Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.
Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.
"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.
Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.
Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.
Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
- Bernama
0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2011 - HARI 53"
Post a Comment