untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Monday, May 31, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 12

Anwar mahu bukti alibi, mahu tinjau semula kondo

KUALA LUMPUR 31 Mei — Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung semula pagi ini dengan beliau mahu mahkamah melawat semula kompleks kondominium lokasi di mana bekas pembantu peribadinya mendakwa dia diliwat oleh beliau Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengemukakan permohonan untuk membuktikan wujudkan unsur alibi dalam perbicaraan liwat yang beliau hadapi sekarang Mahkamah pernah melawat Desa Damansara Condominium sebelum ini Peguam utama Anwar Karpal Singh berkata pasukan pembela menunggu lampu hijau daripada polis bagi mereka mengunjungi premis tersebut “Kami mahu melihat semula tempat itu Kami boleh melihat semula dan ia boleh dilakukan sebelum perbicaraan disambung semula pada pukul 2 15 petang ini ” kata Karpal kepada The Malaysian Insider Menurut peguam veteran itu unsur alibi terhadap tuduhan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan ialah ketika kejadian yang didakwa oleh bekas pembantu khas itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat berada di unit lain Desa Damansara Condominium bersama lima orang Ketika ditanya sama ada individu-individu ini akan dipanggil untuk memberi keterangan Karpal dengan tegas berkata “Ya jika pembela meminta berbuat demikian maka kami akan memanggil mereka untuk memberi keterangan ”


Transkrip Perbicaraan Kes Liwat 2

Kredit kepada: malaysianstory.wordpress.com

Mahkamah Tinggi Jenayah KL (3)
Dihadapan Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah
Pihak-pihak: Seperti terdahulu [Andy Leong dan S. Suppiah bagi Majlis Peguam]
ZI untuk SP1
[09:35 am]

JB: Panggil kes
MY: Kes untuk sambung balas SP1. Memperkenalkan pihak-pihak.
KS: The appeal once again for the list of witnesses. I make this appeal to MY, this is for a fair trial. I’m not asking YA to make a ruling. We have made various attempts to get the owner of the condominium. But is unable to do so. We must have access. The PP can help us, I’m asking MY to help us. We are unable to contact the owner of the condominium. It is vital for the cross. We’re not delaying, no delaying tactic. If YA is of the view it is not necessary to go the site, we have make various attempt to go to the scene. Can I get respond from MY?

YA: Are you asking this from the court?
KS: Not a ruling but a direction to the Investigation Officer. Maybe later visit to the scene.
MY: About the list of witnesses, although we have not given them the list, I’ve said verbally to KS and PC about the list of witnesses. With regard to visit to the scene, we are also having a problem to locate Hassanuddin, Hassanuddin is a close friend of AI.

AI [from the dock]: He’s scared, you know the system.
MY: It’s not we have a free access to the condominium []
KS: []
YA: We’ll make an arrangement for KS to go to the scene. About the list of witnesses, nothing can be done here.
KS: We accept that.

SP1 – bersumpah semula
KS: You’re under oath, you know the consequences?
A: Yes

Q: What is the name of your sister?
A: Saidati

Q: Azlan bapa?
A: Ya

Q: Bila Azlan bercerai dengan ibu?
A: Saya darjah 1, umur 7 tahun

Q: Selepas bercerai itu ada contact dengan kamu dan sister?
A: Ada

Q: Itu tidak benar bukan?
A: Benar

Q: Saiful dan Saidati diabaikan?
A: Tidak benar

Q: You are a good muslim?
A: I’ll try my best

Q: Ada minum arak?
A: Tidak

Q: Ada bila-bila masa melakukan zina?
A: Tidak

Q: Saidati dah berkahwin?
A: Tahun lepas dia dibawa lari ke Thailand, saya tidak tahu dia berkahwin atau tidak. Saya tidak pasti samada perkahwinan itu sah atau tidak. Saya tidak tahu dia kahwin atau tidak.

Q: Ada kenal Faiz bin Khairi?
A: Kenal, dia yang bawa lari adik saya.

Q: Ada surat akuan dari Faiz bin Khairi. Kami ada surat akuan itu.
A: Saya tidak tahu

Q: We don’t want to call your sister sebagai saksi, we want to spare her, please tell the truth.
A: Yes

Q: Or your father for that matter?
A: Yes

Q: Pada 24 Jun 2008, ada berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri?
A: Ada

Q: Ada buat aduan pada dia?
A: Ya

Q: A very serious complaint?
A: Ya

Q: Iaitu kamu diliwat dengan tidak kerelaan awak?
A: Ya[][]

Q: Adakah PM memberikan apa-apa nasihat?
A: Beliau agak sceptical tetapi lepas dicerita dengan detail, PM kata tidak boleh buat apa-apa sebab ini masalah peribadi dengan AI dan ianya melibatkan masa hadapan saya.

Q: Aduan yang sama dibuat kepada Radwan?
A: Ya

Q: Aduan yang sama kepada Ezam?
A: Ya

Q: Diliwat tanpa kerelaan?
A: Ya

Q: Dato’ Mumtaz?
A: Ya

Q: Ada orang lain?
A: Tuah

Q: Lain?
A: Rahimi dan seorang guru agama

Q: Siapa Ustaz ini?
A: Saya tak tahu nama dia, dia guru agama pakcik Tuah saya.

Q: Ada beri nama semasa siasatan?
A: Saya panggil Atuk

Q: Orang ini wujud?
A: Kalau tidak silap, dua tiga bulan lepas dia dah meninggal
[Galeri awam ketawa]

Q: Ada buat laporan polis mengenai aduan yang dibuat kepada Timbalan PM dan orang-orang lain tadi?
A: Ada

Q: Insiden yang diceritakan kepada Timbalan PM, Radwan, Ezam dan Mumtaz?

A: Kejadian kali terakhir buat laporan polis merangkumi semua kejadian.

Q: Did you lodged a police report?
A: Ada

Q: Bukan P3, sebelum itu?
A: Sebelum itu tiada aduan

Q: Tiada sesiapa nasihat untuk buat report?
A: Tidak

Q: Jika apa yang diceritakan tadi, iaitu membuat aduan serius, diliwat tanpa rela kepada Timbalan PM, mengikut undang-undang seksyen 13 Kanun Tatacara Jenayah, Timbalan PM diwajibkan buat laporan polis, do you know that?
A: Saya tidak tahu

Q: Jika Timbalan PM tidak buat laporan itu, dia melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 202 Kanun Keseksaan? Timbalan PM boleh dipenjarakan?
A: Saya tidak tahu

Q: Jika tidak tahu saya beri ajaran sekarang, apa yang dinyatakan oleh kamu adalah sesuatu yang serius, Timbalan PM tidak buat laporan polis, kamu diliwat dengan tidak kerelaan

MY: Ini soalan atau kenyataan?
YA: Tanya soalan
KS: This is soalan, this is not a comment
YA: Teruskan

Q: Apa yang dinyatakan kepada Timbalan PM adalah serius, dia boleh dipenjarakan?
A: Saya tak tahu

Q: Akibat dari aduan kamu, Timbalan PM tidak lodge report, Rodzwan, Ezam, Dato Mumtaz tidak buat report, akibat apa yang kamu ceritakan?
A: Saya tidak tahu

MY: Seksyen 13 does not include s.377B.
KS: You are not aware of the amendment, how can you be [][]. MY said that is not the law. He’s a Senior DPP, he’s the next AG.
MY: I think KS is [][]
YA: Stand down
[10:01 am]
[10:05 am]

Mahkamah bersidang semula
MY: Parties as before. Saya minta maaf, I conceded there is an amendment to the provision of the law.
YA: [][]
KS: S.377C is included
MY: My only request is less statement
YA: Teruskan

Q: Kamu ada angkat sumpah di masjid?
A: Ada

Q: Bila?
A: Dalam bulan Ogos 2008

Q: Berapa hari sebelum pilihanraya kecil di Permatang Pauh?
A: Tidak ingat

Q: Very near?
A: Yes

Q: Sepuluh hari sebelum by-election?
A: Tidak pasti.

Q: Sehari sebelum hari penamaan calon?
A: Dah dekat dengan penamaan calon tetapi saya tak pasti berapa dekat

Q: Kenapa pilih tarikh itu?
A: Saya nak buat lebih awal, seawal Julai

Q: Kenapa tarikh itu?
A: Coincident. Saya nak angkat sumpah awal tetapi tak dapat

Q: Saya katakan ianya dirancang?
A: Tidak

Q: Untuk tentukan AI kalah dalam pilihanraya itu?
A: Tidak

Q: Itu tujuan?
A: Tidak

Q: 26 Jun, apa jadi hari itu?
A: Saya telah diliwat oleh AI

Q: 27 pergi ke Ibu Pejabat PKR?
A: Pagi 27

Q: 27 petang ke kediaman AI?
A: Lepas sembayang Jumaat saya ke pejabat dan petang ke rumah AI

Q: Ada kata bahawa kamu diliwat, ada beberapa peluang melarikan diri?
A: Ya

Q: Tetapi tidak digunakan, buat laporan polis, menjerit, pergi ke Guard house, tetapi tidak buat apa-apa?
A: Ya
KS: The rest of evidence relating to the scene, we got to put our defence as early as possible
YA: [][]

Pemeriksaan Semula
MY: Rujuk IDD16 laporan PUSRAWI, muka surat kamu diperiksa oleh Dr Osman, ada Dr. Osman buat nota seingat ingatan kamu?
A: Saya tidak ingat

Q: Ada kamu beritahu semasa diperiksa?
A: Sebelum diperiksa saya kata saya sakit perut dan dubur

Q: Ketika pemeriksaan?
A: Ketika beliau sedang periksa saya kata saya diliwat dan saya nak jalankan pemeriksaan kesihatan dan beliau terus hentikan pemeriksaan

Q: Ada beritahu siapa yang liwat?
A: Tidak

Q: Ada beritahu apa-apa lagi?
A: Minta pendapat

Q: Ada beritahu dimasukkan dengan objek plastik?
A: Tidak

Q: Dr HKL, polis?
A: Tidak

Q: IDD16, ada pernah lihat?
A: Ya dalam internet

Q: Tahu apa yang ditulis?
A: Saya tak faham tulisan Dr
Q: Di mahkamah ini?
A: Masa cross ini pertama kali melihat IDD16

Q: Catitan tentang kemasukan objek plastik adakah itu benar?
A: Tidak

Q: [][][[]
A: Tulisan tidak jelas tetapi saya tidak menyatakan ada kemasukan objek plastik pada Dr.

Q: Interview dengan Malaysiakini, kamu kata kali pertama berlaku dan tidak betulkan?
A: Kejadian yang berlaku adalah pertama kali dalam hidup saya yang dilakukan oleh AI

Q: Mumtaz, Ezam tidak nasihat buat laporan polis?
A: Tidak

Q: Boleh beritahu kenapa?
A: Mereka bimbang tentang masa depan saya kerana saya masih muda

MY: Itu saja soalan saya, pohon dilepaskan subject to recall
YA: Dilepaskan subject to recall

MY: Pohon tangguh 2 minit. Saya bercadang saksi seterusnya adalah Dr.
KS: Our expert need to be here, we need time to get them down here
[Pihak-pihak berbincang]
YA: Stand down
[10:20 am]

[10:41 am]
MY, NH, KS, SN, PC, CV, Ram Karpal masuk ke kamar hakim.
[10:55 am]
Pihak-pihak keluar dari kamar hakim
Kes ditangguhkan ke jam 2.15 petang untuk pihak pembelaan sahaja ke tempat kejadian.

[02:30 pm]
MY, NH, KS, PC, SN, RK masuk ke kamar hakim

[02:40 pm]
Pihak-pihak keluar dari kamar hakim

[02:42 pm]

JB: Kes dipanggil semula
MY: pihak-pihak seperti tadi
KS: Only tomorrow we can access to the condo at 2.30 pm. Suggest that we start at 3.30 pm to complete SP1 evidence.
MY: Tiada bantahan
YA: Sambung esok 3.30 pm
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - 2010 - HARI 12"