untuk carian lebih pantas sila taip katakunci dalam kotak dibawah dan klik butang 'search'
Loading

Sunday, May 9, 2010

PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 07

Khamis Februari 18, 2010

Hakim Dengar Kes Liwat Anwar Kekal

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus mendengar kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Mohamad Zabidin ketika menolak permohonan Anwar itu memutuskan tidak ada sebab kenapa beliau perlu menarik diri daripada mendengar kes itu dan jika beliau berbuat demikian, bermakna beliau lari daripada tanggungjawabnya sebagai seorang hakim.

"Seseorang hakim yang telah mengangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri daripada menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam keadaan demikian permohonan ini ditolak," katanya.

Rabu lepas, Anwar membuat permohonan agar Mohamad Zabidin menarik diri dengan alasan kononnya hakim itu berat sebelah.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Dalam keputusannya, Mohamad Zabidin berkata, undang-undang berhubung penarikan diri seseorang hakim daripada mendengar kes yang diamanahkan kepadanya untuk didengar adalah jelas untuk melucutkan kelayakan seorang hakim daripada mendengar kes dan atas alasan berat sebelah, elemen itu mestilah ditunjukkan.

Mohamad Zabidin berkata, dalam melihat sama ada elemen berat sebelah itu wujud, mahkamah melihat kepada tanggapan yang akan diberikan oleh orang lain dalam kes yang dikendalikan.

"Jika orang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa dalam keadaan tersebut terdapat kemungkinan sebenar hakim itu akan bertindak berat sebelah, beliau tidak patut mendengar kes itu," katanya.

Sambil merujuk satu kes undang-undang yang diputuskan oleh mahkamah negara ini, beliau berkata, apa yang perlu wujud sebelum seseorang hakim boleh menarik diri daripada tanggungjawabnya mendengar kes yang diamanahkan kepadanya mestilah terdapat fakta yang boleh membuatkan seseorang berfikiran waras akan berfikir hakim itu berat sebelah.

Mohamad Zabidin berkata, dalam kes ini perkara pokok yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada terdapat kesalahan meliwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Berikutan daripada itu persoalan sekarang ialah sama ada terdapat apa-apa fakta dalam kes ini yang boleh membuat seseorang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa terdapat kemungkinan sebenar keputusan berhubung isu sama ada berlaku kejadian liwat antara pemohon (Anwar) dengan pengadu (Mohd Saiful) dalam kes ini akan dibuat bukan berdasarkan keterangan yang akan dikemukakan tetapi berdasarkan pertimbangan lain," katanya.

Beliau berkata, setelah meneliti hujah dan afidavit yang difailkan kedua-dua pihak, beliau tidak nampak bagaimana seseorang yang berfikiran waras akan berfikiran sedemikian.

Berhubung isu lain, Mohamad Zabidin berkata, dakwaan peguam Karpal Singh menuduhnya bercakap tidak benar dan berbohong semasa membuat keputusan menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia, adalah tidak benar sama sekali. - BERNAMA

--------------------------------------------

Lapuran Malaysiakini

Hakim tolak undur diri, tangguh kes hingga 25 Mac

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.

Sebelum itu, Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Anwar membuat permohonan itu Rabu lalu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful (kiri), 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Anwar, semalam juga gagal dalam permohonannya supaya kes liwatnya diketepikan apabila mahkamah rayuan membuat keputusan perbicaraan perlu diteruskan.

Sekumpulan penyokong Anwar termasuk mereka daripada Permatang Pauh tiba di perkarangan mahkamah Jalan Duta seawal jam 5.30 pagi tadi.

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, supremo DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.












------------------------------------------
Rabu Februari 17, 2010

Anwar gagal dalam rayuan batalkan tuduhan liwat

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin berkata tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.

Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

Hakim Abu Samah juga berkata, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu sebulat suara menolak rayuan ketua umum PKR itu. Dua lagi hakim ialah Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah.

Oleh itu, kata Hakim Abu Samah, perbicaraan kes liwat terhadap Anwar hendaklah diteruskan.

Mahkamah juga menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga esok bagi menunggu keputusan hakim sama ada akan menarik diri ekoran dakwaan pihak pembelaan kononnya beliau berat sebelah.

Sehingga ini, Mohd Saiful menjadi saksi pertama dipanggil memberi keterangan.

------------------------------------------
Rabu Februari 17, 2010

Tuduhan Terhadap Anwar Bukan Menindas: Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lengkap selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan itu hari ini.

Mahkamah Rayuan mendapati pertuduhan itu adalah lengkap, tidak berniat jahat dan bukan penyalahgunaan proses mahkamah.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin, yang bersidang bersama Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah.

Kuorom itu menafikan permohonan lisan Anwar untuk penangguhan perbicaraan sementara menunggu penyelesaian rayuan keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata, notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan permohonan penangguhan rasmi akan difailkan esok.

Mahkamah Rayuan menerima hujahan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa laporan perubatan di mana Anwar bergantung untuk menyokong permohonan membatalkan pertuduhan terhadapnya itu tidak menyakinkan.

Anwar, 63, telah memohon tuduhan liwat terhadapnya dibatalkan atas dasar penemuan dalam laporan perubatan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, yang menyatakan tiada hasil klinikal yang tepat menunjukkan berlakunya penetrasi.

"Laporan perubatan bukan satu-satunya bukti terhadap Anwar. Ia hanya keterangan sokongan mengenai apa yang hendak disampaikan oleh doktor," kata Abu Samah dalam penghakimannya.

Katanya, afidavit pendakwaan telah menyatakan bahawa mereka akan bergantung kepada keterangan secara lisan dan keterangan forensik bagi membuktikan kes terhadap Anwar.

Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedang dibicarakan terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan ditangguh sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah esok sama ada dia mahu menarik diri daripada mendengar kes itu.

Mengenai permohonan lisan untuk penangguhan perbicaraan, Abu Samah berkata, permohonan itu tidak dilakukan dengan sempurna kerana tidak ada permohonan rasmi di hadapan panel.

Terdahulu itu, Karpal memohon secara lisan untuk penangguhan perbicaraan dengan menyatakan Anwar perlu diberi peluang untuk menggunakan semua hak di bawah undang-undang.

"Kenapa terburu-buru. Dalam kes ini banyak halangan diletakkan di hadapan kami, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan," katanya.

Karpal berkata, jika penangguhan tidak diberikan maka perbicaraan itu tidak akan bermakna sekiranya Anwar berjaya dalam rayuan terakhirnya terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, Mohd Yusof berkata, permohonan penangguhan secara rasmi perlu difailkan. - BERNAMA

--------------------------------------


Anwar lantik tiga pakar DNA, forensik asing

Pasukan peguam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan tiga pakar asing dalam bidang DNA dan forensik untuk membantu mereka dalam kes tersebut.

sankara nair bukit aman teresea kok isa arrest pc 170908 02Dalam satu kenyataan, peguam Anwar, Sankara Nair berkata beliau akan membawa tiga pakar tersebut ke Mahkamah tinggi Kuala Lumpur esok.

Mereka ialah pakar DNA, Dr Brian Mc Donald dari Sydney Australia, dan pakar forensik - Dr C Damodaran, dari Chennai, India, Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Esok ialah keputusan terhadap permohonan Anwar supaya Hakim yang sedang mendengar kesnya - Datuk Mohamad Zabidin Mohd Dian - menarik diri.

Manakala Mahkamah Rayuan pula telah menetapkan hari ini untuk memutuskan rayuan ketua umum PKR itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia berdepan dengan tekanan dari ahli parlimen Australia yang mendesak supaya digugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Pada masa yang sama, ahli parlimen Amerika pula mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memastikan perbicaraan kes Anwar berjalan secara adil.

Dr Mc Donald adalah seorang ahli patologi dari Universiti Western Australia. Beliau juga merupakan pengarah DNA Consults.

Beliau dipanggil untuk menyediakan Kepakarannya dalam bidang DNA yang dijangka dikemukakan dalam perbicaraan nanti.

Dr Damodaran pula mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang forensik dan pengalaman mengajar, di samping 36 tahun pengalaman dalam bio-kimia, toksilogi dan forensik.

Sementara itu, Dr Wells merupakan prof madya dalam bidang jenayah di Universiti Melbourne.

Beliau kini merupakan ketua bahagian Perubatan Klinikal Forensik, Institut Perubatan Forensik Victoria.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

--------------------------------------

Lapuran Mstar

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguh 25 Mac

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan balas oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dijalankan pada 25 Mac.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menetapkan tarikh sebutan kes sementara menunggu keputusan rayuan Anwar kepada Mahkamah Rayuan terhadap penolakan permohonan Anwar oleh Mahkamah Tinggi untuk hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.

Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan.

Peguam bela utama, Karpal Singh memaklumkan mahkamah bahawa beliau akan memfailkan notis rayuan itu, esok.

Pihak pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful pada 8 Februari selepas pihak pendakwaan menamatkan pemeriksaan utama pada 5 Februari tetapi Anwar telah merayu supaya hakim perbicaraan menarik diri.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) minta dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Pada permulaan perbicaraan hari ini, mahkamah mendengar pertikaman lidah antara Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila Mohamed Yusof memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan hari ini.

Mohamed Yusof berkata, jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.

Karpal Singh memberi respons segera dengan berkata bahawa ia terpulang kepada budi bicara pihak pembelaan sama ada untuk memfailkan rayuan dan beliau bersedia untuk memeriksa balas Mohd Saiful hari ini.

"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.

"Kami bersedia meneruskan perbicaraan ini memadangkan terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Kira-kira 500 orang diketuai oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkumpul di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini semalam bagi membantah dakwaan mengenai tekanan yang dibuat oleh 50 Anggota Parlimen Australia ke atas kerajaan Malaysia bagi menggugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar.

Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.

"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.

Anwar yang duduk di kandang tertuduh berkata:" Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan".

Beberapa orang awam yang berada di mahkamah kedengaran berteriak: Kebenarannya..adalah konspirasi."

Karpal Singh berkata, mahkamah tidak boleh menyalahkan Anwar atas apa yang diperkatakannya kerana "ia adalah penipuan yang terang-terangan".

Pada waktu itu, Hakim Mohamad Zabidin meminta Karpal Singh untuk memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan esok.

Hakim Mohamad Zabidin juga berkata, pihak pembelaan mempertikaikan kelayakannya untuk mendengar kes tersebut, oleh itu penting supaya perkara itu (keputusan hari ini) diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kerana ia membabitkan isu keadilan.

"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.

Pada perbicaraan hari ini, fokus media dan orang ramai di galeri awam adalah terhadap tiga pakar perubatan yang dilantik oleh pasukan pembelaan Anwar.

Mereka ialah pakar DNA Dr Brian Leslie McDonald dari Sydney, Australia, dan dua pakar forensik Prof Dr C. Damodaran dari Chennai, India dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, Australia. - BERNAMA

---------------------------------------

Lapuran oleh http://malaysianstory.wordpress.com/

TRANSKRIP PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM HARI 07

Keputusan permohonan – Yang Arif Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah (YA) untuk menarik diri. [Khamis, 18 Februari 2010]

[09:50 am]

**Full translated version in English after “++++” at the end of this post!

Nota Rujukan: [Pasukan Pendakwaraya - Dato’ Mohd Yusof (MY), Dato’ Nordin Hassan(NH)] [Tertuduh - Anwar Ibrahim (AI)] [Pasukan Peguambela - Karpal Singh(KS), Paracumaraswamy(PC), Sankara Nair(SN), CV Prabakaran(CV), Ram Karpal (RK)]

Jurubahasa: Panggil kes, kes untuk keputusan.

MY: Memperkenalkan Mohd Hanifah Mydin sebagai salah seorang peguam AI

Court: Pemohon memohon supaya saya menarik diri dari pertuduhan yang dihadapinya dalam kes 45-9-2009. Permohonan ini berbangkit dari apa yang saya ucap semasa menolak permohonan Peguam Pemohon berhubung laporan dan gambar yang tersiar dalam Akhbar Utusan Malaysia.

Undang-undang berhubung penarikan diri seseorang hakim dari mendengar kes yang di amanahkan kepadanya untuk didengar adalah jelas.

Selain daripada satu kepentingan yang berbentuk wang atau tuan punya di dalam isi perkara sesuatu prosiding, undang-undang tidak menganggap tindakan berat sebelah untuk melucutkan kelayakan seorang hakim daripada bertindak dalam kedudukan kehakimannya. Untuk melucutkan kelayakan seseorang hakim daripada bertindak di dalam kedudukan kehakimannnya atas alasan kepentingannya (selain daripada yang berbentuk wang atau ketuanpunyaan) di dalam isi perkara sesuatu prosiding, kemungkinan berat sebelah mesti ditunjukkan’. Dalam melihat sama-ada terdapat kemungkinan berat sebelah, ‘mahkamah melihat kepada tanggapan yang akan diberikan kepada orang lain. Jika orang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa dalam keadaan tersebut terdapat kemungkinaan sebenar hakim itu akan bertindak berat sebelah, beliau tidak patut mendengar kes itu’. [Ringkasan dalam bahasa Malaysia keputusan NH Chan HMR dalam kes Hock Hua Bank (Sabah) Bhd v Yong Liuk Thin [1995] 2 MLJ 213] seperti dilaporkan pada muka surat 217.

Apa yang dimaksudkan dengan berat sebelah ada dinyatakan dalam kes R v East Kerrier Justice [1952] 2 QB yang dirujuk oleh Hakim NH Chan dalam kes yang sama. Ia dinyatakan seperti berikut; “Bias with regard to anyone acting in a judicial capacity means anything which tends or may be regarded as tending to cause such person to decide a case otherwise than on the evidence”.

Jelas di sini, apa yang perlu wujud sebelum seseorang hakim boleh menarik diri dari tanggungjawabnya mendengar kes yang diamanahkan kepadanya, ialah mesti terdapat fakta yang boleh membuat seseorang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa terdapat kemungkinan sebenar hakim tersebut akan membuat keputusan berhubung isu yang dibicarakan bukan berdasar keterangan yang dikemukakan tetapi berdasarkan pertimbangan lain.

Dalam menentukan terdapat atau tidak fakta ini, adalah penting dibezakan isu pokok yang memerlukan pertimbangan dari isu sampingan. Dalam kes yang dibicarakan di depan saya, perkara pokok yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada terdapat kesalahan meliwat di bawah seksyen 377B Kanun Keseksaan. Berikutan dari itu persoalan sekarang ialah sama ada terdapat apa-apa fakta dalam kes ini yang boleh membuat seseorang yang berfikiran waras akan berfikir bahawa terdapat kemungkinan sebenar keputusan berhubung isu sama ada berlaku kejadian liwat antara Pemohon dengan pengadu dalam kes ini akan dibuat bukan berdasar keterangan yang akan dikemukakan tetapi berdasarkan pertimbangan lain.

Setelah meneliti hujah dan affidavit yang difailkan oleh kedua-dua pihak, saya tidak Nampak bagaimana seseorang yang berfikiran waras akan berfikiran sedemikian.

Berhubung tindakan Peguam Karpal Singh menuduh saya tidak bercakap benar dan berbohong semasa membuat keputusan menolak permohonannya, penelitian keterangan SP1 seperti tercatat dalam Eksibit DSAI 3 yang telah difailkan bersama Afidavit Datuk Seri Anwar sendiri, jelas menunjukkan keseluruhan dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

Oleh itu, saya dapati tidak ada sebab bagi membolehkan saya menarik diri dari terus mendengar kes ini. Sekiranya saya menarik diri dalam keadaan sedemikian, ini bermakna saya lari dari tanggungjawab saya sebagai seorang hakim. Seseorang hakim yang telah menangkat sumpah jawatan sudah semestinya tidak boleh mengelak diri dari menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Dalam keadaan demikian permohonan ini ditolak.

Dengan itu permohonan ditolak.

KS: May we proceed with the cross-examination?

Court: Stand down.

[09:58 am]

Jurubahasa: Kes dipanggil semula

[10:08 am]

MY: Pihak-pihak seperti yang sama. Hari ini sambungan SP1, izinkan saya. Saya ingin pohon mahkamah sama ada pihak pembela ingin memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan mahkamah sebentar tadi, saya ada satu otoriti.

KS: MY should inform the authority to the court.

MY: If the appeal succeeds, the whole proceeding will be expunge.

KS: YA can go on, in line with the authority. We will appeal and we are ready to proceed with the trial. There is no more delaying tactics.

MY: My colleague brought my attention to the authority, I cannot …

KS: In line with the authority, we have to appeal, we must appeal, there is too many elements coming to this trial. We don’t repetition and allow the Pemuda UMNO to go wild, with the demonstration at the Australian Embassy. There are 2 black hands behind this prosecution, the Prime Minister and his wife. We’re prepared to proceed but we are bound with the authority and YA must allow a stay.

MY: There is no such thing as ‘must appeal’.

YA: So, there will be appeal, can you file in the Notice tomorrow?

KS: We will appeal. We will file in before tomorrow. We want to go on with the trial. No delay as people and the prosecution saying that we’re delaying with the trial.

MY: The prosecution never said anything about delay. The delay was only said by KS.

KS: That’s what in newspaper report.

YA: Cukup dah MY?

MY: I think that both the prosecution and the defence owe the truth to the Malaysian public not the Australian or American.

KS: It is a trial where YA

AI: The truth, not blatant lies. [dari kandang tertuduh]

KS: You cannot blame AI for saying that because it is the truth.

Court: Stand down

[10:17 am]

[10:35 am]

Pihak-pihak (MY, NH, KS, PC, SN, CV dan RK) ke kamar YA

[10:42 am]

[10:53 am]

Court: Dalam kes ini pihak pembelaan akan buat rayuan. Pihak pembela mempersoalkan kelayakan saya untuk terus mendengar kes ini. Oleh itu adalah penting soal ini diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi untuk mengikut prinsip natural justice. Jika mahkamah rayuan bersetuju saya patut menarik diri, maka keseluruhan keterangan yang didengar oleh saya mesti di ‘expunge’. Dengan merujuk kes Rowstead System Sdn. Bhd. v Bumicrystal Technology (M) Sdn. Bhd [keputusan Mahkamah Rayuan] adalah mengikat Mahkamah ini, maka kes ini akan disebut semula pada 25 Mac 2010 sementara menunggu mahkamah rayuan.

[10:55 am]

[Adjourned to 25 Mac 2010]

++++++++++++++++Full Translated English Version Below+++++++++++++

SEQ CHAPTER \h \r 1

Judgement of request for Y.A. Judge Mohamad Zabidin Mohd Diah (YA) to recuse himself.

[09:50 am]

JB: Proceed with hearing of application, for delivery of decision.

MY: Introducing Mohd Hanifah Mydin as a counsel for AI

Ct: The application for me to recuse myself from hearing case 45-9-2009.

This application arose from my comments while rejecting Defense counsel’s request in relation to the report and photograph that appeared in Utusan Malaysia.

The laws pertaining to the recusal of a judge from hearing a case that is assigned to him are clearly defined.

Asides from the importance of monetary or ownership within the substance of a proceeding, the law does not assume any biased decisions as grounds to disqualify a judge to act in his judicial capacity.

To disqualify a judge as being unfit to act in his judicial capacity in a proceeding, because of personal gains (besides monetary or personal ownership) which may lead be bias, has to be proven.

In determining the possible existence of biasness, the court reflects on the perception that is given to others. If those who are lucid determine that in a specific situation there is a high probability that a judge will act in a biased manner, then the judge should not hear the case. [Briefly in Bahasa Malaysia from judgment of NH Chan HMR in the case of Hock Hua Bank (Sabah) Bhd v Yong Liuk Thin [1995] 2 MLJ 213] as appears on page 217].

What is regarded as bias is defined in the case of R v East Kerrier Justice [1952] 2 QB, which is referred to by Judge NH Chan in the same case. It states :

“Bias with regard to anyone acting in a judicial capacity means anything which tends or may be regarded as tending to cause such person to decide a case otherwise than on the evidence”.

It is clear that before a judge may recuse himself from hearing a case that has been assigned to him, there must be facts that exist which will make the lucid consider that there is a high probability that the judge’s decisions in the issues pertaining to the trial will be based on other considerations and not on evidence presented.

In determining whether or not this exists, it is important to differentiate the root issue that is under consideration, from side issues. In the case which is being heard before me, the main issue that must be taken into consideration is whether or not there was the act of sodomy under Section 377B of the act. Following that, the question at hand is whether there exists any facts in this case that can lead a lucid person to think that there is a real probability that the decision related to the issue of whether or not sodomy was committed between the applicant and the complainant in this case, will be made based on other considerations rather than testimony that is presented.

Having reviewed the arguments and affidavits filed by both parties, I do not see how anyone who is lucid will think as such.

With regards to Counsel Karpal Singh’s actions in accusing me of not telling the truth and lying in my decision to reject his application, precise testimony of SP1 as recorded in Exhibit DSAI 3 which was filed with D.S. Anwar’s own affidavit, clearly shows that the accusation in its entirety is untrue.

Because of that, I find that there is no reason for me to recuse myself from further hearing this case. If I recuse myself as such, I will be detracting from my responsibilities as a judge. A judge who has taken an oath of office cannot avoid duties that are assigned to him. As such, the application is denied.

At that, the application is rejected.

KS: May we proceed with the cross-examination?

Ct: Stand down.

[09:58 am]

JB: Case is recalled

[10:08 am]

MY: Aforementioned parties. Today’s continuation with SP1. I wish to ask the court if the Defence wishes to file a notice of appeal concerning the court’s earlier decision, I have an authority.

KS: MY should inform the authority to the court.

MY: If the appeal succeeds, the whole proceeding will be expunge.

KS: YA can go on, in line with the authority. We will appeal and we are ready to proceed with the trial. There is no more delaying tactics.

MY: My colleague brought my attention to the authority, I cannot

KS: In line with the authority, we have to appeal, we must appeal, there is too many elements coming to this trial. We don’t repetition and allow the Pemuda UMNO(UMNO Youth) to go wild, with the demonstration at the Australian Embassy. There are 2 black hands behind this prosecution, the Prime Minister and his wife. We’re prepared to proceed but we are bound with the authority and YA must allow a stay.

MY: There is no such thing as ‘must appeal’.

YA: So, there will be appeal, can you file in the Notice tomorrow?

KS: We will appeal. We will file in before tomorrow. We want to go on with the trial. No delay as people and the prosecution saying that we’re delaying with the trial.

MY: The prosecution never said anything about delay. The delay was only said by KS.

KS: That’s what in newspaper report.

YA: Enough already, MY?

MY: I think that both the prosecution and the defence owe the truth to the Malaysian public not the Australian or American.

KS: It is a trial where YA

AI: The truth, not blatant lies. [dari kandang tertuduh] [from the accused’s stable]

KS: You cannot blame AI for saying that because it is the truth.

Ct: Stand down

[10:17 am]

[10:35 am]

Parties (MY, NH, KS, PC, SN, CV dan RK) to YA’s chambers

[10:42 am]

[10:53 am]

Ct: In this case, the Defense will appeal. The Defense questions my qualification to continue hearing this case. This is why it is important that this is now heard by a higher court, in line with the principle of natural justice. If the court of appeal decides that I should recuse myself, then that would mean that all testimony that has been heard before me must be expunged. Referring to the case of Rowstead System Sdn Bhd v Bumicrystal Technology (M) Sdn Bhd [ruling of the Court of Appeal] binds this court, therefore this case will be recalled for mention on 25 March 2010, while awaiting the decision of Court of Appeal.

[10:55 am]

[Adjourned to 25 Mac 2010]


--------------------------------------

Feb 18, 10 5:36pm - Malaysiakini

Anwar cabar keputusan Mahkamah Rayuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuannya agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memfailkan notis usul untuk menangguhkan perbicaraan kes, yang sedang berjalan, sementara menunggu rayuannya terhadap keputusan itu didengar di Mahkamah Persekutuan.

Notis rayuan dan notis usul itu difailkan menerusi firma guaman Messrs S N Nair & Partners pagi ini di pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";

Disertakan bersama notis rayuan adalah afidavit Anwar.

Semalam, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar@Izhar Ma''ah sebulat suara menolak rayuan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Mereka memutuskan bahawa Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan sehingga 25 Mac sementara menunggu rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu.

- Bernama

------------------------------------


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM - KES LIWAT 2 - HARI 07"