacanya. Memandangkan Azmin (Setiausaha Sulit Anwar) adalah abang Ummi, saya mengadu kepadanya. Saya suruh dia baca P14 dan kemudian masukkan surat itu ke dalam mesin pencincang.''

Raja Aziz: ''Adakah beliau buat seperti yang disuruh?''

Anwar: Ya, Yang Arif.''

Raja Aziz: ''Berapa hari selepas kamu jumpa Perdana Menteri, baru P14 tiba kepada perhatian kamu?''

Anwar: ''Saya percaya, saya menemui Perdana Menteri beberapa hari selepas 5 Ogos 1997 dan melihat P14 beberapa hari kemudian.''

Raja Aziz: ''Bagaimana ia tiba ke tangan kamu?''

Anwar: ''Saya tak ingat bagaimana, apa yang saya ingat, perbincangan serius yang pertama mengenai P14 ialah apabila SP1 menemui saya pada 11 Ogos 1997.''

Raja Aziz: ''Dalam satu mesyuarat rasmi?''

Anwar: ''Ya, mesyuarat berjadual pada pukul 9 pagi di pejabat saya bagi membincangkan perkara-perkara berhubung Majlis Keselamatan Negara termasuk soal pergerakan Syiah dan Arqam.''

Raja Aziz: ''Selepas itu, adakah kamu berbincang dengannya mengenai P14?''

Anwar: ''Saya minta beliau tunggu dulu dan bertanya sama ada beliau tahu tentang P14?''

Raja Aziz: ''Pada ketika ini, sudahkah kamu melihat P14?''

Anwar: ''Tidak tetapi saya dimaklumkan tentang pengedarannya.''

Raja Aziz: ''Apa sebenarnya yang kamu minta SP1 lakukan berhubung P14?''

Anwar: ''Saya bertanya sama ada beliau sedar tentang satu surat yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap saya yang sedang diedarkan.''

Raja Aziz: ''Apa katanya?''

Anwar: ''SP1 kata, beliau tahu. Beliau akan siasat dan taklimatkan kepada saya kemudian. Beliau tidak sempat memberitahu saya tentang kandungan surat itu kerana kesuntukan masa pada pagi itu.''

Anwar: ''SP1 dan SP11 menemui saya pada malam keesokannya (11 Ogos 1997). Pertemuan ini tidak dicatatkan dalam diari saya kerana ia adalah pertemuan peribadi dan biasanya pada sebelah malam.''

Raja Aziz: ''Apabila kamu kata 'peribadi' apa maksud kamu?''

Anwar: ''Pertemuan-pertemuan peribadi di rumah dengan Pegawai Cawangan Khas, pemimpin BN atau pegawai-pegawai lain adalah di luar bidang kuasa saya dalam erti kata melaksanakan tanggungjawab kerajaan.''

''Dalam pertemuan itu, SP1 dan SP11 memaklumkan bahawa Ketua Polis Negara ketika itu telah pun menerima P14 daripada Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob.''

''Saya pun meneliti P14 dan katakan pada mereka bahawa ia tidak sama dengan surat yang diberikan oleh Perdana Menteri kepada saya.''

Raja Aziz: ''Apa kata mereka tentang P14?''.

Anwar: ''SP1 dan SP11 kata, mereka khuatir tentang penyebarannya ketika Perhimpunan Agung UMNO.

''Saya tidak memandangkan serius perkara itu lalu memberitahu mereka tentang nasihat Perdana Menteri. Saya anggap tuduhan-tuduhan itu berniat jahat dan saya menafikan sekeras-kerasnya.

''Tapi kata mereka, mereka tidak berminat dengan tuduhan-tuduhan itu sebaliknya mereka mengesyaki cubaan oleh ahli-ahli politik tertentu untuk mencemarkan nama baik saya.

''Barulah saya kata kepada mereka, bahawa mereka patut siasat kerana mereka sendiri mengesyorkan supaya tuduhan-tuduhan itu disiasat dengan teliti dan sedalam-dalamnya seperti kata SP1.''

Raja Aziz: ''SP1 dan SP11 tidak begitu bimbang tentang tuduhan-tuduhan itu sebaliknya khuatir tentang pengedaran P14 pada Perhimpunan Agung UMNO dan juga rasa syak mereka, kenapa begitu?''

Anwar: ''Mereka percaya ada personaliti lain terlibat dalam penulisan P14.''

''Perbincangan antara kami bertiga begitu jujur dan terbuka malah mereka begitu mengambil berat.''

Raja Aziz: ''Bagaimanakah yang dikatakan kebimbangan mereka itu?''

Anwar: ''Mereka percaya isu ini berhubung kait dengan keselamatan negara dan cubaan untuk mencemarkan nama baik para pemimpin.''

Raja Aziz: ''Dan kamu minta mereka siasat sedalam-dalamnya, apa reaksi mereka?''

Anwar: ''Mereka berminat untuk mengetahui siapa personaliti yang terlibat dan mereka yang mengarang P14.

''Saya bersetuju dengan mereka kerana pada fikiran saya, saya tahu benar niat jahat penulis surat itu dan saya memang mempunyai musuh atau seteru politik yang tidak akan mudah berputus asa selagi agenda mereka tidak tercapai.''

Raja Aziz: ''Selepas P14, terdapat satu lagi surat P15 (Talkin Untuk Anwar Ibrahim), dalam perbincangan itu, adakah isu P15 turut diperkatakan?''

Lalu jawab Anwar: ''Talkin Untuk Anwar Ibrahim...belum tentu lagi.''

''Saya tidak pasti sama ada pada hari itu mereka sudah mendapat P15.''

Raja Aziz: ''Sudahkah kamu melihat P15?''

Anwar: ''Ya, dah banyak kali. Kali pertama ketika saya bersama SP1 dan SP11.''

Raja Aziz: ''Apa perasaan kamu tentang tuduhan-tuduhan di dalamnya?''

Anwar: ''Sesetengahnya sama dengan kandungan P14, ada tambahan.''

-----------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 09/02/1999

Anwar: Saya pikul tugas amat berat

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau memikul tugas yang amat berat dan rumit serta tidak disenangi ketika menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pengurusan dan Keutuhan dalam usaha untuk membanteras rasuah.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan juga Peguam Negara.

''Sebabnya, jawatankuasa ini menerima banyak aduan, banyak sekali aduan mengenai penyelewengan kerajaan, rasuah termasuk tuduhan yang melibatkan menteri-menteri, pegawai-pegawai kanan. Bahkan juga Perdana Menteri sendiri,'' dakwanya.

Menurut Anwar, atas nasihat BPR dan Peguam Negara yang merujuk semua tuduhan kepada BPR dan tidak membincangkannya dalam jawatankuasa kabinet kerana mungkin melibatkan ahli-ahli jawatankuasa itu sendiri.

''Saya menerima nasihat tersebut dan semua tuduhan yang sampai kepada saya atau sekretariat dirujuk pada BPR. Kalau yang melibatkan disiplin pegawai kerajaan akan dirujukkan kepada Ketua Setiausaha Negara,'' kata Anwar.

Beliau menambah jika melibatkan urusan akaun dan kewangan ia dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

Anwar, 51, yang juga bekas Menteri Kewangan memberitahu demikian ketika memberi keterangan membela diri atas empat tuduhan pindaan rasuah menyalah guna kuasa bagi faedah untuk menyelamatkan dirinya daripada keaiban.

Beliau memilih memberi keterangannya dengan mengangkat sumpah di kandang saksi pada perbicaraan yang masuk hari ke-51 hari ini.

Ketika memulakan keterangannya pada sesi pagi ini, Hakim Datuk S. Augustine Paul bertanya: ''Alamat rumah?''

Anwar: ''Penjara Sungai Buloh. Saya mohon pen dan kertas.''

Hakim Augustine: ''Untuk apa?''

Anwar: ''Takut nanti soalan merumitkan.''

Raja Aziz Addruse yang mengetuai pasukan peguam bela Anwar segera menyatakan bahawa biasanya soalan yang dikemukakannya tidak rumit.

Peguam bela itu memulakan dengan soalannya: ''Tahun berapakah jadi ahli UMNO?''

Anwar: ''Saya mula jadi ahli UMNO tahun 1967 tetapi aktif hanya pada 1982.''

Raja Aziz: ''Semasa menjadi ahli UMNO adakah jawatan-jawatan yang Datuk Seri sandang?''

Anwar: ''Semasa saya jadi ahli UMNO, saya telah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1982. Naib Presiden UMNO pada tahun 1987 sehingga 1993 di mana saya menjadi Timbalan Presiden UMNO. Sekarang sudah dipecat. Tidak menjadi ahli lagi.''

Raja Aziz: ''Adakah Datuk Seri dilantik sebagai Timbalan Menteri dari semasa ke semasa?''

Anwar: ''Pada 1982, saya telah dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, 1983 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1984 Menteri Pertanian, 1986 Menteri Pendidikan, 1991 Menteri Kewangan dan 1993 Timbalan Perdana Menteri. Now I am jobless (sekarang saya menganggur).''

Para hadirin yang penuh sesak di galeri awam tergelak kuat.

Raja Aziz: ''Pada bulan Ogos 1997, adakah Datuk Seri menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?''

Anwar: ''Pada 1997, saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.''

Raja Aziz: ''Pada masa itu juga Datuk Seri jadi pemangku Perdana Menteri?''

Anwar: ''Pada masa itu saya tidak jadi pemangku Perdana Menteri, bulan Ogos 1997.''

Raja Aziz: ''Sekarang saya beralih soalan mengenai tanggungjawab Menteri Kewangan. Apakah fungsi dan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan?''

Anwar: ''Tanggungjawab adalah terdapat dalam Warta Kerajaan. Secara umum Menteri Kewangan bertanggungjawab dalam pengurusan ekonomi, pendapatan negara iaitu percukaian, perbelanjaan negara, pengurusan Bank Negara dan institusi kewangan serta industri sekuriti.''

Raja Aziz: ''Sebagai Timbalan Perdana Menteri, apakah fungsi dan tanggungjawab Datuk Seri?''

Anwar: ''Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya bertanggungjawab untuk membantu Perdana Menteri dan seperti yang mana diputuskan oleh kabinet.''

Raja Aziz: ''Sebagai membantu Perdana Menteri menjalankan urusan bolehkah Datuk Seri mengambil satu-satu tindakan dengan tidak mendapatkan kelulusan?''

Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail membantah dengan alasan ia soalan yang dipandu.

Hakim Augustine: ''Ulang soalan.''

Raja Aziz: ''Bolehkah Datuk Seri mengambil satu-satu tindakan dengan tidak mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri?''

Hakim Augustine bertanyakan Gani apakah alasan beliau membantah.

Gani: ''Saya tidak membantah, nampaknya peguam bela sudah mengubah soalan.''

Anwar: ''Saya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, apa-apa keputusan tanpa kelulusan Perdana Menteri semasa menjalankan tugas melainkan peruntukan yang jelas dalam undang-undang. Umpamanya, menjalankan tanggungjawab selaku Menteri Kewangan atau seperti mana yang diluluskan oleh kabinet.''

Raja Aziz: ''Saya suka merujuk kepada dokumen (warta kerajaan) muka surat 818 mengenai senarai Menteri Persekutuan. Urus Setia Jemaah Menteri. Apakah sebenarnya Urus Setia Jemaah Menteri?''

Anwar: ''Urus Setia Jemaah Menteri ialah seperti mana yang diputuskan oleh Perdana Menteri atau kabinet termasuk keputusan melantik saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai infrastruktur, jawatankuasa kabinet mengenai pengurusan Kerajaan. Jawatankuasa kabinet masalah sosial. Pengerusi Badan Perunding Islam, jawatankuasa kabinet barang-barang perlu (komoditi) dan ada yang lain, Yang Arif. Nak baca semua. Panjang.''

Raja Aziz: ''Itu mencukupi. Bagi satu lagi sebagai contoh kecil.''

Anwar: ''Ada jawatankuasa kabinet adhoc Bakum dan juga projek KLIA. Projek bermasalah yang saya uruskan.''

Raja Aziz: ''Merujuk jawatankuasa kabinet mengenai pengurusan, apakah tugas dan tujuan jawatankuasa kabinet ini?''

Anwar menerangkan lebih jelas bahawa ia adalah jawatankuasa kabinet pengurusan dan keutuhan.

Raja Aziz: ''Apakah tugas dan tujuannya?''

Anwar: ''Kalau saya diizinkan bahawa jawatankuasa ini merupakan jawatankuasa yang penting untuk memastikan kelicinan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap serta usaha membanteras rasuah dalam jentera kerajaan. Dan tugasnya yang utama ialah meneliti laporan Ketua Audit Negara.''

Raja Aziz: ''Tadi Datuk Seri kata telah jadi pengerusi dari tahun 1992. Adakah Datuk Seri jadi pengerusi sehingga dipecat?''

Anwar: ''Saya mula jadi pengerusi jawatankuasa kabinet ini sejak ia ditubuhkan pada 1992 sehingga saya dipecat 2 September 1998.''

Raja Aziz: ''Adakah jawatankuasa kabinet ini mempunyai timbalan pengerusi?''

Anwar: ''Jawatankuasa ini tidak mempunyai timbalan pengerusi dan ahli-ahlinya terdiri dari empat orang ahli kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara, Ketua Pengarah BPR dan dua Ketua Setiausaha yang lain termasuk Ketua Setiuasaha Perbendaharaan.''

Raja Aziz: ''Siapa yang memilih ahli jawatankuasa?''

Anwar: ''Ahli jawatankuasa ini dipilih oleh kabinet.''

Raja Aziz: ''Dan adakah kabinet juga melantik mereka?''

Anwar: ''Dan dilantik oleh kabinet.''

Raja Aziz: ''Adakah Perdana Menteri menjadi ahli jawatankuasa kabinet?''

Anwar: ''Perdana Menteri tidak menjadi ahli jawatankuasa ini.''

Raja Aziz: ''Sebagai pengerusi kabinet tersebut dan Timbalan Perdana Menteri, siapa selaku pegawai kanan kerajaan. Adakah pegawai itu jumpa Datuk Seri?''

Anwar: ''Sebagai pengerusi jawatankuasa ini saya akan menerima laporan dari sekretariatnya iaitu, BPR dan MAMPU. tetapi dalam menjalankan tugas, jawatankuasa ini saya diberi nasihat oleh Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan beberapa pegawai kanan lain.''

Raja Aziz: ''Sebagai Timbalan Perdana Menteri, adakah juga pegawai kanan kerajaan biasanya menemui Datuk Seri?''

Anwar: ''Sebagai Timbalan Perdana Menteri saya ditemui juga oleh pegawai-pegawai kanan lainnya selain daripada pegawai di bawah tanggungjawab saya selaku Menteri Kewangan iaitu, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE), Ketua Polis Negara (KPN), Pengarah Cawangan Khas dan lain.''

Raja Aziz: ''Memandangkan nama-nama Datuk Seri beri tadi iaitu Ketua Pengarah UPE dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), adakah mereka ini mempunyai kementerian sendiri?''

Anwar: ''UPE, KPN dan KSN adalah di bawah tanggungjawab Perdana Menteri. Tetapi mereka sering kali memberi laporan atau nasihat membantu saya menjalankan tugas.''

Raja Aziz: ''Mengapa mereka ini tidak menemui Perdana Menteri kerana mereka di bawah tanggungjawab Perdana Menteri?''

Anwar: ''Mereka juga ada menemui Perdana Menteri kerana Perdana Menteri bertanggungjawab langsung dalam urusan tersebut tetapi kadangkala mereka mungkin mendapat kesukaran menemui Perdana Menteri yang sibuk dengan projek-projek besar. Oleh itu mereka memilih untuk menyampaikan maklumat kepada saya. Yang Arif, ada juga perkara-perkara yang secara khusus saya ditugaskan. Saya tidak mempunyai tanggungjawab atau bidang kuasa dalam hal berkenaan.''

Raja Aziz: ''Jadi apa tujuan mereka datang menemui Datuk Seri di atas satu-satu perkara di mana Datuk Seri tidak ada bidang kuasa?''

Gani membantah bentuk soalan tersebut.

Raja Aziz: ''Adakah Datuk Seri mengetahui daripada mereka apakah tujuan mereka jumpa Datuk Seri sedangkan tidak ada tanggungjawab dan bidang kuasa?''

Anwar: ''Yang saya tahu sebab mereka menemui saya ialah kerana lebih senang untuk jumpa saya dan kadang-kadang mereka mahu perkara-perkara saya sampaikan maklumat kepada Perdana Menteri.''

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 09/02/1999

Ada baiknya surat layang tidak diendahkan - Anwar

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula membela dirinya di Mahkamah Tinggi di sini memberitahu, dia pada mulanya keberatan untuk membuat laporan polis kerana berpendapat ada baiknya penyebaran surat-surat layang yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadapnya itu tidak diendahkan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pengedaran surat layang memang banyak berlaku dan Perdana Menteri ketika itu memang betul apabila beliau menasihatkan supaya surat-surat sedemikian tidak diendahkan.

Tambahan pula, katanya, pelbagai tuduhan dibuat dan dia tidak pernah melihat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menteri lain membuat laporan polis.

''Memang ketika itu saya keberatan untuk membuat laporan polis tetapi ia harus dianggap sebagai ketidaksediaan saya untuk disiasat,'' jelas Anwar.

Kata-kata Anwar itu menyebabkan Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah yang mengetuai barisan pendakwa raya bangun membantah sambil menyifatkan Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan cuba menyatakan pendapatnya.

''Ini soal meluahkan pendapat. Keterangan itu perlu digugurkan. Sepatutnya peguam bela yang menyatakan demikian dalam penghujahannya,'' kata beliau.

Mendengar bantahan itu, Hakim Datuk S. Augustine Paul mengakui bahawa peguam bela yang layak membuat kenyataan sedemikian dalam hujahnya.

Peguam Raja Aziz yang menjalankan pemeriksaan utama terhadap Anwar pada sesi bela diri itu bagaimanapun cuba memberi penjelasan.

Katanya, Anwar hanya memberitahu kenapa dia tidak membuat laporan polis kerana dia tidak bersedia untuk disiasat.

Hakim Augustine: ''Saya sudah benarkan dia menjawab. Saya boleh berkeras dengan menghalang tertuduh daripada memberi jawapan.''

Raja Aziz: ''Kenapa perlu berkeras. Saya fikir adalah tidak kena jika pihak pendakwa dibenarkan menasihatkan kami tentang apa yang patut kami lakukan.''

Hakim Augustine: ''Kalau untuk menegakkan keadilan, kenapa tidak? Teruskan dengan soalan lain.''

Raja Aziz: ''Apabila kamu berkata bahawa terdapat orang lain yang tidak membuat laporan polis apabila timbul pelbagai dakwaan terhadap mereka, adakah kamu bercakap berdasarkan fakta atau sekadar memberi alasan tanpa asas yang kukuh?''

Anwar: ''Perdana Menteri sendiri pernah dilemparkan tuduhan kononnya beliau mengahwini seorang wanita Singapura, Marina Yusuf dengan kes pita video dan Megat Junid dengan kes Mustakizah.''

Raja Aziz: ''Kenapa kamu akhirnya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis?''

Anwar: ''Saya mempercayai kata-kata Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Datuk Mohd. Said Awang (SP1) apabila beliau menyatakan bahawa kes ini kritikal kerana kita tidak harus membiarkan unsur-unsur tidak bertanggungjawab meneruskan tuduhan-tuduhan berniat jahat sebaliknya perlu disiasat untuk mengetahui siapa yang terlibat dan mereka yang bersubahat.''

Raja Aziz: ''Apabila kamu mengambil keputusan untuk berbuat demikian, adakah kamu sedar bahawa siasatan itu akan melibatkan keperibadian kamu sendiri?''

Anwar: ''Saya fikir siasatan itu hanya tertakluk kepada surat itu dan mereka yang berkonspirasi. Berhubung tuduhan yang khusus, saya beritahu SP1 bahawa ia adalah rekaan semata-mata dan saya menafikan sekeras-kerasnya.''

Raja Aziz: ''Apa seterusnya yang kamu lakukan?''

Anwar: ''Saya berbincang dengan pegawai pengiring saya ketika itu, Penolong Penguasa Zull Aznam Harun supaya beliau dapat menyediakan draf dan membuat laporan bagi pihak saya.

''Saya tidak akan membuat laporan polis jika timbul secebis kebimbangan pada diri saya tentang bukti kandungan tuduhan-tuduhan itu.''

Raja Aziz: ''Zull Aznam buat laporan bagi pihak kamu?''

Anwar: ''Ya, Yang Arif.''

Raja Aziz: ''Laporan polis itu ialah P16. Jika dibaca, ia menyentuh kandungan P15 (Talkin Untuk Anwar Ibrahim) dan bukan P14 (surat berhubung salah laku seks Timbalan Perdana Menteri yang dihantar kepada Perdana Menteri), betul begitu?''

Anwar: ''Ya.''

Raja Aziz: ''Aduan dalam laporan itu ialah bahawa P15 mengandungi unsur-unsur hasutan supaya membenci pemimpin kerajaan?''

Anwar: ''Ya. Ia dibuat atas nasihat SP1.''

Raja Aziz: ''Pada ketika itu, apabila kamu dinasihatkan membuat laporan polis adakah sebarang nasihat agar Ummi Hafilda Ali dan Azizan ditangkap?''

Anwar: ''Tidak timbul isu dalam perbincangan atau cadangan daripada saya atau mereka (SP1 dan timbalannya ketika itu, Datuk Amir Junus, SP11) supaya Ummi dan Azizan ditangkap.

''Apa yang mereka maklumkan kepada saya ialah mereka masih cuba menjejaki Ummi dan Azizan. Pada kefahaman saya, ketika itu, mereka mahu bercakap dengan kedua-duanya.

''Selepas saja membuat laporan polis, saya menyerahkan keseluruhan kes ini untuk disiasat oleh polis memandangkan ketika itu mereka cekap mengendalikannya...tapi sekarang tidak lagi.''

Raja Aziz: ''Pada 17 Ogos 1997, Ummi dan Azizan pun ditangkap?''

Mohtar: ''Peguam bela mengemukakan soalan pimpin. Walaupun fakta itu sudah pun menjadi sebahagian daripada keterangan dalam kes ini, namun peguam bela tidak harus memimpin saksi untuk mendapatkan jawapan yang dikehendaki.

''Rakan bijaksana saya sering terkeluar daripada skop yang dibenarkan. Kalau perlu saya akan bawakan bendera off-side.''

Teguran Mohtar menimbulkan pertikaman lidah antara beliau dengan Raja Aziz lalu Hakim Augustine memutuskan supaya mahkamah berhenti rehat selama lima minit untuk meredakan suasana tegang.

----------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB : 09/02/1999

Azizan temui Anwar mohon maaf

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Azizan Abu Bakar yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menemui bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikediaman rasminya untuk memohon maaf atas tuduhan yang dilemparkannya.

Anwar berkata, Azizan melafazkan, 'saya murtad kalau saya buat' yang bermakna beliau akan murtad sekiranya membuat dakwaan terhadapnya dan terus mengekalkan dakwaan itu.

''Azizan datang menemui saya di perpustakaan di kediaman rasmi saya. Dia tunduk sambil memegang lutut saya lalu meminta maaf,'' kata Anwar ketika menyambung keterangannya selepas mahkamah berhenti rehat pada pukul 3.35 petang.

Pertemuan singkat itu, kata Anwar turut disaksikan oleh saksi pendakwa pertama (SP1) Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Datuk Mohd. Said Awang dan Timbalannya yang juga saksi pendakwa ke-11 (SP11), Datuk Amir Junus.

''Mereka berdiri berhampiran pintu di luar perpustakaan dan pintu tersebut terbuka untuk mengelak syak wasangka.

''Saya suruh Azizan duduk. Saya rasa kasihan padanya kerana kata Azizan, beliau keliru. Pada satu ketika, katanya, 'saya tanda tangan', lepas itu, 'saya tidak tanda tangan'.

''Ada ketika pula, beliau menyalahkan Ummi, pihak polis dan pada ketika itu juga beliau merujuk kepada Mohamad Solomon dan B.K.Tan. Saya hanya mendengar apa yang dikatakannya dan saya gembira.

''Tetapi apa yang memeranjatkan saya ialah apabila beliau berkata, 'salah besar, saya murtad kalau saya buat'. Mendengar kata-kata itu, saya pun kata, 'okeylah, baliklah'. Saya fikir beliau benar-benar mahu memohon maaf. Jadi beliau pun pulang.''

Anwar kemudian diminta memberi penjelasan mengenai perkataan 'murtad' yang menurutnya bukanlah perkataan yang sering disebut oleh umat Islam dalam konteks keadaan yang dialami oleh Azizan.

Jadi, katanya, apabila Azizan melafazkan perkataan itu, dia menganggap ia satu permohonan maaf yang serius kerana berdosa besar bagi mana-mana umat Islam untuk mengatakan dirinya murtad.

Perbicaraan bersambung esok.

Peguam berceramah: Mahkamah diminta pandang berat

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah meminta Mahkamah Tinggi di sini hari ini memandang berat berhubung dua peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pergi ke luar negara untuk memberi ceramah mengenai perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Mohtar, pendakwa memperoleh maklumat yang disebarkan melalui Internet bahawa dua peguam bela itu, Zulkifli Noordin dan Pawancheek Merican telah berada di Amerika Syarikat (AS) dan bersama pelajar Malaysia di University of Cambridge, United Kingdom (UK).

''Saya ingin mengambil perhatian ini bukan untuk membuat aduan kepada mahkamah. Tetapi dengan mengambil perhatian ini bahawa petikan itu menyatakan para peguam berkenaan memperkatakan mengenai perbicaraan ini,'' kata beliau.

Mohtar yang mengetuai pendakwaan membangkitkan perkara itu ketika sidang pada sesi pagi perbicaraan terhadap Anwar yang masuk hari ke-51 hari ini.

Terdahulu, Hakim Datuk S. Augustine Paul berkata: ''Sebelum mula prosiding saya dengan sukacita menasihat peguam bela supaya tidak membuat kenyataan akhbar terutamanya keterangan yang diberikan saksi atau keputusan mahkamah.''

Beliau menegaskan bahawa kelakuan ini bercanggah dengan Akta Profesion dan mungkin akan menjejaskan imej pendakwaan.

''Ia juga bertentangan dengan perintah yang telah saya buat melarang membuat sebarang kenyataan mengenai sama ada tertuduh bersalah atau tidak bersalah,'' kata beliau.

Beliau mengingatkan peguam bela kes Anwar agar jadi contoh dan adalah malang jika terjadi sebaliknya.

Bagaimanapun selepas Mohtar memaklumkan perkara itu, Hakim Augustine menyatakan bahawa perkara itu mungkin boleh diambil tindakan prosiding komital menghina mahkamah.

Mohtar: ''Ia mungkin boleh diambil tindakan.''

Hakim Augustine: ''Jika ia serius.''

Mohtar: ''Ini adalah anggota pembelaan yang pergi ke Eropah dan UK dan untuk menyatakan apa yang mereka suka.''

Hakim Augustine: ''Saya rasa perkara ini tidak elok.''

Raja Aziz Addruse yang mengetuai barisan sembilan peguam bela Anwar menjawab bahawa terdapat aduan yang lebih serius kerana kenyataan telah dibuat oleh pihak yang tertinggi yang memperkatakan kes Anwar.

Raja Aziz: ''Saya telah meminta beberapa tindakan supaya diambil oleh mahkamah ini tetapi mahkamah menolak dengan memberi cadangan hal itu harus dipertimbangkan oleh Peguam Negara.''

Peguam bela itu menyatakan beliau masih ingat bahawa Peguam Negara pernah menyebutkan dua kes yang melibatkan Timbalan Presiden Majlis Peguam, R.R. Selvarajah dan Datuk Nazri Abdul Aziz yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan.

Menurut Raja Aziz, apa yang dimaklumkan bahawa Selvarajah telah memohon maaf atas kenyataannya apabila diberi notis tunjuk sebab tetapi Nazri pula hingga hari ini belum lagi diterima jawapannya.

Raja Aziz: ''Beliau (Nazri) enggan membuat permohonan maaf dan tiada tindakan diambil ke atasnya setakat ini. Saya rasa kenyataan dalam Internet itu tidak dibuat di negara ini.''

Mohtar: ''Apa yang gagal dilihat oleh peguam bela bahawa kita tidak bercakap mengenai pemimpin pembangkang atau reformasi tetapi sebagai pegawai mahkamah (peguam bela) yang membuat kenyataan di luar mengenai keadilan.

''Ia juga bukan dibuat oleh pelajar undang-undang. Tetapi dibuat oleh peguam bela yang mewakili pasukan pembelaan.''

Hakim Augustine kemudian memutuskan bahawa beliau bersetuju dan memandang berat mengenai kenyataan yang dibuat oleh orang-orang yang terlibat dalam perbicaraan itu.

Raja Aziz: ''Biarkan dulu laporan Internet itu.''

Hakim Augustine: ''Pada pandangan awal, perkara membuat kenyataan di luar negara tidak boleh diselesaikan sekarang. Saya serahkan kepada Peguam Negara. Kita teruskan dengan perbicaraan.''

Oleh: FARIDAH HASHIM dan KAMARIAH AHMAD

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PEMBELAAN - 1"